Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selangor. Papar semua catatan

04 Jun 2008

Cari makan di Village View Bangi




Jika anda idamkan suasana yang santai, romantik, harga yang berpadanan, makanan yang sedap dan servisnya pantas, apa kata anda mencuba di restoren ini. Lokasinya di Bangi. Jika anda selalu ke Rimbun Klasik atau Soho Seafood di Bangi (selepas exit Kajang), anda pasti tahu lokasi restoren ini yang terletak sedikit tersorok di belakang betul-betul di sebelah Petronas. Cubalah dan anda pasti terpesona.

Sg. Tekala Semenyih, Selangor


Berkuatkuasa 1 Julai 2007 yang lalu, pengunjung ke air terjun ini telah dikenakan bayaran masuk; dewasa RM1 manakala kanak-kanak RM0.50. Pada kunjungan saya sebelum ini bayaran belum lagi dikenakan. Saya agak terkejut dengan pengumuman ini tetapi mengambilnya dari sudut positif. Beberapa kawasan menukar pakaian telah didirikan, kawasannya juga agak bersih dan kemas berbanding dulu. Terdapat beberapa pekerja warga asing yang sibuk mengemaskan mana-mana yang patut. Cuma satu saja, jangan kerana dah dibayar, maka menjadi tiket kita boleh membuang sampah merata-rata. Almaklum... ada yang akan kutip sampah tu.... Cuti masih ada, apa kata berkunjung ke sana...bercuti-cuti Malaysia...

23 Mac 2008

Kenangan Menonton F1 di Sepang


Tahun ini masuk tahun ke 10 Malaysia menjadi hos sukan bermotor bertaraf dunia ini. Saya pernah merasai pengalaman menyaksikan F1 di Sepang pada tahun 2003 yang mana ketika itu saya, abang, Hardy, Yana dan Jue pergi bersama-sama. Tapi kesilapan tidak mengkaji kedudukan pintu masuk dan parking sebelum pergi membuatkan kami terpaksa menapak hampir 2 kilometer jauhnya untuk ke pintu masuk kami. Paling kesian ialah abang yang terpaksa mendukung Hardy sepanjang jalan. Tiket kami pulak bukanlah tiket Grandstand, tapi Hillstand (seperti di gambar di atas)! Bayangkanlah, setelah 2 km menapak, dapat pulak tempat duduk takde kerusi dan bumbung (sebab atas bukit)! Dan ketika kami sampai perlumbaan pulak dah bermula! Dengan panas terik, kami pun melabuh di atas rumput dan ketika itu jugalah Hardy mula nak tidur!
Pro dan Kontra menonton F1 di litar Sepang:
Pro:
1. Dapat tengok kereta F1 secara 'live'
2. Rasai sendiri bunyi enjin F1 yang amat kuat (sampai kena pakai earplug)
3. Happening sebab ramai orang
4. Macam kat luar negeri (sebab Mat Salleh ramai giler)
5. Dapat bergambar kenangan
Kontra:
1. Parking kereta RM50.00. Kalau tak menapak ler macam kami hampir 2 km (dulu tak tahu)
2. Makanan/minuman luar tak boleh, yang jual kat dalam mahal (cth: mineral water 500ml -RM5.00)
3. Dapat cover litar yang depan kita saja. So, tak boleh tengok keseluruhan perlumbaan
4. Tiada commentator macam dalam tv (kecuali yang beli radiophone atau sewa kanggaroo tv)
5. balik mesti sangkut dengan traffic jam
Hendak kata serik, tak jugak. Tapi kalau tiket Hillstand, rasanya cukuplah sekali. Cuma pengajaran yang saya dapat ialah sebelum melakukan sesuatu aktiviti, buat persediaan secukupnya. Survey dahulu dan dapatkan maklumat berkaitan aktiviti atau tempat yang hendak kita kunjungi dengan lebih awal.
Tahun ini F1 yang baru saja selesai petang tadi hanya sempat saya tonton di kaca tv. Walaupun saya tidak pergi, tetapi sebenarnya saya ada wakil. Abang yang 'menghilangkan diri' daripada majlis Hari Keluarga DSentral sejak 10 pagi tadi bukanlah melarikan diri, tapi dia ke Sepang bersama kawannya. Melalui ceritannya, agak menarik F1 kali ini cuma tidak banyak kemalangan berlaku. Dan saya amat gembira bila melihat pelumba kegemaran saya Kimi Raikonnen menjadi juara!
Mungkin di tahun-tahun akan datang saya akan berpeluang mengunjungi Sepang sekali lagi. Insyaallah...

17 Februari 2008

Sepetang di The Mines Shopping Centre

Tengahari itu kami merancang berjanji temu. Tengahari Jumaat, tidak ramai yang mundar-mandir di kompleks membeli-belah yang terletak di Seri Kembangan itu kecuali wanita, kanak-kanak, lelaki 'uzur' dan musafir, serta yang bukan Islam. Asalnya saya berjanji temu jam 1.00 tengahari tetapi Fuza memberitahu terpaksa menunggu Fiza yang akan merempit dari Kuala Kubu Baru (dah penat tulis nama atas batu!). Asalnya kami akan bertemu 6 orang tetapi di akhir minit Dalilah sakit mata dan dua jejaka Malaya yang akan turut sama selepas solat Jumaat ada komitmen lain. Penat juga menunggu hingga 2.30 sebelum nampak batang hidung 2F.


Kami dua beranak habis meronda satu The Mines. Mula-mula ke kedai kasut, ke McD, bowling, surau, kedai CD juga ke tandas sampai 3 kali! Aktiviti terakhir sementara menunggu 2F itu, kami memberi ikan makan di tasik tinggalan lombong yang dijadikan tarikan pelancongan itu. The only shopping mall that you can sail into- seperti mottonya. Di atas tu gambar Hardy bergumbira memberi ikan makan. Habis satu plastik roti dibaginya ikan makan. Geram sungguh bila tengok ikan besar-besar betis berebut makanan. Agaknya kalau jatuhlah kita kat dalam tasik tu, alamat bersepailah daging kita digigit ikan-ikan yang kelaparan itu.

Kami pulang jam 4.30 petang, tetapi Hardy kena ikut ibunya ke satu lagi temujanji (facial treatmentlah pulak). Kesian anak teruna saya yang kena jadi P.A kepada ibunya sejak bersekolah ini. Ke sana-ke mari kami selalu berdua. Hinggakan bila beli baju atau kasut saya akan bertanyakan kepada dia, cantik ke tidak. Seronok juga bila dia sibuk memadankan ibunya dengan baju dan kasut terbaik pada pandangan matanya (saya bagi dia latihan awal untuk pilihkan isteri dia nanti, hahaha). Tetapi bukan mudah untuk membuatkan mulutnya senyap untuk mengajak saya pulang segera, habislah petang itu saya mengupahnya dengan aiskrim McD, ayam panggang Kenny Rogers, jam tangan Spiderman, DVD PS2 Ultraman 3 dan 2 buah buku cerita... Mmm... rasanya barang dia lagi banyak dari barang ibunya.....

12 Februari 2008

Transformasi Sunway Pyramid






Laila sudah parah. Tak cukup datang dengan abang, kali ini kedua-dua anak terunanya diangkut sekali ke Sunway Pyramid. Agaknya Laila sudah jatuh hati pada Sunway Pyramid yang serba-serbi indah itu. Aduhai!
Kami pusing-pusing tapi tak habispun satu Sunway Pyramid kami sudah penat. Tujuannya ke sini kerana mencari permata hati wanita.... Dua tiga kedai yang kami kunjungi asyik bertanyakan "Untuk bertunang ke?" ataupun "Untuk occasion apa?" Nampak sangat kalau kita nak beli barang tu untuk hari-hari yang istimewa. Dan bila menjelangnya Velentine maka orang ingat kita pun nak sambut Valentine juga padahalnya satu hari Valentine pun saya tak pernah nak sambut....
Rasanya saya akan ke sini lagi... sebab apa? Saya belum jengah lagi ke tempat yang saya suka sangat membeli belah...Jusco! Tunggulah nanti.... saya pasti akan ke mari lagi....
p/s : pesanan untuk abang, sedia-sediakanlah duit yang cukup untuk isterimu ini....

04 Januari 2008

Sunway Pyramid berwajah baru

Persembahan piano live menghiburkan pengunjung. Semuanya baru dengan dekorasi dalaman yang cukup moden dan menarik.
Cuba teka ini apa? Tandas wanita! Saya tersesat tidak percaya ini tandas sebenarnya.
Lampu akan bertukar merah bila kawasan parkir telah diisi, hijau sebagai tanda masih kosong. Saya jumpa sistem parkir begini di semua shopping mall di Singapura dan tak sangka di Malaysia juga ada.
Menunjukkan bilangan parkir yang masih kosong. Rasanya di parkir Berjaya Times Square, sistem parkir juga begini tetapi tidak secanggih di Sunway Piramid.
Muka yang cukup letih tapi saya nak juga merakam gambar di sini. Dekorasinya memang superb!


Kami ke Sunway Piramid, pada 2 Januari 2008. Tujuannya untuk mencari wireless internet router tapi bukan itu saja, kami sempat juga menonton I'm Legend.
Sudah lama kami tidak ke sini. Terakhir sekali semasa malam terakhir mengandungkan Hariz. Malam itu kami menonton Fun with Dick and Jane. Esoknya saya terus melahirkan Hariz. Abang kata sebab malam tu saya gelak kuat sangat melihat aksi lucu pelakon kegemaran saya, Jim Carey lalu Hakimy langsung tidak sabar nak keluar (tak cukup bulan 8 bulan setengah). Sekarang usia Hariz dah nak masuk 2 tahun hujung bulan ini.
Sekarang tak perlu menempuh kesesakan kerana Sunway Piramid menyediakan laluan dari lebuhraya terus ke kawasan parking seperti di KLCC. Pertama kali tengok kawasan parkir yang dilengkapkan dengan peralatan pengesan parkir, saya sudah teruja. Bila sah masuk ke dalam... lagilah... Dekorasinya superb!
Jika ada kelapangan, bolehlah berkunjung lagi ke sana. Dulu saya pernah berangan nak main ais ski di sana tapi sampai sekarang langsung tak pernah tercapai. Kalau takut... sampai bilapun tak akan rasa pengalaman baru... Agaknya angan-angan itu akan terus jadi angan-angan walaupun Sunway Piramid berwajah baru lagi beberapa tahun lagi. Tahniah Sunway Piramid untuk rebranding yang cukup menakjubkan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...