01 Oktober 2009

Kisah Margaret Moth



Katanya "Hidup ini umpama permainan tenis. Kita tidak dapat mengagak bagaimana bola itu datang kepada kita tetapi yang penting bagaimana kita membuat pukulan balas." Katanya lagi "Tidak penting berapa lama saya hidup di dunia ini kerana saya sudah merasai segalanya". Jurugambar wanita yang sentisa berpakaian serba hitam ini sudah 40 tahun berkhidmat dengan CNN. Kisah ketabahannya melalui kehidupan dipaparka CNN baru-baru ini. Beliau sentiasa mendapat pujian dan penghargaan atas keberaniannya memaparkan keadaan sebenar peperangan.


Semasa bertugas di Sarajevo, beliau telahpun diserang oleh penyerang hendap. Seluruh wajahnya megalami kecederaan yang teruk hingga terpaksa melalui pelbagai pembedahan membetulkan semula struktur wajahnya. Kini percakapannya juga tidak berapa jelas difahami kerana kesan kecederaan itu. Tetapi itu tidak sekali-kali mematahkan semangatnya untuk terus bertugas di medan perang. Beliau kini disahkan mengidap kanser.


Apa yang membuatkan saya kagum dengan kisahnya adalah falsafah kehidupannya. Walau berada di medan perang, dalam suasana tertekan dan berdepan dengan kematian, beliau mencari cara sendiri untuk menenangkan diri dan mengisi pengalaman hidup sepuasnya. Bagi anda yang mahu menonton kisahnya silalah ke laman web cnn.com.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...