24 Februari 2012

Bengkel Asas Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Drama/Filem

Wah! Tahniah Laila! Hehehe....Tahniah kerana dalam kesibukan saya dengan kerja di sekolah dan kesihatan keluarga dan diri sendiri yang tak menentu, akhirnya saya berjaya juga mengikuti bengkel ini. Memang sudah lama saya mengidam hendak memajukan diri, alhamdulillah Allah telah permudahkan segala. Pada 18-19 Februari hari itu, dapatlah saya merealisasikan impian saya.  

Saya ni memang banyak impian dari kecil. Maklumlah, saya datang dari keluarga miskin, jadi banyak yang saya tak boleh kecapi lalu saya berangan-angan. Jadi bila dewasa, sedaya mungkin saya akan cuba merealisasikan angan-angan menjadi realiti.

Orang lain mungkin ketawa jika tahu saya hanya boleh berangan menjadi ahli Pengakap di sekolah. Ini kerana keluarga saya tidak mampu untuk membelikan saya uniform Pengakap. Jadi bila dah jadi cikgu sekolah, saya memilih untuk menjadi guru Pengakap. Sudahnya setiap hari Rabu, saya berpeluang memakai baju Pengakap.

Dulu masa di sekolah menengah, saya pernah diejek kerana suara saya. Kata mereka, suara saya macam lelaki. Tapi kini saya telah membuktikan bahawa suara lelaki saya ni telah berkumandang di radio, majlis-majlis rasmi, TV, You Tube dan menjadi voice over untuk video korporat. Saya memandang sisi negatif saya menjadi sesuatu yang bernilai. Perkara yang menjadi ejeken, boleh disenyapkan dengan menukarkannya menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan!

Haha! Saya sudah melalut! Berbalik kepada bengkel yang saya sertai tempoh hari, sebenarnya saya pernah berangan supaya suatu hari nanti, bakat seni saya boleh ditonton di layar TV. Ramai yang ucap tahniah bila tahu saya ke bengkel ini. Mungkin mereka menyangka novel CPK2 saya bakal mengikuti beberapa novel seperti Ombak Rindu, Bicara Hati, Gemersik Kalbu yang diangkat ke layar TV. Hehehe... Saya cuma berangan. InsyaAllah saya akan mengusahakannya. Manalah tahu, ada rezeki CPK2, dapatlah anda menontonnya. Tetapi memang saya berangan agar di suatu hari nan indah, anda akan menonton buah tangan dari saya (jikapun bukan dari CPK2). Sehingga itu, doakan saya ya!

PS- Saya ingin merakam penghargaan kepada Alaf21 dan Grup Buku Karangkraf yang mengambil inisiatif ini memajukan novelis mereka!





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...