Memaparkan catatan dengan label Roadtrip. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roadtrip. Papar semua catatan

18 Ogos 2015

Hatyai- Krabi Road Trip -Siri 2

Day 2












Sarapan pagi di hotel ada certificate halal Thailand siap pinggan pun ada cop halal. Bertolak ke Krabi. Perjalanan bermula jam 10.00 pagi tiba jam 4 ptg mengambil masa 6 jam (banyak berhenti kerana konvoi). Perjalanan sejauh km.

Setelah check in, kami berehat. Hotel di sini sedikit bertegas dengan jumlah tetamu. Pastikan anda menempah mengikut jumlah yang betul termasuk kanak-kanak. Pada waktu malam membeli makanan dari gerai di tepi jalan di hadapan jalan utama pantai Ao Nang. Pankek (roti canai) berharga 40bath dengan macam-macam perisa, mangga, coklat, cheese dll. Selain itu pulut durian, buah-buahan pun ada dijual boleh lihat tanda Halal makanan dijual oleh Muslim. Buah-buahan potong berharga 40bath juga.
Ada pasar malam di sekitar masjid Ao Nang. Harga tshirt pun boleh negotiate.

08 Jun 2015

Hatyai-Krabi Roadtrip Siri 1

Entri kali ini saya tulis tentang Road Trip ke Thailand. Destinasi yang dipilih adalah Hatyai-Krabi. Semoga entri ini membantu anda yang bercita-cita menambah satu lagi pengalaman selain daripada pengalaman menaiki kapal terbang. Jom baca!

Day 1
Pastikan kereta anda dalam keadaan tiptop dan diservis. Minyak juga perlu penuh tangki kerana harga petrol di Thailand lebih kurang RM3 seliter! Urusan membawa kereta ke Thailand tidaklah sukar mana. Sila bawa salinan geran. Kita kena beli insurans dan isi beberapa borang. Untuk itu jangan risau kerana ada syarikat yang boleh membantu mengisikan semua dokumen itu kita berhenti di CTC, Bukit Kayu Hitam . Kepada yang tak pernah  tahu, syarikat ni menyediakan kawasan parkir yang sangat luas selepas flyover UUM di sebelah kiri jalan. Di sini, mereka akan uruskan insurans RM20 per kereta dan isi borang visa on arrival sekali. Kalau tak singgah di sinipun, masih boleh buat insurans di tepi jalan menuju ke imegresen Bukit Kayu Hitam tetapi saya rasa macam susah nak parkir saja di situ. 


ini signboard syarikat tu 



Boleh tukar duit juga kat sini kerana kadarnya sangat menguntungkan berbanding tukar di KL. Ramai yang beratur.


Sampai kat imegresen orang ramai gila. Letakkan RM2 atau TBH20 kat dalam pasport semasa hantar pasport kepada imegresen Thailand pergi dan balik. Dapatkan visa on arrival terlebih dulu. Semua kena turun dari kereta. Setelah mendapat visa barulah pemandu menguruskan visa membawa kereta. Cukup sekadar pemandu saja yang pergi di kaunter lain.

Setelah selesai, saya mencadangkan semua dokumen yang telah dikembalikan disimpan di dalam satu tempat khas. Ini kerana sekiranya dokumen visa on arrival hilang, akan ada masalah hendak keluar dari Thailand. Ini kerana sesetengah hotel di Thailand meminta pasport ditinggalkan di reception dan kemungkinan untuk tercicir visa on arrival itu adalah besar manakala jika anda tidak memulangkan kembali dokumen kereta anda semasa meninggalkan Thailand, anda boleh didenda RM1000 jika tidak dikembalikan.


tuktuk kenderaan wajib cuba di Thailand

 Perjalanan daripada Kedah ke Hatyai memakan masa kira-kira 50 minit berkereta. Kami tiba di hotel sekitar jam 4.00 petang. Jam 5.00 petang kami makan malam di kedai Kelantan. Makanannya bolehlah dimakan, harga berpatutan dan ada aiskrim kelapa percuma. 


Di sepanjang perjalanan kami ke kedai makan, kelihatan pelbagai jualan di sepanjang jalan. Malam itu selepas makan, perkara pertama yang perlu dibuat awalah mendapatkan kad sim untuk kegunaan sepanjang berada di Thailand. Seperti sebelumnya Happy 7 hari unlimited internet for tourist dipilih bagi kegunaan kami. Sim kad dibeli di shopping mall di situ. 

Setelah mendapatkan sim card, sudah ada Waze bolehlah merayap jauh sikit ke Klonghae Floating Market. Pada awalnya saya ingatkan ia seperti yang saya pernah lihat di Pattaya tetapi ia sedikit  berbeza. Jika di Pattaya, kita perlu naik sampan untuk membeli tetapi di sini hanya penjual saja yang menjual dari dalam sampan. Satu pengalaman baru di sini. 






Mini funfair. Peralatan untuk menggerakkan buaian dan lain-lain sangat old fashion hehe.

Pemandangan daripada atas jambatan.




Kami pulang sudah lewat malam. Esoknya kami bergerak ke Krabi jam 10.00 pagi. Tak sempat nak cover hari ni shopping di Santisuk Market dan Trick Art Museum, satu tarikan terbaru di sini. InsyaaALLAH kita cover dalam perjalanan pulang dari Krabi nanti.

01 Jun 2011

Ke Universal Studios Singapura!

Melengkapkan taman tema di Asia selepas Warner Park Madrid di Sepanyol, Disneyland Paris di Peranchis dan Movie Park Bottrop di Jerman, kembara taman tema kami diteruskan ke negara jiran kita Singapura. Taman tema yang masih baru dibuka ini, sememangnya menawarkan percutian yang menggembirakan terutamanya di kalangan anak-anak. 

Seperti biasa, kalau ke Singapura, kami lebih senang menaiki kereta sendiri. Walaupun kenderaan awam di Singapura ini antara yang terefisien di Asia, kami memilih untuk naik kereta kerana lebih mudah. Bertolak seawal 8.30 pagi dari JB, kami tidak berdepan dengan kesesakan di pagi Ahad 1 Mei 2011 itu. 

Perjalanan yang lancar menyebabkan kami tiba awal iaitu kira-kira jam 9.15 pagi. Jam 10.00 pagi baru taman dibuka jadi tempoh yang ada itu kami mengambil gambar dan membaca peta taman untuk merancang percutian hari itu. Kebiasaanya taman tema pasti akan mempunyai beberapa pertunjukan yang harus mengikut jadual. Jadi, jika tidak mahu ketinggalan, kita kena waspada dengan masa.

Masuk saja ke taman, kami bergambar dengan beberapa karektor. Kimy takut dengan Zombie tetapi Hana terus menangis. Hahaha.... Kami mengambil peluang orang yang masih tidak ramai ke rumah Shrek dan mencuba  permainan di situ. Apa yang kami perhatikan, bilangan pengunjung semakin menginjak tengahari semakin ramai. Jika di Europe, kebiasaannya pengunjung memang sudah ramai daripada permulaan. Kami memilih permainan yang tidak memerlukan masa yang lama untuk beratur. Sementelah kami bercadang untuk pulang lewat dan tidak membeli fast pass, permainan yang memerlukan masa yang lama untuk beratur, kami simpan untuk sebelah lewat petang atau malam. Jadi kami ada banyak masa untuk mencuba permainan lain. Itu merupakan satu strategi di taman tema ya!

 bersama Po, si Panda
 inilah Zombie yang Kimy takut, Hana pun dah nangis...
 Puss in Boots
 Battlestar Galactica yang menggerunkan
 Hana sempat bergambar di Hollywood
 Winnie Woodpacker
 Battlestar Galactica dari jauh
 Istana Far Far Away from Far Away...haha
 Kimy dan telinga Shrek
Hardy di kedai cenderamata

Kami mencuba semua permainan kecuali Battlestar Galactica. Gila ke apa? Saya tidaklah seberani itu. Jadi kalau sesiapa yang berani itu tahniahlah yer. Saya paling suka Jurassic Park-The Lost World. Pengalaman paling menggerunkan tentulah ketika menaiki Ancient Egypt. Memang sebab kena paksa dan ada trick sikit menyebabkan saya terkena. Tak apa.... abang sengih aje sebab dapat mengenakan saya. Tapi sebenarnya dia tak tahu, yang saya memang mahu mencuba. Sebab itu bila dia ajak naik Galactic Battle, jangan harap saya nak naik walaupun penat dia memujuk. Hahaaha....Hakimy suka naik roller coaster di Far Far Away sedangkan Hardy suka dengan aksi pembuatan filem di Lights, Camera, Action di New York. Hana walaupun kecil, dia nampaknya seronok tengok macam-macam warna di sana. Sempatlah naik keretapi kecil. Yelah, masukpun tak bayar. Jadi memang banyak yang tak boleh nak naik. Tunggu besar sikit ye sayang!

Pertunjukan yang paling menarik saya rasa adalah pertunjukan di Waterworld dan Lights, Camera, Action di New York. Kami tidak dapat masuk ke Madagascar kerana masih belum dibuka ketika itu. 

Melihat anak-anak gembira, kami yang menyambut ulangtahun perkahwinan ke 11 tersenyum senang. Melihatkan wajah-wajah bahagia anak-anak, kami turut berbahagia. Semoga ada percutian keluarga yang lain di masa depan. Kepada yang masih belum berpeluang ke sana, bolehlah merancang percutian kerana setelah dibuka secara rasminya minggu lepas, semua tarikan telah dibuka kepada umum! Bila balik jangan lupa beli cenderamata sebagai kenangan ya! Selamat bergumbira!

18 Mei 2011

Selamat Ulangtahun ke 11- 1 Mei 2011


Tahun ke 11. Bukan lama sangat tapi bukan juga masih baru. Kalau tengok gambar, sudah nampak beza benar dengan 11 tahun yang lepas. Syukur, selain wajah yang dimamah usia, kami masih seperti berbelas tahun dulu. Kami masih bersahabat dan bercinta....Hahaha.... Masih keluar menonton bersama, berjalan kaki ke kedai, masih bertukar cerita. Dia bercerita saya mendengar, saya bersenda dia ketawa! Alhamdulillah. Moga ALLAH merahmati kami dengan keluarga bahagia, InsyaAllah.

Tahun ini kami meraikannya bersama anak-anak di Universal Studio, Singapura! Kiranya tahun ini adalah ulangtahun dedikasi bersama anak-anak. Kami ingin berkongsi cerita suka-duka perkahwinan kami bersama anak-anak, sementelah Hardy sudahpun 10 tahun. Ya, selama 11 tahun, banyak perkara yang telah kami lalui bersama. Banyak perkara telah menguji, banyak perkara telah terjadi.

Ada perkara yang kami tinggalkan tetapi kami selalu mengingatkannya. Ada perkara yang masih kami kekalkan dan menjadi tradisi. Ada perkara yang harus dilupakan sebagaimana ada perkara yang harus dimaafkan. Tiada kesalahan harus diungkitkan sebagaimana tiada hutang yang harus dikira untuk dibayar bunga. Ada perkara yang harus diingatkan sentiasa seperti kepercayaan dan kesetiaan tanpa curiga. Ada kala kita menangis bersama tetapi di kebanyakan masa kita tertawa gembira. Ada kejayaan demi kejayaan yang dirai malah ada pula kegagalan yang dijadikan landasan untuk berjaya di masa depan.

Tanpa dia, saya bukannya sesiapa. Dan tanpa saya siapalah dia. Hakikatnya antara kami saling melengkapkan. Tanpa satunya....1500 tiada makna!

20 Jun 2007

Jalan-Jalan Orchard Road (Singapore)



Kali kedua saya menjejakkan kaki ke Singapura pada 15 Jun 2007 lalu. Kali pertama dulu pada bulan Februari tahun yang sama. Kali ini, saja-saja nak berjalan-jalan melihat suasana ibukota Singapura yang gah di mata orang tu. Saya pun bertolak jam 4.45 petang bersama keluarga (hubby dan anak2) dengan kereta kami. Sebenarnya hubby ada meeting kat JB. Alang2 kelas belum bermula, ikut ajerlah dia ke JB. Dapat gak rehatkan badan sambil jalan2.

Satu tips untuk yang ingin pergi dengan kereta. Singapore akan charge $s20.00 kepada kenderaan luar yang nak masuk ke singapore setiap isnin hingga jumaat dari jam 2.00 pagi hingga 5 petang. Kalau lepas pukul 5 ptg hingga jam 2.00 pagi dan sabtu dan ahad, takde charge. Tol cuma waktu nak keluar dari singapore (dalam $s1.20 ikut woodlands/tambak atau $s3.80 ikut Tuas/second link). Setiap kereta foreigner wajib register dengan beli autopass (macam touchngo) dengan harga $s10.
Apa yang menariknya Singapore? Bersih, terancang dan landskapnya cantik. Kali pertama dulu saya pergi ke Sentosa Island. Tak sesat ke memandu ke sana? Sesat... mana tak sesat. Hubby bawa kereta dan saya baca peta. Orang perempuan mana boleh baca peta. Memang sesatlah. Sudahnya hubby berhenti dan baca peta sendiri.
Kali kedua ni pun sesat juga tapi alah bisa tegal biasa. Pengalaman itu banyak membantu. Akhirnya kami selamat juga ke Orchard Road yang digembar-gemburkan itu jam 7.30 malam (Kak Salmah kalau terbaca jangan gelak ye).
Shopping complex dia tak ada bezanya dengan Malaysia. Macam kat Bukit Bintang dan KLCC juga cumanya ia bandaraya terancang. Sepanjang jalan Orchard tu berderetan shopping complex. Macam kita letakkan Sogo, KLCC, Bukit Bintang di deretan yang sama, berpusat.
Satu yang saya nampak, orchard road memang live. Hubby kata macam suasana kat Tokyo sikit2. Orang ramai menunggu lampu isyarat untuk melintas. Yang pasti kat sini ramai pelancong asing.
Apa yang saya beli? Heehheeh. Malu nak cerita tapi saya yakin pengalaman yang saya kutip semasa di sana lebih berharga dari barang yang saya beli itu.
Kami sampai ke JB dalam pukul 12.00 malam. Memang signage ke Johor/Malaysia memang tidak ada. Jadi kalau nak pulang ke Johor cari signage ke SLE (kalau tak silap). Elok nak sampai ke Woodlands tu baru ada tulisan nak ke Johor. Dah masuk payah pula hendak keluar ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...