15 Oktober 2014

REPOST : Nota Tangan dari Korea : Hari Ketiga -28/3/13 (Khamis)

ARTIKEL PERTAMA KALI DIPOS PADA 26/3/14. REPOST SEMPENA PERADUAN NOVEL C1NT4 TOP SECRET.

Ini catatan tangan Laila Kamilia  semasa di Korea (tanpa major editing). Pastilah ada ejaan yang salah, tatabahasa juga berterabur. Tapi ia catatan ikhlas dari Laila untuk anda baca. Semoga bermanfaat hendaknya! Terutama kepada yang mahu Redah dan Belasah Korea edisi anda!

Kami bersarapan pagi dengan masak sendiri di dapur. Pagi2 dah kena gelak dengan abang sebab kena masak masa vacation. Kat sini disediakan peralatan memasak untuk muslim jadi boleh memasak dengan tenang. Sarapan kami roti telur bersama jus oren je. Ramai juga orang Malaysia kat sini.

Destinasi tour kami yang pertama adalah Trick Art Museum. Jenuhla bergambar kat gambar2 x bernyawa kat muzium tu.Seterusnya kami ke Seongeup Folk Vilage melihat suasana perkampungan Jeju yang masih dipelihara. Dindingnya diperbuat daripada batu larva gunung berapi manakala atapnya daripada daun. Menariknya kawasan rumah mereka tidak berpagar, tetapi pagar diletakkan sebagai simbol. Tak silap saya kalau x ada pagar, maksudnya silalah masuk, satu pagar, tuan rumah ada di sekitar dan akan balik sebentar saja. Kalau dua pagar keluar kampung sebelah. Tiga pagar maksudnya mereka akan balik sangat lambat. Itu cara mereka berkomunikasi sementelah dulu2 mana ada sms etc. 


Sekarang ni walaupun rumah mereka masih tradisi, mereka tetap mengamalkan kehidupan moden rakyat korea seperti menonton tv, hp dan internet wifi.Sekalipun mereka diberikan imbuhan oleh kerajaan bagi memelihara rumah pusaka hampir 600 tahun ini, mereka turut menjual hasil hutan seperti madu dan teh. Rasa teh mereka ada 5 rasa. Kalau anda letih sangat pada hari itu, anda akan rasa teh itu masin. Hahaha agaknya la. Saya pula rasa manis maksudnya saya ada masalah penghadaman. Kebetulan agaknya memang saya sakit perut sebelumnya!

Tamat melawat perkampungan itu, kami makan tengahari di salah sebuah restoren di kampung tu juga. Yang muslim dihidangkan dengan nasi dan sayur-sayuran dinamakan Bibimbap. 

Kami sempat menyaksikan women divers jam 1.30 tgh. Hebatnya nenek2 ni berumur 50 tahun paling muda manakala rata2 berumur 60 tahun ke atas. Mereka akan menyelam tanpa menggunakan peralatan seperti tangki oksigen. Mereka menyelam sedalam 10-20 meter ke dasar laut kemudian naik bernafas semula di permukaan. Hasil tangkapan seperti sotong dan rumpai laut akan dijual kepada orang ramai terus segar dari laut.Kami mendaki gunung berapi sijopjikoji setinggi 950meter. Pemandangan dari ata gunung memang superb, dengan dikelilingi lautan biru. Abang kata ini hanyalah 1/3 daripada pendakian ke gunung Kinabalu. Memang penat gila, beberapa kali berhenti dan sudah terasa diri semakin tua. Tapi itu tidak bermakna, rancangan untuk menawan Kinabalu batal ye!


Kami menelusuri lautan di sebalah kanan untuk ke Manjang Cave, larva tube terpanjang di Asia! Gelap gila, sejuk dan kagum dengan kejadian Tuhan. Subhanallah! Saya tak dapat membayangkan bagaimana hangatnya larva gunung berapi ketika melalui lorong di kerak bumi ni hingga meninggalkan kesan sebegitu rupa!Jauh juga kami berjalan hingga 1km barulah berpatah balik. Disebabkan keadaan yang licin, kami harus berhati2 agar tidak tergelincir.

Kami ke lapangan terbang. Habislah tour kami berharga rm300 seorang hari itu merentas bahagian timur Jeju. Pada pendapat saya, sebaiknya berada di sini 2 hari solid jadi boleh ikut tour ke bahagian Barat  pula. Sepatutnya saya ambil flight paling lewat dari Seoul kemudian pulang flight malam esoknya dari Jeju. 

Selepas check in di kaunter tiket, kami mengambil keputusan untuk melawat ke satu tempat lagi yang dekat dengan airport, sekitar 10 minit. Kami singgah ke Yongduam Rock yang khabarnya batu berbentuk naga. Tambangnya kira2 rm21 menaiki teksi pergi-balik.

Kami makan di airport sementara menunggu flight jam 930 malam. Hmm... Bagi mereka yang mencintai alam semulajadi memang patut ke Jeju. Tambah pula, bunga sakura dan rapsid oil canola (bunga sawi) sedang berbunga cantik! Esok ada pesta sakura, sayang x boleh ke sana tapi pesta itu hanya 3 hari saja. Sayang betul x tengok jadual sebelum membeli tiket!Kami pulang ke hotel yang sama dengan sebelumnya. Jam 12 malam, kami tidur lena kerana kepenatan. Esok satu hari baru bakal bermula, insyaAllah. Kami akan meredah Seoul sekali lagi!

Untuk gambar-gambar di Pulau  Jeju, boleh lihat di fan page Laila Kamilia dalam Album Ekslusif Lokasi Cinta Top Secret : Korea

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...