22 Jun 2008

Berakhirnya Prison Break Season 3 (Spoiler Alert!)


Malam esok akan berakhirlah penantian penuh debaran, pengakhiran musim ketiga! Walaupun epidod terakhir hanya akan berakhir esok, tetapi dek kerana tidak sabar menanti, saya telah menonton episod terakhir itu beberapa hari yang lalu (melalui DVD kawan yang didownload daripada internet!).


(Spoiler alert!!!) Dalam episod terakhir ini, Scoffield akhirnya berjaya juga keluar dari Sona, dengan membawa 3 orang banduan termasuklah James Whistler, misi utamanya untuk lari dari Sona. Kebijaksanaan Scoffield dan abangnya Lincoln Burrow dalam melakukan pertukaran antara anak lincoln dan Whitsler tidak dapat dihidu oleh Gretchen, wanita kejam yang menamatkan riwayat Sara (buah hati Scoffield). Memang menarik dan penuh suspens!


Episod terakhir ini juga menyerlahkan ketampanan Scoffield (wajahnya kembali bersih dan kemas). Pasti wanita tertawan dengan senyuman manis dan renungan matanya. Hahaa! Bagi yang meminati Prison Break, jangan lupa temujanji terakhir musim ketiga, malam esok jam 10.30 malam di 8TV. Dan kepada yang tidak tahu apa itu Prison Break, cuba cari DVD musim 1 dan 2 dulu di kedai video berhampiran dan saya pasti anda akan ketagih untuk menonton siri itu lagi di masa akan datang.


Prison Break musim keempat akan kembali dengan misi Scoffield untuk memburu dan membalas dendam pada kematian kekasihnya Sara. Paling best musim keempat mungkin akan menampilkan semula Sara....Mmm...rasanya tidak sabar menunggu aksi musim keempat. Sama-sama kita tunggu!

4 ulasan:

artsoul berkata...

dulu follow gak cite ni...tp skang asyik terlepasss jeee...

dhiya zafira berkata...

inilah cerita yang sentiasa buat aku ternanti-nanti, berdebar-debar dan sedikit berpeluh. walaupun sudah 3 musim namun belum mampu membuatkan aku bosan, malah semakim membara mengenangkan Sara akan kembali.

LK berkata...

artsoul: beli cd senang....gerenti tak lepas dan boleh tangok banyak kali

LK berkata...

dhiya:
aku setuju...sara!sara!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...