29 September 2007

Kena Tagged (untuk Lily Suriani)


8 perkara tentang saya....


1-Sopannya saya...

Pertama kali jumpa, semua orang akan beranggapan begitu. Kenapa ye? Mungkin kerana pada kali pertama berjumpa, saya tidak akan menunjukkan ciri-ciri Pah Bedah saya.... Saya jenis yang reserved. Maksudnya saya akan baca kareaktor seseorang dulu, samada boleh masuk ke tidak.... Saya sangat berhati-hati terutamanya kepada orang yang pertama kali saya kenali. Kalau saya rasa ok...rasanya lepas tu saya yang lebih joyah...Bak kata Lynn...tunggu berapa minit lagi....


2-Lembut hati

Saya jarang marah. Kalau saya marahkan orang, biasanya kalau saya nak marahkan dia saya akan ambil masa. Masa untuk saya bertenang. Saya bimbang masa marah, saya akan keluarkan kata-kata kesat. Kalau orang sakitkan hati sayapun saya sabar....banyak. Tapi seperti selalu saya katakan pada abang setiapkali ada orang sakitkan hati saya, biarlah sebanyak mana dia nak sakiti saya, tapi jangan sampai saya kata stop....cukuplah.... Masa tu tiada jalan kembali. Nak kata dendam rasanya tidak tapi lebih kurang kot. Saya tak akan pandang dia lagi.


3-Tak berpura-pura

Bila dah sampai limit (masalahnya susah sangat nak sampai limit) hati saya akan keras. Orang akan tahu dari air muka saya samada saya suka atau tidak dengan orang itu. Biasanya saya tidak akan banyak cakap dengan dia yang saya tidak suka. Kalau dah bergaduh biasanya saya jarang boleh bertepuk tampar lagi. Hati dah luka beb....


4-Tenang

Saya ni macam tanah. Kalau masalah datang, saya masih boleh mengawal diri dan memikirkan jalan keluar. selalu jadi kaunselor masalah orang. Kalau orang membebel marahkan saya, saya masih boleh tenang membatu.


5-Garang dan ganas

Pertama kali berjumpa saya, ramai yang kata saya ni orangnya keras. Raut wajah saya yang serius, ramai yang beranggapan saya sombong. Ramai juga yang bila berjumpa anak-anak saya, akan rasa hairan... Anak-anak jantan saya, sopan teratur. Tidak padan dengan ibunya yang ganas....


6-Keras tangan

Saya bukan manusia berseni. Tapi cuba belajar untuk jadi manusia seni. kalau lukis ayam, mesti jadi burung...kreatif tu. Tentu Rose gelak kalau tengok hasil seni saya.


7-Respon baik punya tetapi selalu jatuh

Refleks saya cepat. Kalau jatuh mesti cantik aje. Alhamdulillah kalau jatuh, saya jarang cedera. Masa saya jatuh motor, saya terbang macam superman, tapi saya tidak cedera. Baru semalam saya jatuh longkang. Kawan saya kata tertibnya saya jatuh. Kalau kaki terpelecok kerana berkasut memang selalu. sebab itu tak suka kasut tinggi dan tangga. Biasa kalau turun tangga saya mesti pegang pemegangnya. Saya pernah jatuh tangga berkali-kali dan alhamdulillah saya tidak cedera.


8- Awet muda....haaaahaha

Saya tidak kata saya muda tetapi nampak muda....Umur dah tuapun. Ramai yang geleng kepala bila tahu anak saya darjah 1 tahun depan....
Mmm...nak tagged siapa ye....
1- Lynn Dayana yang sibuk memanjang
2- Rose Harissa yang sengaja menyibukkan diri
3-Dhiya Zafira yang suka menyepi
4-Umi Azrini yang nak naik pelamin beberapa hari lagi
5-Eka Fahara yang asyik melancong dan melencong
6-Lily Haslina Nasir yang saya selalu buat wake up call
7-Yana yang comel
8-oh ya...Pokcik Mersik.....

6 ulasan:

Unknown berkata...

emmm..semua di atas adalah benar...

Rose Harissa berkata...

amboi... ko tagged aku pastu cakap aku sengaja menyibukkan diri eh? mana ko tau? heehe..
x de nya aku nak gelak hasil seni ko tu.. dose tau gelakkan nanti Tuhan tarik balik bakat aku... :P

LK berkata...

yana, ko macam jawab soalan kuiz je....

LK berkata...

rose...aku sengaja tag supaya ko lagi sibuk.hahhaa...apapun siapkan dulu manuskrip ko tu. aku rasa memang dah sampai berapa ratus page dah...aku yang entah bila akan siap....wa.....

Lynn Dayana berkata...

Hehe... Lily yong kata aku superwoman, ko kata aku sibuk memanjang? Amboi... Aku dlm sibuk memanjang dan cubaan menjadi superwoman yg 'gila' menyelamatkan dunia Pizza Hut, aku PRODUKTIF tau! haha, Betul tak Rose? hehe...

LK berkata...

amikla...lynn...hari kau....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...