15 Mac 2009

Bandingkan Harga Kami

  

Ingat tagline di atas? Kalau tak salah saya, itu tagline bagi Mydin... Lama dah tak ke Mydin tapi saya berani jamin, sesaknya Mydin tetap tidak berubah. Giant juga tidak kurang hebatnya. Dengan tagline "Peneraju Harga Rendah Terunggul di Malaysia", apa kata kita cuba membandingkan harga barang-barang makanan utama di Berlin juga di Malaysia. Saya ingat nak ajak Kak Eka kita pi shopping.... Kita penuhkan troli kita. Satu, dua, tiga, go......... Mari kita tengok siapa yang paling beruntung dalam berbelanja...

Troli saya (Harga di Berlin dalam Euro) :
Roti (Buttertoast) 1 buku besar - 0.79
Susu segar (Milch) 1L - 0.49
Susu coklat (Schocolade Milch) 1L - 0.69
Jus oren (Orangensaft) 1.5L - 0.69
Yogurt buahan (Frucht Jaghurt) 150g - 0.29
Anggur (Trauben) 1kg - 1.49
Limau (Clementinen) 1kg - 0.50
Nugget ayam (Huhn Nuggets) 1kg - 4.99
Pisang (Bananen) 1kg - 0.79
Gula (Raffinade) - 0.85
Telur (Eier) (10bj) saiz L hingga S - 1.29
Jumlah besar : Euro 12.86 (Jumlah RM61.73)

Troli Kak Eka (Harga dalam RM) :
roti - 2.40
susu segar-4.50
susu chocolate- 4.20
jus oren-4.20
yogurt-2.30
anggur 1kg-10.00
limau 1kg-5.00
nugget ayam-10.00
pisang-2.00
gula-2.50
telur-10biji - 3.20
Jumlah besar : RM50.80 (Jumlah Euro 10.86)


Jika kita lihat bila harga barang yang saya beli di Berlin bila ditukar ke RM memang harganya agak mahal. Tetapi kena beringat bahawa nilai matawang mereka besar. Saya rasa harga makanan mereka lebih murah. Begitu juga di England. Ini kerana kerajaan mereka ingin memastikan semua rakyat terutamanya yang berada di bawah taraf kemiskinanan dapat membeli makanan. Taraf kemiskinan di Jerman ialah dalam Euro1500 sedangkan di Malaysia RM550. Sebagai contoh, cuba bayangkan dgn gaji EUR1500 sebulan saya dapat beli barang di atas dengan harga cuma EUR12.86 sahaja manakala dgn gaji RM550 sebulan saya kena belanja RM50.80 untuk barang yang sama.

Jadi harga makanan negara mana yang lebih mahal? Bandingkanlah harga tersebut....

ps: Terima kasih Kak Eka atas semua info yang diperlukan.

4 ulasan:

Unknown berkata...

bagi saya mcm pendapat akak. kalau kira matawang memang nampak berlin mahal compared to malaysia. tapi, cuba kita yang bekerja di berlin. dah tentulah jawapan saya berlin lagi murah kan?

azizailan berkata...

tu le cikgu bak kata orang kampung saya kita jangan compare RM to Dollars alamatnye pegi tempat orang tengok je le...kita ni baru nak menghampiri negara maju tapi rege barang2 dah telebih2 maju...skrg pendapatan RM1500 dh masuk bawah paras kemiskinan kt Malaysia ni...

LK berkata...

yana- mehla shopping kat Berlin...hehhe jangan convert ye

LK berkata...

cik din; nak wat camne. kita hidup nak makan... tapi kesian pada org miskin...kita yang sedang2 saja ni pun rasa perit.xlehka kerajaan bagi subsidi harga makanan lain sikit kat org miskin....subsidi lagi... tapi kalau dah gini memang makan pasir ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...