Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

18 Ogos 2015

Resepi Benjo Daging Salai Kak CT

Kebelakangan ni, Laila Kamilia rajin betul memasak. Kenapa ek? Tu sebab tak buat novel jadi saya ada banyak masa nak tunjuk skill yang tak berapa tu kat dapur. Malam ni saya nak ajak korang masak  benjo daging salai kak CT. Saya punya resepi  suka  hatilah nak bubuh nama apapun kan? Haha. Alkisahnya namanya saya ambil sempena nama tokey daging salai ni kak CT Hatijah. Ok, jom cuba resepi yang lain sikit!


Untuk resepi mudah :

Bahan-bahan

Telur (3 biji)
Bawang kuning (1/4 saja) 
Garam
(pecahkan telur dan masukkan garam bersama hirisan bawang kuning)-pukul

Daging salai (jumlah ikut suka kemudian gunting/hiris jadi kepingan kecil)
Mentega
Bawang kuning (baki di atas) 
Roti panjang (4 biji)

Untuk hiasan
Tomato
Timun
Chili mayo
Sos cili

Cara Masak :
1- Sapukan mentega pada roti yang sudah dibelah dua, panaskan atas kuali leper ikut kadar garing yang disukai.
2- Angkat dan letak ke pinggan.
3- Letak mentega, letak bawang kuning masak sampai hampir garing sehingga terbit bau wangi kemudian masukkan guntingan/hirisan daging salai tadi dan masak sampai sebati agak-agak 2 minit.
4-Angkat dan letak ke pinggan.
5-Tuangkan separuh telur yang telah dipukul, telangkupkan 2 roti panjang tadi atas telur.
6-Letakkan mentega di sisi kemudian tunggu sampai garing dan angkat ke dalam pinggan.
7-Ulang untuk roti yang berbaki.
8-Apabila sudah siap letakkan bahan untuk hiasan.

SELAMAT MENCUBA!

14 November 2007

Resepi Kuih Tako

Kuih tako yang sudah siap tapi dimasukkan ke dalam bekas.
Sengkuang ditabur dulu di dalam acuan dari daun pandan
Potong sengkuang kecil-kecil
Bancuhan bahagian bawah
Tuang bancuhan dalam acuan dan masak bahagian atas pula
Lelaki pun boleh buat juga, tentu sinang bah!


BAHAGIAN BAWAH

sengkuang cina

1 cawan tepung jangung (diayak)

11/2 cawan gula pasir

6 cawan air

pewarna hijau


BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung jagung (diayak)

6/7 cawan santan segera yang dilarut bersama air

sedikit garam


CARA MEMBUAT

1. Buat acuan dari daun pandan macam bentuk sampan.

2.Campurkan semua bahan untuk bahagian bawah dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun yang telah tersedia sengkuang dipotong kecil.

3. Campurkan semua bahan untuk bahagian atas dan kacau atas api hingga pekat. Tuang dalam daun.

4. Biarkan sejuk dan sedia untuk dihidang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...