05 Disember 2007

Jawapan picit ubat gigi

Picit Bahagian Atas
-ingin cepat berjaya
-tak suka memulakan kerja dari bawah
-sanggup menindas asalkan berjaya
-suka guna pengaruh
-suka bergaul dengan orang yang punya kepentingan saja
-cita-cita lebih penting dari cinta
-cinta berunsurkan kebendaan

Picit Bahagian Tengah
-perangai pelik, suka kelainan dari orang lain
-kerja tiada mula tiada akhir
-cita2 tinggi dan di luar kemampuan
-sering serba-salah
-tidak takut hadapi cabaran
-cinta tidak penting
-pak turut kerana tidak suka membantah
-cerewet memilih teman hidup
-punya ramai teman tetapi sukar cari sahabat karib kerana sukar mempercayai orang lain

Picit Bahagian Bawah
-tekun, sabar dan rajin
-cermat, berhati-hati dan berfikir panjang
-tak suka sudahkan kerja orang lain
-senang diajak berunding
-buat kerja dari mula hingga akhir
-cinta penting dalam hidup
-memilih sidia yang harus ada ciri-ciri yang ditetapkan
-disenangi ramai
-suka menolong orang dan sukar diperdaya

Picit di Semua
-pentingkan diri sendiri
-kurang bertanggngjawab
-degil dan jarang menerima nasihat
-seorang yang setia
-tidak ramai kawan

Sumber dari Majalah Remaja Julai 1991

30 November 2007

Kenali dirimu melalui picitan ubat gigi

Psikologi adalah ilmu memahami jiwa. Personaliti pula topeng. Bila digabungkan ianya menjadi satu cabang ilmu yang mengkaji keperibadian manusia. Memang seronok mengkaji tingkahlaku manusia. Ada kalanya ia benar tetapi kerap kali juga ia tersasar. Walau bagaimanapun ia merupakan asas dalam meramal tingkahlaku manusia oleh pakar-pakar psikologi dan digunakan secara meluas dalam dunia ini. Apa kata buat permulaan kita kenali diri kita dengan picitan ubat gigi. Menarik bukan? Cuba nyatakan anda memicitnya di mana; di bahagian bawah, tengah, atas ataupun dikesemua tempat tadi (main ikut sempat). Nak tahu jawapannya....tunggu n3 selepas ini....

29 November 2007

Berpijak di bumi nyata

Berdiri: Kak Yan,Tan,Lina,Ekin,Diana,Dee,Ustaz Ju,Pak Din
Duduk:Paris,Piee,Yaht,Kumar dan saya
Tempat : Kem Bumi Jati, Jalan Kebun, Shah Alam
Tarikh: 24 hingga 28 November 07

Alhamdulillah...Akhirnya saya kembali berpijak di bumi nyata. Tubuh masih sengal-sengal kerana aktiviti lasak yang tak berpadanan dengan orang tua macam saya ni. Hari ni masa menuju puncak tingkat 4 untuk meneruskan kursus induksi pula, saya cuba menggagahkan diri.
Sepanjang kursus, handphone tidak boleh digunakan. Bila buka saja hp, saya tengok banyak miss call dan sms diterima. Maaflah kepada rakan-rakan yang tidak saya balas panggilan ataupun smsnya. Saya hanya menelefon abang dan anak-anak. Ketika itu saya memang tidak berada di dunia nyata lagi. Saya kepenatan.
Sepanjang kursus ada ujian kecergasan, ujian lari 2km, aktiviti kembara (menyusuri kawad berduri, merentasi sungai dan berjalan di laluan kelapa sawit selama satu jam lebih) juga ceramah, LDK dan aktiviti kerohanian. Tidur jam 1200 dan bangun jam 445pagi. Saya betul-betul keletihan.
Paling kelakar pada hari terakhir kursus, ada peperiksaan akhir dijalankan. Kami diberi masa untuk membuat persediaan akhir sejam sebelum periksa. Apa persediaan saya? Di saat kebanyakan rakan-rakan menelaah, saya ZZZZZZZ. Saya ceritakan kepada abang dan dia geleng kepala kerana inilah sejarahnya sepanjang menduduki peperiksaan saya membuat persediaan bukan dengan membaca tetapi tidur.
Saya sampai ke rumah semalam jam 6.30 petang. Sampai di rumah, setelah bermesraan dengan keluarga, saya terbungkang macam apatah lagi. Agaknya kalaulah bom meletup, saya memang langsung tak akan sedar!
Hari ini bila sudah kembali berada di alam nyata, barulah saya telefon Lynn. Khabarnya ada projek khas Pesta Buku ini untuk sekawanan Lily Yong, Lynn, Rose dan Kak Lily. Sayu saja saya mendengarnya....Macam saya tidak akan bersama mereka pada pesta buku 3 tahun mendatang ini....Kemudian Dhiya telefon untuk rancangan istimewa 3 atau 4 dis ni. Panggilan Lily Yong belum dibalas lagi....
Sambil menaip n3 ni saya sedang berfikir jadual saya sepanjang disember ini. Macam penuh saja.. sabtu ni 1dis ada kursus sampai petang, 2 dis ada hari keluarga di shah alam, malamnya jamuan akhir kelas, 3dis ada santapan diRaja, 4dis peperiksaan kursus akhir...mmmm...macam mana ye nak buat persediaan akhir peperiksaan ni? agaknya kalau TUHAN bagi 25jam sehari dan 8hari seminggu, saya tetap akan sibuk....Di kepala saat ini ada dua yang bermain2...periksa dan rancangan Dhiya....kerana kedua-duanya sama penting dalam hidup saya.
Saya akan ke Bali pada 12 hingga 17dis, jemputan kahwin dari seorang novelis tersohor pada 24dis dan temujanji dengan Prof Abdul Hamid, Ketua Jabatan Psikiatri HUKM. Minggu-minggu terakhir akan ke sekolah untuk mesyuarat pertama. Saya harus menyediakan diri untuk penempatan sekolah pertama saya juga untuk Hardy yang akan masuk darjah satu. Saya tertanya-tanya bilakah Citra Pesona saya akan sampai ke garisan penamat?

23 November 2007

Pengumuman Cuti


Untuk semua pengunjung blog laila, dimaklumkan Laila akan bercuti seketika dari blog ini pada 24 hingga 28 November....Jangan rindu-rindu yer...heheehehe perasan!

Jom Tengok Golden Compass

22 November 2007

Sekitar meraikan hari lahir Lynn

Dah habis licin dikerjakan Lily Suriani...
Itu Rose tu konon-konon posing maut di samping birthday girl. Nak bagi kek tak nak. Siapa kata kek untuk budak-budak aje...
Sempat lagi bergambar sebelum shopping mall tutup. Ingatkan tak reti balik...

Selamat Hari Lahir Lynn Dayana

Yang ke tuuuuuuuuuuuuuuuuut. Hehehe.
Semoga panjang umur dan lebih murah rezekinya. Mengenali Lynn selama dua tahun, di situlah kami selalu bertemu, Jusco Equine Park, Puchong. Kami memilih tempat itu sebab kedudukannya yang strategik di tengah-tengah antara Subang Jaya dan Bangi. Boleh kata sudah banyak dah restoren di situ yang kami singgah dan tahu sajalah kalau kami dapat berbual. Berjam-jam. Tadipun Kenny Rogers dah tutup 9.30 tapi kami masih tak bangun-bangun.
Majlis meraikan hari jadi Lynn ini ringkas saja tapi memang meriah dengan gelak tawa Rose, Lily Suriani dan Lynn sendiri. Saya malam itu dikutuk mereka kerana mereka kata saya biul. Al maklumlah saya benar-benar keletihan kerana berjaga malam dan siangnya menghadiri kursus pula.
Ada 3 keping gambar yang saya nak uploadkan tetapi server down. Nanti bila kesempatan akan saya uploadkan.
Semasa saya baru memakir kereta kira-kira jam sebelas satu SMS dari Lynn saya terima, berbunyi begini :
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa meninggalkan anak dan suami yang demam, tak sempat menyuapkan suami lauk gulai, membesarkan mata yang mengantuk... dan tentunya kerana sudi menjadi sahabat.
Mesti Lynn send all pada Rose dan Lily Suriani sebab yang bab-bab suami itu bukan ditujukan kepada saya sebab abang di Hong Kong dan saya angkut semua anak-anak saya pergi. Lalu bila saya sudah menidurkan anak-anak saya jawab begini:
Kadangkala semua yang indah itu hanya boleh dikecapi dengan sedikit pengorbanan, selebihnya pengertian. Harganya? Tidak ternilai.
Selamat Hari Lahir Lynn. Semoga persahabatan kita terus berkekalan...

19 November 2007

Tuna Lihat


Kisah ini diceritakan oleh pensyarah saya dalam kelas PJ Suaian. Dia punya pelajar yang istimewa di mana mengajar pelajar bermasalah penglihatan. Dia melatih guru-guru pelatih yang bermasalah penglihatan. Istimewanya IPG saya, ada beberapa pelajar yang bermasalah penglihatan belajar. Tentu sebagai orang yang normal hairan bagaimana melihat mereka boleh belajar dan mengajar orang lain pula. Jangan hairan bila mereka ini adalah guru yang mengajar anak kita di sekolah. Lihatlah kelebihan mereka.
Mereka mula-mula datang ke IPG dengan rakan yang normal untuk mengelak ditipu. Mereka akann menghafal jalan ke IPG dengan deria mereka yang lain. Setiap belok, berapa bumper, berapa traffic light akan dihafalnya. Kalau pemandu teksi bawa jalan lain mereka boleh tahu.
Bila dah biasa mereka akan pergi sendiri. Mereka menghafal bilangan langkah dan berpandukan arah suara. Pernah pensyarah saya di tempat letak kereta sedangkan mereka ini hendak ke bilik PJ. Mendengarkan suara pensyarah mereka berhenti padahal tidak sampai lagi.
Oleh itu jika anda nampak tanda orang buta melintas jalan atau memang ternampak mereka sedang melintas, jangan sesekali menekan brek dengan kuat atau menekan hon. Ini kerana kejutan itu akan membuatkan mereka hilang arah dan terlupa kiraan.
Saya mulanya hairan semasa sukan, mereka ini ada menyertai acara lumba lari. Macam mana mereka nak lari sedangkan mereka tidak upaya. Rupanya kaki mereka diikat bersama orang normal sebagai pemandu arah. Mereka lari saja hingga wisel tamat dibunyikan sebagai tanda sudah sampai ke garisan penamat.
Pesanlah kepada murid-murid yang diajar guru istimewa ini supaya janganlah cuba menipu mereka kerana deria keenam mereka sangat kuat. Mereka akan tahu bila masa anda berbohong kepada mereka.

18 November 2007

Kisah Malam Pertama Yang Melucukan

Baru-baru ni semasa berehat-rehat di rumah teman baik saya, terkeluarlah cerita ini. Almaklumlah cuti sekolah dah mula. Tentu ramai yang nak naik pelamin. Kami sekadar bertukar pengalaman bercuti 5 hari selepas peperiksaan akhir. Teman baik saya ni manja orangnya. Dia cerita pengalamannya bercuti di pedalaman ke rumah sepupunya yang berkahwin dengan orang Pahang di ulu banat. Orang bandar yang dibesarkan dengan kemewahan, tentu banyak pengalaman yang dikutipnya merasai pengalaman baru tinggal di kampung yang tiada bekalan air paip. Tentu saja kawan saya ni angkat bendera putih kalau tiada bekalan elektrik pula.
Dia menceritakan bagaimana susur galur sepupunya itu berkahwin dengan orang ulu banat tu sehinggalah tercerita kisah kakak sepupunya yang naif itu. Begini alkisahnya....
Kakak sepupunya yang manja itu yang sentiasa berkepit dengan ibunya ini bukanlah yang jenis suka bersosial ke sana sini. Hidupnya hanya dengan ibu, lantas bila kahwin perasaan hendak berkepit dengan ibu itu masih ada pada dia. Dia pula tidak terdedah dengan kisah-kisah rumahtangga tu dan ibunya pula tidak bercerita kerana si anak tidak bertanya.
Pagi itu suaminya keluar membeli roti canai. Kesian pengantin baru kena dera di rumah mentua. Lalu si isteri tadi tinggalh sendirian mengadap cermin. Hendak dijadikan cerita, datanglah anak saudaranya yang berumur 4 tahun yang sedang baru dapat mulut (dalam erti kata lain tak reti nak diam). Dia masuk meluru ke bilik pengantin yang terbuka pintunya.
"Malam tadi kenapa maksu kunci pintu? Orang nak masuk tak boleh." Dia mengadu dan marah pada maksunya yang selama ini tak pernah kunci pintu bilik yang membolehkannya keluar-masuk ke biilik maksunya pada bila-bila masa.
"Oh, ye ke? Malam ni mak su tak kunci."
"Mak su janji?" Si kecil menagih simpati.
"Ya, mak su janji." Mendengarkan janji maksunya si kecil tadi senang hati. Lalu dia memanjat katil pengantin yang berbau harum itu dan cantik terhias. Seronok dia melompat-lompat di atas katil itu sambil dibiarkan oleh maksunya.Tetapi kemudiannya dengan tiba-tiba dia menjerit membuatkan masksunya berpaling.
"Maksu! Kenapa katil maksu berdarah?"
Yang maksunya itupun tak mengesyaki apa-apa lalu kata tak tahu dan akan cuci nanti. Sangkanya cerita itu akan tamat di situ tetapi mulut budak kecil itu tak dapat ditutup. Sebaik saja dia nampak paksunya balik menjinjing roti canai, dia berlari mendapatkan paksunya itu.
Dia berdiri di depan pintu ruang tamu umpama jaga yang sedang marah. Pinggangnya dicekak dua-dua belah. Dengan wajah garang dia menjerit seluruh alam.
"Paksu! Apa paksu buat pada maksu malam tadi sampai berdarah katil maksu?"
Ketika itu paksunya yang sedang menjinjing plastik roti canai terus tergamam dan berhenti melangkah. Ibu mertuanya di dapur sedang menyapu sampah terus tegak. Jiran di sebelah rumah yang sedang menyidai kain terus kaku. Kira macam masa seakan berhenti bergerak.
Yang seronoknya tindakan pantas si pengantin lelaki menekup mulut si kecil sambil mendukungnya masuk ke bilik sebaik tersedar dari masa yang terhenti seketika itu. Meronta-ronta si kecil minta diturunkan. Semua orang tidak tahu apa rasuah yang diberi si pengantin lelaki selepas itu kerana selepas keluar dari bilik pengantin, si kecil tadi tersenyum gembira dan tidak langsung mengungkit cerita.
Si emak apa lagi, bila anak perempuannya keluar bilik terus bising2. Jawapan si pengantin perempuan, "Mana cek tau lepas buat tu keluar darah." Maknya tepuk dahi dan kelam kabut menyapu bedak di leher pengantin, menutup mana-mana 'parut' yang patut sebelum si kecil bertanya lagi.
Moral dari kisah ni, berhati-hatilah si pengantin baru ye dan penuhkan ilmu di dada. Selamat Pengantin Baru!

HATI INI MILIK SIAPA

Hati ini sering luka
Dek durja kata sang teruna
Menabur janji di pinggir bibir
Sumpah, setia yang tidak mungkin mungkir

Hati ini sering tersayat
Tatkala kata menyongsang bicara
Tatkala pandangan menipu mata
Tatkala halwa telinga dipekakkan sengketa
Haruskah aku kecewa

Lelaki
Bila cinta bertaut di hujung rasa
Rindu yang bermukim tidak bisa disanggah
Dua insan bercinta rebah hanyut
Dibawa gelora asmara
Hebatnya

Lelaki
Bila hati sudah direbut
Cinta sudah disambut
Kau tarik dirimu dari kota janji
Biar aku termangu sendiri
Mengenang kata cinta menghiris hati
Di manakah kemanusiaanmu lelaki

Lantas lelaki
Ampuhkah diriku untuk mempercayaimu lagi
Sedang parah yang kau parutkan ke wajah hatiku
Masih berdarah, masih bernanah
Amukan hati menguasai diri

Hati ini milik siapa
Bila dendam beraja
Hati ini milik siapa

Kulaung di angin
Pergi bersama bayu
Meninggalkan seorang aku
Masih di sini bertanya lagiHati ini milik siapa

Laila Kamilia, Putrajaya
11 oktober 2004

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...