1. The rules of the game get posted at the beginning
16 Oktober 2008
Dhiya Tag Laila!
1. The rules of the game get posted at the beginning
14 Oktober 2008
Catatan Perjalanan : Persiapan ke Berlin, Jerman

Kak Eka tengah pasangkan kasut Hakimy. Sebelahnya Alis, mak, mak mentua, mak tok dan Zura. Di belakang Amin dan Jun.
Kami boleh minta pergi lebih awal seminggu tetapi kami memilih tarikh 9hb supaya kami boleh menyambut hari raya dan kaum keluarga dapat berhari raya juga. Kami balik ke BSP pada 5hb. Konon-konon nak masak-masak untuk kengkawang yang datang beraya... Akhirnya semua dirancang tak menjadi. Hari Isnin 6hb, kami ke Shah Alam... menziarah En. Makhzan, ke pejabat Alaf21 dan konon-konon ke PKNS nak ke JPJ tapi silaplah pulak. Patutnya kami ke Padang Jawa. Lepas tu kami ke bank di Putrajaya, ke Pejabat Pendaftaran. Petang dah ke Bangi nak tukar duit. Senja tu kelam-kabut cari makanan sebab Yana and the gang nak datang rumah.... Saya lelap jam 12 malam bila semua tetamu dah pulang....
7hb saya ke The Mines pulak...tukar duit. Tak cukup kat situ pergi jalan TAR pulak, dengan tujuan yang sama...Hehehe macam juta-juta pulak saya tukar duit... Taklah sebanyak tu RM20K je... bila convert ke Euro ciput je Euro4K je.... Dah tengahari saya balik, nak meraikan rakan-rakan dari SKBR pulak. Saya tak sempat masak apa-apa. Saya memang dah beli barang-barang semalam untuk masak nasi tomato tapi rupanya urusan saya masih tidak selesai. mereka datang bawa sayur dan kuah pecal. Di rumah mak dah masak bubur kacang... Jadi itu saja yang dapat saya jamu bersama kuih raya.
Petangnya saya merempit ke rumah Kak Eka. Konon-konon nak tolong apa-apa patut untuk majlis Farewell saya. Terasa diri sangat dihargai oleh rakan-rakan yang bersusah-payah nak meraikan saya. Jam 6.30 balik rumah dan bersiap. Rumah tak sampai sepelaung tapi sayalah yang paling lewat sampai malam itu.... Terima kasih kengkawan yang sudi meraikan saya yang begitu kerdil dalam arena penulisan jika hendak dibandingkan dengan nama-nama besar mereka.
Kelakarnya, malam itu saya siap berhabis-habisan. Siap pakai baju merelap-merelip macam nak mengadap Sultan Mizan... Abang pulak saya paksa pakai baju Melayu, mujur saja saya tak suruh pakai samping.... Ini semua kerana Kak Eka kata kena pakai baju formal ni tema hari raya.... Tengok-tengok saya yang over... Masuk aje dah kena dapat tepukan gemuruh selayak artis nak buat persembahan pentas. Semua dah hadir. Malunya saya. Saya siap bisik kat Kak Lina lagi yang puji baju cantik... Saya kata saya beli RM2+ je sepasang dah siap kat Batam...Hehehe....
8hb. Pagi di rumah. Petang ke rumah Kak Su untuk beraya dan ke rumah Dina untuk tengok baby comelnya yang baru lahir.
9hb.Saya duduk di rumah, tengok checklist apa-apa yang belum siap lagi. Pergi beraya kat rumah jiran. Masak nasi tomato untuk keluarga. Malamnya bersia-siap untuk ke KLIA. Ha... itulah gambar -gambar yang sempat dirakam pada hari-hari terakhir di bumi Malaya.
Kepada kawan-kawan yang sudi menghantar saya hingga ke KLIA-Fuza, KRol, Izzi, Kak Eka dan abang Idros, Kak Ai dan kakak serta anak saudaranya (sedap serunding... dah nak habis dah) dan kawan-kawan sepejabat abang yang memenuhkan KLIA.
Kepada sepupu Amin dan Jun. Maaflah kunjungan pengantin baru yang pertama kali ke rumah tidak dilayan dengan sempurna... Makan tak malam tu?
Kepada adik-adik yang banyak jasa dan bakti kepada Kak Long dan Abang Aedy- Maslina dan Amran (terima kasih tolong hantar kereta balik kampung) dan anak saudara Amna dan Alis (maaflah Mak Long dan Pak Long tak sempat nak peluk cium, sebabnya kecil sangat dan mereka berlari-lari... peluk cium dari kejauhan). Hayazi dan Baizura, Epi. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi menghantar dari Alor Setar hingga ke KLIA. Siap ambil cuti lagi.
Kepada ibubapa yang sangat-sangat disayangi dan dikasihi. Pesanan mak untuk jaga anak-anak akan sentiasa Lily ingat.... Bak kata mak.... " kamu nak tak banyak, 2 orang aje.... kamu tu payah nak beranak...jaga anak elok-elok....." Mak mentua pula pesan " Banyak-banyak berdoa. Baca Quran selalu" Adoi! Semua pesanan membuatkan saya sebaknya. Mak Tok pula tak kata apa tapi saya pesan kat dia "Mak Tok mesti sihat-sihat. kami balik 2 tahun lagi mesti nak jumpa Mak Tok".
Kepada semua-semua.... Saya bagi pihak keluarga memohon kemaafan andai malam itu saya tidak dapat melayan anda dengan sebaiknya. Terima kasih yang tak terhingga. Tanpa kalian siapalah kami. Kasih-sayang kalian yang telah membawa kami melangkah sejauh ini. Ada umur, InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.
Salam dari kejauhan,
Haslina Kamaluddin
Berlin, Jerman
14 Oktober 2008
Autumn in my heart
02 Oktober 2008
Gambar Aidilfitri
Hahaha...sengih lebih sebab dapat makan lemang... Sebenarnya abang tengah test smile detecter kat kamera dia...
Kuih raya? Beli satu dua. Itupun bagi hadiah pada orang. Bila balik ke rumah di BSP, saya cilok kuih tradisi mak dan kuih moden mak mertua. Dah mereka pakar. Belipun tak guna sebab nanti hasilnya mengecewakan.. Yang dibeli biasanya memang dah confirm sedap.
Tahun ni anak buah belum bertambah. Macam tahun lepas juga. Cuma Amna Nafisah, 3 dan adiknya Alma Alis, 1 makin nakal. Bila ditambah dengan Hardy dan Hakimy memang malas nak cerita. Tahun depan insyaAllah saya akan dapat seorang lagi anak buah. Adik saya mengandung lagi anak ketiga. Adik ipar saya yang baru kahwin belum dengar muntah-muntah lagi... Agaknya bila balik nanti berapalah bilangan ahli keluarga kami bertambah.... Mesti raya dua tahun lagi lebih meriah...
Duit raya? Tahun ni kami lambat benar tukar duit. Sudahnya tukar dengan kawan-kawan yang berniaga di Bazar Ramadhan. Sampul raya pula masih ada baki tahun lepas dan selebihnya minta ehsan kengkawan dan adik-beradik. Yang pasti raya tahun ni duit rayanya lebih sikit. Sama ada kami beri atau anak-anak terima, sebabnya itu duit raya untuk dua tahun...tahun ni dan tahun depan....
Tahun ni masakan tradisi seperti lemang, ketupat, dodol semuanya mak buat sendiri. Jadi tahun ni kira kami beraya sakan. InsyaAllah tahun depan harapnya tidaklah mengidam lemang dan yang sewaktu dengannya... Kalu tak haru juga untuk dipos. Almaklum jangka hayat makanan tu kan sekejap saja.
30 September 2008
Selamat Hari Raya Aidilfitri

21 September 2008
Masih ada yang sayang

Saya harus berterima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menumpangkan saya ke destinasi saya. Al maklum saya harus berulang-alik dari rumah ke sekolah sekitar 35km dan laluannya sukar untuk kenderaan awam seperti bas untuk masuk. Abang pula laluannya menyimpang ke lain. Mula-mula saya sukar juga membuat justifikasi dengan kehidupan baru saya. Memang saat itu saya rasa hidup ini memang sukar. Bila kita sudah terbiasa hidup senang dengan kemudahan dan kemudian kemudahan itu ditarik balik dari hidup tentulah hidup huru-hara seketika. Tekanan mental usah cerita tidak dicampur dengan tekanan fizikal. Tambahan pula bila ia melibatkan anak. Jika kita sendiri tidak mengapa juga.
Kebiasannya saya harus menghantar abang ke Putrajaya terlebih dahulu. Kami keluar seawal 6.30 pagi dan menunggu di depan tadika Hakimy untuk menghantarnya dahulu. Kalau guru tadikanya datang awal, alhamdulillah tapi kalau mereka terlewat 6.35 pagi, maka jawabnya abang kena hantar saya ke sekolah terlebih dahulu atau dia yang kena menumpang Anas di stesen komuter Serdang.
Yang menjadi masalah tentulah jika perkara itu terjadi. Kadang-kadang abang terpaksa guna kereta atas urusan kerja. Maka jika kedua-dua perkara itu terjadi maka akan bermulalah pengembaraan kami berdua beranak. Biasa kami berdua akan menumpang Zila hingga ke Bangi. Kalau abang tak ada urusan kerja, dia akan ambil kami di Bangi dan hantar balik ke rumah sebelum dia bergegas ke tempat kerja semula. Jika tak, kami akan naik komuter hingga ke stesen Bangi. Dari situ kami balik naik kereta sapu. Pernah sekali di tengahari Jumaat (biasa hari Jumaat kami akan menumpang Kak Eka Fahara yang mengambil anaknya di Bangi, tetapi tengahari Jumaat itu luar biasa kerana Kak Eka tiada), kami naik kereta sapu. Kelakarnya kami dibawa pemandu untuk menghantar mat Indonesia yang naik kereta sama hingga ke Rinching Hilir.
Jika saya yang membawa kereta pengalaman itu akan bertukar kepada abang pula. Pernah dia naik bas berhimpit dengan pekerja Indonesia dan Bangladesh dari komuter Serdang ke Putrajaya. Yang bestnya bas tu siap pusing-pusing lama di Hospital Serdang sedangkan ketika itu memang dia hendak cepat sampai ke pejabat. Pada hari lain biasanya abang akan tumpang Anas sampai komuter Serdang. dari situ abang akan turun di Bangi dan saya jemput abang kemudiannya. Ataupun abang menumpang Hasmat/Johar di Bangi lalu saya menjemputnya di Bangi.
Kini segalanya sudah berakhir. Siksa hampir 4 bulan itu telah berakhir. Terima kasih semua kepada rakan-rakan yang sangat bersimpati dengan kami. Memang sekiranya boleh, kami tidak mahu menyusahkan kalian tetapi keadaan memang terpaksa. Terima kasih sangat-sangat. Budi baik kalian insyaAllah akan dibalas dengan kebaikan yang lebih lagi oleh ALLAH.
ps: lupa nak ucap terima kasih pada Razali dan Khairul yang juga pernah kami tumpangi kenderaan mereka.
Terima kasih atas kasih sayang anda!
20 September 2008
Panduan Memohon Cuti Tanpa Gaji
04 September 2008
Blog Tergendala

Novel Ayat-ayat Cinta VS Filem Ayat-ayat Cinta
Di Malaysia, novel ini diterbitkan oleh Ar Risalah Product dengan Norainie Abu sebagai editornya. Kerap kali novel ini berada di carta teratas di kedai-kedai buku di Malaysia. Apa istimewanya novel ini hingga mendapat sambutan yang begitu di luar dugaan? Sebagai salah seorang peminat novel, saya tidak ketinggalan mendapatkannya. Ternyata novel ini berjaya menarik minat saya untuk membacanya bermula dari ayat yang pertama lagi. Sehingga kini saya yang selalu pelupa, boleh mengingat tajuk bab pertama novel ini 'Gadis Mesir Itu Bernama Maria'. Begitu besar sekali impak yang ditinggalkan oleh novel ini hingga saya boleh mengingatnya sehingga ke tajuk babnya, apatah pula jalan ceritanya.
Melihat sambutan penjualan novel ini yang begitu menggalakkan, syarikat produksi MD Pictures kemudian membawanya ke layar perak. Sutradara Indonesia Hanung Bramantyo telah terpilih untuk menggarap pembikinan filem Ayat-Ayat Cinta. Ia dibarisi oleh Fedi Nuril sebagai Fahri, Rianti Cartwright sebagai Aisha, Zaskia Adya Mecca sebagai Noura dan Carissa Putri sebagai Maria Kirgiz.
Ternyata wanita-wanita di dalam filem ini cantik-cantik belaka, terutama sekali Maria... begitu juga dengan Aisya yang bermata menawan itu. Namun pendokong utama watak Fahri itu sedikit mengecewakan saya kerana pandangan saya ia kurang kacak untuk menjadi Fahri sebagaimana gambaran saya semasa membaca novel itu. Mungkin penerbit sukar untuk mencarikan seorang pelakon lelaki yang kacak dan boleh berbahasa Arab, boleh mengaji dengan baik, nampak naif dan lurus seperti Fahri. Mungkin saja lebih mudah menggambarkan sesuatu watak di hujung pena dari menzahirkannya di alam realiti.
Walaupun pada awalnya, filem ini dijadualkan dibuat di Mesir sebagaimana latar tempat dalam novelnya, namun kerana tidak diizinkan oleh Pemerintah Mesir, lokasinya dipindahkan ke India dan beberapa tempat di sekitar Indonesia. Oleh kerana itu, di dalam filem ini latarnya kurang menarik, tidak nampak 'real' dan seperti dibuat-buat. Saya yakin sangat tren yang dipaparkan di dalam filem ini tidak sebagaimana yang digambarkan di dalam novel. Begitu juga dengan ribut pasirnya...seakan kaku sekali....
Secara keseluruhannya, filem ini tidak dapat menandingi kekuatan penceritaan seperti garapan Habiburrahman di dalam novelnya. Tidak seperti filem Lord of The Rings yang diadaptasi dengan lebih baik dari garapan tulisan JRR Tolkien. Ternyata pembuat filem ini harus menggarapnya dengan lebih baik lagi supaya dapat memberi kesan yang lebih mendalam sebagaimana yang ditinggalkan oleh penulis novel ini. Mungkin saja jika Pengarah filem ini adalah pengarah filem Heart, Hanny S Saputra, filem ini akan menjadi lebih menarik.
Namun bagi mereka yang tidak pernah membaca novel ini, tetapi terus menontonnya pasti ingin membaca novel ini. Kata mereka, filem ini ternyata lain dari yang lain kerana ia begitu unik dari segi jalan ceritanya. Kita tidak sedar kita didakwah sambil berhibur.
Kepada peminat filem dan kaki novel, tontonlah filem ini dan bacalah novelnya. Apa kata anda?Rating: ***1/2
Sekitar Perkahwinan Hayazi-Baizura
Awal-awal lagi saya melabel majlis ini perkahwinan Di Raja...hehehe kerana ia mengambil masa seminggu cuti sekolah yang lalu. Bermula dari akad nikah, resepsi perempuan hingga ke resepsi lelaki hinggakan khabarnya biras saya Zura mengambil cuti selama 16 hari!
03 September 2008
TIKA RINDU BERLAGU-Novel Terbaru Lily Suriani

Sinopsis: KESUNGGUHAN Naim mempamer cinta membuatkan Adila mula melakar mimpi. Malamnya disinari kerlipan bintang. Siangnya pula sentiasa dihiasi pelangi. Kalaulah begini indah perasaan dilambung cinta, dari dulu lagi dilagukan rasa rindu. Biar bergema di seluruh alam.
Tiba-tiba mimpi yang indah itu hilang. Perginya tanpa meninggalkan sebarang jejak. Terpisah dengan Naim menjadikan Adila seperti tidak keruan. Dia mencari dan terus mencari hingga akhirnya lelah sendiri. Jiwanya kacau, fikirannya bercelaru. Kemunculan semula Naim seakan terhenti putaran bumi. Sukar untuk Adila menerima hakikat yang namanya tiada dalam ingatan Naim. Namun, demi cinta yang harus dipertahankan, dia tidak akan sesekali mengalah. Sekali janji dilafazkan, dia rela dirinya diibaratkan perigi mencari timba. Cuma, tegakah hati untuk menerima? Ahh... Susahnya membina mahligai bahagia!
lily_suriani2004@hotmail.comhttp://lilysuriani76.blogspot.com




1210075586.jpg)
