03 Februari 2008

Hari Wilayah dan Eye On Malaysia

Kalau ada yang tidak tahu, Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun. Dan kalau ada yang masih tak tahu, Wilayah Persekutuan terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan! Dan sempena Hari Wilayah tahun ini, saya sekeluarga teringin nak merasai pengalaman menaiki Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa. Apa lagi seronoklah kedua anak teruna saya pagi Sabtu lalu.
Sejak mula dilancarkan 6 Januari 2007 lalu, saya memang tak berkesempatan untuk mencubanya, maklumlah, sibuk dengan kursus dan tempatnya agak jauh dari rumah. Saya ingatkan benda alah ni dibuka sampai hujung tahun 2007 saja, tapi bila abang beritahu yang ia akan berada hingga hujung Ogos ni, hati saya meluap-luap untuk mencubanya. Bila sampai di Tasik Titiwangsa, tak ramai orang di sana. Agaknya sebab baru pukul 10.30 pagi. Kami terus ke kaunter tiket dan melihatkan kepada harga tiket, terkejut jugak. RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Melayanglah RM38.00 untuk kami sekeluarga. Namun, difikirkan kembali, sekali jer nak cuba, apa salahnya...

Memandangkan orang tak ramai, maka kami dapat naik satu buaian sekeluarga tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Sebenarnya, naik buaian pusing (ferris wheel) di funfair pun sama jer rasanya. Tapi mungkin sebab Eye On Malaysia nie besar, so nampak gah ler sikit. Bila bergerak jer, Hardy takut2 jugak dan Hariz langsung tak buat bising.


Inilah antara pemandangan yang boleh dinikmati bila berada di atas awan (hehehe...). Rasanya menarik juga usaha kerajaan mengekalkan Eye On Malaysia nie sebab pastilah ia menjadi terikan kepada pelancong dalam dan luar negara. Tak dapat naik London Eye, dapat naik Eye On Malaysia pun jadilah. Tak lama lagi Singapura pun akan ada Singapore Eye juga, dengar khabarnya paling besar di Asia.
Rasanya cukup sekali kami merasai pengalaman menaiki Eye On Malaysia. Kalau tak cuba tak rasa pula pengalamannya. Yang pastinya, riak muka kedua2 anak menggambarkan segalanya. Kepuasan jelas terbayang di wajah mereka dan pasti kami akan cuba benda2 lain pula selepas ini.
Malaysia, Truly Asia, Di sini ada segalanya...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...