26 Julai 2011

Cinta Pandang Ke-2; antara terlaris Grup Buku Karangkraf Julai 2011


Terima kasih atas sokongan anda, yang sudi membaca karya kecil seorang Laila Kamilia. Cinta Pandang ke-2 antara terlaris dari Grup Buku Karangkraf Julai ini....

24 Julai 2011

Turun Berat Badan, Diet.... Nak kurus....

Kalau anda perhatikan gambar saya di muka belakang novel CPK2 di ruangan Tinta Penulis memang gambar ini. Gambar ini diambil semasa musim luruh 2008 di Berlin, Jerman semasa saya baru sampai. Kalau lihat masa tu memang saya tembom. Masa tu berat saya 60.5kg. Sebelum ke Berlin, saya memang mengajar Pendidikan Jasmani. Walaupun saya selalu ke padang, berat saya memang macam tu jelah.....

Bila dah setahun di Berlin, saya memang kurus. Bukan setakat kurus biasa, tapi kurus gila! Bayangkan berat saya turun sehingga 45kg! Saya memang nampak cengkung, sampaikan Yeo, teman saya di Berlin minta saya buat pemeriksaan, kalau-kalau saya sakit. Saya ketawa kerana saya dapat merasakan memang saya tak sakit. Kalau tak percaya, boleh lihat gambar saya di bawah ni dengan Johnny Depp dan Hana. Nampak cengkung kan!
Cuba lihat gambar yang ini pulak! Hahahaha! Ini gambar terbaru saya yang diambil semasa saya ke Floria, Putrajaya baru-baru ini. Nampak! Ada yang dah senyum-senyum. Ya! Saya sudah semakin mengembang! Berat badan saya ketika itu lebih kurang 59.5kg. Kalau anda nak tahu, saya sudah mencuba macam-macam untuk kembali sekurang-kurangnya 50kg sebagaimana saya mula-mula pulang dahulu. Tetapi masih tidak berjaya. Dan saya kembali menjadi guru Pendidikan Jasmani ya!


Saya ingin berkongsi pengalaman saya nak menguruskan badan. Masa mula-mula saya pulang dulu, adik saya pernah kata, yang saya akan kembali tembom bila kembali ke Malaysia. Saya kata saya akan cuba mengekalkan berat badan saya tetapi nampak dan jelas, setelah setahun setengah kembali ke Malaysia, saya sudah hampir menyamai berat badan asal saya! Oh! Tidak! Sesuatu harus saya lakukan!

Saya telahpun pergi ke LWM...singkatan untuk satu syarikat yang menguruskan hal ehwal kurus-mengurus ni yang glamour kat Malaysia ni, yang selalu iklannya kat TV tu. Masa saya ke sana, saya telahpun diberikan satu sesi percuma. Nak tahu apa yang mereka buat? 
1- Timbang berat badan
2- Sauna
3-Terapi elektrik
4-Khidmat nasihat jadual pemakanan
Kena pergi ke sesi pelangsingan tu satu hal. Nak membayar kos pelangsingan tu satu hal. Untuk 30 sesi yang sama, saya harus membayar RM13K kalau saya tak silap (kerana saya ingat2 lupa, kejadian dah lama dah). Wow! Bukan sedikit harga yang harus dibayar untuk kurus. Dan yang paling saya tak suka, dietnya yang nyampah. Kalau camgitu saya diet je kat rumah kan senang! 

Saya pernah minum satu produk yang iklannya boleh kata hari-hari keluar kat surat khabar. Ada kesanke dengan pelaburannya? Mmm...sekali lagi produk itu turut menuntut kita berdiet tertentu. Ia hanya membuatkan kita kenyang seketika. Terpulang kepada kita untuk jaga diet kita jika mahu proses pelangsingan kita ini menjadi.

Kesimpulan yang saya boleh buat dari program dan produk yang saya ambil kalau nak kurus, kita sebenarnya yang menentukan sama ada kita boleh kurus atau tidak. Tak perlu menghabiskan duit banyak kepada program-program pelangsingan atau makan produk tertentu sebab kita juga boleh lakukannya di rumah dengan disiplin yang tinggi. Jika tiada disiplin, selepas habis program pelangsingan itu, kita boleh kembali gemuk seperti sebelumnya. Jadi inilah yang dapat saya senaraikan langkah-langkah untuk kurus:
1-Jaga pemakanan anda. Makanan yang berlemak dan berminyak hanya akan menambahkan berat badan (sehingga artikel ini ditulis, saya memang telah berjaya mengurangkan makan nasi lemak sejak sekian lama).
2-Jangan makan nasi. Kawan saya pernah berdiet tidak makan nasi dan kurus cepat. Katanya 3 minggu  tak makan nasi, dia kurang 2kg. Kalau tak boleh tak makan nasi, almaklum perut Malaysia, boleh kurangkan jumlahnya.
3-Minum banyak air putih dan kurangkan air bergula.
4-Buah-buhan terutama epal hijau bagus untuk orang berdiet.
5-Makanan berserat seperti roti gandum dan bijirin bagus untuk penghadaman.
6-Berjalan kaki ke mana saja paling bagus untuk kurus.
7-Ajaklah kawan anda berdiet dengan anda. Kalau berdiet seorang, memang tak jalan.
8-Makan buah sebagai snek untuk gantikan goreng pisang etc.
9-Orang yang belum kahwin, kadar metabolismenya lebih tinggi, jadi kalau nak berdiet, mereka lebih cepat kurus. Orang yang beranak satu akan cepat kurus berbanding dengan orang beranak dua. Oleh itu, kalau nak berdiet, lebih baik diet masa muda-muda...haha
10-Bersenam bagus untuk kesihatan

Saya pandai je nak bercerita macam saya sudah berjaya kurus. tapi sebenarnya saya menulis artikel ini untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan mencabar diri untuk kembali sekurang-kurangnya 55kg hujung tahun ini! Harapnya saya berjaya! Selamat maju jaya juga kepada anda di luar sana!

18 Julai 2011

PAKEJ JALAN-JALAN KE BANDUNG, INDONESIA

Sudah 2 kali saya ke Bandung. Banyak yang menarik di sana. Malah saya merasakan ke Bandung lebih menyeronokkan dari ke Jakarta. Kepada yang selalu mengikuti blog saya, tentu telah membaca catatan perjalanan saya ke Bandung sebelum ini.

Jadi jika ada sesiapa yang teringin ke sana, boleh mengikuti mana-mana pakej dari agen pelancongan. Kira kalau inilah kali pertama anda ke sana, mengikuti pakej membantu anda pergi ke semua tempat wajib di Bandung. Tambangnya pun taklah mahal sangat berbanding dengan pengalaman yang akan anda rasai. Berikut adalah iteneri yang biasa bagi agen apabila anda ke sana.

 makanan yang berbeza sedikit dari di Malaysia

factory outlet sesuai untuk orang yang rajin shopping

ITENARY  BANDUNG TRIP 

HARI PERTAMA : KUALA LUMPUR – BANDUNG + SHOPPING (L/D)




Berlepas dari LCCT Kuala Lumpur dengan pesawat Airasia  jam 09:40pagi. Dijangka tiba di Hussein Sasteranegara International Airport jam 10:45pagi. Makan tengahari di restoran tempatan.  Membeli-belah di Jalan Riau yang terkenal dengan factory outlets nya seperti Rumah Mode, Heritage, Cascades, The Summit, For Men, The Stamp dan The Secret.. Daftar masuk ke hotel. Makan malam di restoran tempatan.


HARI KEDUA : BANDUNG – PASAR BARU (B/L/D)




Selepas sarapan pagi di hotel, hari yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta untuk membeli belah. Membeli-belah di Pasar Baru yang merupakan syurga membeli-belah di Kota Bandung. Disini peserta berpeluang mendapatkan Baju Kurung, Kain Batik, Kain Sutera, Telekung dan juga ole-ole Bandung. Makan tengahari di Pekan Baru dan sambung membeli belah semula. . Kembali ke hotel. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.


HARI KETIGA : BANDUNG + TANGKUBAN PERAHU (B/L/D)




Selepas sarapan pagi di hotel, lawatan diteruskan ke gunung berapi Tangkuban Perahu yang menjadi simbol Bandung. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 jam. Di puncak gunung ini, peserta berpeluang melihat sendiri keindahan alam semulajadi yang cukup indah dengan suasana yang cukup nyaman. Makan tengahari di restoran tempatan (Kg Daun) yang terkenal dengan masakannya yang enak. Kembali ke Kota Bandung. Membeli-belah di Jalan Setiabudi dan Cihampelas yang terkenal dengan barangan berjenama pada harga murah. Juga Donatello Shoes House bagi membeli pelbagai jenis kasut pada harga murah. Makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel.


HARI KEEMPAT : BANDUNG TOWN(B/L/D)




Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan di bawa ke Cibaduyut yang terkenal dengan barangan kulit dan Cihampelas Jeans Store Toko Tiga. Makan tengahari di restoran tempatan.  Membeli-belah di factory outlets  Jalan Dago seperti Grande, Episode, Edward Forrer, Natural dan banyak lagi.. Makan malam  di restoren tempatan dan kembali ke hotel.


HARI KELIMA : BANDUNG – KUALA LUMPUR (B)




Selepas sarapan pagi di hotel, peserta akan dibawa ke tempat mendapatkan ole-ole Bandung seperti Kue Lapis, Brownies, Kartika Sari dan Amanda. Selepas itu dibawa ke Hussein Sasteranegara International Airport bagi meneruskan perjalanan pulang dengan pesawat Airasia jam 12:00tghari. Dijangka tiba di LCCT Kuala Lumpur jam 03:05petang. Lawatan Tamat.

Pakej yang ditawarkan agen sekitar RM1200 (dewasa), RM800 (kanak-kanak 2-12 tahun), RM200 (kanak-kanak 0-2 tahun) sahaja termasuk :
1. Tiket kapal terbang Air Asia - termasuk bagasi up to 15kg (pergi), 20kg (balik) - (tertakluk kpd caj bahan api)
2. Pengangkutan di sana
3. Hotel dan sarapan pagi
4. Makan tengahari dan malam di restoren tempatan
5. Tiket masuk ke Tangkuban Perahu (Gunung Berapi)

ps-harga tiket berubah2 berdasarkan harga semasa. Selamat melancong!

14 Julai 2011

Tawaran Istimewa dari Alaf21-Trionovel dan Bonus Julai 2011


Dapatkan segera di pasaran di sini. Anda juga boleh terus emel ke lailakamilia@yahoo.com untuk dapatkan diskaun 10% dan tandatangan penulis!

13 Julai 2011

Trionovel Julai 2011


Boleh dapatkan novel terbaru keluaran Alaf21 secara online http://www.alaf21.com.my/ atau di kedai buku berhampiran. Jika mahukan ianya lebih personal dan istimewa, emelkan kepada penulis. Pasti senaskah novel dengan tandatangan penulis akan sampai ke rumah anda! Untuk membeli Cinta Pandang Ke-2 secara terus dari penulis Laila Kamilia, sila emelkan pesanan ke lailakamilia@yahoo.com.

05 Julai 2011

SEKALUNG PENGHARGAAN DARI LAILA KAMILIA UNTUK ANDA SEMUA!


CINTA PANDANG KE 2 KINI REALITI!

Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga buat yang teristimewa Ainnur Azleen; yang telah memberi kepercayaan kepada saya untuk menggarap kisah ini. Hidup baik-baik di perantauan. Bila jejak kaki ke bumi Malaya, carilah lelaki yang memegang nama AZLEEN di balai ketibaan! Forgive and forget! Anda berhak untuk hidup bahagia!

Buat teman-teman Institut Perguruan Ilmu Khas Cheras Sesi 2008; Marfuza, Izzi, Zuhri, Zely, Tiah, Shara, Dalilah, Fiza, Yati dan Rozie yang sempat saya abadikan namanya di dalam novel ini dan yang ramai lagi yang tidak dapat saya kongsikan di sini ; terima kasih untuk persahabatan yang dihulurkan. Terima kasih kerana sudi berkongsi sebuah pengembaraan hidup bersama seorang Haslina.

Cik Norhana Mohd Salleh, Guru Bahasa Jepun, Pusat Bahasa Moden, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak yang membantu saya menterjemah beberapa petikan di dalam bahasa Jepun di dalam novel ini. Juga tidak lupa kepada teman-teman penulis yang tidak jemu-jemu memberikan saya sokongan moral untuk terus menulis, menulis dan menulis.

Kepada peminat novel, saya berharap novel ke 3 saya bersama Alaf 21 ini akan memberikan anda hiburan dan manfaat. Sokongan anda semua lewat email dan blog, sangat-sangat saya hargai. Janganlah jemu memandu saya untuk menjadi seorang penulis yang berkesan kepada dunia penulisan.

Kepada Alaf 21 yang masih memberikan kepercayaan kepada karya saya untuk diterbitkan, terima kasih yang tidak terhingga. Anda terlalu bernilai!

Pengunjung setia http://www.lailakamilia.blogspot yang menyokong tulisan saya di blog, teman-teman Facebook dan lain-lain yang terlalu panjang senarainya.

Terima kasih juga buat ibubapa dan adik-adik yang sentiasa memahami minat saya dalam bidang ini.
Untuk suami Aedy Fadly Ramli yang selalu berusaha untuk memastikan isterinya ini terus berkarya. Sokongan dan kasih sayang abang akan sentiasa menjadi azimat penguat semangat. Jangan jemu memberikan ‘ceramah motivasi’ percuma kepada isteri yang ‘liat’ ini. Untuk permata hati saya; Hardy Zahidy, Hariz Hakimy dan Hana Nurein… mama sayang kamu semua…..

Untuk semua, terimalah karya terbaru saya ini. Seperti sebelumnya; yang baik buat sempadan, yang buruk jadi tauladan. Jumpa lagi insyaAllah dalam Aku, Dia & Berlin, karya yang akan datang.
Sesungguhnya kita hidup hanya sementara di dunia ini. Berbuatlah baik kepada semua tanpa mengira warna kulit mahupun darjatnya.
Laman web:- http://lailakamilia.blogspot.com
Emel:- lailakamilia@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...