Memaparkan catatan dengan label Taman Tema. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Taman Tema. Papar semua catatan

05 Januari 2014

Movie Park Germany, Bottrop- Kirchhellen, Essen, Jerman


Terletak di Essen, berdekatan dengan Dusseldolf, Jerman, tersegam dengan luas sebuah taman tema berasaskan filem-filem dan siri tv Hollywood: Movie Park Germany.

Sekiranya menaiki keretapi laju ICE dari Belanda (setelah puas melihat tulip pastinya), menuju ke Jerman, anda boleh singgah ke sini. Anda hanya perlu berhenti di stesen Cologne. Dari situ ambil ambil laluan keretapi di S6. Selepas itu turun di Essen Sentral.  Anda perlu mengambil kena ambil keretapi serantau seperti keretapi KTM yang di laluan RE14 ke Borken untuk turun di Feldausen.

Beberapa minit berjalan dari Stesen Feldausen, papan tanda besar Movie Park Germany dengan mercu tanda produksi filem gah berdiri dari jauh. 


Taman tema yang luasnya 40 ekar itu memang terlalu banyak benda untuk dicuba. Nickland, Street of New York dan The Old West, semuanya menakjubkan.  Dari persembahan pentas dan persembahan jalanan semuanya menggunakan bahasa Jerman. Kalau sudah bagus, bahasa bukan lagi jadi halangan. Percayalah, korang boleh aje layan dan enjoy sebab sayapun tak faham langsung apa yang mereka katakan. 









Jika berjalan bersama anak-anak dalam satu tempoh yang agak lama, saya menyarankan anda bawalah mereka ke mana-mana taman tema yang ada di sekitarnya. Ia bagus untuk mengecas tenaga anak-anak yang mengikut ibubapa berjalan-jalan mengikut tempat kesukaan ibubapa. Percayalah percutian itu akan jadi kenangan terindah buat anda sekeluarga!

Selamat melancong!

ps- Latar Movie Park saya masukkan di dalam novel Cinta Bunga Tulip di scene Adrian mahu memberikan kejutan di hari lahir Sara ke 21. Sara memang gila main roller coaster dan hari ini Adrian mahu menggembirakan Sara sekalipun dia tahu, pulangnya nanti dia akan kena habis-habisan oleh papa Sara. Hehe... sayang sungguh Adrian pada Sara tapi kenapa Sara tak nampak ye? Hehe... boleh baca kisah mereka dalam novel Cinta Bunga Tulip.

15 November 2011

Bukit Gambang Resort Waterpark

Tujuan utama ke Pahang memang mahu ke sini. Destinasi Bukit Gambang Resort dipilih kerana mahu meninjau bagaimanakah rupanya BGR ini kerana wujudnya taman tema ini semasa kami di Berlin. Bila balik tengok kat iklan di lebuhraya banyklah pulak. Apa hebat sangat promosinya ni? Nak juga menjengah. Namun hasrat menjengah itu hanya terlaksana setelah hampir 2 tahun bersempena hari jadi Hardy ke 10 tahun pada 16 September 2011 yang lalu!

Tak susah mencari BGR kerana memang tanda arahnya sangat jelas dari lebuhraya. Sementelah ini merupakan satu-satunya taman tema air di sebelah timur. Pertama kali memasuki perkarangan taman tema ini, hati saya berdetik, mmm...boleh tahan.




Kami menginap di apartment yang bersebelahan dengan BGR iaitu Arabian Bay Suites yang merupakan sebahagian BGR. Di bawah apartment itu terdapat mini funfair. Kat tempat makan pula ada juga cobaan, kereta bergerak setempat tu la. Jadi kepada ibubapa yang membawa anak, sabo banyak2lah yer...besar dugaannya tu terutama kepada anak sekecil Hana yang tidak faham pasal duit, janji dia boleh naik godek2. Hehehe....Bukan setkat Hana, si Hakimy yang 5 tahun pun sakan!




Seharian di sana, saya dapat simpulkan bahawa BGR menawarkan pakej taman tema air yang menarik untuk dicuba. Ia tidaklah sehebat Sunway Lagoon mahupun Genting Highlands. Tidak juga punya pilihan tarikan yang banyak seperti A Famosa Resort dan Bukit Merah Lake Town.  Rasanya ia setaraf Lost World of Tambun. Jika mahu ke pantai timur, cuba-cubalah singgah ke sana. Anak-anak anda pasti teruja untuk mencuba. Selamat bercuti!

 

01 Jun 2011

Ke Universal Studios Singapura!

Melengkapkan taman tema di Asia selepas Warner Park Madrid di Sepanyol, Disneyland Paris di Peranchis dan Movie Park Bottrop di Jerman, kembara taman tema kami diteruskan ke negara jiran kita Singapura. Taman tema yang masih baru dibuka ini, sememangnya menawarkan percutian yang menggembirakan terutamanya di kalangan anak-anak. 

Seperti biasa, kalau ke Singapura, kami lebih senang menaiki kereta sendiri. Walaupun kenderaan awam di Singapura ini antara yang terefisien di Asia, kami memilih untuk naik kereta kerana lebih mudah. Bertolak seawal 8.30 pagi dari JB, kami tidak berdepan dengan kesesakan di pagi Ahad 1 Mei 2011 itu. 

Perjalanan yang lancar menyebabkan kami tiba awal iaitu kira-kira jam 9.15 pagi. Jam 10.00 pagi baru taman dibuka jadi tempoh yang ada itu kami mengambil gambar dan membaca peta taman untuk merancang percutian hari itu. Kebiasaanya taman tema pasti akan mempunyai beberapa pertunjukan yang harus mengikut jadual. Jadi, jika tidak mahu ketinggalan, kita kena waspada dengan masa.

Masuk saja ke taman, kami bergambar dengan beberapa karektor. Kimy takut dengan Zombie tetapi Hana terus menangis. Hahaha.... Kami mengambil peluang orang yang masih tidak ramai ke rumah Shrek dan mencuba  permainan di situ. Apa yang kami perhatikan, bilangan pengunjung semakin menginjak tengahari semakin ramai. Jika di Europe, kebiasaannya pengunjung memang sudah ramai daripada permulaan. Kami memilih permainan yang tidak memerlukan masa yang lama untuk beratur. Sementelah kami bercadang untuk pulang lewat dan tidak membeli fast pass, permainan yang memerlukan masa yang lama untuk beratur, kami simpan untuk sebelah lewat petang atau malam. Jadi kami ada banyak masa untuk mencuba permainan lain. Itu merupakan satu strategi di taman tema ya!

 bersama Po, si Panda
 inilah Zombie yang Kimy takut, Hana pun dah nangis...
 Puss in Boots
 Battlestar Galactica yang menggerunkan
 Hana sempat bergambar di Hollywood
 Winnie Woodpacker
 Battlestar Galactica dari jauh
 Istana Far Far Away from Far Away...haha
 Kimy dan telinga Shrek
Hardy di kedai cenderamata

Kami mencuba semua permainan kecuali Battlestar Galactica. Gila ke apa? Saya tidaklah seberani itu. Jadi kalau sesiapa yang berani itu tahniahlah yer. Saya paling suka Jurassic Park-The Lost World. Pengalaman paling menggerunkan tentulah ketika menaiki Ancient Egypt. Memang sebab kena paksa dan ada trick sikit menyebabkan saya terkena. Tak apa.... abang sengih aje sebab dapat mengenakan saya. Tapi sebenarnya dia tak tahu, yang saya memang mahu mencuba. Sebab itu bila dia ajak naik Galactic Battle, jangan harap saya nak naik walaupun penat dia memujuk. Hahaaha....Hakimy suka naik roller coaster di Far Far Away sedangkan Hardy suka dengan aksi pembuatan filem di Lights, Camera, Action di New York. Hana walaupun kecil, dia nampaknya seronok tengok macam-macam warna di sana. Sempatlah naik keretapi kecil. Yelah, masukpun tak bayar. Jadi memang banyak yang tak boleh nak naik. Tunggu besar sikit ye sayang!

Pertunjukan yang paling menarik saya rasa adalah pertunjukan di Waterworld dan Lights, Camera, Action di New York. Kami tidak dapat masuk ke Madagascar kerana masih belum dibuka ketika itu. 

Melihat anak-anak gembira, kami yang menyambut ulangtahun perkahwinan ke 11 tersenyum senang. Melihatkan wajah-wajah bahagia anak-anak, kami turut berbahagia. Semoga ada percutian keluarga yang lain di masa depan. Kepada yang masih belum berpeluang ke sana, bolehlah merancang percutian kerana setelah dibuka secara rasminya minggu lepas, semua tarikan telah dibuka kepada umum! Bila balik jangan lupa beli cenderamata sebagai kenangan ya! Selamat bergumbira!

18 Mei 2011

Selamat Ulangtahun ke 11- 1 Mei 2011


Tahun ke 11. Bukan lama sangat tapi bukan juga masih baru. Kalau tengok gambar, sudah nampak beza benar dengan 11 tahun yang lepas. Syukur, selain wajah yang dimamah usia, kami masih seperti berbelas tahun dulu. Kami masih bersahabat dan bercinta....Hahaha.... Masih keluar menonton bersama, berjalan kaki ke kedai, masih bertukar cerita. Dia bercerita saya mendengar, saya bersenda dia ketawa! Alhamdulillah. Moga ALLAH merahmati kami dengan keluarga bahagia, InsyaAllah.

Tahun ini kami meraikannya bersama anak-anak di Universal Studio, Singapura! Kiranya tahun ini adalah ulangtahun dedikasi bersama anak-anak. Kami ingin berkongsi cerita suka-duka perkahwinan kami bersama anak-anak, sementelah Hardy sudahpun 10 tahun. Ya, selama 11 tahun, banyak perkara yang telah kami lalui bersama. Banyak perkara telah menguji, banyak perkara telah terjadi.

Ada perkara yang kami tinggalkan tetapi kami selalu mengingatkannya. Ada perkara yang masih kami kekalkan dan menjadi tradisi. Ada perkara yang harus dilupakan sebagaimana ada perkara yang harus dimaafkan. Tiada kesalahan harus diungkitkan sebagaimana tiada hutang yang harus dikira untuk dibayar bunga. Ada perkara yang harus diingatkan sentiasa seperti kepercayaan dan kesetiaan tanpa curiga. Ada kala kita menangis bersama tetapi di kebanyakan masa kita tertawa gembira. Ada kejayaan demi kejayaan yang dirai malah ada pula kegagalan yang dijadikan landasan untuk berjaya di masa depan.

Tanpa dia, saya bukannya sesiapa. Dan tanpa saya siapalah dia. Hakikatnya antara kami saling melengkapkan. Tanpa satunya....1500 tiada makna!

02 Mac 2011

Sekitar percutian ke Genting Highlands 2011

Sempena hari jadi Kimy ke 5, kami sempat ke Genting. Walaupun dah beberapa kali pergi tapi kerana hari jadi Kimy, kami pergi lagi. Almaklum, tempat terdekat di KL yang mudah nak pergi. Kami sempat mengidnap di Genting semalam. Namun hasrat nak main outdoor game tergendala kerana cuaca sangat sejuk menyebabkan outdoor theme park ditutup. Jadinya tiket yang sudah dibeli secara online untuk 3 dewasa dan 2 kanak2 itu sia-sialah. Walaupun boleh ditukar ke indoor tetapi memang rugi kerana tiket  kami dah beli/main indoor game semalam sepuas-puasnya. Nak tak nak terpaksalah kami main lagi sampai nak termuntah. Game yang Kimy dan Hardy paling suka, kereta bumper. Disebabkan outdoor ditutup, maka orangpun ramai menyebabkan masa menunggu satu-satu permainan itu begitu lama. 











Kesimpulan yang boleh dibuat, lain kali beli tiket outdoor jangan online sebab bila hari hujan, theme park tutup dah rugi sebab tiket tak boleh dikembalikan. Teruk betul! Saya rasa Genting perlu mencari tarikan baru sebab kebanyakannya adalah tarikan lama. Bagi pengunjung yang sudah kerap ke sana, seolah-olah tiada lagi rasa thrill!

Inilah gambar kami sekeluarga yang sempat dirakam. Selamat hari jadi Kimy ke 5! Enjoy!

27 Ogos 2009

Taman Tema Warner Park (Movie World) Madrid, Sepanyol

Cuaca sangat terik petang itu tetapi kami menggagahkan kaki demi anak-anak yang disayangi. Walaupun terlewat sejam (sepatutnya kami tiba jam 4.00 petang) disebabkan masalah komunikasi di mana kami gagal mendapatan maklumat tepat semasa di setesen keretapi Atocha menyebaban perjalanan kami tertunda. Dari jauh inilah pemandangan yang dapat dilihat Warner Parque, Madrid. Namun keriuhan suara pengunjung yang sedang menaiki roller coaster sudah kedengaran.

dari jauh sudah nampak roller coaster maut


bugs bunney

daffy duck
di hadapan Warner Park sebelum masuk ke taman tema

Kartun Warner Brothers memang sinonim dengan kita. Kita membesar dengan Bugs Bunney, Daffy Duck, Tweety Bird, Road Runner etc. Kesempatan bertemu beberapa karektor kartun pujaan membuatkan anak-anak teruja. Sementelah mereka suka melihat aksi Bugs Bunney dan Daffy Duck yang asyik bercakaran tetapi 'mesra' hingga tidak boleh dipisahkan itu.

Inilah dia roller coaster maut. Saya menggeleng-geleng kepala semasa lalu di bawahnya. Upah saya dengan duit sekalipun saya tak akan naik. Saya hairan macam mana orang punya keberanian hendak menaiki roller caster macam ni. Silap-silap jantung boleh tertinggal kat atas.


bersama hero Superman yang permainannya memang menakutkan


sempat bergambar sekeluarga di Cartoon World sebelum mula bermain


menemankan Hakimy bermain...nampak sangat tak mencabar...

Bermacam-macam permainan yang budak-budak ni hendak mencuba tetapi permainan yang kebanyakannya tidaklah mencabar cukup untuk sekadar menggembirakan. Kelakarnya kerana saya mengandung permainan yang paling mudah seperti menaiki keretapi pusing-pusing taman tema pun tidak dibenarkan. Saya ketawa kerana kasihan kepada abang yang terpaksa menemankan anak-anak bermain sendirian. Nampaknya saya hanya masuk membayar tiket Euro28 hanya untuk menjadi jurgambar dan juruvideo profesional anak-anak dan abah mereka. Tetapi puas hati juga kerana kali ini memang banyak gambar dan video aksi-aksi mereka sedang bermain dapat dirakam.


sempat lagi berposing walaupun penat jadi peneman anak-anak bermain


tangki air Warner Brothers yang glamour tu

Paling tidak, saya dapat juga menonton aksi stun batman menyelamatkan heroinnya. Memang aksi stunt mereka tidak menghampakan. Bermula dari sekadar manusia biasa, Bruce Wayne transform kepada seorang penyelamat mencegah kejahatan. Banyaklah aksi kejar-mengejar, letupan di sana sini dan aksi ninja ditontonkan kepada umum. Tapi pertunjukan itu dalam bahasa Sepanyol. Jadi kami main agak-agak saja apa intipati ceritanya.




stunt show oleh Batman

Jam 10.00 malam bila tirai Warner Park ditutup, wajah anak-anak gembira kerana puas bermain hari itu. Mujur saja pada hari yang terik itu, taman tema ini menyediakan tempat-tempat khas untuk pengunjung membasahkan tekak dengan air minuman. Kalau kena beli juga air mineral memang duit akan banyak habis disebabkan teriknya matahari pada waktu summer di Sepanyol ini. Nampaknya bulan Julai memang bulan paling panas hinggakan di kiri kanan jalan rumput-rumput gondol ibarat padang pasir.


sempat bergambar dengan Tom sebelum pulang

Sempat juga kami membeli-belah di kedai-kedai menjual cenderamata. Harganya? Bolehlah tahan, ada tawaran juga pada barangan tertentu. Yang pasti mesti hendak beli juga barang satu dua cenderamata sebagai kenangan berada di sana. Nampaknya hasrat kami untuk menggembirakan anak-anak tercapai juga. Esoknya kami pulang ke Berlin setelah 10 hari mengembara ke Itali dan Sepanyol.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...