19 September 2011
Peraduan Cinta Pandang Ke dua sudah tamat!
Hai! Kepada yang telah menghantar borang peraduan, nantikan pengumuman pemenang pada hari Jumaat 23 September 2011, insyaAllah! Terima kasih atas sokongan anda!
16 September 2011
Selamat Hari Jadi Abang....
Selamat hari jadi buat suami tersayang pada 31 Ogos 2011 yang lalu, sehari selepas hari jadi Hana. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa dalam perlindungan Allah selalu.
15 September 2011
Selamat hari Jadi ke 2 Hana!
30 Ogos 2011 yang lalu, genaplah 2 tahun umur Hana Nurein saya. Ha! Tu gambar terbaru dia semasa hari raya. Dah besarkan? Ya, dia dah semakin petah berkata-kata dan lasak. Umur 2 tahun ni yang saya perasan sangat rambutnya semakin kerinting dan bila bercakap tetiba jadi loghat Terengganu. Bila mengira sampai nombor sembilang. Kalau makan ikang. Hehehe tah macam mana jadi gitu tahla.
Hana paling suka menyanyi lagu Cicipang, Aecong, Capapis, Twinkle A, Wowonen dan hot dog... Hehehe agak-agak boleh teka ke lagu apa tu. Mula dengar dia cakap berkerut juga dahi. Tapi lama-lama kami semua dah tahu dah.... Agak2 sama tak dengan apa yang ada di fikiran korang. Hehehe Cicipang tu Ipsy Dispsy Spider, Aecong (ABC Song), Capapis (Teletubbies), Twinkle A (Twinkle Little Star), Wowonen (Row Your Boat) dan hot dog (Hot Dog Song). Korang boleh bayangla dia nyanyi dengan pelat dia dan suaranya yang terlebih leamk tu. Memang boleh gelak sambil guling-guling. Hana pun boleh menari dan tarian dia suka Chicken dance. Hehe
Tahun ni kami sambut besday Hana di kampung di Teluk Intan. Kebetulan hari jadinya jatuh pada 1 Syawal... Apa hadiahnya...Anak perempuan sorang, macam2la hadiahnya. Nanti kalau sempat saya upload gambar Hana dengan hadiahnya.... Tapi yang pasti, Hana masih x lepas dari cicinya. Isu cici memang sensitif, x boleh disentuh. Kalau bagitahu umur Hana dah 2 tahun dah besar tak boleh cici, memang dia akan menangis. Tapi kalau mama takde, ok je tak teringat pun....Walau apapun saya bersyukur kerana Hana dapat cici sepenuhnya sehingga 2 tahun!
Anak mama, selamat hari jadi ke 2!
07 September 2011
Peraduan Cinta Pandang ke 2 masih berlangsung!
Perayaan baru ni saya sempat menyinggah ke Seberang Perai, Pulau Pinang, sempatlah lalu di hadapan Hotel Sunway Seberang Perai. Jadi teringatlah kepada pembaca CPK2 yang masih belum menghantar borang peraduan sebelum 16 September 2011 ini. Anda berpeluang tidur di Hotel Sunway Seberang Prai yang di dekat sangat dengan Sunway Carnival Mall. Boleh jalan-jalan dan shopping-shopping! Selamat menghantar borang peraduan! Rugi kalau tak masuk!
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
Masih belum terlambat untuk kami sekeluarga mengucapkan salam Aidilfitri kepada seluruh pengunjung lailakamilia.blogspot.com. Jika ada salah silap di sepanjang tulisan saya di sini harap dimaafkan. Terima kasih atas kesetiaan anda bersama saya.
01 September 2011
Cinta Pandang Ke-2 sudah cetakan Ke-2
17 Ogos 2011
Buka Puasa di MAEPS@Serdang 2011
Bosan-bosan hujung minggu lepas, kami sekeluarga bercadang berbuka puasa di luar saja. Malas nak pergi jauh-jauh, taknak sesak, harga berpatutan, pilihan makanan banyak, senang nak solat. Jadi lepas kira-kira semua, kami sepakat bawa anak-anak ke Maeps, Serdang.
Setibanya kami, orang memang dah ramai. Parkir dah penuh, menyebabkan kami terpaksa parkir di bahagian atas. Masa tu dah jam 7 lebih. Orang yang datang lebih awal sudah siap duduk santai dengan makanan dah siap ada di meja. Kami yang lewat ni walaupun dah buat tempahan awal, jenuhla juga nak mencari tempat dan mengambil makanan. Bila dapat meja, pengumuman waktu berbuka sudah ke udara.
dalam iklan kata ghazal, tapi nyanyian life jer...
Anak-anak suka dengan kek yang macam-macam
Ramai juga kanak-kanak yang ikut sama
Antara hidangan
Antara hidangan dan dekorasi
Iklan
Makanan boleh tahan, banyak. Cuma tempatnya agak ramai orang menyebabkan pergerakan sedikit sukar. Kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah makan percuma. Jadi memang sesuai untuk keluarga dan rakan taulan bertemu. Ruang bersolat juga terhad. Anak-anak seronok jadi kami tumpang gembira....Berbaloila bawa budak-budak ni makan bufet...
14 Ogos 2011
Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah
Pekan Rabu merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tidak sah bagi mereka yang mengunjungi Alor Setar jika tidak ke sini. Malah mantan PM kita Tun Mahathir memang suka ke sini. Pekan Rabu bolehlah disamakan seperti Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Tetapi Pekan Rabu lebih kecil dari segi saiz. Apa yang ada di sini? Jom kita intai-intai!
Pekan Rabu menawarkan pelbagai barangan dari usahawan bumiputra dari makanan (basah dan kering), pakaian, kedai jamu dan kosmetik mahupun kedai gunting rambut. Pendek kata banyak benda yang boleh dicari semasa di sini. Harganya boleh dirunding tetapi kebanyakan harga makanan adalah harga tetap. Pelbagai makanan tradisi seperti dodol, kuah rojak dan kuih-muih mahupun ikan pekasam ada dijual di sini. Semasa saya berkunjung ke sini, ramai juga yang saya lihat memegang senarai barang pesanan teman-teman seperti saya. Jika anda berkunjung ke Alor Setar, jangan lupa ke sini ya. Kalau tidak membeli, jamu-jamu mata!
11 Ogos 2011
PERADUAN CINTA PANDANG KE-2 LAILA KAMILIA
Anda telah membaca novel terbaru saya Cinta Pandang ke 2? Terima kasih dan tahniah! Kerana dengan membeli dan membaca novel tersebut anda berpeluang memenangi hadiah yang menarik dan lumayan... Berbaloi kan?
Syarat-syarat peraduan? Tunggu entri saya seterusnya...
04 Ogos 2011
Langgan:
Catatan (Atom)















