Ini tarikan terbaru di Kuala Lumpur. Pusat membeli belah yang bersebelahan dengan Mid Valley ini baru dibuka kira-kira dua bulan lepas, dan saya baru mengunjunginya minggu lepas. Mari kita lihat apa yang ada di the Gardens; pusat membeli belah yang menghimpunkan butik jenama ternama dan residen (tempat kediaman).
Di sini dekorasinya moden dengan penggunaan tampered glass yang berukir. Kayu-kayu menjadikan shopping mall ini nampak mewah. Untuk ke Mid Valley, ada jejantas yang menghubungkan kedua-dua shopping mall ini. Nampak beza benar antara kedua shopping mall ini. Semasa di sini, pengunjung tidak berapa ramai tetapi Mid Valley tetap dengan lautan manusia. Mungkin pengunjung tidak tahu tentang kewujudan the Gardens ataupun kerana kebanyakan orang yang pendapatannya tidak meriah macam kita tidak mampu membeli-belah di sana!
Oh ya! Saya terlupa hendak memberitahu tentang Premier Washroom di sini. Berapa harga yang anda sanggup bayar untuk membuang tuuuuuut? Rasanya 50 sen sudah mahal tetapi di sini harganya RM5 sekali masuk. Kalaulah masa tu saya hendak tuuuuut boleh juga singgah, tapi tak nak pulak. Kalau tak, boleh saya ambil gambar kan... Satu lagi, ia juga ada Premier Parking... di tingkat bawah... Saya juga tak boleh nak bayangkan bagaimana harga dan rupanya... Rasanya mungkin harga tisu jenama Premier yang mampu kita beli di sekalian Premier yang ada di sini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan