19 Januari 2008

Azam Tahun Baru 2009

Tahun ini saya berazam untuk memberikan sepenuh jiwa raga dan hidup saya pada keluarga. Saya sudah mengabaikan mereka tahun lepas. Tahun ini saya akan berusaha menjadi isteri yang terbaik, ibu yang terbaik.... InsyaALLAH.
Selain tu saya nak kuruskan badan. Masa saya beritahu Lynn, dia ketawakan saya. Sebabnya saya sibuk nak kuruskan badan, siap ada target nak turun 3kg tapi saya langsung tak tahu berat badan saya sekarang berapa dan di rumah saya tak ada mesin timbang.
Jangan risau, semalam saya dah timbang dan saya tidak sangka, berat badan saya memang sudah turun 3kg. Azam dah tercapai? Haha.. maksudnya kena turun lagi 3kg jugalah...
Kalau dalam penulisan, saya bercadang menyiapkan manuskrip Cinta Pandang Kedua dan Ref!, satu cerpen komedi romantik yang sudah lama siap, ditulis tangan semasa saya belajar yang belum ditaip lagi. Saya tak pasti apa masa depan Ref! samada saya mahu terus menjadikan ia cerpen atau menyambungnya menjadi novel.
Tahun ini merupakan tahun yang kelihatannya santai kepada saya tetapi cabaran besar buat suami. Saya doakan semoga dia mencapai apa yang diimpikannya. Kami sentiasa memberikan sokongan kepada dia. Semoga tekanan-tekanan yang dihadapinya akan berjaya ditempuhinya dengan hati yang tabah. Saya sedar, bukan mudah menjadi dia. dan saya beruntung punya suami setabahnya.
Saya akan habiskan kelas jahitan saya yang sudah bermula minggu lepas. Kelas gitar juga akan bermula tidak lama lagi. Untuk kerjaya, saya berharap sangat supaya akan dapat memberi pengajaran bermakna kepada murid-murid saya. Semoga ALLAH pinjamkan kekuatan dan kesabaran kepada saya dalam mengharungi dunia istimewa ini.
Impian saya yang lain-lain.... saya akan menyambung pengajian saya, tetapi bukanlah pada tahun ini. InsyaALLAH suatu hari nanti saya tetap akan bergelar Dr. juga....
Ehem, ehem... saya bercadang hendak menambah bilangan ahli keluarga...
Semoga segala azam saya tahun ini akan ditunaikan ALLAH... Doakan yang baik-baik ye!

2 ulasan:

Hezzy Azra... berkata...

Salam Laila,
Ini pun salah satu azam tahun baru ke... 3 posts per day? Hehe

LK berkata...

oh ya? insyaAllah saya akan cuba juga buat n3 selagi terdaya sekalipun saya hanya tidur 2 jam sehari!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...