21 Jun 2007

Budi dijunjung, budi disanjung

Kagum! Itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan komitmen yang diberikan oleh beberapa orang kuat ALAF21FC.
Semenjak penubuhan ALAF21FC saya telah mengikuti perkembangan mereka dari jauh tetapi setelah melihat sendiri kesungguhan mereka, saya memang tabik spring habis. Pertama kali berjumpa semasa Pesta Buku 2007, Abang Long, Mersik dan Rosha juga Violet saya menyaksikan bagaimana bersungguhnya mereka ‘bekerja’. Tetapi paling saya kagum pada pelancaran novel Nostalgia tempoh hari. Bagaimana Abang Long dan Mersik sanggup mengambil cuti semata-mata untuk bersama di majlis itu. Kak Salmah juga dengan liputannya bersusah payah dari Singapura ke Singgahsana. Semangat mereka harus dipuji. Yang paling menyebabkan saya angkat topi, mereka melakukannya dengan keikhlasan di hati mereka. Mereka tidak dibayar dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan tetapi mereka telah membuktikan wang bukan segala.
Tahniah! Semoga jejak yang anda semua tinggalkan akan menjadi ikutan generasi muda hari ini. Semoga jasa baik anda dibalas dengan kebaikan yang lebih lagi. Saya mendoakan semoga anda dan keluarga serta keturunan anda mendapat keberkatan kerana keikhlasan anda.

1 ulasan:

ALAF21FC berkata...

Ah.. terima kasih kembali kerana terlalu memuji, buat kami termalu2an gitu hahahah..

Walau bagaimana pun, semua orang bekerja sama untuk menjayakan majli situ. Kalau tak penulis, buku , peminat dll , maka siapah kami..

Apa yg dilakukan pun, sekadar yg termampu sahaja..

mersik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...