12 November 2009

365 Tage im Berlin III- in memories


Keluarga besar Berliners semakin menguncup. Serang demi seorang pulang tapi tiada yang datang. Kak K, Effa, Khadijah, Muz dan Fida, Rizal, Suhaimi, Reduan, Abang Sidi, Naseer dan paling terkini Naz dan Emy yang pulang Ramadhan tadi.

Teringat saya semasa mula-mula kaki menjejakkan kaki ke Berlin, Mar dan Rizza bersusah-susah datang ke rumah kami di Iranische semata-mata mengajak kami makan nasi di Al Reda. Hendak tunjukkan tempat makan. Fida pula tunjukkan saya di mana hendak membeli barang-barang masak. Dari Leopoldplatz ke Vin Loi hinggalah ke Pasar Turki. Muz dan Fida juga menunjukkan kami cara mendaftarkan Hardy ke sekolah. Naz dan Emy bawa kami pusing-pusing untuk tengok Saturn tempat menjual barang elektrik. Masa tu kami nak cari seterika. Hingga ke malam mereka menemankan. Itu belum cerita bagaimana bersusah-payahnya ketiga-tiga keluarga ini membuat persiapan membantu kami tiba, menjemput di lapangan terbang dan menjamu makanan.

Kesemua mereka yang pulang ada kenangannya yang tersendiri bersama kami. Terlalu panjang catatan saya jika hendak ditulis di sini. InsyaAllah ia akan kekal menjadi satu memori yang abadi.....

2 ulasan:

Baitul SMR berkata...

^_^
Kak Laila, Khadijah dah nak walimah...hehehe
ni kad undangannya pada akak sekeluarga.
http://www.mywedding.com/amirkhadijah/index.html

LK berkata...

ye mar. akak ada baca tapi x sempat lagi nak membalasnya sbb bz tah apa2 ni. terima kasih ek kerana mengingatkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...