04 September 2008

Blog Tergendala


Mulai hari ini, saya mungkin akan mengalami masalah untuk mengemaskinikan blog saya. Kerana saya telahpun menamatkan perkhidmatan internet disebabkan sebagai persediaan saya untuk terbang ke Berlin, German selepas raya nanti. Jadi jika blog saya berhabuk harap anda memahami. Saya mungkin akan mengemaskini blog ini 2 kali seminggu di siber cafe. Terima kasih atas sokongan anda selama ini.


Kepada kawan-kawan, harap memaafkan saya kerana anda tidak dapat menghubungi saya lagi melalui talian tetap di rumah. Telefon bimbit saya masih aktif sehingga 10 Oktober (insyaAllah saya akan berangkat pada 9 Oktober, malam). Jangan risau, emel saya masih aktif. Saya pastinya merindui bingkisan anda di lailakamilia@yahoo.com.


Jumpa lagi!

6 ulasan:

Unknown berkata...

akak gi Berlin ke... bestnye. tp mesti sunyi akak takde kat malaysia. rajin2 update blog kat sana nanti.. selamat berpuasa, ampun maaf dipinta ye

Hana Zozolina berkata...

akk, saya fly smula 12 october... takmo ajak saya makan angin ke tempat akk ke??

artsoul berkata...

ALL THE BEST TO U...

LK berkata...

yana : aku akan merinduimu...terima hadiah dari akak tu ek....

vlinders: nanti kita saling berziarah yer (macamlah dekat sangat UK tu ngan German yer)

artsoul: terima kasih dan keep in touch

Tanpa Nama berkata...

x sabar nak tunggu novel terbaru akak.......gud luck

LK berkata...

anon:dah keluar dah... beli yer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...