21 April 2014

LAGU CINTA : CINTA TOP SECRET

Lagu yang menjadi halwa telinga dan inspirasi novel ke-5 Laila Kamilia, CINTA TOP SECRET, terbitan Alaf21 yang bakal menemui pembaca di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 24 April 2014 ini! Jom layan muzik video GIRL'S GENERATION -TOP SECRET sambil layan membaca novel CINTA TOP SECRET.


Ini novel ke-5 Laila Kamilia. Boleh dapatkannya mulai 24 April 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau pesan terus daripada Laila Kamilia untuk dapat autograf dan hadiah misteri yang belum dapat didedahkan kerana masih dalam kategori TOP SECRET. hehe...

BLURB (Cerita kulit belakang buku)

London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim; pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak telah menemukan mereka dengan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya.

Setiap mereka punya misi tersendiri. Masing-masing mahu membuktikan mereka adalah yang terhebat. Masing-masing tidak mahu beralah, meninggalkan Eisya dalam dilema yang tidak bertepian. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Di antara dua perisik ini; seorang akan menemukan cinta sejati dan seorang akan menamatkan konspirasi.

Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!


15 April 2014

Video Teaser 2 - Cinta Top Secret : Novel Laila Kamilia, Alaf21





Ini novel ke-5 Laila Kamilia Boleh dapatkannya mulai 24 April 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau pesan terus daripada Laila Kamilia untuk dapat autograf dan hadiah misteri yang belum dapat didedahkan kerana masih dalam kategori TOP SECRET. hehe...


BLURB (Cerita kulit belakang buku)

London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim; pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak telah menemukan mereka dengan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya.

Setiap mereka punya misi tersendiri. Masing-masing mahu membuktikan mereka adalah yang terhebat. Masing-masing tidak mahu beralah, meninggalkan Eisya dalam dilema yang tidak bertepian. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Di antara dua perisik ini; seorang akan menemukan cinta sejati dan seorang akan menamatkan konspirasi.

Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!

14 April 2014

Video Teaser 1 - Cinta Top Secret : Novel Laila Kamilia, Alaf21


Ini novel ke-5 Laila Kamilia Boleh dapatkannya mulai 24 April 2014 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau pesan terus daripada Laila Kamilia untuk dapat autograf dan hadiah misteri yang belum dapat didedahkan kerana masih dalam kategori TOP SECRET. hehe...


BLURB (Cerita kulit belakang buku)

London, Kuala Lumpur, Seoul, Hong Kong, Brussels, Bali dan Tanjong Malim; pengembaraan Jade dan Zed, dua orang perisik Agensi Perisikan Global (APG) menjejaki Mr. X yang memiliki mikrofilem TOP SECRET, mengandungi maklumat jenayah antarabangsa yang menjadi rebutan pelbagai pihak telah menemukan mereka dengan seorang gadis kampung bernama Maryam Eisya.

Setiap mereka punya misi tersendiri. Masing-masing mahu membuktikan mereka adalah yang terhebat. Masing-masing tidak mahu beralah, meninggalkan Eisya dalam dilema yang tidak bertepian. Semakin jauh kembara dua perisik ini, misi semakin buntu, persahabatan makin rapuh, bagaikan tiada kesudahan. Di antara dua perisik ini; seorang akan menemukan cinta sejati dan seorang akan menamatkan konspirasi.

Bersediakah anda menyertai mereka menyelesaikan MISI CINTA TOP SECRET? Anda hanya ada lima saat untuk menerima misi ini!




17 Mac 2014

Jom LIKE facebook fan page Laila Kamilia


Semasa saya membuka akaun fb beberapa tahun dulu (rasanya hampir 5 tahun lepas), saya memang buka akaun FB atas nama Laila Kamilia. Ketika itu ia sekadar suka-suka. Tanpa saya duga, semakin lama, semakin ramai yang add saya di FB dan senarainya sudah menginjak ke angka yang hampir tak dibenarkan untuk saya tambah kenalan lagi. 

Saya sedar, ramai yang add dengan saya di FB tidak mengenali saya secara personal (sebagai Haslina Kamaluddin) dan hanya berminat untuk mengetahui hal-hal berkaitan penulisan novel saja dan bukannya hal-hal peribadi. Oleh yang demikian, saya baru membuka fan page Laila Kamilia pada tahun lepas bagi memenuhi keperluan teman-teman FB saya ini. In syaa Allah di ruang fan page itu nanti, saya hanya kongsikan hal-hal berkaitan dengan dunia penulisan sahaja. Kebiasaannya semua perkara berkaitan penulisan akan saya post di sini terlebih dahulu daripada akaun peribadi saya. 

Oleh yang demikian, saya menghebahkan di sini tentang kewujudan fan page Laila Kamilia tersebut buat pertama kalinya secara rasmi. Bagi menghargai mereka-mereka yang sudi LIKE fan page itu, saya menghadiahkan 30 yang terpilih yang bakal dicabut undiannya dari mereka yang LIKE dari dulu, hinggalah kepada mereka yang LIKE fan page ini sebelum 30 April 2014. Hadiah misteri daripada saya tanda saya menghargai sokongan anda!

Kepada yang sudi LIKE terima kasih banyak. Kepada yang sudi SHARE lagi banyak-banyak terima kasih kepada anda. Tunggu 6 Mei 2014, in syaa Allah saya akan umumkan senarai pemenangnya! 

Untuk LIKE fb fan page LAILA KAMILIA, sila log in akaun Facebook anda dan ke bahagian Search (yang ada gambo teropong tu). Taip LAILA KAMILIA. Cari di bahagian bawah di ruangan PAGES bukan akaun personal. Sila LIKE page Laila Kamilia.

Sayang selalu! LAILA KAMILIA.

Atau pilihan mudah, Sila klik fan page LAILA KAMILIA 

13 Mac 2014

Kajian Kes : Menangani Masalah Gugup dan Keyakinan Diri di Kalangan Murid Lembam

Ramai yang bertanya tentang kajian kes yang akan dibentangkan di Seminar PPKI yang akan diumumkan nanti. Inilah abstrak yang dapat saya kongsikan setakat ini. Kajian kes ini adalah kajian yang dibuat bersama Puan Penyelaras, PPKI, Puan Zarina Muhamed Sam. Semoga kajian kes ini memberi manfaat kepada yang membaca, in syaa Allah.


28 Februari 2014

Pengumuman Rasmi : Laila Kamilia Duta AISYAHSCARF

Alhamdulillah, bulan Mac selalunya menjadi bulan yang teristimewa buat Laila Kamilia. Kerana bukan saja bulan ini saya menyambut ulangtahun kelahiran saban tahun tetapi selalunya Mac menjanjikan banyak kenangan indah buat saya, in syaa ALLAH. 

Jika pada tahun lepas, novel Cinta Bunga Tulip diterbitkan pada tarikh hari lahir saya 4 Mac, tahun ini Mac datang lagi dengan sesuatu yang menarik juga. Bermula pada 1 Mac 2014, Laila Kamilia telahpun memeterai perjanjian dengan butik tudung Aisyahscarf untuk menjadi dutanya selama setahun. Mulai 1 Mac 2014,  Laila Kamilia akan menggayakan tudung Aisyahscarf di semua acara rasmi.

Oleh yang demikian, saya berbesar hati menjemput semua rakan-rakan dan para pembaca yang tersayang yang menjadi tulang-belakang menyokong kerjaya penulisan saya sepanjang 2006 hingga kini ke pelancaran rasmi AISYAHSCARF yang akan berlangsung pada :

Tarikh : 1 Mac 2014
Masa : 2.00 petang
Alamat : No. 2-21, Seri Bangi, Sek. 8, Bandar Baru Bangi (berhampiran OnKing Seri Bangi)
GPS Koordinat : http://my.locatedat.com/map/selangor/onking/569946/
Tetamu istimewa : Hero drama Cinta Pandang ke-2, Dazrin Kamarudin

Poster pembukaan penambilan khas Dazrin Kamarudin

Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung, sambil sembang-sembang santai. 100 tetamu yang terawal akan menerima goodie bag. Apa dalamnya? Hehe... Kita tengok harinya nanti. Jomlah kita ramai-ramai memeriahkan majlis di sana. Oh! Ya! Pengunjung Aisyahscarf juga boleh membaca dan membeli karya-karya Laila Kamilia di sana dengan diskaun10%. Ada rezeki, kita boleh bertemu mesra sambil minum-minum kopi pada bila-bila masa di sana.

 Boleh baca dan beli novel Laila Kamilia di sini. Kalau nak autograf tinggalkan saja pesanan, saya berbesar hati untuk memenuhi permintaan.

 Inilah tuan punya Aisyahscarf, Puan Farizan yang sangat gigih merealisasikan impiannya menjadi usahawan berjaya.

Aisyahscarf bermula dengan bisnes online pada tahun 2009, kemudian mengorak langkah pertama di Jalan Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 2014 mengorak langkah lebih maju dengan pembukaan Aisyahscarf Outlet Bangi.
Aisyahscarf boleh dilayari di www.aisyahscarf.com (laman beb sedang menambah shoppingcart) dan buat sementara sentiasa update di FB : aisyahscarf

Dalam menghampiri usia 10 tahun Laila Kamilia dalam industri ini dalam beberapa tahun lagi, anda semualah yang telah menyaksikan bagaimana saya bermula, belajar berjalan dan berdiri. Semoga saya dapat berlari menuju kejayaan. Banyak lagi yang perlu saya pelajari dan andalah guru saya yang terbaik! Terima kasih banyak! Andalah kesayangan saya! Sayang semua! Jumpa di sana!

17 Februari 2014

Sudah Darjah 5 Tak Tahu Baca? Apa Yang Boleh Bantu Dia?

Anak dilahirkan tidak mempunyai sebarang kelainan. Normal. Wajahnya saling tak tumpah bagai suami atau isteri. Normal. Pendek kata, anak itu bagai anak-anak lain. Bersekolah tadika pada usia 6 tahun dan masuk ke tahun 1 setahun kemudiannya. 

Tetapi tahukah anda, murid berkeperluan khas kebanyakannya kelihatan normal seperti anak-anak biasa juga. Malah rata-rata murid Autism sangat comel. Murid yang mempunyai masalah lewat perkembangan juga tidak menunjukkan rupa fizikal yang berbeza daripada kebanyakan murid lain. Hanya murid Down Syndrom, Serebral Palsy (berkerusi roda) dan beberapa sindrom lain mudah dikenali berbeza daripada murid lain. Kesimpulannya, dengan sekali pandang adalah sukar untuk mengenali murid berkeperluan khas jika diukur daripada pandangan fizikal sahaja. Jadi berkemungkinan murid-murid ini berada di aliran perdana adalah besar. 

Saya mendapat kes rujukan ini daripada guru kaunseling. Katanya murid ini mempunyai masalah dalam pelajaran. Selalu tak siap kerja sekolah dan berada dalam dunia sendiri. Oleh yang demikian, saya minta kawan menghantarnya ke pendidikan khas untuk diagnosis awal. Alhamdulillah, kebanyakan guru-guru sekarang ini telah didedahkan kepada dunia pendidikan khas semasa di IPT. Jadi sedikit sebanyak, guru-guru di aliran perdana dapat mengesan tanda-tanda awal murid di aliran perdana yang mempunyai kecenderungan bermasalah pembelajaran.

Murid yang dirujuk ini didiagnos menggunakan instrumen-instrumen saringan di pendidikan khas. Antara instrumen yang digunakan adalah untuk menguji kemahiran 3 M- menulis, membaca dan mengira.  Bagi murid yang sudah 5 tahun mengikuti pembelajaran di aliran perdana, tentulah pelik apabila masih tidak dapat membaca, menulis huruf terbalik dan hanya boleh mengira nombor setakat nombor 20.

Kami membuat diagnosis awal bahawa murid ini mempunyai masalah lewat perkembangan, bermaksud umur fizikalnya sudah mencapai 11 tahun tetapi umur mentalnya masih berada di tahap yang lebih rendah. Bagi kes murid ini umur mentalnya boleh dikatakan sangat rendah dengan pencapaiannya  menyamai tahap pendidikan khas di Tahun 2. Murid ini mengeja namanya dengaan tidak tekal (sekejap betul dan sekejap salah), tidak dapat menulis nama bapanya sekalipun dia tahu nama bapanya. Malah apabila ditanya tentang ibunya juga dia masih gagap-gagap. Sedangkan jika soalan-soalan itu ditanyakan kepada anak-anak kita yang berada di aliran perdana, ia boleh dijawab sambil pejam mata.

Pada masa dahulu, kita tidak terdedah dengan pendidikan awal. Saya tidak pernah bersekolah tadika dan hanya mendapat pendidikan pada umur 7 tahun pada darjah 1. Kerana itu saya hanya belajar ABC dan membilang pada usia 7 tahun. Tidak hairan ada rakan-rakan saya yang lain, yang hanya boleh mula menulis dan membaca secara tekal pada darjah 3.

Walau bagaimanapun dengan arus kemodenan di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak telah berkembang dengan baik. Anak-anak dihantar ke tadika seawal umur 4 tahun, malah ada yang lebih awal daripada itu. Oleh yang demikian, ibubapa boleh mengandaikan bahawa pada usia 7 tahun, anak-anak kita sudah boleh membaca dan mengira. Sekiranya pada umur 8 tahun tetapi masih juga tidak boleh membaca, ibubapa haruslah mendapatkan pandangan daripada doktor pakar.

Doktor pakar kanak-kanak akan membuat pelbagai ujian ke atas anak. Janganlah merasakan bahawa jika membawa kepada doktor, anak itu akan sah mempunyai masalah. Kadang-kadang memang anak itu sedikit lewat perkembangannya tetapi masih boleh mengikuti pendidikan perdana dengan bantuan extra (mengambil tuisyen). Kalau anak itu tidak mempunyai masalah, tidak mengapa. Alhamdulillah. Ia akan buat kita menjadi lega dan membantunya dengan lebih lagi. Namun jika anak itu didiagnos mempunyai masalah pembelajaran dan perlu dirujuk ke pendidikan khas, sebenarnya sebagai ibubapa kita telah cuba yang terbaik membantunya.

Dunia anak itu tidak berakhir jika memang telah disahkan mempunyai masalah pembelajaran. Dengan tindakan awal ibubapa mengenalpasti anak-anak, guru-guru di pendidikan khas akan cuba membantu 'memulihkan' murid tersebut dengan bimbingan dan latihan berterusan. Terdapat murid yang telah 'pulih' dan dikembalikan ke aliran perdana melalui pendidikan inklusif. Apakah pendidikan inklusif? Saya akan kongsikan pada entri yang akan datang.

Tahukah anda bahawa dengan lesen pendidikan khas, murid tersebut boleh mendapat pelbagai keistimewaan yang tidak dapat diperolehi jika beliau terus berada di aliran perdana. Antara keistimewaan yang akan diperolehi oleh anak adalah boleh diletakkan di mana-mana kelas yang dirasakan sesuai dengan tahap pencapaiannya (umur 10 tahun tapi belajar di tahun 2), mendapat masa yang lebih dalam peperiksaan awam malah boleh memohon diletakkan di bilik berasingan (lebih privasi) selain mendapat bantuan Rancangan Makanan Tambahan dan Elaun Pendidikan Khas sebanyak RM1800 setahun tanpa mengira ibubapanya berpendapatan RM1 juta sekalipun (hehe).

Apabila murid ini berada di bawah pengawasan pendidikan khas, mereka akan dapat bersaing dengan lebih adil di kalangan rakan sebaya dengan diberi peluang mewakili sekolah dalam pelbagai acara seperti sukan, tilawah Al-Quran, aktiviti kebudayaan, keusahawanan, kemahiran hidup dan lain-lain lagi sama seperti di aliran perdana. Semuanya ini akan berjaya meningkatkan rasa kendiri murid. 

Apalah ertinya berada di aliran perdana tetapi sekadar menjadi penumpang dan melepaskan semua keistimewaan yang ditawarkan kepadanya di pendidikan khas? Bantulah anak-anak anda kerana berada di pendidikan khas bukanlah penamat kepada masa depan mereka. TUHAN telah menetapkan tempat mereka di syurga, maka berikanlah mereka dengan kesenangan-kesenangan dunia!

13 Februari 2014

Cinta Pandang ke-2 Episod 10 tayangan 13 Februari 2014

Malam ini masuk episod 10 drama inspirasi daripada novel saya Cinta Pandang ke-2. Layan promo episod 10 ye.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...