29 Februari 2008

Ayu Juara One in A Million


Seperti sudah dijangka undian rakyat Malaysia berpihak kepada siapa. Tambahan pula komen2 kedua2 juri Shafinaz dan Paul Moss pada malam ini banyak berpihak kepadanya. Daripada seorang wanita di pedalaman Sabah kepada seorang selebriti, Ayu mempunyai keunikan tersendiri apabila berjaya membawa lagu2 yang diberikan kepadanya dengan penuh yakin dan berkesan.
Bayangkan dalam sekelip mata mendapat RM1 juta. Itulah dinamakan rezeki yang sudah tertulis. Apapun, tahniah juga kepada kedua2 finalis Shila yang menjadi favourite saya dan Sarah yang berjaya juga sampai ke Top 3.
Next... AF6???

28 Februari 2008

Pilihanraya Umum 2008 : Pertarungan Menarik Pilihan LAILA (Siri 2 - Pantai Timur)


Senarai kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi pilihan saya dan akan menjadi perhatian ramai pihak di kawasan Pantai Timur pada 8 Mac nanti.


KELANTAN
P22 - PASIR MAS Datuk Ibrahim Ali (PAS) vs Ahmad Rosdi Mahmud (BN)
P25 - BACHOK Dato Awang Adek Hussin (BN) vs Nasharuddin Mat Isa (PAS)
P26 - KETEREH Dato Annuar Musa (BN) vs Abdul Aziz Abd Kadir (PKR)
P29 - MACHANG Saifuddin Nasution Ismail (PKR) vs Sazmi Niah (BN)
P30 - JELI Dato Mustapha Muhammad (BN) vs Apandi Mohammad (PAS)
P32 - GUA MUSANG Tengku Razaleigh Hamzah (BN) vs Zulkifli Mohammad (PAS)
N6 - CHEMPAKA Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) vs Nik Mohd Zain Omar (BN)
N21 - PERUPOK Omar Mohamad (PAS) vs Dato Awang Adek Hussin (BN)


TERENGGANU
P36 - KUALA TERENGGANU Mohamad Sabu (PAS) vs Dato Razali Ismail (BN) vs Maimun Yusof (Bebas)
P37 - MARANG Dato Abdul Hadi Awang (PAS) vs Abdul Ramzi Zubir (BN)
N3 - JERTIH Dato Idris Jusoh (BN) vs Mohd Hassan Salleh (PAS)
N19 - RU RENDANG Dato Abdul Hadi Awang (PAS) vs Razali Idris (BN)


PAHANG
P85 - PEKAN Dato Seri Najib Tun Razak (BN) vs Khairul Anuar Zainudin (PKR)
P91 - ROMPIN Mazlan Mohd Yassin (PAS) vs Dato Jamaluddin Jarjis (BN)
N36 - PELANGAI Dato Adnan Yaakob (BN) vs Hamdan Ahmad (PAS)

Bengkel Strategi Praktik Mendidik Anak-anak Sindrom Down

Tarikh : 1 Mac 08 (Sabtu)
Masa : 830-530
Tempat :Auditorium Pendidikan UM
Yuran : RM 10 jer
Topik : Intervensi awal, multisensori, pendidikan seks, transisi alam kerjaya, kemahiran prequisite
Hubungi : Dr. Loh -0163125189/ Encik Zul 0137782508 atau web : www.seed.pendidikankhas.net

25 Februari 2008

Pilihanraya Umum 2008 : Pertarungan Menarik Pilihan LAILA (Siri 1 - Utara)

Penamaan calon bagi Pilihanraya 2008 telahpun berakhir 24 Februari lalu. Setelah tamat penamaan calon, BN telah menang 9 kerusi tanpa bertanding (termasuk Dato Azalina Othman yang menang 2 penggal berturut2 tanpa dicabar) dan PAS pula menang 1 kerusi tanpa bertanding di kerusi DUN Kijang, Kelantan.

Bagi saya, pilihanraya kali ini penuh dengan pertembungan menarik yang pasti ditunggu2 oleh rakyat Malaysia. Di sini saya senaraikan kerusi Parlimen dan DUN yang menjadi pilihan saya dan akan menjadi perhatian ramai pihak pada 8 Mac nanti.


PERLIS
P1 - PADANG BESAR Datuk Seri Azmi Khalid (BN) vs Zolkharnain Abidin (Pas)
P2 - KANGAR Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (BN) vs. Tunku Abdul Rahman Tunku Ismail (PKR)
P3 - ARAU Datuk Dr Haron bin Din (PAS) vs. Datuk Ismail bin Kasim (BN)
N12 – TAMBUN TULANG Datuk Shahidan Kassim (BN) vs Che Nordin Che Ahmad (PAS)
KEDAH
P5 - JERLUN Idris Ahmad (PAS) vs Datuk Mukhriz Mahathir (BN)
P6 - KUBANG PASU Dato Johari Baharum (BN) vs Abdul Isa Ismail (PAS)
P8 - POKOK SENA Datuk Abdul Rahman Ibrahim (BN) vs Mahfuz Omar (PAS)
P15 - SUNGAI PETANI Datuk Zainuddin Maidin (BN) vs Johari Abdul (PKR)
P16 - BALING Taib Azamuddin (PAS) vs Abdul Azeez Abd Rahim (BN)
P18 - KULIM-BANDAR BAHARU Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir (BN) vs Zulkifli Nordin (PKR)
N8 - PEDU Dato Mahazir Khalid (BN) vs Zamri Yusof (PKR)
PULAU PINANG
P41 - KEPALA BATAS Dato Seri ABdullah Ahmad BAdawi (BN) vs Subri Md Arshad (PAS)
P42 - TASEK GELUGOR Tan Sri Nor Mohamed Yaacob (BN) vs Ismail Salleh (PAS)
P43 - BAGAN Lim Guan Eng (DAP) vs Song Chong Len (BN)
P44 - PERMATANG PAUH Datin Seri Wan Azizah Ismail (PKR) vs Dato Firdaus Ismail (BN)
P46 - BATU KAWAN Tan Sri Koh Tsu Koon (BN) vs Ramaamy Palanisamy (DAP)
P51 - BUKIT GELUGOR Karpal Singh (DAP) vs Koay Kar Huah (BN)
PERAK
P60 - TAIPING Dato M Kayveas (BN) vs Nga Kor Ming (DAP)
P61 PADANG RENGAS Dato Mohamad Nazri Aziz (BN) vs Alias Zenon (PKR)
P62 SUNGAI SIPUT Dato S Samy Vellu (BN) vs Micheal Jeyakumar (DAP) vs Nor Rizan (Bebas)
P64 - IPOH TIMUR Lim Kit Siang (DAP) vs Liew Mun Hun (BN)
P66 - BATU GAJAH Cheah Yok Can (BN) vs Fong Po Kuan (DAP)
P67 - KUALA KANGSAR Dato Seri Rafidah Aziz (BN) vs Khairudin Malik (PAS)
P76 - TELUK INTAN Dato Mah Siew Keong (BN) vs M Manogran (DAP)
N1 - PENGKALAN HULU Dato Seri Tajol Rusli Ghazali (BN) vs Lee Sing Long (PKR)
N6 - KUBU GAJAH Dato Raja Ahmad Zainuddin (BN) vs Mohd Nazri Din (PAS)

24 Februari 2008

e-cerpen : Ref! Siri 1

“Kayu…!”
“Rasuah ka hoi..!”
“Buta ka?”
Sudin mendengus Ciss! Memang pantang datuk neneknya jika dikeji secara terang-terangan begitu. Tambah-tambah pula dia tidak boleh berbuat apa-apa. Sebagai seorang yang memegang tinggi profesionalisme tugas yang diamanahkan, dia harus terus memekakkan telinganya. Di dalam hatinya dia cuba menahan sabar. Pantang anak lelaki kalau dicabar tetapi apakan daya. Tangan dan kakinya seakan-akan terikat untuk bertindak. Dia sekadar menjeling geram, menahan amarah yang sedang mula menguasai dirinya. Telinganya sudah berasap. Hidungnya sudah kembang-kempis. Ibarat seekor lembu rodeo yang sedang berada di luar pagar, hanya menunggu masa untuk dilepaskan. Di dalam hatinya dia mencabar suara-suara yang mengejeknya itu. ‘Kalau benar anak jantan, tunggulah tepi padang bila tamat permainan ini.’

Tapi bila perlawanan itu tamat, Sudin sendiri engkar pada cabarannya. Awal-awal lagi dia sudah keluar padang, lebih dulu dari pemain. Motor terus dihidupkan enjinnya dan dia terus memecut. Langsung tidak ditolehnya ke belakang. Semuanya gara-gara dia terpandangkan beberapa penyokong yang sudah menunjukkan penumbuk kepadanya. Daripada menempah padah, lebih baik dia blah. Takut-takut selepas ini hanya kerana ingin menunjukkan kejantanan, Cik Limah langsung tidak kenal lagi muka hensem suaminya ini.

Sampai di rumah, Sudin tidak tunggu lama di tanah. Sebaik tongkat motor dipacak ke tanah, dia sudah berambat macam orang yang tak sabar nak kejar jamban.

“Mintak oksigen…. mintak oksigen…” Tercungap-cungap Sudin memberitahu isterinya yang sedang menyembat baju kurung di ruang tamu. Sambil menjeling geram, Limah bangun. Sudin telah mengganggu dia menyiapkan kerjanya.

Sudin tersenyum bila melihat Limah menghulurkan segelas air masak kepadanya. Dalam marah-marah, Sudin sedar, isterinya itu seorang yang setia dan taat kepadanya. Dan kerana kesetiaan dan keaatan itu telah terbukti maka Sudin sedar tanpa perlu mengucapkan terima kasihpun Limah akan terus setia dan taat kepadanya.

Limah kembali duduk di tempatnya menyambung tugas dengan rasa jengkal di hati. Sudin tidak pernah berubah, malah rasanya sampai masuk ke lubang kubur Sudin tetap Sudin. Dia menggeleng kepalanya memandang Sudin yang sudah mengambil tempat di muka pintu. Termenung. Pekerjaan turun-temurunnya.

22 Februari 2008

Lukisan Hardy di Internet!



Kelakar pulak bila si Yana beria-ia mengupload lukisan Hardy di http://illianaazizan.blogspot.com/. Inilah lukisan yang tak seberapa itu tapi begitu dihargai...Terima kasih Yana. You're still the best sister I ever had.

21 Februari 2008

Bengkel Penulisan IKIM- Creative and Popular Writing

Tarikh : 28 Februari 2008 (Khamis)
Anjuran: PUSAT PERUNDINGAN DAN LATIHAN,
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
Bertempat di: DEWAN BESAR IKIM
2, LANGGAK TUNKU OFF JALAN DUTA
KUALA LUMPUR





BENGKEL PENULISAN BERSIRI 2008

Pusat Perundingan dan Latihan, IKIM (PPLI) sekali lagi akan menganjurkan Bengkel Penulisan pada tahun 2008. berbeza dengan bengkel- bengkel penulisan yang lain, Bengkel Penulisan ini akan dianjurkan secara bersiri iaitu:
· Siri 1: Penulisan Kreatif dan Bacaan Popular
· Siri 2: Penulisan Artikel dan Jurnal Ilmiah
· Siri 3: Penulisan Artikel Majalah dan Akhbar

Para peserta akan dibimbing oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman di dalam bidang penulisan. Diharapkan para peserta dapat memilih bidang penulisan yang ingin diceburi dan dikuasai melalui pengkhususan Siri seperti ini seterusnya mendapat kesan sepenuhnya daripada Siri Bengkel Penulisan ini.

KUMPULAN SASAR “SIRI 1” : Creative and Popular Writing

Bengkel ini adalah terbuka kepada ahli akademik, penyelidik, penulis, penerbit, editor buku dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat yang berkeinginan tinggi untuk karyanya diterbitkan.

BAHASA PERANTARAAN UNTUK “SIRI 1”

Bengkel ini akan dikendalikan di dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

BAYARAN PENYERTAAN

Bayaran untuk mengikuti bengkel ini ialah RM200.00 seorang bagi setiap Siri. Peserta boleh mendaftar bagi mana- mana Siri yang ingin disertai. Sijil penyertaan dan modul bantuan akan diberikan kepada para peserta.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari laman web Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) di http://www.ikim.gov.my/ atau menghubungi Ir. Ahmad Jais Alias, Fellow PPLI / En. Mohd Faizal Afif Abdullah, Penolong Pengurus Program PPLI di talian 03-6204 6241/243/244 atau faksimili 03-6204 6240 atau melalui e-mel ppli@ikim.gov.my.

BIODATA PENCERAMAH

Sharon Bakar adalah warga British yang telah menetap di negara ini lebih daripada 20 tahun. Beliau dikenali di kalangan masyarakat penulis dan sentiasa terlibat di dalam mengembangkan bidang penulisan. Beberapa buah buku beliau telah diterbitkan, begitu juga artikel beliau sering disiarkan di akhbar. Beliau adalah pemegang ijazah Pendidikan Inggeris, dan berpengalaman membantu para penulis buku untuk menyempurnakan karya mereka.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud adalah Mantan Profesor dan Timbalan Pengarah di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), dan telah menghasilkan beberapa buah buku, dan lebih daripada 100 makalah yang diterbitkan di pelbagai jurnal dan persidangan. Beliau merupakan antara pelopor kepada faham budaya ilmu, dan sering memperkatakan soal integriti dan adab dalam pandangan Islam. Kini beliau merupakan Profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Temui Novelis Kesayangan Anda! di Brunei....



Temui Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Rose Harissa, Lynn Dayana, Damya Hanna dan Lily Haslina di Pesta Buku Brunei yang akan berada di sana dari 29 Feb hingga 3 March 2008. Selamat bertugas rakan-rakan!

Malaysia Airlines Travel Fair VS Air Asia Mega Sale 2008

Date : 22-24 February 2008 (3 days)
Venue : KLCC
Travel Period: info not available as the website not accessable
Best Deals : Phuket as low as RM79. Amsterdam RM1009. Details please read today's The Star and you'll know how far can you go.



Date : 18-24 February 2008 (7 days)
Travel Period : 24 June 2008- 11 January 2009
Best Deals: Domestic and international fares as low as RM0.05
Venue: via online @ http://www.airasia.com/site/en/home.jsp

Then what are you waiting for Laila? Hehehe...don't know where to go....

20 Februari 2008

3 pembekal ayam tak sembelih disaman



20 Februari 2008



Oleh: Berita Harian



KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara’ dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.
Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.
“Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
“Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus,” katanya.




p/s: sementara mereka meyiasat, saya dah buang semua ayam di peti ais yang kebetulan saya beli di Tesco baru-baru ini. apa nak jadilah orang yang asyik nak buat untung dengan menipu orang lain. sekarang tengah fikir2, tak payahlah makan ayam lagi atau makan saja ayam organik yang harganya RM16,18 dan 20 seekor. Fuh!mahalnya nak makan ayam... susah rupanya nak cari ayam halal kat Malaysia ni yer?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...