Memaparkan catatan dengan label Pahang Darul Makmur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pahang Darul Makmur. Papar semua catatan

15 November 2011

Bukit Gambang Resort Waterpark

Tujuan utama ke Pahang memang mahu ke sini. Destinasi Bukit Gambang Resort dipilih kerana mahu meninjau bagaimanakah rupanya BGR ini kerana wujudnya taman tema ini semasa kami di Berlin. Bila balik tengok kat iklan di lebuhraya banyklah pulak. Apa hebat sangat promosinya ni? Nak juga menjengah. Namun hasrat menjengah itu hanya terlaksana setelah hampir 2 tahun bersempena hari jadi Hardy ke 10 tahun pada 16 September 2011 yang lalu!

Tak susah mencari BGR kerana memang tanda arahnya sangat jelas dari lebuhraya. Sementelah ini merupakan satu-satunya taman tema air di sebelah timur. Pertama kali memasuki perkarangan taman tema ini, hati saya berdetik, mmm...boleh tahan.




Kami menginap di apartment yang bersebelahan dengan BGR iaitu Arabian Bay Suites yang merupakan sebahagian BGR. Di bawah apartment itu terdapat mini funfair. Kat tempat makan pula ada juga cobaan, kereta bergerak setempat tu la. Jadi kepada ibubapa yang membawa anak, sabo banyak2lah yer...besar dugaannya tu terutama kepada anak sekecil Hana yang tidak faham pasal duit, janji dia boleh naik godek2. Hehehe....Bukan setkat Hana, si Hakimy yang 5 tahun pun sakan!




Seharian di sana, saya dapat simpulkan bahawa BGR menawarkan pakej taman tema air yang menarik untuk dicuba. Ia tidaklah sehebat Sunway Lagoon mahupun Genting Highlands. Tidak juga punya pilihan tarikan yang banyak seperti A Famosa Resort dan Bukit Merah Lake Town.  Rasanya ia setaraf Lost World of Tambun. Jika mahu ke pantai timur, cuba-cubalah singgah ke sana. Anak-anak anda pasti teruja untuk mencuba. Selamat bercuti!

 

08 November 2011

Bukit Tinggi, Pahang Darul Makmur

Cuti sekolah makin hampir. Diam tak diam lagi seminggu lebih kita dah bercuti sekolah. Tentu ramai yang sudah merangka percutian keluarga. Tak kisahlah ke mana destinasi anda, yang pentingnya kita dapat berkumpul satu keluarga dan anak-anak gembira.  

Saya ingin berkongsi cerita dengan anda destinasi percutian ke Pahang Darul Makmur. Saya bahagikan entri ini kepada dua bahagian iaitu I dan II. Pada entri I, saya akan membawa anda ke destinasi pelancongan menarik dari KL ke Pahang. Ini bermakna, di sepanjang perjalanan itu, anda berpeluang singgah ke beberapa destinasi menarik yang ada di sepanjang perjalanan anda. Barulah berbaloi kerana percutian itu tidak hanya ke satu destinasi saja bukan?

Saya tidak memilih Genting Highlands dalam senarai destinasi kerana percutian saya singkat saja.  Jadi saya terus ke Bukit Tinggi. Jika anda hanya mahu berjalan-jalan sekitar perkampungan Peranchis di Colmar Tropicale ini, anda perlu membayar tiket masuk sekitar RM12 untuk dewasa. Dengan tiket itu anda berpeluang ke Colmar Tropicale, Japanese Village dan Taman Bonsai. Untuk ke sana anda boleh menaiki kereta atau bas di Berjaya Times Square dengan perjalanan sekitar 45 minit sahaja. Selain dari tarikan di atas, anda boleh berjalan-jalan di Rabbit Park yang mengenakan tiket sekitar RM3 di perjalanan turun/pulang dari Colmar Tropicale.



 pemandangan di Colmar Tropicale


 bermain arnab di Rabbit Park

Kami meneruskan perjalanan ke Gambang Resort City (pengalaman itu akan saya masukkan pada entri II). Alang-alang sudah sampai Kuantan, kami meneruskan perjalanan terus ke Timur ke pantai Cherating. Walau bagaimanapun ketika kami sampai, hari sudah agak lewat, jadi tidak sempat hendak bermain air laut, cuma sempat bergambar.

Kembara kami ini tidak lengkap tanpa makanan best. Kalau ke Temerloh, tentu tak sah kalau tak merasa tempoyak ikan patin. Nyum nyum. Selain daripada itu, kami tidak ketinggalan makan satar dan otak-otak di Kemaman. Sempat lagi membeli beberapa kampit keropok sedap. Memang sedap hingga sekarang terasa-rasa kesedapan satar yang pedas dan power! Memang berbeza dari satar yang pernah kami makan di mana-mana.

02 Mac 2011

Sekitar percutian ke Genting Highlands 2011

Sempena hari jadi Kimy ke 5, kami sempat ke Genting. Walaupun dah beberapa kali pergi tapi kerana hari jadi Kimy, kami pergi lagi. Almaklum, tempat terdekat di KL yang mudah nak pergi. Kami sempat mengidnap di Genting semalam. Namun hasrat nak main outdoor game tergendala kerana cuaca sangat sejuk menyebabkan outdoor theme park ditutup. Jadinya tiket yang sudah dibeli secara online untuk 3 dewasa dan 2 kanak2 itu sia-sialah. Walaupun boleh ditukar ke indoor tetapi memang rugi kerana tiket  kami dah beli/main indoor game semalam sepuas-puasnya. Nak tak nak terpaksalah kami main lagi sampai nak termuntah. Game yang Kimy dan Hardy paling suka, kereta bumper. Disebabkan outdoor ditutup, maka orangpun ramai menyebabkan masa menunggu satu-satu permainan itu begitu lama. 











Kesimpulan yang boleh dibuat, lain kali beli tiket outdoor jangan online sebab bila hari hujan, theme park tutup dah rugi sebab tiket tak boleh dikembalikan. Teruk betul! Saya rasa Genting perlu mencari tarikan baru sebab kebanyakannya adalah tarikan lama. Bagi pengunjung yang sudah kerap ke sana, seolah-olah tiada lagi rasa thrill!

Inilah gambar kami sekeluarga yang sempat dirakam. Selamat hari jadi Kimy ke 5! Enjoy!

30 Disember 2007

Sehari di Genting Highland










Sudah lupa berapa kali kami ke Genting Highland. Yang pasti tujuannya bukanlah untuk berjudi... Kali ini kami pergi untuk melihat pertunjukan Fly Defy Graviti. Satu pertunjukan silap mata muzikal. Seperti tahun-tahun lepas, setiap tahun Genting Highland pasti akan membawa pertunjukan antarabangsa yang temanya berbeza-beza. Tahun ini pertunjukannya lebih menarik berbanding tahun lepas. Tak terasa pertunjukan selama satu setengah jam itu akhirnya berakkhir. Ada aksi silap mata, pertunjukan akrobatik dan tarian, disatukan menjadi satu persembahan yang menarik.
Jalan ceritanya tentang pertempuran masa depan di mana dua puak sekumpulan Waterlings dan Skyfires, berjuang untuk terus hidup.
Skyfires, pasukan yang lebih kuat menang kerana kebolehan mereka boleh terbang. Waterlings yang bersembunyi akhirnya meminta YV untuk menyelamatkan mereka. YV percaya satu-satunya cara supaya Waterlings boleh mengalahkan Skyfires adalah dengan belajar terbang.
Untuk maklumat lanjut bolehlah layari :
1 Januari 2008 adalah hari terakhir pertunjukan ini. Jika ada masa, lihatlah pertunjukan yang menarik ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...