Memaparkan catatan dengan label Cinta Bunga Tulip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cinta Bunga Tulip. Papar semua catatan

02 September 2014

Laila Kamilia ingin Kolaborasi dengan Penulis Indonesia : Temubual dengan Antaranews.com INDONESIA

Temubual Laila Kamilia dengan Antaranews.com Indonesia. Wawancara ini di dalam bahasa Indonesia ya.  Rasa pelik pula dapat baca artikel tentang diri sendiri tapi dalam bahasa lain. Terima kasih Vivi untuk satu artikel yang menarik. Terima kasih sudi temubual Laila Kamilia! Boleh baca artikel lengkap di Temubual Laila Kamilia dengan Antaranews Indonesia pada 29 Ogos 2014.







29 Ogos 2014

Cinta Bunga Tulip



SINOPSIS- Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian Fadhli ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip... seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair!

Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis itu pergi meninggalkannya?Sudah cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga punya nekad. Dia harus sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara :"Ich Liebe Dich...!"

02 Jun 2014

REVIEW C1NTA TOP SECRET Oleh Jamailia

Pagi ni saya letakkan review C1NTA TOP SECRET daripada my lovely JJ (Jamailia Jumahari). Apa kata beliau setelah bersengkang mata sampai ke pagi beberapa hari?

Whats App yang saya terima....



Ini review sepenuhnya daripada beliau (saya tidak edit walau satu perkataan). Terima kasih dik, untuk satu review yang membarakan semangat untuk terus memperbaiki diri dan tulisan. Doakan akak dapat ilham yang baik-baik untuk pembaca tercinta! Muah!!!!



Cint4 top secret....novel ala ala james bond gitu...teruja membacanya menyebabkn hidup jd huru hara selagi xhbs bc,  namun kekangan tugas sgt menghimpit....mgu ke2 cuti br berkesempatan menghbskn bacaan....jade n zed ejen perisikn terhebat yg d punyai APG. Gandingan mantap mereka dlm menyelesaikan tugsan tidk dpt d nafikn. Tugsan mencr mikrofilem memisahkn mereka seketika...bertugas gandingan br memaksa mereka mencr chemistry dgn cepat....jade seorg ejen perisikn hebat...namun apabila menemui jln buntu pasti zed hadir dgn bntuan.....

Eisya watak utama dlm novel ini d gmbrkn anak gadis yg cntik mencintai bidang kecantikn namun harus akur dgn kehendak ibunya yg mahukn dia bekerja dgn gomen...hehehehhe.puas menghdir temuduga akhirnya eisya berjy bekerja d pej projek rakan kembara(keje yg sengaja dwujudkn utk dia) membw eisya menawan puncak gunung kinabalu tpt d mana dia d lamar oleh zed...heheheheh romantik....namun oleh kerana terkejut dgn lamaran zed, eisya tergelincir yg mengakibatkn dia xboleh berjln...bermulalah episod si porter tunjuk skil....hehehe....teruskn bacaan anda utk tau kesudhannya...

membaca cint4 top secret membawa kita merantau byk tpt antaranya london seoul hong kong brussels bali n yg paling best kg ketoyong d tg malim....juga tidak d lupakan sabah my hometown...seolah2 mendaki gunung kinabalu buat kali ke2...hehehhehe...ketahui jln penyudah cinta eisya zed dan jade dlm novel terhebat Cint4 Top Secret...jgn lupa anda semua juga perlu memberi perhatian kpd ejen perisikan yg lain seperti jem rofi jun isma fudhali syahril norman dan ehsan...mereka mewarnai jln cerita cinta top secret dgn garapan hebat drp penulis terkenal Laila Kamilia...sy beri 5 star utk novel ini....

jgn terasa dgn review yg terlebih sudah.hehehehehe
frankly speaking...this is the best novel ever yg akk pernah tulis...melebihi cinta bunga tulip...

16 Mei 2014

REVIEW : C1NT4 TOP SECRET yang manis dari Rozalia Rajali

Saya sudah tidur ketika SMS daripadanya masuk, jam 2332  dan saya membacanya jam 0535. Buka mata membaca SMS terus sengih nampak bintang-bintang dan saya menanti review dengan debaran.  Hehe... Alhamdulillah akhirnya review yang manis saya terima pasgi itu. 

Inilah review C1NT4 TOP SECRET. Terima kasih adik.


Kulit mukanya hitam, ada bunga matahari dan pistol. Dua elemen yang agak bertentangan antara satu sama lain. Cover novel ini memang menarik. Apabila disentuh, terasa tekstur kulitnya. Walaubagaimanapun, cover novel ini bukanlah tarikan utama. Saya sudah mengikuti perjalanan misi C1NT4 TOP SECRET sejak ia disiarkan dalam portal ILHAM. Tarikan utama tentulah pada nama penulisnya; LAILA KAMILIA!


Setelah membaca bab-bab awal dalam portal ILHAM, sudah tentu saya tidak dapat menahan rasa teruja untuk terus membaca naskah ini sebaik saja ia sampai ke pangkuan. Nasib baik novel-novel pending saya yang lain tidak punya hati, kalau tidak mesti mereka (erk, mereka?) berkecil hati kerana pending que telah saya langkau. Haha… kuatnya pengaruh Jade dan Zed!

It’s magic; saya tamatkan bacaan sekali harung saja!
It’s wonderful ; saya terasa seperti bergerak ke sana ke mari bersama-sama!

Seperti yang terdapat pada sinopsis di belakang novel, ini merupakan kisah pengembaraan dua orang agen perisik; Jade dan Zed. Pengembaraan yang menemukan mereka dengan Maryam Eisya.

Pendapat peribadi, saya merasakan tulisan Laila Kamilia semakin baik. Setelah membaca kesemua novel-novel beliau yang lain sebelum ini, kali ini, C1NT4 TOP SECRET berjaya membuatkan saya tidak mahu berhenti membaca walaupun pada penghujung bab. Setiap akhir bab seolah-olah menarik mata saya untuk terus membaca bab yang seterusnya. Dan, novel ini merupakan novel pertama beliau yang berjaya saya tamatkan dalam tempoh beberapa jam sahaja! Tahniah penulis!

Membaca novel ini… seperti membaca travelog tapi dalam cara yang santai dan diiringi perasaan halus bernama cinta. Ahaks! Saya memang suka membaca travelog lebih-lebih lagi travelog haji. Tapi kali ini Laila Kamilia membawa saya mengembara ke 6 buah negara dalam sebuah novel. Mula-mula dulu, kan… saya ingatkan ada adegan tembak-menembak dan gedebak-gedebuk macam novel Dhiya Zafira tapi Laila Kamilia berbeza cara penulisan aksinya. Mana boleh sama, kan? Walaupun kawan baik… hihihi… untuk itu, tabik springggg saya berikan. Dan aksi C1NT4 TOP SECRET juga lain dari novel Saat Kau Hadir. Kak Laila ni sengaja buat saya rindukan Amri. Huh! Ada juga terselit kisah Puteri Sara Ibrani dan Adrian. Kalau ada kesempatan, saya mahu ulang baca Cinta Bunga Tulip semula!

Satu lagi elemen yang saya suka dalam novel ini; suspens! Teringat masa kecil dulu, saya menggemari novel-novel dalam Siri Tiga Penyiasat, Lima Penyiasat dan yang sewaktu dengannya. Novel ini juga digarap dengan cara yang sama; santai dalam menampilkan tema yang ‘berat’. Kisah perisikan pasti akan membuatkan pembaca yang tidak meminati genre ini akan mengantuk tapi percayalah, C1NT4 TOP SECRET berbeza sangat. Peminat novel cinta pasti akan jatuh cinta dengan novel ini!

Oh, ya! Kalau puan penulis perasan, pada muka surat 106 dan 383 terdapat kesilapan kecil.

“… cik pergi ke pejabat kami di *Setapak. Cik boleh berjumpa dengan pegawai…” (muka surat 106)
*Setapak – Selayang

“MRX2.” *Jade menjawab kepada penjaga safe house. (muka surat 383)
*Jade – Zed

Ahaks, dah macam pembaca pruf pulak! Ini membuktikan walaupun saya membaca dengan laju, saya tidak skip di mana-mana, okey! Saya baca tiap patah dengan sungguh-sungguh. Kak Laila, terharu tak? Harap cetakan yang seterusnya, kesilapan-kesilapan kecil seperti ini boleh diperbetulkan. (pssttt… mahu lantik saya jadi your personal proof reader?) hehehehe…

Saya tidak mahu menyentuh banyak tentang al-kisah C1NT4 TOP SECRET ini memandangkan pasti masih ramai lagi yang belum berkesempatan untuk membacanya. Maklumlah, novel yang masih panas, baru keluar oven! Jadi ulasan kali ini hanyalah sekadar untuk membuat pembakaran terbuka… muahaha… jahat tak?


p/s: saya dah tahu kenapa minyak wangi Hugo Boss dijadikan cenderahati…




Ulasan Kembali : Ya, saya terharu kerana Lia masih ingat dengan kisah Amri yang merupakan seorang SB dalam novel Saat Kau Hadir di mana ketika itu beliau sedang menyelesaikan kes pengeboman KLCC. Saya mengaitkannya dengan fail yang diminta oleh Zed bagi menarik perhatian pegawai di bilik kawalan APG. Begitu kuat ingatan Lia sedangkan saya cuma merujuknya sekali lalu.

Dalam novel C1NT4 TOP SECRET saya membawa kembali Puteri Sara Ibrani dan Adrian Fadhli yang merupakan watak utama dalam novel Cinta Bunga Tulip. Apakah yang terjadi kepada mereka setelah tamat majlis perkahwinan di dalam salji di Berlin? Saya menjawabnya di sini. Semoga rindu anda kepada anak separa Jerman-Indo-Malaysia itu akan terubat.

Menjawab kepada persoalan "kesudahan yang manis utk seorg lagi perisik yg ‘gagal’ itu..agak2 ada dalam novel seterusnya tak?" Hehe...  sebenarnya di kepala memang sudah ada plotnya dan tak sabar untuk merangka cerita untuk C1NT4 TOP SECRET -2 M151 MENCARI MENANTU EPISOD 2 hehe... tetapi di kepala juga telah ada idea novel baru yang sangat menarik untuk diplotkan juga. Nanti kita timbang-timbang yang manakah yang lebih terbaik di antara keduanya untuk diangkat menjadi novel ke-6 Laila Kamilia. Hehe... Hanya yang terbaik untuk pembacanya, in syaa ALLAH.

Terima kasih sudi membaca C1NT4 TOP SECRET dan memberikan review yang manis. Sudah terjawab persoalan apakah yang TOP SECRET sangat dalam novel C1NT4 TOP SECRET? Jawapan itu simpanlah di dalam dalam sendiri kerana itulah yang saya simpan istimewa untuk anda pembaca C1NT4 TOP SECRET. Salam kasih sayang! - Laila Kamilia

07 Mei 2014

TAHNIAH KEPADA 30 PEMENANG HADIAH MISTERI KEMPEN LIKE FAN PAGE LAILA KAMILIA


TAHNIAH kepada 30 yang telah terpilih untuk memenangi satu hadiah misteri daripada Laila Kamilia sempena Kempen LIKE fanpage Laila Kamilia yang berlangsung sehingga 30 April 2014 yang lalu. Terima kasih atas sokongannya. Mohon PM alamat kepada saya bersama nombor telefon selewat-selewatnya hujung minggu ini, 11 Mei 2014 untuk urusan penghantaran hadiah pada minggu depan.



SENARAI PENERIMA 30 HADIAH MISTERI

Na Nuar, Aieda Fauzie, Rabiahtul Asma, Nurhazlin Muhd Pilus, Myza Ej's, Nurkhalisah Adzmi, Hajar Azman, Nurul Ain Sallehin, Nabella Huda, Farah Fadhilah, 

Mimie Shamimi, BieBie Mentan, Maisarah Qaisarah, Rahyu Ismail, Nafizah Hanim, Qaseh Dilan, Janijah Jun, Qasehlily Muchas, BiBie Fatiemah, Nurul Husna Ali, 

Nazifah Hanim, Illa Damia, Nooraini Sulaiman, Yana Azmi, Lyza Zainol, Hanis Misaki, Zaliha Hassan, Azilah Abd Majid, Haziza Hassan, Mizs Nuriz

Kepada yang tidak terpilih, teruskan sokongan anda kepada Laila Kamilia kerana ada banyak lagi peraduan dan hadiah pada masa depan. Sesungguhnya tiada yang berharga dalam dunia penulisan Laila Kamilia selain daripada semua yang telah menyokong Laila Kamilia sejak 2006. Semoga ALLAH membalasnya dengan kebaikan yang lebih lagi. Kalau saya mampu hadiahkan semua orang, akan saya lakukan. Oleh itu hanya terima kasih yang tidak terhingga dapat saya berikan bersama doa semoga anda semua berada di dalam peliharaan dan kasih sayang ALLAH selalu. Stay connected dengan dunia  penulisan Laila Kamilia. Sayang kamu semua. Muah!

Kepada para penaja hadiah, terima kasih daun keladi atas sokongan kepada kerjaya penulisan Laila Kamilia. Semoga kita akan berkolaborasi lagi pada masa depan!

06 Mei 2014

PRE ORDER C1NT4 TOP SECRET DIBUKA

Alhamdulillah. Pre order sudah dibuka. Boleh emel saya di lailakamilia@yahoo.com atau PM di FB. Boleh lihat tawaran pakej yang tidak boleh dilepaskan sehingga 30 Jun 2014 bersama hadiah misteri (sementara stok masih ada). Setiap minggu saya akan mengepos satu batch bermula minggu depan, in syaa Allah. Semoga terhibur dengan buah tangan terbaru Laila Kamilia.

PAKEJ C1NT4 TOP SECRET - Harga Asal : RM21
Promosi : RM19 + hadiah MISTERI
Postage : RM6



PAKEJ ANAK-ANAK :- Harga Asal-RM22 + RM22 : RM44
Promosi 2 novelet - RM39.00 sahaja.
Postage : RM6


PAKEJ CINTA - C1NT4 TOP SECRET + CINTA PANDANG KE-2 + CINTA BUNGA TULIP
Harga Asal-RM21 + RM22 + RM22 = RM65
Promosi 3 novel -RM55 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM9



PAKEJ C1NTA KASIH : C1NT4 TOP SECRET + LAKARAN KASIH 
Harga Asal-RM21 + RM14 = RM35
Promosi 2 novel -RM29 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM6


PAKEJ C1NTA HADIR : C1NT4 TOP SECRET + SAAT KAU HADIR 
Harga Asal-RM21 + RM18 = RM39
Promosi 2 novel -RM32 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM6






PAKEJ C1NTA KUASA DUA : C1NT4 TOP SECRET + CINTA PANDANG KE-2 
Harga Asal-RM21 + RM22 = RM43
Promosi 2 novel -RM39 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM6


PAKEJ C1NTA TULIP : C1NT4 TOP SECRET + CINTA BUNGA TULIP
Harga Asal-RM21 + RM22 = RM43
Promosi 2 novel -RM39 sahaja + hadiah MISTERI
Postage : RM6

25 Januari 2014

DAPATKAN novel Laila Kamilia dengan lebih mudah

Tahun baru 2014. Semuanya serba baru! Bukan saja saya sudah bertukar alamat baru tetapi juga mahu mempermudahkan interaksi saya dengan pembaca yang sangat-sangat saya sayangi. 

Saya selalu dapat rungutan daripada pembaca yang kata susahnya nak dapatan novel-novel tulisan Laila Kamilia di kedai -kedai buku, terutamanya novel-novel saya yang lama. Novel Lakaran Kasih, novel pertama saya bersama Alaf 21 telah terbit pada 2007 kira-kira 8 tahun lepas, diikuti Saat Kau Hadir, pada 2008 antara novel saya yang sudah lama tetapi MASIH ADA di pasaran. 

Selepas berehat hampir 3 tahun, saya kembali di arena penulisan novel pada tahun 2011 dengan novel yang sedang bersiaran di kaca TV9 pada setiap Khamis, jam 8.30 malam! Novel Cinta Pandang ke-2 merupakan novel saya yang ketiga bersama Alaf 21. Kini anda boleh membayangkan wajah Izara Aisyah sebagai Ainnur Azleen dan Dazrin sebagai Zairul ketika membaca novel ini. Semoga anda terhibur membaca novel dan menonton drama Cinta Pandang ke-2! Dua versi teristimewa daripada saya untuk anda semua!

Pada 2013, saya kembali bersama si tulip. Kisah Adrian, jejaka separa Indo-Jerman dan Puteri Sara (dibaca sebagai Puteri Zara) gadis separuh Malaysia-Jerman ini akan membawa anda mengembara ke Eropah. Saya boleh mengatakan yang anda sudah boleh melancong ke Berlin dengan membaca novel Cinta Bunga Tulip kerana saya memberikan fakta yang benar  bagi memudahkan anda mengembara sendiri ke sana tanpa menggunakan khidmat syarikat pelancongan!



Kini segalanya dipermudahkan. Segalanya di hujung jari! Semudah A,B,C. Hanya


Dan... novel-novel itu akan dikirimkan Alaf21 ke depan pintu rumah anda! 

Tapi kalau mahu beserta autograf, boleh saja PM di FB saya di Laila Kamilia atau emel di lailakamilia@yahoo.com. Saya dengan senang hati akan melayani pesanan anda dengan hati yang besar! Hehe.

Saya mengharapkan anda terhibur membaca karya-karya saya, dari dulu, kini dan selamanya... In syaa Allah. 

Sampai jumpa lagi dengan karya saya yang terbaharu yang bakal berada di pasaran, In syaa Allah tahun ini. Doakan saya segera menokhtahkan kisah CINTA  TOP SECRET (tajuk sementara) dengan terbaik demi pembacanya!

Seperti selalu, yang buruk jadikan sempadan, yang baik buatlah tauladan! Selamat mengembara di dunia Laila Kamilia dan menyelesaikan misteri di sana!

Salam sayang,

-Laila Kamilia

05 Januari 2014

Movie Park Germany, Bottrop- Kirchhellen, Essen, Jerman


Terletak di Essen, berdekatan dengan Dusseldolf, Jerman, tersegam dengan luas sebuah taman tema berasaskan filem-filem dan siri tv Hollywood: Movie Park Germany.

Sekiranya menaiki keretapi laju ICE dari Belanda (setelah puas melihat tulip pastinya), menuju ke Jerman, anda boleh singgah ke sini. Anda hanya perlu berhenti di stesen Cologne. Dari situ ambil ambil laluan keretapi di S6. Selepas itu turun di Essen Sentral.  Anda perlu mengambil kena ambil keretapi serantau seperti keretapi KTM yang di laluan RE14 ke Borken untuk turun di Feldausen.

Beberapa minit berjalan dari Stesen Feldausen, papan tanda besar Movie Park Germany dengan mercu tanda produksi filem gah berdiri dari jauh. 


Taman tema yang luasnya 40 ekar itu memang terlalu banyak benda untuk dicuba. Nickland, Street of New York dan The Old West, semuanya menakjubkan.  Dari persembahan pentas dan persembahan jalanan semuanya menggunakan bahasa Jerman. Kalau sudah bagus, bahasa bukan lagi jadi halangan. Percayalah, korang boleh aje layan dan enjoy sebab sayapun tak faham langsung apa yang mereka katakan. 









Jika berjalan bersama anak-anak dalam satu tempoh yang agak lama, saya menyarankan anda bawalah mereka ke mana-mana taman tema yang ada di sekitarnya. Ia bagus untuk mengecas tenaga anak-anak yang mengikut ibubapa berjalan-jalan mengikut tempat kesukaan ibubapa. Percayalah percutian itu akan jadi kenangan terindah buat anda sekeluarga!

Selamat melancong!

ps- Latar Movie Park saya masukkan di dalam novel Cinta Bunga Tulip di scene Adrian mahu memberikan kejutan di hari lahir Sara ke 21. Sara memang gila main roller coaster dan hari ini Adrian mahu menggembirakan Sara sekalipun dia tahu, pulangnya nanti dia akan kena habis-habisan oleh papa Sara. Hehe... sayang sungguh Adrian pada Sara tapi kenapa Sara tak nampak ye? Hehe... boleh baca kisah mereka dalam novel Cinta Bunga Tulip.

21 Oktober 2013

19 April 2013

Temu Mesra Kali Pertama 2013 - Cinta Bunga Tulip

Assalamualaikum! Pertama kali turun padang mempromosikan Cinta Bunga Tulip bersama rakan novelis Hezzy Azra dengan si Velvetnya. Jadi jika ada kelapangan, jom ke MPH Alamanda, Putrajaya pada hari Sabtu, 20/4/2013 jam 2.30-4.30 petang.

Kepada yang telah mendapatkan si tulip sebelum ini, boleh bawa juga bersama buku-buku saya yang lain untuk saya tandatangan juga! 


Kepada yang mahu melengkapkan koleksi novel Laila Kamilia, inilah novel-novel saya yang lain!


Atau sekadar bersembang-sembang santai boleh saja! Jom dating! Jumpa di sana!

21 Februari 2013

Sinopsis Cinta Bunga Tulip-Laila Kamilia


Berkawan sejak kecil, Adrian dan Puteri Sara Ibrani berkongsi segala suka dan duka. Puteri Sara, gadis yang kuat merajuk namun Adrian Fadhli ada cara terbaik untuk memujuk. Hadiahkan bunga tulip... seluruh hati Puteri Sara cepat saja cair!

Mereka hanya sayang-menyayangi. Istilah cinta tidak terpahat dalam sanubari. Namun bohonglah kalau tidak ada sekelumit cinta!

Dalam geram menunggu luahan Adrian, Puteri Sara ingin mencapai satu impian. Dia ingin pulang ke Malaysia, merungkai rahsia yang dipendam oleh papanya selama 21 tahun. Dia perlukan pertolongan Adrian untuk meyakinkan papanya yang dia sudah cukup dewasa untuk pulang ke kampung halaman.

Adrian resah. Perlukah dia melepaskan gadis itu pergi meninggalkannya?

Sudah cukup kuatkah dia untuk berhadapan dengan papa Puteri Sara agar melepaskan anak gadisnya pulang ke Malaysia? Dia juga punya nekad. Dia harus sampaikan kata-kata ini kepada Puteri Sara :

"Ich Liebe Dich...! (Aku cinta kamu)"


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...