24 Januari 2009

Hati yang Terusik....

Gambar ini diambil kira-kira dua tahun yang lalu...semasa saya dan teman-teman masih menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, KL. Semasa ini, kami semua baru disahkan tamat aktiviti Gerak Kerja Kokurikulum....itu yang seronok sangat sebab lepas ni tak perlula pakai uniform Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam, Pandu Puteri, Bulan Sabit Merah ataupun Pengakap lagi setiap hari Rabu.
Kalau anda perasan, saya yang kat depan tu. Satu-satunya perempuan di dalam kelas saya yang masuk Pengakap...Mmm...saya memang begitu, selalu lain daripada orang lain dan biasanya saya tak kisah jika saya tidak bersama orang lain. Yang penting, saya suka sesuatu yang tidak suka dilakukan oleh orang lain (mula-mula keahlian Pengakap dibuka, hanya ada beberapa kerat saja pelatih perempuan yang masuk). Saya selalunya berfikir positif, saya akan jumpa kawan-kawan baru pula...dan saya fikir dengan masuk Pengakap, saya dapat merealisasikan impian saya dulu yang semasa bersekolah hendak masuk Pengakap tetapi terhalang disebabkan saya tidak mampu membeli sepasang uniform Pengakap pun....
Sudah 2 tahun memori itu berlalu. Sudah setahun saya dan teman-teman posting ke sekolah masing-masing. Ada yang di bandar dan ada juga yang di hujung kampung hingga memerlukan kami bertukar-tukar kenderaan untuk tiba ke destinasi. Namun kami harunginya dengan hati yang tabah...demi untuk berbakti kepada masyarakat dan negara (eh! itu motto Cicak Man)...hehe.
Antara kami memang terlalu akrab dan saling membantu. Hinggakan kini kami saling berhubungan....dan bertanya khabar. Sesekala kami keluar makan-makan dan shopping. Bila saya ke sini, ramai yang sudah melangsungkan perkahwinan (saya tak dapat hadir sebab mereka sengaja pilih tarikh saya tak dapat hadir).
Suatu hari....saya mendengar berita yang seorang teman saya sengaja lalu di depan pagar rumah saya kerana dia rindukan saya...Sedih saya mendengarnya. Tapi saya terharu dengan ingatan dan kasih sayangnya pada saya...Saya tahu, dia perlukan seseorang untuk berbicara....
Pesan saya pada dia...jaga diri baik-baik. Masih ada yang sudi mendengar bicara hatimu di saat aku tiada di sisi...Dan janganlah kau sisihkan dirimu dari mereka kerana mereka juga menderita sebagaimana kau menderita berjauhan dari mereka....
Sampai kita ketemu lagi!


7 ulasan:

LK berkata...

saya tak boleh baca entri ni sbb mesti nak sob sob sob...

marfuza berkata...

huhu..
sendri tulis sendri sedey..

LK berkata...

dah lama x sedey...sesekala apa salahnya

Khairul berkata...

Salam...utk kak Has n family.... :) Alhamdulaillah cuti wilayah ni baru leh tgk email... besalah tak broadband...

:) entah lah rasa hepi lak skrg ni.... huhuhu....idup X mau sedey3... sedey tu perlu jg sekali sekala ja...

nak tau nape suatu perhubungan atau kenangan itu bermakna dan manis walau sekejap cth wlu setahun...?????

Sbb KITA SEMUA telah MENCIPTA SETIAP PERKENALAN dgn CERITA-CERITA INDAH....

jd x kisalah dlm berumahtangga ke, berkawan ke, berkeluarga ke, berkerja ke, bersosial ke... ciptalah sesuatu yang manis supaya ia akan sentiasa akrab dihati dan diingati.

Kenanagan yang indah tak leh buang kan??kan???

Tetiba teringat
1) Kelas rebel Dr Tan
2) KPLI RM 32.00 (ye ke? lupa lak amunt nye...)
3) Port luck di tepian block..
4) Dari january....(ayat raja...)
5) Tentunya aktiviti "terjah"

Tapi semuanya bagaikan hanya kenangan KERANA.......tlg explain....

Jauh? tapi akan ttp broadband...
Dekat? entah...hehehhhhh

LK berkata...

khairul: macam selalu aku kalau baca ayat2 ko mesti nak kena guna fikiran yang mendalam...sbb ko selalu ada double meaning.

bagi aku friendship ada satu yang mulia. kau kena jaga amanah sesama kita. walau siapa kita pada semalam semasa kita mula berkenalan antara satu sama lain, seharusnya menjadi sama pada masa akan datang bila kita menginjak ke dunia lain, atau mjd org lain...perahabatn itu seharusnya dikenang bukan hanya kerana kemanisan semata tetapi juga kerana kepahitannya....
ada banyak masa kita ketawa bersama tapi kadangkala kita akan menangis juga...sama ada kit akan menjadi lebih akrab atau kita akan hilang segala2 yang kita miliki hanya kerananya;satu kesilapan yang tak dapat teman kita maafkan...

marfuza berkata...

yeay.. sayang kak has..

LK berkata...

sayang fuza juga...sayang semuanya...muah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...