14 Mac 2011
34 Tahun! Satu pengembaraan yang panjang
Alhamdulillah....
34 tahun sudah usia
Tuhan telah merahmati dengan kasih sayangNya yang tak terhingga
Seharusnya aku merasa malu kerana tidak sudah-sudah meminta
sedang rahmatNya padaku melimpah
bak air sungai yang mengalir tanpa nokhtahnya
oh Tuhan! Aku manusia yang hina
kadang-kadang terlupa diri
Kau menguji
Kau memberi
Kau menarik kembali
Ampunkanlah aku
Jangan Kau campakkan aku
jauh dari payung rahmatMu
melayang tidak kembali
dalam mencari hakiki
kehidupan abadi
hidup ini memang panjang sekali
rahmati umurku
agar dapat aku hayati
kehidupan nan sekali
04 Mac 2011
Koleksi Terkini RATU.my; Thai Silk
Ratu membawakan koleksi tudung dari kain Lycra bersama awning dari Thai Silk kain warna senada. Koleksi ini didatangkan dari pelbagai warna dan corak sesuai untuk penampilan ringkas, kemas dan cantik bergaya. Didatangkan dengan pelbagai warna dan corak menyajikan wanita pilihan pelbagai dari rangkaian warna-warna lembut mahupun warna-warna garang yang diadun bersama corak yang cantik memikat. Koleksi ini boleh digayakan ke pejabat, kasual, riadah dan rekriasi. Harga S-RM65, M-RM75 dan L-RM85. Untuk koleksi penuh sila layari http://www.RATU.my
02 Mac 2011
Sekitar percutian ke Genting Highlands 2011
Sempena hari jadi Kimy ke 5, kami sempat ke Genting. Walaupun dah beberapa kali pergi tapi kerana hari jadi Kimy, kami pergi lagi. Almaklum, tempat terdekat di KL yang mudah nak pergi. Kami sempat mengidnap di Genting semalam. Namun hasrat nak main outdoor game tergendala kerana cuaca sangat sejuk menyebabkan outdoor theme park ditutup. Jadinya tiket yang sudah dibeli secara online untuk 3 dewasa dan 2 kanak2 itu sia-sialah. Walaupun boleh ditukar ke indoor tetapi memang rugi kerana tiket kami dah beli/main indoor game semalam sepuas-puasnya. Nak tak nak terpaksalah kami main lagi sampai nak termuntah. Game yang Kimy dan Hardy paling suka, kereta bumper. Disebabkan outdoor ditutup, maka orangpun ramai menyebabkan masa menunggu satu-satu permainan itu begitu lama.
Kesimpulan yang boleh dibuat, lain kali beli tiket outdoor jangan online sebab bila hari hujan, theme park tutup dah rugi sebab tiket tak boleh dikembalikan. Teruk betul! Saya rasa Genting perlu mencari tarikan baru sebab kebanyakannya adalah tarikan lama. Bagi pengunjung yang sudah kerap ke sana, seolah-olah tiada lagi rasa thrill!
Inilah gambar kami sekeluarga yang sempat dirakam. Selamat hari jadi Kimy ke 5! Enjoy!
27 Februari 2011
Sepetang di Subang Parade sempena pelancaran novel ke 5 Lynn Dayana
Saya mengenali beliau kira-kira enam tahun lepas, semasa diberi peluang mengikuti kursus penulisan anjuran Alaf21 bersama Dhiya Zafira. Sejak itu kami menjadi kawan baik dan kekal baik sehingga ke hari ini. Antara kami, sentiasa berlumba untuk menyiapkan manuskrip dan selalunya kami akan saling memberi kritikan antara kami. Biasanya kritikan kami memang pedas dan laser je, tapi alhamdulillah setakat ini kami menerima setiap kritikan dengan sangat terbuka.
Dalam bersaing, tiap-tiap tahun kedua-dua teman saya ini berjaya menghasilkan novel. Ini adalah novel ke 5 beliau dan Dhiya Zafira juga bakal melancarkan novel ke 5nya tidak lama lagi....Saya? Hehehe jika tiada aral melintang, rezeki dimurahkan insyaAllah tahun ni baru novel ke 4. Ya, saya tertinggal setahun dari mereka.....kena kejar ni!
Pada 26 Februari 2011 lalu, majlis pelancaran novel Juara Carta Cinta, JCC ini selamat dengan meriahnya. Ramai yang datang mendapatkan tandatangan Lynn. Kawan-kawan penulis juga tidak ketinggalan memeriahkan majlis, memberi sokongan. Inilah catatan saya yang bergegas ke Subang Parade sebaik tamat Mesyuarat Agong PIBG di sekolah. Alhamdulillah Allah memberi kesempatan kepada saya meraikan majlis penuh beerti ini bersama teman kesayangan..... Tahniah Lynn dan semoga terus success sekalipun ujian mendatang bagai arus dalam hidup. Tahniah kerana berjaya menjadi novelis prolifik....ehhehe
Editor dan penulis sedang berbincang sesuatu...hehehe apa tu ye? Projek buku baru ke atau gosip....hehe.
bersama Kak Meen Zulaikha yang novelnya Kasih Yang Suci yang akan didramakan di TV3 Mac nanti. Sama-sama kita nanti
teman-teman penulis, Hezy Azra, Aleya Aneesa, Shanika Latisya dan Dhiya Zafira yang turut datang memberi sokongan kepada cik Lynn. Turut hadir yang tiada dalam gambar, Ayu Emelda

hehehe...puan Laila Kamilia bersama Hana Nurein sempat bergambar dengan cik Lynn dan sepupu teddy bear
20 Februari 2011
Temui Lynn Dayana di MPH Subang Parade!
Tandakan di kalendar anda pada 26 Februari 2011, Sabtu ini, marilah ramai-ramai pakat serbu ke MPH Subang Parade sempena pelancaran novel ke 5 Lynn Dayana, Juara Carta Cinta yang sedang hangat di pasaran. Khabarnya ada beberapa novelis lain yang pakat nak serbu memberi sokongan moral kepada beliau. Selain mendapat autograf, Lynn Dayana juga akan memberikan goodie bag kepada peminatnya. Anda boleh membaca catatan Lynn Dayana di http://lynn-dayana.blogspot.com. Jadi tunggu apa lagi....datanglah beramai-ramai ke sana! Jumpa di sana!
ps- www.RATU.my turut memberikan kupon diskaun istimewa sempena pelancaran JCC
Selamat Hari Lahir ke 5 Hariz Hakimy
Hari lahir Hakimy ke 5 disambut sederhana di rumah kami dengan kehadiran kaum kerabat kami yang terdekat pada 30 Januari 2011 yang lalu. Tahun ini Hakimy nampak matang sikit berbanding tahun sebelumnya. Dia sudah faham kenapa dia harus pergi ke sekolah dan membuat kerja rumah, tak macam tahun lepas di mana dia berhenti sekolah tadika separuh jalan. Kata cikgunya dia duduk di tepi pintu saja. Alhamdulillah positif perkembangan terbaru ini cuma Hakimy masih gembeng peyek....hahaha suka benar menangis kalau apa yang dia nak tak dapat ataupun abang tak nak kawan. Harapnya tahun-tahun mendatang, Hakimy akan bertambah matang.
Tahun ni kami hadiahkan Hakimy percutian ke Genting Highlands sempena hari lahirnya. Nanti saya upload gambar kami di sana. Makanan dan kek hari lahir pula Pak Lang yang taja. Alhamdulillah murah rezeki anak teruna saya yang sangat manja ini. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang taat. Amin!
18 Februari 2011
Cinta Pandang Kedua - kini di tangan ALAF 21
Alhamdulilllah, di celah-celah kesibukan, saya sempat menyiapkan kerja-kerja penyuntingan CPK. CPK merupakan buah tangan ke empat saya. Saya berdoa semoga manuskrip ini akan dapat diterbitkan secepat mungkin, almaklum sudah masuk tahun ke 3 saya tiada novel baru. Orangpun dah penat bertanya bila novel baru nak keluar. Di atas adalah scene di mana AINNUR AZLEEN bertemu dengan PROF. MADYA DR. AHMAD REDZA di Leasers Park, Newcastle, England. Untuk makluman semua, saya berkereta dari London ke Newcastle semata-mata mahu menyaksikan sendiri scene CPK ini. Di sinilah Ainnur mendengar lamaran yang dinantikannya bertahun-tahun tetapi kemudiannya dia terpaksa menolaknya. Mengapakah Ainnur menolak sedangkan sebelum ini dia pernah merayu Dr. ARM untuk memperisterikannya sekalipun hanya sebagai isteri kedua. Kini setelah dilamar lelaki itu, dan menyedari dia masih tidak dapat melupakan lelaki itu, dia tiba-tiba menolaknya sedangkan sehingga di saat itu, dia masih tidak punya sesiapa di ruang hatinya. Pastilah Dr. ARM kecewa kerana kedatangannya ke Newcastle semata-mata mahu memperisterikan Ainnur.
Anda tidak sabar menantikan sebuah kisah benar yang diangkat menjadi novel ini? Doakan semoga novel ini cepat-cepat diterbitkan ya. Kerana selagi novel ini tiada di pasaran, Aku, Dia dan Berlin seakan tidak menemukan magisnya.
ps-ADDB merupakan manuskrip terbaru saya yang ke 5 yang masih berada di prolog. hehehe
Koleksi Terbaru RATU.my ; Mix Ropol
Koleksi terbaru Ratu Februari 2011 membawakan koleksi tudung dari Lycra dengan bunga timbul. Istimewanya koleksi ini menampilkan jalinan corak ropol bertingkat yang sangat menarik. Koleksi ini didatangkan dari pelbagai warna begitu istimewa yang lain dari kebiasaan. Didatangkan dengan pelbagai warna menyajikan wanita pilihan pelbagai dari rangkaian warna-warna lembut mahupun warna-warna garang yang cantik memikat. Koleksi ini boleh digayakan ke pejabat, kasual, mahupun semi rasmi. Saiz S RM65, Saiz M RM75, Saiz L RM85. Untuk harga istimewa sila layari www.RATU.my
12 Februari 2011
Novel Terbaru Norzailina Nordin-Cintamu Nadiku
ADA banyak istilah tentang cinta. Manusia juga mudah keliru dengan cinta, antara cinta dan nafsu, antara kasih dan kasihan. Karmila menerima lamaran Wazif bukanlah berdasarkan cinta yang sempurna. Dia bersetuju kerana mereka sudah saling mempercayai.
Setelah berkahwin, Wazif mula berubah hati. Berada di sisi Wazif terasa sepi daripada dia bersendirian. Namun, Karmila sedar lelaki dan perempuan yang bercinta pasti akan menemui halangan sebelum mengecapi kebahagiaan. Mungkin inilah kisah percintaan hakiki yang menuntut seribu pengorbanan.
Tetapi semakin hari, hidupnya disulami rentetan peristiwa ganjil. Karmila kaget bila diberitahu kemelut rumah tangganya mungkin angkara sihir. Dia tidak mampu melawannya kecuali berdoa kepada ILAHI.
Mengapa dan siapakah yang iri hati dengan impiannya untuk merasai hikmah bercinta dan dibuai keasyikan perasaan?
Dapatkan segera di pasaran!
05 Februari 2011
Projek Baru Laila Kamilia; RATU.my
Bagi mereka yang mengenali Laila Kamilia, sudah tahu empunya nama itu memang tidak reti duduk diam. Ada saja benda dia nak buat. Bagi mereka yang tidak tahu, semasa saya bercuti tanpa gaji di Berlin, saya sudahpun memulakan projek usahaniaga saya. Lalu bila pulangnya saya ke Malaysia, saya meneruskan legasi usahaniaga itu. Cuma baru inilah saya ingin mengumumkannya.... Jeng jeng jeng....Inilah projek baru saya selepas CPK.
Pengunjung internet dan penggemar tudung eksklusif popular Malaysia dipersilakan untuk membeli-belah di laman kedai online terbaru iaitu www.RATU.my.
RATU.my merupakan projek e-commerce online terbaru yang beroperasi secara online secara rasminya pada 30 Januari 2011.
RATU.my menawarkan pilihan busana dari butik RATU yang telahpun berkembang maju dalam industri fesyen busana Muslimah di Malaysia.
Di RATU.my, pelanggan berpeluang membeli secara online koleksi busana dari De Galerie Ratu, pemilik busana jenama RATU. RATU.my telahpun mendapat hak eksklusif menjual dan mengedar busana jenama RATU. Oleh yang demikian, kami menjamin yang kualiti busana kami sememangnya tulen dan mencapai piawai RATU.
Sempena pembukaan kedai online tersebut, pengunjung ditawarkan dengan kupon diskaun tambahan iaitu RM10.00. Cuma taip OPENRATU11 di ruangan enter coupon code ketika checkout dan anda akan mendapat diskaun tambahan tersebut. Kupon boleh digunakan berkali-kali dan tawaran hanya untuk masa terhad sahaja.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian, layari http://www.RATU.my.
Langgan:
Catatan (Atom)































