Memaparkan catatan dengan label kasih sayang dia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kasih sayang dia. Papar semua catatan

01 Mei 2015

1.5.15- Save the date. Ulangtahun ke -15

Saya bercadang hendak ke tempat lain tetapi si dia mencadangkan tempat ini. Cameron Highlands. Sebaik mendengar namanya terus saya setuju tanpa membantah! 15 tahun dulu, di sinilah kami berbulan madu buat kali pertamanya. Sebabnya inilah destinasi paling dekat dengan Teluk Intan. Awal-awal lagi abang dah bersedia dengan rancangannya; nak jejak semula tempat-tempat yang kami pergi dalam gambar 15 tahun lepas. Dia siap bawa semua gambar kami ambil 15 tahun lepas! Dan paling best kami siap bandingkan gambar dulu dan sekarang sambil ketawa-ketawa mengenangkannya.

\
Destinasi pertama tentulah kebun teh Boh

Di tangga ni kami ambil gambar. Dulu hotel lain sekarang dah di bawah pengurusan hotel lain. Dulu kami tidur di sini murah je sekarang semalam saja dah cecah RM500 jadi kami ambil gambar sajalah hehehe

Tugas saya kali ini adalah mendapatkan pakej honeymoon. Wah! Dah google beberapa tempat, rasanya inilah pakej honeymoon terbaik. Hotel dah atur semua, jadi kita layan saja. Nanti saya cuba buat entri tentang pakej ni ye, insyaaALLAH hehe...(rasanya lama dah saya cakap nak review hotel ni masa first time post gambar kat IG).

 Bunga mawar di mana-mana! Hahaha... rasa macam cite Hindustan plak.

saja bertudung pelik malam tu untuk nampak berbeza. huhu beza sangat kan!

hadiah di atas meja adalah daripada hotel kecuali satu je bukan. best kan hotel ni? hehehe ps-kek dia sedap tau!

Terima kasih untuk kasih sayang selama 15 tahun ni. Saya bukan isteri sempurna, masih banyak ruang untuk memperbaiki diri. Namun saya mendoakan agar kita berdua sama-sama kembali kepada ALLAH dengan rasa bahagia sampai ke Jannah, insyaaALLAH. Semoga bertemu 15 tahun lagi yang mendatang!

30 September 2011

Selamat Hari Jadi Abang....

Selamat hari jadi buat suami tersayang pada 31 Ogos 2011 yang lalu, sehari selepas hari jadi Hana. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu. 

16 September 2011

Selamat Hari Jadi Abang....

Selamat hari jadi buat suami tersayang pada 31 Ogos 2011 yang lalu, sehari selepas hari jadi Hana. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu. 

18 Mei 2011

Selamat Ulangtahun ke 11- 1 Mei 2011


Tahun ke 11. Bukan lama sangat tapi bukan juga masih baru. Kalau tengok gambar, sudah nampak beza benar dengan 11 tahun yang lepas. Syukur, selain wajah yang dimamah usia, kami masih seperti berbelas tahun dulu. Kami masih bersahabat dan bercinta....Hahaha.... Masih keluar menonton bersama, berjalan kaki ke kedai, masih bertukar cerita. Dia bercerita saya mendengar, saya bersenda dia ketawa! Alhamdulillah. Moga ALLAH merahmati kami dengan keluarga bahagia, InsyaAllah.

Tahun ini kami meraikannya bersama anak-anak di Universal Studio, Singapura! Kiranya tahun ini adalah ulangtahun dedikasi bersama anak-anak. Kami ingin berkongsi cerita suka-duka perkahwinan kami bersama anak-anak, sementelah Hardy sudahpun 10 tahun. Ya, selama 11 tahun, banyak perkara yang telah kami lalui bersama. Banyak perkara telah menguji, banyak perkara telah terjadi.

Ada perkara yang kami tinggalkan tetapi kami selalu mengingatkannya. Ada perkara yang masih kami kekalkan dan menjadi tradisi. Ada perkara yang harus dilupakan sebagaimana ada perkara yang harus dimaafkan. Tiada kesalahan harus diungkitkan sebagaimana tiada hutang yang harus dikira untuk dibayar bunga. Ada perkara yang harus diingatkan sentiasa seperti kepercayaan dan kesetiaan tanpa curiga. Ada kala kita menangis bersama tetapi di kebanyakan masa kita tertawa gembira. Ada kejayaan demi kejayaan yang dirai malah ada pula kegagalan yang dijadikan landasan untuk berjaya di masa depan.

Tanpa dia, saya bukannya sesiapa. Dan tanpa saya siapalah dia. Hakikatnya antara kami saling melengkapkan. Tanpa satunya....1500 tiada makna!

14 Mac 2011

34 Tahun! Satu pengembaraan yang panjang


Alhamdulillah....
34 tahun sudah usia
Tuhan telah merahmati dengan kasih sayangNya yang tak terhingga
Seharusnya aku merasa malu kerana tidak sudah-sudah meminta
sedang rahmatNya padaku melimpah
bak air sungai yang mengalir tanpa nokhtahnya
oh Tuhan! Aku manusia yang hina
kadang-kadang terlupa diri
Kau menguji
Kau memberi
Kau menarik kembali
Ampunkanlah aku
Jangan Kau campakkan aku
jauh dari payung rahmatMu
melayang tidak kembali
dalam mencari hakiki
kehidupan abadi
hidup ini memang panjang sekali
rahmati umurku
agar dapat aku hayati
kehidupan nan sekali

01 Mei 2010

Selamat Ulangtahun ke 10!

gambar yang dirakam pada 19 November 2010

Diam tak diam, kami menyambut ulangtahun yang ke sepuluh pada 1.5.10 yang lalu. Kejap saja masa berlalu dan tarikh ulangtahun tu pun dah basi...hahhaa tapi inilah baru berkesempatan memuatnaik gambar. Masa ulangtahun ke 10 tu, kami berdua sedang diuji Tuhan. Ketika itu Hana sedang berada di dalam ICU di HKL. Jadi ulangtahun ke 10 kami raikan di celah-celah kesedihan. Disebabkan 1 Mei merupakan cuti wajib, jadi memang setiap tahun kami akan bercuti untuk meraikannya. Tetapi untuk ulangtahun ke 10, sememangnya ia akan menjadi tanda untuk kami sentiasa mengenangnya...

10 tahun tu macam lama tapi sebenarnya kejap aje. Kami berkahwin pada usia yang agak muda (saya 23 dan abang 24). Ketika itu ramai di kalangan kawan-kawan masih belajar. Ketika itu kami baru setahun bergraduat. Kalau hendak dikisahkan, memang macam-macam dugaan berkahwin pada usia muda. Namun kami bersyukur, dugaan-dugaan itu mematangkan hubungan kami. Di kala teman-teman sedang berusaha untuk melengkapkan sebuah perkahwinan, alhamdulillah kami sudah lama 'settle down'.

10 tahun, 2 putera dan 1 puteri dengan sebuah rumah yang diibaratkan bagai syurga dunia, Alhamdulillah rasanya hidup kami telah lengkap segala. Moga Allah sentiasa memberkati hidup kami sekeluarga. Seperti kata abang 13 tahun lalu, InsyaAllah We will grow old together.

09 Jun 2009

Selamat Pulang!

Dhaka-Dubai-Munich-Berlin. 20 jam perjalanan. Semoga sentiasa berada dalam peliharaanNya. Amin.

01 Mei 2009

Selamat Ulangtahun Perkahwinan ke 9


Brugge, Belgium-9 April 2009

Selamat Ulangtahun! Semoga jodoh sentiasa diberkati. Terima kasih kerana sudi menyayangi diriku yang bukan siapa-siapa ini...

22 April 2009

Menjelang 1 Mei 2009

Tak sampaipun 10 hari lagi, saya dan suami tercinta akan menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9. Pejam celik dah 9 tahun kami berumahtangga. Rasa macam baru semalam Kadhi bertanyakan kepada saya setuju atau tidak dinikahkan dengan dia. Rasa macam baru semalam kami berpeluh di depan Kadhi menjawab macam-macam soalan yang ditanya. Hehe. Bila diingat, memang banyak kenangan antara saya dan dia... Kami berdua telah menempuh macam-macam dugaan sebelum dan selepas berumahtangga. Alhamdulillah sehingga kini kami masih teguh bersama dengan 2 hero yang gagah perkasa. Pada usia 32 tahun, saya sudah ada anak berusia 8 dan 3 tahun! Macam tak percaya!


Kami bernikah pada 1 Mei 2000 bersamaan 27 Muharram 1421H. Tarikh tu dipilih antaranya kerana ia mudah diingati. 1500. Ia akan berganda setiap tahun menandakan bilangan tahun perkahwinan kami. Tahun ini 1.5.09 bermakna 9 tahun usia perkahwinan kami. Mudah nak ingat tak payah susah nak bilang dengan jari. Tarikh itu amat bermakna buat kami dan kami abadikan di setiap nombor pendaftaran kenderaan kami. Jadi kenderaan kami mesti ada 1500 di belakangnya. Dan yang baiknya, setiap tahun tarikh itu semua orang akan bercuti sempena Hari Buruh. Jadi kalau hendak bercuti untuk meraikan ulangtahun perkahwinan mudah bagi kami!



Menjelang 1 Mei 2009, seperti selalu saya sedang tercari-cari hadiah dan kejutan untuk dia (walaupun selalunya dia yang selalu kejutkan saya dengan hadiah dan agendanya). Saya sentiasa berdoa semoga dipanjangkan umur saya dan dia, jodoh saya dan dia kerana kami ingin menunaikan janji - untuk melalui hari tua bersama. Doakan semoga perkahwinan kami sentiasa berada dalam peliharaan Allah Yang Maha Berkuasa. Amin.

05 Mac 2009

Birthday Wishes & Present from Accross the Miles

although we may
be miles apart
no distance is too far

for happy birthday wishes
to travel
where you are!


Beberapa hari sebelum hari jadi saya yang ke 32 tahun, sudah ada yang bertanya "Macam mana hari jadi tahun ni disambut tanpa abang." Saya gelak-gelak saja. Saya memang tak pernah sambut hari jadi, kerana biasanya hari jadi saya diraikan teman-teman atau abang. Sejak saya mengenali beliau kira-kira 12 tahun lalu, memang hari jadi saya tidak pernah dia lupakan. Ada saja kejutan yang dia buat dan saya sentiasa tertanya-tanya apa kejutan untuk tahun ini. Jadi bila dia tiada buat pertama kalinya pada tahun ke 12 ini, saya rasa benar-benar kehilangan.... Sekalipun dia menghantar kad dari Malaysia, pastinya ia tidak akan sama jika dia pulang ke sisi saya pada 4 Mac 2009!

Apapun... hidup mesti diteruskan. Perpisahan seketika itu terpaksa dilakukan. Saya sudah berjanji tidak akan sedih-sedih, jadi saya harus kotakan janji saya. Hari jadi... satu hari yang menggenapkan umur, menandakan diri semakin tua....Inilah masanya patut saya menilai diri dan cuba memperbaiki mana-mana yang berlubang dan koyak di sana-sini. Teman-teman di sini memberikan saya sokongan dengan makan-makan dan kek coklat yang menyelerakan! Saya tiada alasan untuk berasa sedih dan sunyi!

Tahun ini ada hadiah lagi? Ingat saya, kedatangan kami ke Berlin sudah menjadi hadiah sepanjang tahun rupanya abang nak bagi hadiah lain. Rezeki jangan ditolak.... Dah orang nak bagi ambil sajalah.... Semasa dia memberitahu saya yang dia mahu belikan sesuatu yang lain daripada yang lain, yang mana majoriti penduduk di Malaysia dan Asia tidak menggunakannya dan boleh dipakai oleh lelaki ataupun wanita, saya sedikit tertanya-tanya. Apa benda tu? Akhirnya persoalan saya terjawab apabila dia menghantar gambar 'hadiah' untuk saya yang masih ada di Malaysia....


Tada! Introducing, my new Apple Macbook...


Hajat untuk membeli notebook baru ini tidak pernah terlintas di fikiran sehinggalah Hardy menjatuh dan merosakkan netbook saya yang baru dibeli beberapa minggu yang lalu. Memandangkan saya memerlukan notebook untuk menyiapkan manuskrip saya yang terbengkalai (hahaha...alasan lagi) dan abang juga memerlukan notebook bagi kerja 'sekolah'nya, maka pemberian 'hadiah' daripada dia kali ini menguntungkan kami berdua.


Apa yang menariknya Macbook ini? Setahu saya Kak Eka n the Family memang tidak menggunakan brand laptop yang lain selain dari Apple.... Abang kata bila dah beberapa kali menggunakannya, dia dah rasa malas nak guna laptop platform Windows. Best sangat ke Macintosch tu? Kena cuba baru saya boleh jawab soalan itu. Yang menariknya kedai Apple di mana notebook itu dibeli menggunakan Tagline "Are Yous Still On Windows?". Mesti ada sesuatu yang menarik pasal Macbook ini, kalau tidak masakan mereka berani membuat Tagline sebegitu.

Apapun, terima kasih abang kerana membelikan sesuatu yang istimewa, yang boleh kami berdua gunakan bersama, walaupun saya menjeling juga apabila mendengarkan harganya...

31 Ogos 2008

31 Ogos 2008 : Selamat Ulangtahun

Saya mengenalinya pada Disember 1996. Kini sudah hampir 12 tahun saya menjadi terlalu mengenalinya, hinggakan saya boleh meneka ayat-ayat yang bakal dituturkannya tatkala berdepan dengan situasi. Dia suami yang tercinta, tiada dua- Aedy Fadly Ramli. Dan sejak mengenalinya, sambutan kemerdekan bagi saya menjadi satu perkara yang unik kerana disambut bersama dengan hari lahirnya.
Dia anak merdeka menjadikan dia begitu istimewa.....
Selamat Hari Lahir buat insan istimewa dalam hidup saya!

03 Mei 2008

1 Mei 2008 Ulangtahun ke 8 yang memenatkan



Gambar-gambar di atas diambil semasa membawa anak-anak menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke lapan pada 1 Mei lalu. Inilah pertama kali kami menyambut ulangtahun bersama anak-anak. Agendanya makan-makan, tengok wayang cerita Iron Man dan main bowling di Alamanda, Putrajaya. Sebetulnya kami sudah makan berdua di Madam Kwans beberapa hari sebelum itu. Lalu hari ini memang didedikasikan untuk bersama anak-anak....
Apa hasilnya? Penat dan kelakar! Ini pengalaman pertama Hariz menonton wayang. Mula-mula ok. Lama-lama k.o. Akhirnya tido. Siap dia bagi couple cina kat sebelah pop corn dia, bangun tengok orang belakang, menangis dan asyik menyebut Iron Man! beberapa kali. Adus! Kesian orang yang ada kat sekeliling.... Taubat lepas ni malas nak bawa dia lagi. Si Hardy pulak, walau sudah beberapa kali menonton wayang asyik risau bangkunya bergerak atau gambar datang terus ke muka! Alah... dia risau kalau cerita ini wayang 4D! Aduh anak-anakku!
Inilah sambutan ulangtahun yang paling kelakar! Tapi kami bahagia... Hanya ada kami berempat dalam dunia kami!

04 Januari 2008

Untuk Dia...

Di mana lagi
Kan kutemui
Dia sebaiknya
Walau selautan yang ku cari
Mungkin tidak akan sama
Dengan dia

Aku ada dia
Takkan kupersia
Kerana jika aku kehilangannya
Mana lagi hendak kucari
Lelaki sebaik dia
Di mana lagi
Hendak kucari
Lelaki sehebatnya
Kerna lelaki seperti dia
Hanya datang mengetuk pintu sekali sahaja

Lailakamilia-BSP, 26 Jul., 07
My Love, My Heart, My Life

17 Julai 2007

My New VAIO

A gift from my lovely husband. A brand new VAIO.
It's like a dream comes true.
THANKS ABANG. I LOVE U SO MUCH!!!

09 Mei 2007

Sekuntum Tulip, Sekeping Kad dan Sebakul Coklat

Ghairah warna merah jingga
Buat aku terpesona
Walau sekuntum cuma
Ia lebih besar ertinya
Dari sejuta kuntum menyala
yang bukan miliknya

Harum baunya
Masih segar basah
Kuingat-ingat
Terngiang-ngiang
Apakah itu sebagai tanda
Hatiku telah kau ikat segala

Sekeping kad di hari nan bermakna
Penuh kata rayu dan pujuk cinta
Hanya aku di matanya
Tiada yang lain bertakhta
Menjadi permaisuri lembah rasa

Kata-katanya
Masih segar terlipat kemas
Dan bisa melayang-layang
Di minda masa
Menjerat aku
Dari berpaling darinya

Sebakul coklat sarat rasa cinta
Kucicip perlahan dan kurasakan nikmatnya
Apakah itu tanda
Rasa cinta kita
Manis hingga ke akhirnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...