26 Mei 2014

Sinopsis Novel CINTA TOP SECRET Tulisan Laila Kamilia, Terbitan Alaf21 Sdn Bhd.

Untuk menonton trailer sinopsis di YouTube, sila klik di sini Sinopsis Cinta Top Secret oleh Laila Kamilia

Ini sinopsis di belakang kulit novel C1NT4 TOP SECRET


London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim; pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak telah menemukan mereka dengan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya.

Setiap mereka punya misi tersendiri. Masing-masing mahu membuktikan mereka adalah yang terhebat. Masing-masing tidak mahu beralah, meninggalkan Eisya dalam dilema yang tidak bertepian. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Di antara dua perisik ini; seorang akan menemukan cinta sejati dan seorang akan menamatkan konspirasi. Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!

Dan ini sinopsis rasmi ALAF21 novel C1NT4 TOP SECRET


Pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) merentasi London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim. Misi mereka mahu menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak.
Tugas mereka melindungi keselamatan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya, anak Mr. X. Namun antara misi dan perasaan, hati mereka tewas dek keayuan dan kelembutan gadis itu. Perasaan mereka tergugah walaupun mereka cuba bersikap profesional. Jade dan Zed bersaing mahu menawan hati Eisya. Masing-masing tidak mahu beralah. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Masing-masing mahu menunjukkan kehebatan mencari cinta sejati dan pada masa yang sama mahu menyelesaikan misi mereka. Eisya dalam dilema untuk menerima ‘tawaran cinta’ kedua-dua jejaka itu. Padanya, mereka sama-sama hebat! Tapi hanya seorang yang harus dipilih. Siapa dan kategori apa? Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!

Novel berharga RM21 ini telah berada di pasaran sempena Pesta Buku Antrabangsa KL pada bulan April 2014 lalu. Boleh dapatkan novel ini di kedai-kedai buku berhampiran ataupun terus dari Karangkraf Mall ataupun dengan menghubungi penulis di FB/Twitter/Instagram :- LAILA KAMILIA

SEMOGA TERHIBUR!



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...