14 Ogos 2011

Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah

Pekan Rabu merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tidak sah bagi mereka yang mengunjungi Alor Setar jika tidak ke sini. Malah mantan PM kita Tun Mahathir memang suka ke sini. Pekan Rabu bolehlah disamakan seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Tetapi Pekan Rabu lebih kecil dari segi saiz. Apa yang ada di sini? Jom kita intai-intai!




Pekan Rabu menawarkan pelbagai barangan dari usahawan bumiputra dari makanan (basah dan kering), pakaian, kedai jamu dan kosmetik mahupun kedai gunting rambut. Pendek kata banyak benda yang boleh dicari semasa di sini. Harganya boleh dirunding tetapi kebanyakan harga makanan adalah harga tetap. Pelbagai makanan tradisi seperti dodol, kuah rojak dan kuih-muih mahupun ikan pekasam ada dijual di sini. Semasa saya berkunjung ke sini, ramai juga yang saya lihat memegang senarai barang pesanan teman-teman seperti saya. Jika anda berkunjung ke Alor Setar, jangan lupa ke sini ya. Kalau tidak membeli, jamu-jamu mata!

1 ulasan:

shamyheart berkata...

iya. Tempat tumpuan pelancong.
Kakak saya yang berada di ibu kota pun bila balik kedah, ada saja pesanan dari kawan2nya, suruh beli kat pekan rabu.
Cantik gambar

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...