18 Mei 2014

Alkisah di Sebalik Nama LAILA KAMILIA

Kisah ini tidak pernah saya ceritakan kepada sesiapa. Hari ini saya ceritakan kerana pada tahun ini ada beberapa orang yang bertanya. Dan saya kata, saya akan ceritakan ekslusif di dalam blog saya. Inilah dia kisahnya kepada yang bertanya dan mahu tahu.

Kita kembali pada hujung tahun 2006. Ketika itu manuskrip saya telahpun berjaya menangkap perhatian Alaf21, lalu saya dipanggil mengikuti kurus penulisan bagi menajamkan seni penulisan dan memenuhi kehendak penerbitan Alaf21. Ketika mengikuti kursus itu, kami diminta untuk memikirkan satu nama pena. Rakan seangkatan saya yang masih berada di Alaf21 yang mengikuti kursus tersebut adalah Lynn Dayana, Dhiya Zafira, Ayu Emelda dan Durrah Fatiha.

Jadi apabila manuskrip saya, Lakaran Kasih hendak diterbitkan, editor saya ketika itu Gee (sekarang editor buku umum), meminta saya satu nama pena. Mula-mula saya nak letak nama Adryana. Tapi nama itu ditolak oleh Gee kerana katanya Alaf21 telah ada ramai penulis bernama pena bermula daripada huruf A (seperti Aisya Sofea, Anis Ayuni, Aleya Anesa dan ramai lagi...). Dia mencadangkan agar nama pena saya bermula dengan huruf L lalu saya mencadangkan Lyna Adryana tapi masih ditolak. Hehe... alkisahnya saya mahu menamakan anak perempuan saya dengan nama Adryana sebab tu nak letak nama pena dengan nama itu (hehe berangan aje lebih tapi bila dah ada anak perempuan tak juga saya namakan dengan nama itu). Tapi beliau meminta saya mencari nama lain dan mencadangkan ianya bermula dengan nama Laila (klasik gitu).

Perbincangan kami seterusnya tentulah bagaimana ejaan Laila itu. Sebab ada banyak ejaan Laila seperti Layla, Leila, Lyla, Lela, Leyla dan macam-macam lagilah. Akhirnya kami sepakat memilih Laila namamu teratas (hehe sebab ejaannya mudah dan lebih meluas digunakan).

Cabaran seterusnya adalah untuk menambah nama Laila itu menjadi dua nama supaya lebih catchy. Macam-macam idea keluar dan akhirnya huruf K dipilih sebagai memperingati nama ayah saya Kamaluddin. Hehe mungkin kerana nama Laila sudah terlalu jauh dengan nama sebenar saya Haslina (kebetulan rakan lain mendapat nama seakan-akan nama sendiri seperti Lynn Dayana (Roslinda), Dhiya Zafira (Mardhiyah), Ayu Emelda (Ayu) dan Durrah Fatiha (Fathiah). Lalu terhasillah Laila Kamilia. Dan kebetulan novel pertama saya bertajuk Lakaran Kasih (singkatan untuk LK juga). Pada entri saya di akan datang, saya akan ceritakan pula kisah berkenaan di sebalik tajuk novel-novel saya.

Apakah perasaan saya pertama kali menggunakan nama pena?
Hehe... saya sangat-sangat keliru. Ada masanya ketika orang memanggil saya dengan nama Laila, saya buat dek saja. Rasa pelik sangat bila kita sudah biasa dengan nama sendiri tiba-tiba diberi nama baru. Bertahun juga saya ada rasa perasaan itu. Namun alah bisa tegal biasa. Masuk tahun ke-5, saya sudah sebati dengan nama Laila. Sekarang ini, sudah rasa tidak janggal jika saya memperkenalkan diri dengan nama Laila.

Kini ramai yang memanggil saya dengan nama Laila daripada Haslina. hehe... Kebetulan semasa saya mengajar di dua sekolah, kedua-dua sekolah ini mempunyai nama guru Haslina. Paling parah tentulah di sekolah sekarang sebab ada 3 orang bernama Haslina. Lalu rakan-rakan memilih untuk memanggil saya dengan nama Laila daripada Haslina bagi mengelakkan terkeliru. hehe...

Kini nampaknya saya lebih dikenali dengan nama Laila daripada Haslina. Ada murid saya yang memanggil saya dengan nama Cikgu Laila. Saya gelak saja... Pernah bila nama FB saya ditukar kepada nama Haslina, orang sudah PM kata keliru siapakah gerangannya Haslina itu. hehe. 

Kini nama Haslina hanya dipanggil oleh rakan-rakan rapat yang mengenali saya sangat lama sebelum saya menjadi seorang penulis juga tentunya ahli keluarga (sebelah suami kerana kalau di sebelah saya mereka memanggil saya dengan nama Lily). Tapi percayalah, walau siapapun saya yang anda kenali hari ini, saya tetap Haslina Kamaluddin yang anda kenali beberapa tahun pun. Siapapun yang anda kenali baik Haslina Kamaluddin mahupun Laila Kamilia, saya cuma mahu menjadi manusia yang disenangi dan disayangi semua. Hanya nama yang berbeza tapi saya percaya, mereka yang rapat dengan saya tetap tahu Haslina mahupun Laila Kamilia, orangnya tetap sama; 3S -simple, sempoi dan santai.

Sampai jumpa lagi dalam entri saya yang akan datang. In syaa Allah, saya akan kongsikan kisah menarik di sebalik tajuk novel-novel saya. Apakah tajuk asal naskah manuskrip saya? Yang mana satukah tajuk yang merupakan tajuk asal saya beri dan yang mana pula yang telah direject dan diberi tajuk baru? Tunggu....

16 Mei 2014

REVIEW : C1NT4 TOP SECRET yang manis dari Rozalia Rajali

Saya sudah tidur ketika SMS daripadanya masuk, jam 2332  dan saya membacanya jam 0535. Buka mata membaca SMS terus sengih nampak bintang-bintang dan saya menanti review dengan debaran.  Hehe... Alhamdulillah akhirnya review yang manis saya terima pasgi itu. 

Inilah review C1NT4 TOP SECRET. Terima kasih adik.


Kulit mukanya hitam, ada bunga matahari dan pistol. Dua elemen yang agak bertentangan antara satu sama lain. Cover novel ini memang menarik. Apabila disentuh, terasa tekstur kulitnya. Walaubagaimanapun, cover novel ini bukanlah tarikan utama. Saya sudah mengikuti perjalanan misi C1NT4 TOP SECRET sejak ia disiarkan dalam portal ILHAM. Tarikan utama tentulah pada nama penulisnya; LAILA KAMILIA!


Setelah membaca bab-bab awal dalam portal ILHAM, sudah tentu saya tidak dapat menahan rasa teruja untuk terus membaca naskah ini sebaik saja ia sampai ke pangkuan. Nasib baik novel-novel pending saya yang lain tidak punya hati, kalau tidak mesti mereka (erk, mereka?) berkecil hati kerana pending que telah saya langkau. Haha… kuatnya pengaruh Jade dan Zed!

It’s magic; saya tamatkan bacaan sekali harung saja!
It’s wonderful ; saya terasa seperti bergerak ke sana ke mari bersama-sama!

Seperti yang terdapat pada sinopsis di belakang novel, ini merupakan kisah pengembaraan dua orang agen perisik; Jade dan Zed. Pengembaraan yang menemukan mereka dengan Maryam Eisya.

Pendapat peribadi, saya merasakan tulisan Laila Kamilia semakin baik. Setelah membaca kesemua novel-novel beliau yang lain sebelum ini, kali ini, C1NT4 TOP SECRET berjaya membuatkan saya tidak mahu berhenti membaca walaupun pada penghujung bab. Setiap akhir bab seolah-olah menarik mata saya untuk terus membaca bab yang seterusnya. Dan, novel ini merupakan novel pertama beliau yang berjaya saya tamatkan dalam tempoh beberapa jam sahaja! Tahniah penulis!

Membaca novel ini… seperti membaca travelog tapi dalam cara yang santai dan diiringi perasaan halus bernama cinta. Ahaks! Saya memang suka membaca travelog lebih-lebih lagi travelog haji. Tapi kali ini Laila Kamilia membawa saya mengembara ke 6 buah negara dalam sebuah novel. Mula-mula dulu, kan… saya ingatkan ada adegan tembak-menembak dan gedebak-gedebuk macam novel Dhiya Zafira tapi Laila Kamilia berbeza cara penulisan aksinya. Mana boleh sama, kan? Walaupun kawan baik… hihihi… untuk itu, tabik springggg saya berikan. Dan aksi C1NT4 TOP SECRET juga lain dari novel Saat Kau Hadir. Kak Laila ni sengaja buat saya rindukan Amri. Huh! Ada juga terselit kisah Puteri Sara Ibrani dan Adrian. Kalau ada kesempatan, saya mahu ulang baca Cinta Bunga Tulip semula!

Satu lagi elemen yang saya suka dalam novel ini; suspens! Teringat masa kecil dulu, saya menggemari novel-novel dalam Siri Tiga Penyiasat, Lima Penyiasat dan yang sewaktu dengannya. Novel ini juga digarap dengan cara yang sama; santai dalam menampilkan tema yang ‘berat’. Kisah perisikan pasti akan membuatkan pembaca yang tidak meminati genre ini akan mengantuk tapi percayalah, C1NT4 TOP SECRET berbeza sangat. Peminat novel cinta pasti akan jatuh cinta dengan novel ini!

Oh, ya! Kalau puan penulis perasan, pada muka surat 106 dan 383 terdapat kesilapan kecil.

“… cik pergi ke pejabat kami di *Setapak. Cik boleh berjumpa dengan pegawai…” (muka surat 106)
*Setapak – Selayang

“MRX2.” *Jade menjawab kepada penjaga safe house. (muka surat 383)
*Jade – Zed

Ahaks, dah macam pembaca pruf pulak! Ini membuktikan walaupun saya membaca dengan laju, saya tidak skip di mana-mana, okey! Saya baca tiap patah dengan sungguh-sungguh. Kak Laila, terharu tak? Harap cetakan yang seterusnya, kesilapan-kesilapan kecil seperti ini boleh diperbetulkan. (pssttt… mahu lantik saya jadi your personal proof reader?) hehehehe…

Saya tidak mahu menyentuh banyak tentang al-kisah C1NT4 TOP SECRET ini memandangkan pasti masih ramai lagi yang belum berkesempatan untuk membacanya. Maklumlah, novel yang masih panas, baru keluar oven! Jadi ulasan kali ini hanyalah sekadar untuk membuat pembakaran terbuka… muahaha… jahat tak?


p/s: saya dah tahu kenapa minyak wangi Hugo Boss dijadikan cenderahati…




Ulasan Kembali : Ya, saya terharu kerana Lia masih ingat dengan kisah Amri yang merupakan seorang SB dalam novel Saat Kau Hadir di mana ketika itu beliau sedang menyelesaikan kes pengeboman KLCC. Saya mengaitkannya dengan fail yang diminta oleh Zed bagi menarik perhatian pegawai di bilik kawalan APG. Begitu kuat ingatan Lia sedangkan saya cuma merujuknya sekali lalu.

Dalam novel C1NT4 TOP SECRET saya membawa kembali Puteri Sara Ibrani dan Adrian Fadhli yang merupakan watak utama dalam novel Cinta Bunga Tulip. Apakah yang terjadi kepada mereka setelah tamat majlis perkahwinan di dalam salji di Berlin? Saya menjawabnya di sini. Semoga rindu anda kepada anak separa Jerman-Indo-Malaysia itu akan terubat.

Menjawab kepada persoalan "kesudahan yang manis utk seorg lagi perisik yg ‘gagal’ itu..agak2 ada dalam novel seterusnya tak?" Hehe...  sebenarnya di kepala memang sudah ada plotnya dan tak sabar untuk merangka cerita untuk C1NT4 TOP SECRET -2 M151 MENCARI MENANTU EPISOD 2 hehe... tetapi di kepala juga telah ada idea novel baru yang sangat menarik untuk diplotkan juga. Nanti kita timbang-timbang yang manakah yang lebih terbaik di antara keduanya untuk diangkat menjadi novel ke-6 Laila Kamilia. Hehe... Hanya yang terbaik untuk pembacanya, in syaa ALLAH.

Terima kasih sudi membaca C1NT4 TOP SECRET dan memberikan review yang manis. Sudah terjawab persoalan apakah yang TOP SECRET sangat dalam novel C1NT4 TOP SECRET? Jawapan itu simpanlah di dalam dalam sendiri kerana itulah yang saya simpan istimewa untuk anda pembaca C1NT4 TOP SECRET. Salam kasih sayang! - Laila Kamilia

13 Mei 2014

Hasil Industri Murid PPKI : SMK Tun Hussein Onn, Seberang Jaya, Penang

Tudung saji cantik dan menawan. Dibuka untuk tempahan. Saiz tudung ni memang muat untuk satu pinggan makan.

Harga RM20 harga pos RM9 Jangkamasa seminggu siap. yang berminat dengan hasil tangan kreatif ini boleh berhubung dengan gurunya :


Izzi-012-4549949, Asma'Laili-0136344434 -Shazwani- 0195707709. Lihatlah gambar yang sangat menarik dan tertarik!




11 Mei 2014

LOGO JENAMA LAILA KAMILIA

Alhamdulillah... setelah lebih 8 tahun, Laila Kamilia akhirnya ada logo sendiri. Tada! Inilah logo Laila Kamilia yang akan digunakan secara rasmi nanti.

Jika anda selalu melihat penampilan Laila Kamilia, tentu selalu lihat warna Ungu-Merah Jambu dipilih kerana itulah warna rasmi Laila Kamilia.

Jangan lupa LIKE FB Laila Kamilia di mana jua anda berada.

Terima kasih.

09 Mei 2014

REPOST : Bali: Fakta dan Auta

REPOST : Latar Cinta Top Secret
First published : 10/2/2008





Kepada anda yang bercadang untuk bercuti ke Bali, harap-harap beberapa fakta tentang Bali ini akan membantu anda sepanjang masa anda di sana!
#Bom di Bali kedua-duanya diletupkan pada bulan Oktober. Sasarannya warga Inggeris yang sedang melepak di bar.
#Harga pakej-pakej percutian seperti pakej spa dan lawatan ke tempat-tempat menarik di Bali lebih murah semasa di Matta Fair dari dibeli di Bali.
#Bermotor di Bali satu cabaran yang besar kerana jalan raya yang sesak dengan motorsikal.
#Pemandu di Bali suka membunyikan hon.
#Peta Denpasar boleh dibeli di Metro, kedai konsep 24jam macam seven eleven.
#'Babi guling, nyaman dan menyegarkan' adalah pandangan biasa, ada di mana-mana.
#Bali terkenal dengan banyak kuil-kuil Hindu lama.
#Masyarakat Hindu di Bali memakai tanda dahi berwarna putih, jarang berwarna merah atau hitam seperti orang India di negara kita.
#Ramai lelaki Bali memakai destar seperti songkok dan berkain batik.
#Harga suratkhabar di Bali adalah Rp 10000 bersamaan dengan RM3.60 dan diterbitkan seminggu sekali.
#Budaya membaca suratkhabar jarang dilihat. Kebanyakan masyarakat mengisi masa dengan berbual dan berkumpul sesama mereka.
#Pendapatan perkapita penduduk Bali adalah Rp 100000 ataupun RM360. Jumlah ini sama dengan harga sebidang kain yang saya lihat dijual di salah sebuah kedai cenderamata di Jalan Legian.
#Bawa wang secukupnya kerana anda akan kerugian wang dalam jumlah yang banyak jika ditukar di sini. Elakkan dari menukar wang di mana-mana kedai tukaran asing yang beroperasi di deretan kedai kerana kadar caj perkhidmatan yang tinggi.
#Bahasa Indonesia berbeza dengan bahasa Malaysia kerana orang Indonesia menggunakan bahasa peringkat tinggi . Contohnya seorang Pakcik pernah berpesan kepada saya supaya membetulkan pedal pemijak kaki kerana katanya nanti kaki saya akan sengsara. Saya ketawa setiapkali mengingatkan bahasa mereka yang begitu tinggi itu.
#Air minuman hanya ada satu jenama di Bali tidak seperti di Malaysia yang ada beribu-ribu jenama air minuman hinggalah ke air mineral. Saya tersilap beli kerana ingatkan air mineral tetapi air isotonik yang diisi di dalam bekas air mineral di sini.
#Teknologi sos cili tidak sampai lagi di sini. Rasa sos cilinya seperti cili giling. Kalau anda tak boleh makan tanpa sos cili, maka bawalah sos cili paket dari sini. Di Bali ia dipanggil sambal cili.
#Air milo kotak tidak dijual banyak dan sukar mencarinya. Penggemar milo boleh membeli air susu coklat sebagai pengganti.
#Hanya segelintir penyanyi Malaysia yang dikenali di Indonesia seperti Amy Search, Siti Nurhaliza dan Sheila Majid. Berbeza dengan penyanyi dari sana yang memang terkenal berlambak-lambak di Malaysia.
#Lagu-lagu dari Kumpulan Dewi-Dewi selalu dimainkan di sana. Malah kedatangan Dewi-Dewi ke Malaysia saya ketahui dua minggu awal dari salah seorang pekerja di Jalan Legian. Kedatangan mereka ke Malaysia hanya diwar-warkan seminggu selepas kepulangan saya ke sini.
#Untuk membezakan pelancong perempuan Indonesia dan Malaysia tidak sukar. Orang Malaysia memakai tudung bawal sedangkan orang Indonesia memakai tudung manik (yang biasa dilihat dalam sinetron mereka).

07 Mei 2014

TAHNIAH KEPADA 30 PEMENANG HADIAH MISTERI KEMPEN LIKE FAN PAGE LAILA KAMILIA


TAHNIAH kepada 30 yang telah terpilih untuk memenangi satu hadiah misteri daripada Laila Kamilia sempena Kempen LIKE fanpage Laila Kamilia yang berlangsung sehingga 30 April 2014 yang lalu. Terima kasih atas sokongannya. Mohon PM alamat kepada saya bersama nombor telefon selewat-selewatnya hujung minggu ini, 11 Mei 2014 untuk urusan penghantaran hadiah pada minggu depan.



SENARAI PENERIMA 30 HADIAH MISTERI

Na Nuar, Aieda Fauzie, Rabiahtul Asma, Nurhazlin Muhd Pilus, Myza Ej's, Nurkhalisah Adzmi, Hajar Azman, Nurul Ain Sallehin, Nabella Huda, Farah Fadhilah, 

Mimie Shamimi, BieBie Mentan, Maisarah Qaisarah, Rahyu Ismail, Nafizah Hanim, Qaseh Dilan, Janijah Jun, Qasehlily Muchas, BiBie Fatiemah, Nurul Husna Ali, 

Nazifah Hanim, Illa Damia, Nooraini Sulaiman, Yana Azmi, Lyza Zainol, Hanis Misaki, Zaliha Hassan, Azilah Abd Majid, Haziza Hassan, Mizs Nuriz

Kepada yang tidak terpilih, teruskan sokongan anda kepada Laila Kamilia kerana ada banyak lagi peraduan dan hadiah pada masa depan. Sesungguhnya tiada yang berharga dalam dunia penulisan Laila Kamilia selain daripada semua yang telah menyokong Laila Kamilia sejak 2006. Semoga ALLAH membalasnya dengan kebaikan yang lebih lagi. Kalau saya mampu hadiahkan semua orang, akan saya lakukan. Oleh itu hanya terima kasih yang tidak terhingga dapat saya berikan bersama doa semoga anda semua berada di dalam peliharaan dan kasih sayang ALLAH selalu. Stay connected dengan dunia  penulisan Laila Kamilia. Sayang kamu semua. Muah!

Kepada para penaja hadiah, terima kasih daun keladi atas sokongan kepada kerjaya penulisan Laila Kamilia. Semoga kita akan berkolaborasi lagi pada masa depan!

06 Mei 2014

KEPUTUSAN PERADUAN SHARE & WIN by AISYAHSCARF @PWTC


PERADUAN SHARE & WIN by AISYAHSCARF 
Ini adalah peraduan terbaharu yang diumumkan oleh Aisyahscarf bersempena kelahiran novel Cinta Top Secret di sepanjang Pesta Buku Antarabangsa KL bermula Khamis, 24/4/14 sehingga Ahad, 4/5/14 berlangsung. Para pembeli novel Cinta Top Secret yang berada di PWTC boleh berkongsi gambar bersama novel tersebut dan tag Laila Kamilia di FB/Instagram/Twitter. Pemenang kreatif akan menerima baucer dari Aisyahscarf. Untuk melihat koleksi terkini hijab dan tunaikan baucer ini daripada Aisyahscarf boleh layari www.aisyahscarf.com atau FB : Aisyahscarf. Terima kasih Aisyahscarf!

TADA! Inilah para pemenang yang bakal memenangi baucer Aisyahscarf. Terima kasih menyokong dan memeriahkan kehadiran C1NT4 TOP SECRET di PWTC!



1- Umi Bahirah Sazali
2- Cik Shue Jaafar
3- Zaidalifah Aisheteru
4-Alam Maya

SEKALUNG TAHNIAH! Kepada yang belum berjaya (saya gunakan istilah belum sebab lepas ni ada peraduan lain pula), teruskan menyokong Laila Kamilia kerana ada banyak lagi kejutan-kejutan yang masih di peringkat TOP SECRET dan hanya akan diumumkan dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan anda kepada Laila Kamilia dan terus mengikuti Laila Kamilia di FB/Instagram/Twitter : Laila Kamilia.

PRE ORDER C1NT4 TOP SECRET DIBUKA

Alhamdulillah. Pre order sudah dibuka. Boleh emel saya di lailakamilia@yahoo.com atau PM di FB. Boleh lihat tawaran pakej yang tidak boleh dilepaskan sehingga 30 Jun 2014 bersama hadiah misteri (sementara stok masih ada). Setiap minggu saya akan mengepos satu batch bermula minggu depan, in syaa Allah. Semoga terhibur dengan buah tangan terbaru Laila Kamilia.

PAKEJ C1NT4 TOP SECRET - Harga Asal : RM21
Promosi : RM19 + hadiah MISTERI
Postage : RM6



PAKEJ ANAK-ANAK :- Harga Asal-RM22 + RM22 : RM44
Promosi 2 novelet - RM39.00 sahaja.
Postage : RM6


PAKEJ CINTA - C1NT4 TOP SECRET + CINTA PANDANG KE-2 + CINTA BUNGA TULIP
Harga Asal-RM21 + RM22 + RM22 = RM65
Promosi 3 novel -RM55 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM9



PAKEJ C1NTA KASIH : C1NT4 TOP SECRET + LAKARAN KASIH 
Harga Asal-RM21 + RM14 = RM35
Promosi 2 novel -RM29 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM6


PAKEJ C1NTA HADIR : C1NT4 TOP SECRET + SAAT KAU HADIR 
Harga Asal-RM21 + RM18 = RM39
Promosi 2 novel -RM32 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM6






PAKEJ C1NTA KUASA DUA : C1NT4 TOP SECRET + CINTA PANDANG KE-2 
Harga Asal-RM21 + RM22 = RM43
Promosi 2 novel -RM39 sahaja + hadiah MISTERI 
Postage : RM6


PAKEJ C1NTA TULIP : C1NT4 TOP SECRET + CINTA BUNGA TULIP
Harga Asal-RM21 + RM22 = RM43
Promosi 2 novel -RM39 sahaja + hadiah MISTERI
Postage : RM6

01 Mei 2014

Video teaser 3 : C1NT4 TOP SECRET tulisan Laila Kamilia, Alaf21

Ini video teaser terbaru mengandungi sinopsis novel C1NT4 TOP SECRET. Jumpa Laila Kamilia di PBAKL, PWTC hari terakhir PBAKL Ahad ini 4/5/14 jam 2.30 petang - 7.00 malam. Diskaun hebat sehingga 25% untuk novel C1NT4 TOP SECRET yang dibeli di PWTC.

Saya tinggalkan anda dengan muzik video. Semoga terhibur!

24 April 2014

3 Peraduan Sedang Berlangsung

Bersempena kelahiran novel terbaharu Laila Kamilia, Cinta Top Secret, ada banyak hadiah yang mahu diberikan kepada pembaca yang mengikuti perkembangan penulisan Laila Kamilia sejak 2006 bagi meraikan sokongan dan kasih sayang pembaca. Apa yang anda boleh dimenangi? Jom kita ikutinya :



1- KEMPEN LIKE FAN PAGE LAILA KAMILIA
Kempen ini sedang berlangsung sehingga 30 April 2014. Hanya tekan LIKE di fan page Laila Kamilia dan anda mungkin menjadi di antara 30 yang berpeluang menang hadiah misteri.



2- PERADUAN MAKAN SAMPAI LEBAM, SEMBANG SAMPAI PENGSAN
Peraduan ini bagi meraikan pembaca yang membeli 4 novel Alaf21 pada bulan Jun 2014. 4 orang novelis telah bergabung bagi memberi kejutan istimewa kepada para pembaca mereka iaitu Laila Kamilia, Fida Rohani, Weeda Airiza dan Nur Insyirah. Maklumat lanjut boleh didapati di poster di bawah. Tarikh tutup adalah 30 Jun 2014. 10 penyertaan paling kreatif akan berpeluang beramah mesra dengan 4 novelis dan tetamu jemputan mereka di sebuah tempat yang akan diumumkan nanti.





3- SHARE & WIN by AISYAHSCARF 
Ini adalah peraduan terbaharu yang diumumkan oleh Aisyahscarf bersempena kelahiran novel Cinta Top Secret di sepanjang Pesta Buku Antarabangsa KL bermula Khamis, 24/4/14 sehingga Ahad, 4/5/14 berlangsung. Para pembeli novel Cinta Top Secret yang berada di PWTC boleh berkongsi gambar bersama novel tersebut dan tag Laila Kamilia di FB/Instagram/Twitter. Pemenang kreatif akan menerima baucer dari Aisyahscarf. Untuk melihat koleksi terkini hijab daripada Aisyahscar boleh layari www.aisyahscarf.com atau FB : Aisyahscarf. Terima kasih Aisyahscarf!



Ada banyak lagi kejutan-kejutan yang masih di peringkat TOP SECRET dan hanya akan diumumkan dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan anda kepada Laila Kamilia dan terus mengikuti Laila Kamilia di FB/Instagram/Twitter : Laila Kamilia.

Semoga terhibur dengan buah tangan terbaharu saya CINTA TOP SECRET. Kini di pasaran!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...