21 Februari 2008

Bengkel Penulisan IKIM- Creative and Popular Writing

Tarikh : 28 Februari 2008 (Khamis)
Anjuran: PUSAT PERUNDINGAN DAN LATIHAN,
INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA
Bertempat di: DEWAN BESAR IKIM
2, LANGGAK TUNKU OFF JALAN DUTA
KUALA LUMPUR





BENGKEL PENULISAN BERSIRI 2008

Pusat Perundingan dan Latihan, IKIM (PPLI) sekali lagi akan menganjurkan Bengkel Penulisan pada tahun 2008. berbeza dengan bengkel- bengkel penulisan yang lain, Bengkel Penulisan ini akan dianjurkan secara bersiri iaitu:
· Siri 1: Penulisan Kreatif dan Bacaan Popular
· Siri 2: Penulisan Artikel dan Jurnal Ilmiah
· Siri 3: Penulisan Artikel Majalah dan Akhbar

Para peserta akan dibimbing oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman di dalam bidang penulisan. Diharapkan para peserta dapat memilih bidang penulisan yang ingin diceburi dan dikuasai melalui pengkhususan Siri seperti ini seterusnya mendapat kesan sepenuhnya daripada Siri Bengkel Penulisan ini.

KUMPULAN SASAR “SIRI 1” : Creative and Popular Writing

Bengkel ini adalah terbuka kepada ahli akademik, penyelidik, penulis, penerbit, editor buku dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat yang berkeinginan tinggi untuk karyanya diterbitkan.

BAHASA PERANTARAAN UNTUK “SIRI 1”

Bengkel ini akan dikendalikan di dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

BAYARAN PENYERTAAN

Bayaran untuk mengikuti bengkel ini ialah RM200.00 seorang bagi setiap Siri. Peserta boleh mendaftar bagi mana- mana Siri yang ingin disertai. Sijil penyertaan dan modul bantuan akan diberikan kepada para peserta.

Untuk pertanyaan lanjut, sila layari laman web Pusat Perundingan dan Latihan IKIM (PPLI) di http://www.ikim.gov.my/ atau menghubungi Ir. Ahmad Jais Alias, Fellow PPLI / En. Mohd Faizal Afif Abdullah, Penolong Pengurus Program PPLI di talian 03-6204 6241/243/244 atau faksimili 03-6204 6240 atau melalui e-mel ppli@ikim.gov.my.

BIODATA PENCERAMAH

Sharon Bakar adalah warga British yang telah menetap di negara ini lebih daripada 20 tahun. Beliau dikenali di kalangan masyarakat penulis dan sentiasa terlibat di dalam mengembangkan bidang penulisan. Beberapa buah buku beliau telah diterbitkan, begitu juga artikel beliau sering disiarkan di akhbar. Beliau adalah pemegang ijazah Pendidikan Inggeris, dan berpengalaman membantu para penulis buku untuk menyempurnakan karya mereka.

Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud adalah Mantan Profesor dan Timbalan Pengarah di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), dan telah menghasilkan beberapa buah buku, dan lebih daripada 100 makalah yang diterbitkan di pelbagai jurnal dan persidangan. Beliau merupakan antara pelopor kepada faham budaya ilmu, dan sering memperkatakan soal integriti dan adab dalam pandangan Islam. Kini beliau merupakan Profesor di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...