12 Disember 2007

Penulis Lakaran Kasih di TV


Amboi hang kat TV glamer la. Satu SMS dari seorang teman saya terima awal pagi tadi di saat saya sedang bergelumang dengan Citra Pesona. Saya balas balik SMS dia bertanyakan pendapatnya tentang penampilan dan penyampaian saya dalam siaran Selamat Pagi Malaysia pagi tadi. Dia membalas kembali, katanya; Ok je... Explanation menarik. Novel bakal menyusul menarik juga. Tapi kan kenapa sekejap saja interview tu. Mmm.. lagi satu, kau nampak tembamla dalam TV (ke TV aku yang ajaib). Saya ketawa. Lalu saya balas lagi SMSnyadan saya forwardkan SMSnya itu kepada Lily Suriani.
Terima kasih Alaf21 kerana memberi peluang kepada saya mempromosikan Lakaran Kasih. Juga kepada krew RTM hari itu.
p/s: Lily Yong tak puas hati dengan SMS yang saya forwardkan kepadanya. Sehingga saya menulis entri ini dia minta saya beri penerangan kepadanya terutama komen kawan saya itu tentang penampilannya. Saya telah berjanji untuk menelefonnya semasa dalam kereta menuju LCCT nanti.
Saya dapat satu lagi SMS dari seorang teman di Penang yang juga menonton saya pagi tadi. Alahai... kenapalah semasa saya mengadap TV itu, rakaman itu tidak keluar.....




10 Disember 2007

Profesor Dr. Hamka

Beliau telah dianugarahkan profesorship oleh 9 universiti di seluruh dunia walaupun hanya bersekolah pondok. Beliau merupakan manusia pertama yang mentafsir Al-Quran dalam bentuk jilid.
Antara kata-katanya yang indah:
"Perjuangan harus difahami dan dihayati"
"Hidup tanpa perjuangan adalah hidup yang kosong"

08 Disember 2007

Selamat Hari Lahir Rose Harissa

Ini besday girlnya. Malam ni pakai tudung oren...baju memang cantik Rose.... tapi takleh lawan seluar Lynn
Sempatlah bermanja di bahu Rose, mudah-mudahan dapat meminjamkan semangat dan kekentalannya menulis.
















Wartawan tersohor, Kak Lily dan anaknya yang sedang menyerap bakat ibunya. Tetiba saya terperasan wajah Kak Lily kita macam Umi Aida kan....












Ladies nite. Bila lagi kita dapat berkumpulkan? Camne dengan rancangan nak naik coach ke Singapura?






Lynn dan Lily Suriani... Penulis jerung ni. Semoga auranya akan dapat saya serap....








Sudah lama merancang untuk meraikan hari jadi Rose tapi asyik tertunda. Macam-macam urusan ahlil-ahlilnya, ada meetinglah, ada examlah, ada kelas taekwandolah....akhirnya terlaksana juga walaupun dah lewat 4 hari. Selamat Hari Lahir ke 30 Rose....

Saya sangat menghargai persahabatan ini. Maaflah atas kelewatan lima belas minit yer....

07 Disember 2007

Sayonara

Akhirnya....
saya berjaya juga menghabiskan setahun yang huru hara. Pertama kali melangkah ke IPIK Januari lepas, pensyarah-pensyarah memberitahu, sebaik kamu melangkah keluar dari pintu pagar ini hujung tahun nanti, kami akan pastikan bila orang melihat kamu, sekali pandang saja orang akan dapat meneka kamu adalah seorang guru. Mmm.... memang mereka sudah membuktikan yang mereka benar!
semua siksaan telah berlalu
ku genggam janji
ku ingat selalu
padamu yang telah menabur bakti
aku bangga menjadi warga
walau seribu kekurangan
walau sejuta kepayahan
benar
aku bangga menjadi guru

Teringat kata-kata si Fuza anak manja Pakcik Fuat, kak azam saya masuk ke sini dua aje. Dengan lurus bendulnya saya bertanya kenapa. Katanya satu, berjaya menghabiskan KPLI tanpa membunuh diri dan dua tak ambil dadah. Saya ingin ketawa. Takkanlah tekanan di sini boleh membuatkan seorang bakal guru melakukan dua perkara bodoh macam itu. Saya akui banyak tekanannya sepanjang setahun ini. Tetapi saya merasakan tekanan itu akhirnya telah menjadikan Fuza saya seorang anak yang berdikari. Dia merupakan pelajar cemerlang dan paling penting dia berjaya menamatkan KPLI dengan kedua-dua azamnya tertunai. Untuk semua-semua pelajar KPLI ambilan Januari 2007, terima kasih kerana menjadikan anda sebahagian dari hari-hari yang menggembirakan dalam hidup saya. Jumpa lagi masa konvo nanti dan selamat bertebaran di bumi Malaysia!

Hari Keluarga BPO, JPA 2007

Tiba jam 8.30 pagi di tempat letak kereta, kami dibawa masuk ke perkarangan Taman Pertanian Malaysia, Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam menaiki bas JPA. Hardy dah kembang hidung sebab dapat naik bas. Si Hariz yang tak tahu apa turut sama kembang hidungnya. Kesian budak sekarang, dapat naik bas macam orang dulu-dulu merasa naik kapal terbang. Almaklumlah makhluk bernama bas ini bukan senang nak dapat naik sebab celik-celik mata dah ada kereta walaupun ketika itu kami hanya berkancil.
Turun dari perut bas, kami disambut oleh kicauan unggas-unggas yang sedang mencari sarapan pagi. Dengan tiba-tiba kami disapa oleh seseorang memberi salam...rupanya burung kakak tua. Kami berjalan dalam 500 meter dan disapa lagi oleh kuda, burung unta dan itik-itik yang bergembira di kolam. Si Hariz bersemangat hinggakan hendak joint sama sekawanan itik itu di kolam.
Hari keluarga yang bertema warna oren ini meriah. Banyak acara dipertandingkan. Hardy sempat masuk acara mewarna dan menang tempat ke 5. Anak teruna saya ni pemalu, hingga terpaksa digertak tak dapat main game baru dia hendak mula mewarna. Acara kedua yang disertainya rebut gula-gula. Hardy ada sejarah pasal rebut gula-gula ni. Dulu masa umurnya 4 tahun, dia pernah kena himpit masa masuk acara ni, jadi dia fobia sikit. Tapi setelah abahnya ikut masuk campur, dia terpaksa masuk juga. Akhirnya dapatlah tempat ke 4 dengan jumlah 90 biji gula-gula. Penuh juga bajunya dengan gula-gula. Saya tak dapat bayangkan bagaimana pemenang tempat kedua yang berjaya mengutip 180 biji, iaitu 2 kali ganda dari yang dikutip Hardy. Agaknya dengan apa dikautnya gula-gula tu ek?
Acara seterusnya, budak-budak terjun kolam, mandi. Saya sekadar jadi pemerhati. Kami suami isteri tak masuk apa-apa acara kerana abang jadi urus setia....bermakna kena urus dan setialah jawabnya. Apapun ia merupakan hari yang menggembirakan terutamanya kepada anak-anak. Balik tu Hardy bersemangat nak naik bas lagi tapi abahnya siap hantar ke pintu kereta dengan kereta. Melepaslah dia... Nak pergi kawasan 4 musim, abahnya masih ada kerja urus dan setia. Terpaksalah kami datang lain kali....



05 Disember 2007

Jawapan picit ubat gigi

Picit Bahagian Atas
-ingin cepat berjaya
-tak suka memulakan kerja dari bawah
-sanggup menindas asalkan berjaya
-suka guna pengaruh
-suka bergaul dengan orang yang punya kepentingan saja
-cita-cita lebih penting dari cinta
-cinta berunsurkan kebendaan

Picit Bahagian Tengah
-perangai pelik, suka kelainan dari orang lain
-kerja tiada mula tiada akhir
-cita2 tinggi dan di luar kemampuan
-sering serba-salah
-tidak takut hadapi cabaran
-cinta tidak penting
-pak turut kerana tidak suka membantah
-cerewet memilih teman hidup
-punya ramai teman tetapi sukar cari sahabat karib kerana sukar mempercayai orang lain

Picit Bahagian Bawah
-tekun, sabar dan rajin
-cermat, berhati-hati dan berfikir panjang
-tak suka sudahkan kerja orang lain
-senang diajak berunding
-buat kerja dari mula hingga akhir
-cinta penting dalam hidup
-memilih sidia yang harus ada ciri-ciri yang ditetapkan
-disenangi ramai
-suka menolong orang dan sukar diperdaya

Picit di Semua
-pentingkan diri sendiri
-kurang bertanggngjawab
-degil dan jarang menerima nasihat
-seorang yang setia
-tidak ramai kawan

Sumber dari Majalah Remaja Julai 1991

30 November 2007

Kenali dirimu melalui picitan ubat gigi

Psikologi adalah ilmu memahami jiwa. Personaliti pula topeng. Bila digabungkan ianya menjadi satu cabang ilmu yang mengkaji keperibadian manusia. Memang seronok mengkaji tingkahlaku manusia. Ada kalanya ia benar tetapi kerap kali juga ia tersasar. Walau bagaimanapun ia merupakan asas dalam meramal tingkahlaku manusia oleh pakar-pakar psikologi dan digunakan secara meluas dalam dunia ini. Apa kata buat permulaan kita kenali diri kita dengan picitan ubat gigi. Menarik bukan? Cuba nyatakan anda memicitnya di mana; di bahagian bawah, tengah, atas ataupun dikesemua tempat tadi (main ikut sempat). Nak tahu jawapannya....tunggu n3 selepas ini....

29 November 2007

Berpijak di bumi nyata

Berdiri: Kak Yan,Tan,Lina,Ekin,Diana,Dee,Ustaz Ju,Pak Din
Duduk:Paris,Piee,Yaht,Kumar dan saya
Tempat : Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam
Tarikh: 24 hingga 28 November 07

Alhamdulillah...Akhirnya saya kembali berpijak di bumi nyata. Tubuh masih sengal-sengal kerana aktiviti lasak yang tak berpadanan dengan orang tua macam saya ni. Hari ni masa menuju puncak tingkat 4 untuk meneruskan kursus induksi pula, saya cuba menggagahkan diri.
Sepanjang kursus, handphone tidak boleh digunakan. Bila buka saja hp, saya tengok banyak miss call dan sms diterima. Maaflah kepada rakan-rakan yang tidak saya balas panggilan ataupun smsnya. Saya hanya menelefon abang dan anak-anak. Ketika itu saya memang tidak berada di dunia nyata lagi. Saya kepenatan.
Sepanjang kursus ada ujian kecergasan, ujian lari 2km, aktiviti kembara (menyusuri kawad berduri, merentasi sungai dan berjalan di laluan kelapa sawit selama satu jam lebih) juga ceramah, LDK dan aktiviti kerohanian. Tidur jam 1200 dan bangun jam 445pagi. Saya betul-betul keletihan.
Paling kelakar pada hari terakhir kursus, ada peperiksaan akhir dijalankan. Kami diberi masa untuk membuat persediaan akhir sejam sebelum periksa. Apa persediaan saya? Di saat kebanyakan rakan-rakan menelaah, saya ZZZZZZZ. Saya ceritakan kepada abang dan dia geleng kepala kerana inilah sejarahnya sepanjang menduduki peperiksaan saya membuat persediaan bukan dengan membaca tetapi tidur.
Saya sampai ke rumah semalam jam 6.30 petang. Sampai di rumah, setelah bermesraan dengan keluarga, saya terbungkang macam apatah lagi. Agaknya kalaulah bom meletup, saya memang langsung tak akan sedar!
Hari ini bila sudah kembali berada di alam nyata, barulah saya telefon Lynn. Khabarnya ada projek khas Pesta Buku ini untuk sekawanan Lily Yong, Lynn, Rose dan Kak Lily. Sayu saja saya mendengarnya....Macam saya tidak akan bersama mereka pada pesta buku 3 tahun mendatang ini....Kemudian Dhiya telefon untuk rancangan istimewa 3 atau 4 dis ni. Panggilan Lily Yong belum dibalas lagi....
Sambil menaip n3 ni saya sedang berfikir jadual saya sepanjang disember ini. Macam penuh saja.. sabtu ni 1dis ada kursus sampai petang, 2 dis ada hari keluarga di shah alam, malamnya jamuan akhir kelas, 3dis ada santapan diRaja, 4dis peperiksaan kursus akhir...mmmm...macam mana ye nak buat persediaan akhir peperiksaan ni? agaknya kalau TUHAN bagi 25jam sehari dan 8hari seminggu, saya tetap akan sibuk....Di kepala saat ini ada dua yang bermain2...periksa dan rancangan Dhiya....kerana kedua-duanya sama penting dalam hidup saya.
Saya akan ke Bali pada 12 hingga 17dis, jemputan kahwin dari seorang novelis tersohor pada 24dis dan temujanji dengan Prof Abdul Hamid, Ketua Jabatan Psikiatri HUKM. Minggu-minggu terakhir akan ke sekolah untuk mesyuarat pertama. Saya harus menyediakan diri untuk penempatan sekolah pertama saya juga untuk Hardy yang akan masuk darjah satu. Saya tertanya-tanya bilakah Citra Pesona saya akan sampai ke garisan penamat?

23 November 2007

Pengumuman Cuti


Untuk semua pengunjung blog laila, dimaklumkan Laila akan bercuti seketika dari blog ini pada 24 hingga 28 November....Jangan rindu-rindu yer...heheehehe perasan!

Jom Tengok Golden Compass

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...