07 Januari 2008

Kenali dirimu melalui bentuk : jawapannya

Oh, si Yana dah sibuk tanya jawapan... dah tak sabar dengan n3 saya terdahulu... Ini jawapannya ye Pah Bedah...

Jika anda memilih segitiga
-berwawasan, bercita-cita tinggi, ada satu arah tuju yang ditetapkan
-akan berusaha untuk mencapai apa yang dicita-citakan
-seorang yg rajin berusaha
-sanggup tinggalkan kawan demi cita-cita dan arah tuju jika dihalang
-boleh meninggalkan orang yang menolong demi kepentingan diri

Jika anda memilih segi empat
-sangat logikal
-mengutamakan fokus dan maklumat yang terperinci
-lebih utamakan maklumat dari khabar angin
-pentingkan keadilan dan saksama
-utamakan peraturan dan panduan
-menilai sesuatu secara objektif

Jika anda memilih bulat
-mementingkan keharmonian
-mempunyai hubungan peribadi yang baik dengan orang
-selesa bergaul
-ramai kawan
-mudah memahami perasaan orang lain

Jika anda memilih ombak
-fleksibel
-sentiasa serba boleh
-mempunyai minat pelbagai
-kurang menggemari peraturan dan disiplin
-tidak gemar sesuatu yang berjadual rutin
-suka kepada sesuatu yang bebas, kurang kawalan

Bagaimana? Sudah mengenali diri sendiri? Apa kata cuba tanya kawan anda pula. Tapi awas, jika dia sudah tahu jawapannya, penilaian ini sudah tidak sah lagi.

Sumber: Teori Personaliti Peter, 1962 (edited 1974)

06 Januari 2008

Satu hari yang melelahkan...


Harinya 2 Januari 2007. Hari saya bermula seawal 6.30 pagi. Hari ni hari orientasi tahun 1. Saya bersiap untuk bawa Hardy ke sekolahnya. Sampai di sekolah, selepas mendengar taklimat dan selesai, kami hantar Hardy pulang ke rumah jam 10.30 pagi. Kami bergegas ke Shah Alam, lalu selepas pulang kami ke sekolah lama Hardy untuk urusan pertukaran sekolah. Tandatangan guru besar di sekolah lama diperlukan da borang itu perlu dibawa ke Pejabat Pendidikan daerah Hulu Langat yang terletak berhampiran Tesco Kajang. Sebaik sampai, waktu makan tengahari telah tiba, jam sudah pukul 1. Kami diminta kembali semula jam 2.00 petang.


Urusan selesai jam 3.00 petang. Kami ke Putrajaya. Jam 4.30 bertolak semula ke Shah Alam. 7.00 malam sudah ada di Sunway Pyramid. Jam 11 malam baru sampai di rumah. Saya betul-betul kepenatan hari itu hinggakan saya tidak lalu menjamah makanan. Esoknya saya akan mula bekerja....

Hardy: 1st Day @ School!

Hardy dah Darjah Satu.... Dah besar dah anak saya...(dalam hati beringat dan umur akupun dah semakin senja...) Apa lagi lepas ni..... Masuk sekolah menengah dan masuk universiti lepas tu saya dapat menantu dan dapat cucu. Macam jauh saja perjalanan itu tapi pejam celik masa berlalu dengan pantas....
Anak sulung saya ni orangnya lemah lembut jadi saya dan abang risau juga bila dia di sekolah... Bila tengok kawan-kawannya yang agresif, saya jadi bimbang kalau-kalau dia dibuli. Tapi saya sentiasa berdoa semua yang baik-baik saja terjadi kepada dia. Semoga dia dapat menyesuaikan diri di sekolah baru dan suasana pembelajaran baru.
Mula-mula Hardy nak jadi pilot, lepas dia tahu erti sekolah nak jadi guru macam mama dan sejak akhir-akhir ni bila dia dah gila main PS2 dia kata nak jadi pemain bola macam Beckham.
Saya doakan walau apa jua cita-cita dia, dia akan jadi anak yang soleh, taat pada TUHAN dan berjaya dunia dan akhirat!
Taklimat orientasi Tahun 1
Hari pertama di sekolah...

Mulianya Ibadah Korban

N3 ini sepatutnya sudah lama saya masukkan tetapi kerana kesibukan, saya terpaksa menangguhkannya. Tetapi tidak terlewat lagi kerana kita masih di bulan Zulhijjah. Tahun ini saya merayakan pagi Aidiladha di Teluk Intan, Perak. Tahun ini abah berkorban kerbau. Pengalaman pertama bagi kedua-dua anak teruna saya melihat orang menyembelih kerbau.

Kerbau yang sudah disembelih, darahnya dialirkan ke dalam lubang yang sudah awal-awal dikorek. Sebenarnya sukar melawan tenaga kerbau. Hampir sepuluh orang cuba menumbangkan kerbau yang sudah berikat. Ternyata tenaga kerbau ini begitu kuat.

Kerja membuang kulit dan melapah daging kerbau dilakukan secara gotong-royong.
Kalau ada berapa kerat orang, baik tak payah... buat penat badan saja.
Rasa daging kerbau kurang manis jika hendak dibandingkan dengan daging lembu. Struktur dagingnya pula agak kasar.

Hari Kelima di Bali 16 Dis 07

Hari ini sudah sampai hari terakhir di Bali. Kapal terbang jam 7 malam. Saya ada masa kira-kira 5 jam sebelum ke lapangan terbang. Lalu selepas check out dari hotel jam 1.00, saya ke Green Garden Resort and Spa untuk apa lagi... Spalah! Resort ini disarankan oleh Australia Travel Guide Magazine sebagai pengendali spa bertaraf lima bintang. Mudah saja untuk ke sana. Telefon resort ini untuk tempahan dan mereka akan datang pick up anda di lobi hotel anda menginap. Lokasinya di Tuban.
Landskap yang cantik.

Harga Pakej Spa Royal Bali for Her di sini Rp240 00 lebih kurang RM86.00 untuk 3 jam. Pakej termasuk jakuzzi, steam bath, foot bath, urutan Bali, body milk, body herbal scrub, dan facial treatment, lalu diakhiri flower herbal bath. Memang berbaloi.

Tiba masa untuk mengucapkan selamat jalan pada Bali yang meninggalkan seribu kenangan. InsyaAllah kami bercadang ke sini lagi pada masa akan datang bersama Hardy dan Hariz. Cadangnya kami akan bermalam di Sanur atau Nusa Dua pula.
Seorang pengembara di dalam travel web pernah mengambarkan Bali is one of the island we have to visit before we die. Bagi saya Bali adalah sebuah pulau yang romantis sesuai untuk pasangan berbulan madu. Tidak hairan ramai pelancong yang kembali semula ke sini berkali-kali. Pulau yang besar, yang tidak cukup dilawati dengan hanya sekali kunjungan.

The Gardens @ Mid Valley Kini Dibuka!

Ini tarikan terbaru di Kuala Lumpur. Pusat membeli belah yang bersebelahan dengan Mid Valley ini baru dibuka kira-kira dua bulan lepas, dan saya baru mengunjunginya minggu lepas. Mari kita lihat apa yang ada di the Gardens; pusat membeli belah yang menghimpunkan butik jenama ternama dan residen (tempat kediaman).

Logo yang menarik. Hijau tanda damai.
Salah satu ruang santai untuk pengunjung. Boleh berehat setelah penat membeli-belah. Boleh pesan makanan dari kafe terbuka, bolehlah minum-minum melepas lelah. Kalau ada kemudahan urutan refleksiologi kaki pasti lagi best!
Pah Bedah ni dah peghak lah pulak hingga gambar papan direktori pun nak ambil. Jika anda sesat, pergilah ke direktori ini. Istimewanya dari shopping mall lain, di sini direktorinya secara touch screen. Semua maklumat di hujung jari!
Antara butik jenama terkenal yang berderet di sini. Sediakan duitnya saja kalau mampu. Kalau tak...hehehe kita window shopping ajelah. Sekadar cuci mata!

Di sini dekorasinya moden dengan penggunaan tampered glass yang berukir. Kayu-kayu menjadikan shopping mall ini nampak mewah. Untuk ke Mid Valley, ada jejantas yang menghubungkan kedua-dua shopping mall ini. Nampak beza benar antara kedua shopping mall ini. Semasa di sini, pengunjung tidak berapa ramai tetapi Mid Valley tetap dengan lautan manusia. Mungkin pengunjung tidak tahu tentang kewujudan the Gardens ataupun kerana kebanyakan orang yang pendapatannya tidak meriah macam kita tidak mampu membeli-belah di sana!
Oh ya! Saya terlupa hendak memberitahu tentang Premier Washroom di sini. Berapa harga yang anda sanggup bayar untuk membuang tuuuuuut? Rasanya 50 sen sudah mahal tetapi di sini harganya RM5 sekali masuk. Kalaulah masa tu saya hendak tuuuuut boleh juga singgah, tapi tak nak pulak. Kalau tak, boleh saya ambil gambar kan... Satu lagi, ia juga ada Premier Parking... di tingkat bawah... Saya juga tak boleh nak bayangkan bagaimana harga dan rupanya... Rasanya mungkin harga tisu jenama Premier yang mampu kita beli di sekalian Premier yang ada di sini...

04 Januari 2008

Sunway Pyramid berwajah baru

Persembahan piano live menghiburkan pengunjung. Semuanya baru dengan dekorasi dalaman yang cukup moden dan menarik.
Cuba teka ini apa? Tandas wanita! Saya tersesat tidak percaya ini tandas sebenarnya.
Lampu akan bertukar merah bila kawasan parkir telah diisi, hijau sebagai tanda masih kosong. Saya jumpa sistem parkir begini di semua shopping mall di Singapura dan tak sangka di Malaysia juga ada.
Menunjukkan bilangan parkir yang masih kosong. Rasanya di parkir Berjaya Times Square, sistem parkir juga begini tetapi tidak secanggih di Sunway Piramid.
Muka yang cukup letih tapi saya nak juga merakam gambar di sini. Dekorasinya memang superb!


Kami ke Sunway Piramid, pada 2 Januari 2008. Tujuannya untuk mencari wireless internet router tapi bukan itu saja, kami sempat juga menonton I'm Legend.
Sudah lama kami tidak ke sini. Terakhir sekali semasa malam terakhir mengandungkan Hariz. Malam itu kami menonton Fun with Dick and Jane. Esoknya saya terus melahirkan Hariz. Abang kata sebab malam tu saya gelak kuat sangat melihat aksi lucu pelakon kegemaran saya, Jim Carey lalu Hakimy langsung tidak sabar nak keluar (tak cukup bulan 8 bulan setengah). Sekarang usia Hariz dah nak masuk 2 tahun hujung bulan ini.
Sekarang tak perlu menempuh kesesakan kerana Sunway Piramid menyediakan laluan dari lebuhraya terus ke kawasan parking seperti di KLCC. Pertama kali tengok kawasan parkir yang dilengkapkan dengan peralatan pengesan parkir, saya sudah teruja. Bila sah masuk ke dalam... lagilah... Dekorasinya superb!
Jika ada kelapangan, bolehlah berkunjung lagi ke sana. Dulu saya pernah berangan nak main ais ski di sana tapi sampai sekarang langsung tak pernah tercapai. Kalau takut... sampai bilapun tak akan rasa pengalaman baru... Agaknya angan-angan itu akan terus jadi angan-angan walaupun Sunway Piramid berwajah baru lagi beberapa tahun lagi. Tahniah Sunway Piramid untuk rebranding yang cukup menakjubkan....

Setahun di Bandar Seri Putra

Sedar tak sedar sudah setahun kami menetap di Bandar Seri Putra. Tarikh perpindahan pada 26 Disember 2006 akan kekal dalam ingatan. Antara kenangan yang tak dapat dilupakan ialah apabila lori yang hendak memindahkan barang2 kami dari Putrajaya terpaksa bertolak ke Johor pada hari tersebut dan terpaksalah kami mengangkut barang2 jam 11.00 malam dan selesai berpindah jam 2 pagi! Gila sungguh sehinggakan Pak Guard di depan taman terpaksa mintak pemandu dan kelindan lori tinggalkan ic takut lori tu lori 'hantu'.

Apapun, semuanya sudah selamat. Walaupun setahun tapi telah banyak kenangan menarik berada di rumah sendiri ini. Kalau ada masa saya coretkan satu persatu. Untuk yang tidak pernah menjengah ke rumah saya, di sini ada beberapa keping gambar syurga dunia kami sekeluarga.





Untuk Dia...

Di mana lagi
Kan kutemui
Dia sebaiknya
Walau selautan yang ku cari
Mungkin tidak akan sama
Dengan dia

Aku ada dia
Takkan kupersia
Kerana jika aku kehilangannya
Mana lagi hendak kucari
Lelaki sebaik dia
Di mana lagi
Hendak kucari
Lelaki sehebatnya
Kerna lelaki seperti dia
Hanya datang mengetuk pintu sekali sahaja

Lailakamilia-BSP, 26 Jul., 07
My Love, My Heart, My Life

03 Januari 2008

SALAM TAHUN BARU 2008


Salam Tahun 2008 untuk semua. Tahun Baru, Azam baru dan semestinya Wajah Baru bagi Blog Laila. Semoga tahun ini akan memberikan keberkatan kepada kita semua dalam apa jua perkara yang kita jalani.


Hayati lagu terbaru blog ini (sebenarnya lagu lama di tahun 1995 kalau tak silap) dendangan The Cranberries bertajuk Ode To My family.


Salam 2008!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...