28 November 2011

Jalan-jalan Cari Makan-Restoren Ana Ikan Bakar Petai, Bangi

Restoren yang agak baru di Bangi. Bagi yang mahu mencuba, sangat-sangat dialu-alukan. Sebenarnya kami sekeluarga memang tak reti makan petai, tetapi disebabkan semangat mahu mencuba, kami ke sana. Setibanya kami sekitar jam 7.00 malam, orang sudah ramai tetapi masih tidaklah begitu ramai. Setelah membuat pesanan, kami solat di surau yang disediakan. Suraunya sangat bersih dan selesa. Kimy dan Hana sudah seronok bermain di taman permainan mini disediakan. Memang lengkap pakej yang disediakan di restoren ini.

Pesanan makanan kami sampai sebaik semuanya siap solat. Alhamdulillah, jadi kami tidak menunggu lama. Makanan yang mula-mula tiba kerabu mangga dan sata.  Tangan cepat saja merasa kerabu mangga di pinggan. Mmm... kerabu mangganya rangup. Seterusnya saya merasa sata. Ok....rasanya tentulah belum boleh lawan sata Kemaman tempoh hari.

 kerabu mangga merupakan makanan kegemaran saya bila di restoren
Kimy dan Hardy di restoren
 udang masak masam manis yang segar
 ini dia, ikan kerapu bakar petai
 Hana seronok main sampai gelap pun teruja
pelanggan beratur memilih ikan dan hasil laut yang segar bugar

Seterusnya yang tiba udang masam manis, tomyam campur dan nasi. Yang terakhir pastilah ikan bakar petai. Tetapi tidaklah terlalu lama kami menunggu. Kira lengkaplah menu kami malam itu. Alhamdulillah, seperti yang dikhabarkan, makanan lautnya memang segar. Sedap. Jadi memang berbaloi kami mencuba makan di situ.  Ketika kami mahu pulang, kelihatan sudah ramai orang datang ke restoren itu. Parkir pun penuh, begitu juga dengan meja. Jadi, jika anda mahu ke sana dan menikmati makanan dalam mood santai (tak perlu tunggu lama dan tak sesak) eloklah tiba di sana sebelum maghrib.  Untuk ke restoren ini, sila exit di Bangi di lebuhraya KL-Seremban. Selepas exit, ambil jam 3 dan buat pusingan U di hadapan balai bomba. Restoren itu di sebelah kiri. Selamat menjamu selera!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Laila ,
Terima kasih ats cadangan anda.saya dah cuba kat tempat ni...mula2 dgn anak & suami..ahad lepas saya bawa the whole my family memang berbaloi sgt2.

LK berkata...

saya gembira mendengarnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...