Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca CPK2. Sila selesaikan slogan ini tidak lebih daripada 15 patah perkataan. Saya suka/tidak suka novel Cinta Pandang ke 2 kerana ...................................... Emelkan kepada saya slogan kreatif anda pada atau sebelum 31 Ogos 2012. Anda boleh menghantarnya melalui emel di lailakamilia@yahoo.com mahupun FB saya di https://www.facebook.com/LailaKamilia dengan subjek Peraduan CPK2 Ekstra! Pastilah ada hadiah menanti anda!
29 Julai 2012
27 Julai 2012
Laila Kamilia di Sinar Harian 25 Julai 2012
Keratan akhbar Sinar Harian 25 Julai 2012. Untuk bacaan lanjut sila klik
Kredit kepada Khairul Manami, Universiti Putra Malaysia dan Alaf21.
24 Julai 2012
20 Julai 2012
Salam Ramadhan
Salam Ramadhan kepada semua pengunjung dan pembaca blog LAILA KAMILIA. Semoga Ramadhan ini kita akan memperolehi keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan Allah Ta'ala.
Sekali lagi, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak yang paling kita nantikan ini.
17 Julai 2012
Alhamdulillah! Terima kasih ALLAH! Terima kasih Alaf21! Terima kasih pembaca Cinta Pandang ke 2!
Gambar di atas adalah kulit buku CPK2 yang terbaru yang saya terima minggu lepas. Sekali pandang, tiada apa yang berbeza, cuma logo baru dari Alaf21 dan GBK yang ada di bahagian atas sebelah kanan menggantikan logo yang lama. Nampak lebih cantik dan segar. Saya menerimanya kerana seperti yang saya warwarkan sebelum ini, novel ini telah dicetak kali ke 5 pada Jun 2012 (11 bulan selepas dicetak kali pertama).
Alhamdulillah! Saya benar-benar bersyukur kerana saya tidak pernah menyangka sejauh ini CPK2 akan pergi! Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada editor saya Puan Mazuen Yahya yang banyak membantu saya menyempurnakan CPK2 menjadi sebuah naskah yang anda tatap pada hari ini. Kepada Puan Hajah Sa'adiah, Editor Pengurusan Alaf21 yang tidak jemu menurunkan ilmu-ilmu penulisannya dan kata-kata perangsang kepada saya untuk mencabar diri menghasilkan manuskrip, Puan Sri Diah, Pengurus Besar Penerbitan GBK yang sentiasa berusaha memberikan motivasi dan inovasi kepada karya-karya keluaran GBK, Rohana yang menghasilkan kulit buku yang menarik dan kepada seluruh pasukan jualan dan promosi GBK yang bergiat aktif mempromosikan novel ini. Terima kasih banyak-banyak dan saya mengharapkan mendapat sokongan berterusan dari kalian untuk karya saya yang akan datang.
Yang paling utama dan terpenting tentulah pembaca-pembaca novel CPK2 yang sudi membaca, mengulas dan mempromosi CPK2. Setiap ucapan, kata-kata perangsang, kritikan semuanya amat bererti kepada saya dan akan saya ingat kemas-kemas dalam kepala supaya saya boleh menulis novel yang lebih baik selepas ini. Saya amat menghargainya dan kerana menghargai anda, sempena setahun CPK2 ini diterbitkan, sekali lagi saya menganjurkan satu lagi pertandingan untuk pembaca yang saya sayangi!
Yang paling utama dan terpenting tentulah pembaca-pembaca novel CPK2 yang sudi membaca, mengulas dan mempromosi CPK2. Setiap ucapan, kata-kata perangsang, kritikan semuanya amat bererti kepada saya dan akan saya ingat kemas-kemas dalam kepala supaya saya boleh menulis novel yang lebih baik selepas ini. Saya amat menghargainya dan kerana menghargai anda, sempena setahun CPK2 ini diterbitkan, sekali lagi saya menganjurkan satu lagi pertandingan untuk pembaca yang saya sayangi!
Ingat lagi kan kepada peracuan CPK2 yang lepas yang macam poster kata atas? Saya terpaksa melanjutkan tarikh tutup peraduan tersebut kerana mendapat maklumbalas sukar mendapatkan CPK2 pada ketika itu kerana sedang diulangcetak dan berharap telah memberikan peluang yang adil kepada semua pembaca CPK2. Tahniah kepada semua pemenang-pemenangnya. Saya harap hadiah yang diterima memuaskan hati kalian. Di bawah ini adalah gambar pemenang utama adik Atikah yang telah memberikan jawapatan tepat dengan slogan paling kreatif. Beliau telah memilih untuk menginap di Hotel Sunway Seberang Jaya bersama ibunya yang tersayang.
Semasa dikhabarkan kepada saya yang beliau mahu membawa ibunya bercuti bersama sempena kemenangannya, saya berasa begitu gembira. Betapa dengan hanya hobi membaca novel, anak gadis ini dapat membawa ibunya jalan-jalan. Wah! Lihatlah senyuman mereka! Saya harap mereka menikmati percutian mereka itu.
Saya bukanlah seorang penulis yang ternama. Seperti yang selalu saya kata, saya ini bukanlah siapa-siapa. Lalu kerana bukanlah siapa-siapa, saya harus berusaha dengan lebih gigih meraih hati pembaca. Saya sedar, dalam dunia penulisan yang semakin mencabar ini, persaingan dalam merebut slot novel yang dibeli begitu sengit. Apa yang akan membuatkan seseorang pembeli novel menarik novel saya dari rak yang terdapat beribu-ribu lagi buku yang lain? Persaingan untuk merebut hati pembaca bukan saja di kalangan penulis daripada satu syarikat penerbitan tetapi juga daripada beberapa syarikat penerbitan yang lain. Saya tiada pilihan selain daripada terus bersaing...... sesuatu perlu dilakukan bukan? Dan sesuatu itu bukannya datang dengan percuma. Selebihnya, meminjam kata-kata Cik Sharah Ibrahim, Pengurus Besar Jualan, Promosi dan Penjenamaan GBK, "Let's the book speaks." Lagi pula rezeki di tangan ALLAH. Hanya kepada ALLAH saya berserah.....
Saya bersyukur kerana pasukan jualan dan promosi GBK banyak membantu saya mempromosikan CPK2. Tetapi pada zaman persaingan yang sengit ini, tugas seorang penulis novel bukan setakat terhenti apabila dia menokhtahkan aksara terakhir tulisannya.
Oleh yang demikian, sempena setahun CPK2 diterbitkan, saya sekali lagi menganjurkan Peraduan CPK2 Ekstra! bagi menghargai sokongan anda kepada saya. Peraduan ini terbuka kepada SEMUA pembaca CPK2 sekalipun mereka yang pernah memenangi peraduan yang sebelumnya. Peraduannya mudah saya, sila selesaikan slogan ini tidak lebih daripada 15 patah perkataan. Saya suka/tidak suka novel Cinta Pandang ke 2 kerana ...................................... Emelkan kepada saya slogan kreatif anda pada atau sebelum 31 Ogos 2012. Anda boleh menghantarnya melalui emel di lailakamilia@yahoo.com mahupun FB saya di https://www.facebook.com/LailaKamilia dengan subjek Peraduan CPK2 Ekstra! Pastilah ada hadiah menanti anda!
Terima kasih kepada semua! Saya sangat menghargainya! Ich liebe dich (dalam bahasa Jerman bermaksud saya cinta/sayang kamu), insyaALLAH nantikan novel baru saya nanti! Jumpa lagi.
28 Jun 2012
Blurb 'Cinta Pandang ke 2' English Version
Alhamdulillah novel saya yang keempat ini, Cinta Pandang ke 2 telahpun diulangcetak kali ke 5 setelah 11 bulan diterbitkan oleh Alaf21. Jadi kepada yang belum mendapatkan Cinta Pandang ke 2 masih boleh lagi mendapatkannya di pasaran. Di bawah ini disertakan sinopsis CPK2 dalam versi bahasa Inggerisla pulak ek. Kredit kepada novelis Lynn Dayana yang menolong saya menterjemahkan blurb tersebut walaupun diberi masa yang sangat singkat. Hehehe. Terima kasih daun keladi!
“Fat like an elephant! Fierce like
a lion! People like you, shouldn’t go to this school. You should live alone in
a deep jungle!” Zairul Hasmat was disgusted with Ainnur Azleen. They are
classmates but their worlds are far apart.
Zairul, the Prince Charming of the
school and Ainnur are only an Ugly Betty that nobody saw. He is the star while
she’s only school wall paper. Their differences are so wide apart. She’s deeply
rooted on the earth and he is up above in the sky. Ainnur with XXL body size
can only have wishful thinking in silence.
Zairul know about Ainnur feelings
and use it to humiliate her. Feeling broken inside, Ainnur made a decision to
leave the school.
Few years after that…
They met again in different
circumstances. He is a dispatch boy and she is the women with the power in her
hand. He doesn’t know that the beautiful woman is the ‘elephant’ that he
humiliated before. He fell in love at the first sight. He is willing to
sacrifice his body and soul for her.
But for Ainnur, the time has come for
a sweet revenge!
ps- Gambar ini dirakam semasa pengambaran drama bersiri adaptasi novel Adam dan Hawa tulisan kak Aisya Sofea. Alhamdulillah sempat juga saya menyampaikan CPK2 ke tangan Aaron Aziz sendiri. Manalah tau rezeki CPK2..... hehehehe....
20 Jun 2012
Alles Nue-Peter Fox
Abaikan sebutan yang payah disebut dan lirik yang sedikit merapu tetapi berinspirasi. Layanz ring tone telefon bimbit Sara 'Alles Nue' bermaksud semuanya baru.....
16 Jun 2012
I have climbed the Great Wall
Dikatakan tidak datang ke negara China kalau tak jejak kaki ke Tembok Besar China! Alhamdulillah ada rezeki, saya ke China semata-mata mahu melihatnya. Saya diberitahu bahawa tembok besar ini menyerupai naga merentasi negara China, jauhnya jika menaiki kapal terbang selama 6 jam dan berjalan selama setengah tahun barulah menemukan hujungnya. MasyaALLAH jika kita rasa hebat ciptaannya pastilah lebih hebat yang menciptakan manusia hingga tercetusnya idea dan kudrat membina tembok besar ini. PadaNya saya panjatkan rasa syukur kerana diberi peluang menatap kebesaranNya. Subhanallah.
Idea untuk melihat Tembok Besar ini tercetus semasa saya berada di Rome melihat Colleseum dan Menara Pisa. Teringat pada kertas Sejarah yang mana dulu saya selalu dapat A. Hehehe.... Akhirnya di depan mata sendiri saya dapat melihat gahnya bangunan-bangunan peninggalan sejarah ini.
I've climbed the Great Wall! Di atas sijil besi itu tercatat sejarah saya dan abang berjaya mendakinya pada 3 Jun 2012 sekalipun hanya pada ketinggian 888 meter. Kami mengambil masa 20 minit untuk naik dan turun juga sekitar 20 minit. Sebenarnya nak mendaki ini juga memerlukan kecergasan dan kesihatan yang baik. Sementelah kami pergi dengan agen pelancong yang telah menetapkan hanya 1 jam diberikan untuk berada di situ.
Kami telah diingatkan bahawa mendaki mudah tetapi turun yang payah. Memang ternyata benar kerana kalau anda lihat betul-betul kecuramannya memang tidak diragukan. Kalau sakit lutut memang susah dan kena fikir banyak kali untuk mendaki. Saya terpaksa memaut pemegang besi supaya tidak terjatuh. Khabarnya ada peserta yang naik 30 minit tetapi turun 3 jam! Semata-mata kerana kecuramannya menyebabkan rasa gayat dan hentakan lutut yang agak kuat. Jadi kalau nak ke sana tak payahla pakai kasut tumit tinggi 2 inci. Hehehe.... atau skirt paras lutut kerana kalau bongkok memang terselak...Hehehe saya dah melalut-lalut.... Oh ya! Sebelum saya lupa, ada 2 perkara untuk ingatan, sila bawa juga minyak kapak ke minyak urut ke kerana memang terjadi di hadapan mata saya, orang pengsan kerana kepenatan. Bila dah sampai, jangan juga lupa dapatkan cenderamata sijil mendaki besi ini sebagai kenangan!
Apapun saya memang puas hati dapat ke sana. I've climbed the Great Wall!
ps-Kalau nak ke sini eloklah semasa musim panas kerana kalau salji atau hujan, pemandangannya tak berapa jelas. Kabus akan menyebabkan kita tak dapat melihat ekor naga itu! Manakala salji menyukarkan kita mendaki. Selamat mendaki ke Great Wall!
01 Jun 2012
27 Mei 2012
Membeli-belah di Bali
Jika berkesempatan ke Bali, selain daripada pantai yang cantik dan aktiviti-aktiviti kebudayaannya, membeli-belah merupakan satu aktiviti yang seharusnya tidak dilepaskan. Dari barangan batik hinggalah pelbagai hasil seni seperti perak, ukiran kayu, kain lace dan pelbagai cenderamata yang lainnya boleh dibeli hingga boleh rabak duit kalau tidak berhati-hati...hehehe. Dalam entri ini saya ingin kongsikan pengalaman membeli-belah di Bali.
Jika anda bijak dalam hal-ehwal tawar-menawar, Pasar Seni Sukawati tidaklah menghampakan. Tawarlah pada harga terendah dan jika anda rasa tidak bertepatan dengan bajet anda, anda boleh membeli di kedai lain. Pasar ini lebih kurang sama dengan Pasar Khatijah mahupun Pasar Payang. Pada hemat saya, menawar pada harga Rp10,000 bagi sesuatu barangan seperti pakaian kanak-kanak, masih boleh diterima.
Hati-hati dengan penjual jalanan yang akan mengekori ke mana anda pergi. Biasanya anda boleh menawar lebih rendah daripada pekedai kerana mereka tidak perlu membayar harga sewa kedai. Tetapi sekalipun harganya lebih murah sedikit, risiko yang perlu anda hadapi adalah penjual lain juga akan turut mahu menjual kepada anda jika anda sudah mula membeli daripada seorang penjual. Jadi jika anda sudah mencapai kata sepakat untuk membeli, anda boleh terus pergi dengan mengucapkan kata-kata penolakan yang baik. Sila periksa barangan yang ditawarkan secara pukal (lebih banyak, lebih murah) kerana kualitinya perlu diperiksa seperti ukuran baju mahupun coraknya. Jika anda tidak berhati-hati, bimbang hasilnya akan mengecewakan anda.
Jika anda malas hendak menawar, di Krisna ini menawarkan harga tetap yang agak murah. Saya perhatikan, kebanyakannya hanya kurang Rp5000 daripada penjual di Sukawati. Di sini juga suasananya lebih tenang dan sejuk. Anda boleh membeli-belah dengan selesa tanpa pening kepala untuk menawar harga.
Jika mahukan barang berjenama khususnya pakaian dan peralatan luncur air, di Bali Collection, Nusa Dua ada menawarkan pusat membeli-belah jenama antarabangsa. Di sini terdapat banyak pilihan dan pastilah harganya juga boleh tahan. Kompleks di sini sangat lengkap dengan kemudahan membeli-belah, makan dan pantai (pantai-pantai milik hotel 5 bintang). Anda boleh habiskan masa separuh hari di sini.
Namun begitu, di kawasan-kawasan tumpuan pelancong terutamanya di Tanah Lot. Pelbagai deretan kedai menjual cenderamata pada harga yang berpatutan.
Di tengah-tengah Kuta, Discovery Shopping Mall adalah yang terbesar. Jika bosan, boleh juga membeli-belah di sini. Ada banyak lagi gedung membeli-belah di Bali tetapi di sinilah yang paling ramai di sebabkan berada di kawasan tumpuan pelancong.
Terdapat juga factory outlet di sini seperti di Bandung tetapi ianya lebih kepada barangan sukan dan luncur air. Jadi lepas penat jalan-jalan tengok kebudayaan Bali, penat dengan aktiviti air mahupun ke spa, membeli-belah juga boleh dijadikan memoir indah di Bali. Selamat bercuti!
Langgan:
Catatan (Atom)












