Memaparkan catatan dengan label Islam itu Indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islam itu Indah. Papar semua catatan

26 November 2009

Selamat menyambut Aidiladha

Salam dari Berlin!

Kepada semua pengunjung blog, kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidiladha.... Berhati-hati di jalan raya. Selamat Berqurban dan Bersedekah!
Kelebihan 10 Zulhijjah

Diharamkan berpuasa kerana Hari Raya Aidiladha.
Barangsiapa berkorban dengan satu ekor haiwan pada hari itu maka setiap ttisan darah yang mengalir dari tengkuk haiwan itu menghapuskan dosanya dan dosa ahli keluarganya.
Barangsiapa yang bersedekah dengan memberi makan kepada fakir miskin atau bersedekah pada hari itu maka ia akan dibangkitkan oleh Allah dengan aman sentosa dan berat timbangan amalannya lebih berat dari Bukit Uhud di Madinah.

21 Oktober 2009

Selamat menjadi tetamu Allah

Rombongan jemaah haji pertama Malaysia telah selamat berangkat ke tanah suci pagi tadi. Tahniah kepada mereka yang berjaya menjadi tetamu Allah untuk tahun ini. Khabarnya Abang Amir dan isterinya Kak Linda juga terpilih tahun ini. Semoga mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan kembali. Doakan kami sekeluarga dapat ke sana secepat mungkin ya....

05 Ogos 2009

Nisfu Syaaban

Seperti 9 tahun sebelumnya, seperti biasa tahun ini ibu mertua saya tanpa gagal akan mengingatkan kami tentang kedatangan Nisfu Syaaban. Pesannya hari ini buku amalan kita tahun lepas akan diangkat ke langit dan buku baru akan dibuka selepas Maghrib. Pesannya lagi supaya kami membaca Yaasin.

Terima kasih kepada mak yang tidak jemu-jemu memberi peringatan kepada anak-anaknya.

Kepada semua, selamat membuka buku amalan baru. Hari ini elok kalau kita merenung diri sendiri tentang amal ibadat kita. Sama-sama kita berazam untuk tingkatkan amalan dan meninggalkan perkara yang memudaratkan.... Esok, jika ada kesempatan dan kekuatan apa kata kita beramai-ramai berpuasa sunat...

09 Mac 2009

Selawat Ke Atas Nabi Muhammad S.A.W



Pada hari kelahiran nabi junjungan kita nabi Muhammad S.A.W, marilah kita berselawat ke atasnya....

20 Januari 2009

Bersama Ustaz Dr MAZA di Berlin

Ustaz Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA)

Kesempatan lawatan beliau selama 2 hari ke Berlin tidak disia-siakan oleh kami, warga Malaysia di Berlin. Dr MAZA, bekas Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang sangat popular di negara kita, sedang mengikuti kursus sabatikal di UK membuat lawatan pertama kalinya ke Berlin pada 18 Januari 2009 (Ahad) yang lalu. Kedatangan beliau disambut oleh rakan pelajar Malaysia (termasuk abang) di Stesen Utama, Berlin Hauptbanhof sekitar jam 5.30 petang. Selepas check in di hotel, beliau dibawa untuk mengunjungi Duta Besar Malaysia ke Jerman, Y.Bhg Dato' Zakaria Sulong dan isterinya YBhg. Datin Hazizah Ahmad di kediaman mereka pada jam 7.30 malam. Saya bersama beberapa rakan yang lain juga mengikuti rombongan ke rumah Duta buat pertama kali. Kami dihidangkan dengan makan malam yang sungguh lazat serta Teh Tarik!!!

Pada 19 Januari 2009 (Isnin), satu sesi majlis ilmu bersama ustaz MAZA diadakan di apartment saudara Rizza dan isterinya Mar. Kami bersama-sama menyediakan pot-luck untuk majlis tersebut. Melihat keperibadian dan caragaya beliau yang bijak menjawab setiap persoalan yang diajukan dengan hujah dan nas yang sahih, saya percaya, negeri Perlis dan Malaysia umumnya amat merasai ketiadaan Ustaz MAZA pada ketika ini.

Walaupun, saya tidaklah terlalu mengetahui tentang beliau, namun bertemu dengan beliau serta peluang mendengar pandangan beliau membuatkan saya yakin bahawa beliau seorang yang mempunyai ilmu yang tinggi di bidang agama Islam. Bahkan beliau boleh bercerita tentang topik-topik lain seperti hal ehwal semasa, sejarah Jerman (yang saya sendiri tidak cuba untuk mendalaminya) dan lain-lain lagi.

Untuk mengenali dan mengikuti tulisan dan pandangan Ustaz MAZA, bolehlah ke laman web beliau di http://www.drmaza.com/ .

Peluang bergambar bersama Ustaz MAZA

Keluarga Malaysia di Berlin bersama Ustaz MAZA.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...