31 Mei 2007

Karpet Merah: Kunjungan ke Istana Lily Haslina Nasir

Heheheh. Saya dah janji dengan Lynn akan masukkan entri ni dan dia dah tak sabar menunggu.
Alkisahnya begini....
Suatu hari di tengahari nan indah, saya bercadang ke Bandar Rinching untuk bertemu dengan Guru Besar di situ. Dan tetiba saya teringatkan perbualan saya dengan Kak Lily yang mengajak saya ke rumahnya (jika berkesempatan dan dia janji nak bagi saya mangkuk tingkat hari-hari kalau saya mengajar di sekolah itu, awas kak Lily nanti saya tuntut!).
Dan saya pergi menunaikan hajat kak Lily (hhehehe sebenarnya hajat saya nak merasa mangkuk tingkat dia).
Istana dia memang cantik. Dan rasanya paling cantik di Bandar Rinching (hehehe puji lebeh dengan harapan nak dapat mangkuk tingkat lebeh). Ada pintu gerbang baba nyonya lagi (betulkan kalau silap). Tapi yang paling best. Sesi lawatan.
Masa saya makan dia kata, hah makanlah ikan goreng yang disauk kat kolam belakang, ada 500 ekor. hari-hari makan ikan sauk. ni kangkung ni rasanya kangkung kat belakang rumah.
Nak senang citer, Apa yang tak ada kat rumah dia? semua ada....
nak makan apa? ayam, ikan....malah kalau Lily Suriani mengidam nak makan angsa panggang pun dia ada.
kawasan rumah dia memang cukup luas hingga saya cadangkan kat kak Lily buat kolam renang.
macam jiran dia. hehehe terima kasih kak atas hidangan yang lazat! Lynn, ko tak rasa nasi mangkuk tingkat dia....jangan jealous!

4 ulasan:

Lily Haslina Nasir berkata...

wei, banyak sungguh propaganda dlm entry ni ye.... hish, gamaknya terpedayalah si lynn dan lily suriani tu dengan kelentong si laila ni...

Tanpa Nama berkata...

uwaaa aku tak sabar nak pergi nih! dah terbayang2 anak2 aku x cukup tnh berlari n enjoy! anak2 aku tu org kg sikit hehehe - lilysuriani

Mersik berkata...

Hahahah.. segala2nya benar belaka gitu.. kerana.. kite pun sudah sampai kesana.. meriah gitu..

Rasa mau pergi lagi gitu.. bila ye agak2nya ? alahaii

LK berkata...

kak lily :propaganda mende? kenyataan tu.heheh.malu2 plak

lilysu:jangan kata berlari, menyusup pun boleh.ko mintaklah dia angsa panggang!

mersik : kita tak tipukan...kan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...