13 Disember 2008

Tempat paling gumbira dikunjungi!




Kat Berlin ni ada banyak tempat menarik untuk dikunjungi, muziumla, tempat sejarah la, shopping mall la.... tapi dalam banyak-banyak tempat tu ada satu tempat yang saya paling gembira kalau pergi...kerana tempat itu mengingatkan saya pada tanahair tercinta....

Tempat tu bukannya tempat pelancong...tapi tempat nak beli barang mentah masakan. Jangan gelak kalau saya kata saya suka dan gembira berada di kedai Vinh-Loi; Asean Market!

Sebabnya? Ada banyak sebab. Saya ceritakan persekitarannya dulu... Masuk saja kedai tu, dah terbau macam kedai orang Cina (tapi baunya taklah yang sampai sakit hidung dan kita tak gamak nak masuk). Biasalah ada tokong Buddha dan barang-barang sembah tokong dia. Yang tu tak payah nak bagi kreditla tapi ia masih mengingatkan kita pada Malaysia...sebab banyak kedai Cina yang kita masuk kat Malaysia memang suasananya begitukan..

Saya paling suka sebab kat sini kebanyakan bahan masakan ada dijual! Jangan tak percaya, ada daun pisang, daun pandan, daun kari, daun laksa.... sayur pulak (takyah sebut kobis) ada kacang panjang, ubu kayu, petaipun ada juga kadang-kadang, kacang bendi... Buah pulak rambutan, longan dan kadang-kadang durian pun ada juga... Ikan...ikan frozenla, macam-macam ikan ada...ikan keli, ikan bilis, ikan merah semua ada... udang kering, udang harimau sumer ada...sotong ada... tauhu basah, tauhu kering semua ada...

Macam tu juga dengan bahan-bahan kering macam rempah-ratus, santan dan sos serta kicap... Carilah yang ada bertanda halal yang dikeluarkan dari Thailand mahupun Indonesia dan Malaysia...

Di sana juga boleh jumpa dengan orang serumpun dengan kita, orang Asia tak kiralah dari negara mana mereka datang... Saya pernah terjumpa dengan seorang pakcik yang sudah menetap di Jerman selama 40 tahun yang berasal dari Sabah... Mungkin kerana komuniti orang Malaysia yang boleh kata boleh dikira dengan jari (hanya mutahir ini kerajaan hantar ramai pelajar kat sini) maka pakcik tu berkawan dengan komuniti Indonesia yang sememangnya ramai di sini. Sila ambil nota bahawa orang Indonesia di sini tidak seperti orang Indonesia di Malaysia. Di sini jika bukan pelajar mereka adalah golongan profesional seperti doktor dan usahawan yang zillion ruppiahnya.... Mamat Indonesia kat sini juga mukanya boleh tahan...macam hero-hero dalam filem depa...

Oh saya sudah melalut dari tujuan asal....

Pendek kata kalau dah tak tau nak buat apa kat Berlin ni....pergi bershopping kat Vinh-Loi memang melegakan!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sini pon ada kedai asian, TSANG Food nama dia, tpi hampeh.. saya tak suka masuk kecuali terdesak.. penjualnya sombong gilerrrr nak mamp*s..

LK berkata...

ah...kalau sombong jangan masuk...hehehe tapi ko nak cari makanan kat mana ek? kat sini pembantu kedai dia baikla juga...kalau tgk kita terkial2 mencari barang dia akan tanya n tolong carikan..tapi dalam bahasa Jerman la....(yang aku confuse ingatkan dia cakap Thai sbb lenggok dia bcakap tu lebih bunyi Thai dari Jerman)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...