Memaparkan catatan dengan label Alor Setar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alor Setar. Papar semua catatan

14 Ogos 2011

Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Pekan Rabu merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tidak sah bagi mereka yang mengunjungi Alor Setar jika tidak ke sini. Malah mantan PM kita Tun Mahathir memang suka ke sini. Pekan Rabu bolehlah disamakan seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Tetapi Pekan Rabu lebih kecil dari segi saiz. Apa yang ada di sini? Jom kita intai-intai!




Pekan Rabu menawarkan pelbagai barangan dari usahawan bumiputra dari makanan (basah dan kering), pakaian, kedai jamu dan kosmetik mahupun kedai gunting rambut. Pendek kata banyak benda yang boleh dicari semasa di sini. Harganya boleh dirunding tetapi kebanyakan harga makanan adalah harga tetap. Pelbagai makanan tradisi seperti dodol, kuah rojak dan kuih-muih mahupun ikan pekasam ada dijual di sini. Semasa saya berkunjung ke sini, ramai juga yang saya lihat memegang senarai barang pesanan teman-teman seperti saya. Jika anda berkunjung ke Alor Setar, jangan lupa ke sini ya. Kalau tidak membeli, jamu-jamu mata!

27 Disember 2007

Jalan-jalan cari makan : Laksa!



Laila dan abang hantu Laksa. Laksa Penangla.. Kalau ada seratus makanan, laksa yang akan kami cuba dulu. Kat KL ni susah sangat nak cari laksa best. Jadi kalau ada sesiapa yang dah jumpa tolonglah beritahu Laila ye! Siapa nak belanja makan pun jangan segan-segan ye...
Kalau kat KL, laksa yang rasanya lain sikit dan boleh makan lagi rasanya di Jusco Mid Valley. Pedas gila! Laksa yang tak boleh lupa, kalau pergi Perlis, makanlah Laksa Kuala Perlis berhampiran jeti. Sambil makan boleh beli macam-macam kuih kampung macam kuih karas, dodol etc di situ.
Laksa yang istimewa yang pelik sikit, Laksa Teluk Kecai berhampiran jeti Kuala Kedah. Ada sederetan kedai kat situ. Istimewanya laksa teluk kecai ini berkecai.... hehhee ada kawan buat lawak... tapi memang pun. Laksanya pendek-pendek, berkecailah maksudnya, jadi tak payah nak pendek-pendekkan dengan sudu bila nak makan. Lagi satu laksa ini ada sambal kelapa. Pengunjung boleh makan di gerai atau tapau. Caranya juga istimewa, kita boleh beli ikut kilo. Berapa kilo nak makan, bayar saja... istimewakan. Berlainan dengan laksa kat KL yang dijual dalam RM.
Di pekan Amerika Syarikat, ops... A.S (Alor Setar), ada satu gerai di Bangunan Ukir (yang tak tahu sebelah Hotel Holiday Villa di tengah bandaraya tu). Nama restorannya Mama. Yana kata laksa tangga sebab memang kedai tu kecil aje, jadi memang tepi tangga. Disebabkan orang yang datang ramai, kedainya kecil maka lepas makan anda disarankan terus blah... untuk memberi ruang kepada orang lain pula mengketedarah... Laksa dia memang power!
Tapi walau macam manapun semua laksa-laksa ini pastinya tidak dapat menandingi laksa ibu mertuaku....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...