26 Januari 2008

Atonement: Tanggungjawab seorang Novelis


Filem ini arahan Joe Wrights yang pernah menggemparkan dunia perfilemen dalam debut filem Pride & Prejudice. Berdasarkan sebuah novel yang ditulis oleh McEwan berlatarbelakangkan tahun 1935. Mengisahkan tentang seorang penulis bernama Briony Tallis. Novel ini adalah novel terakhir dihasilkannya mengisahkan kisah hidupnya pada usia 13 tahun.

Pada usia yang begitu muda, Briony telah jatuh hati kepada Robbie yang merupakan anak orang suruhan di rumah agam mereka. Robbie telah diberikan pelajaran sama seperti anak-anak tuannya dan beliau akan melanjutkan pelajaran ke universiti tidak lama lagi. Walau bagaimanapun Robbie sebenarnya mempunyai hubungan cinta dengan kakak Briony, Cecilia yang sebaya dengan Robbie.

Segalanya menjadi kusut bila Robbie pertama kali meminta Briony menyampaikan hasrat hatinya kepada Cecilia. Dalam surat itu tercatat ayat-ayat 'cinta' yang mengikut pemahaman cetek Briony pada ketika itu sebagai lucah dan memalukan. Dia mula berprasangka. Tambahan pula bila matanya menyaksikan bagaimana aksi Cecilia dan Robbie 'bercinta'.

Suatu hari, seorang sepupunya dirogol dan Briony yang wasangka serta iri dengan Robbie-Cecilia telah membuat pengakuan bahawa dia saksi Robbie merogol sepupunya.

Segalanya berubah. Robbie dipenjarakan dan kerana perang, dia ditawarkan menjadi askar. Cecilia dan Robbie terpisah tetapi cinta mereka tetap membara hingga ke akhirnya.

Namun setelah dewasa, Briony diburu rasa bersalah terhadap Robbie dan Cecilia. Dia cuba membetulkan keadaan namun segalanya telah terlewat. Tetapi tiada istilah terlewat bagi seorang penulis yang menguasai 'dunianya' sendiri. Dengan pena, Briony yang ketika itu sudah berusia 70 tahun, menyatakan kebenaran melalui novelnya yang terakhir.

Filem ini amat menarik untuk ditonton. Banyak aksi twist and turn juga cerita dari sudut pandangan individu lain diselitkan sehingga penonton beberapa kali terpukau dan teruja untuk mengetahui kisah seterusnya. Filem ini memenangi Anugerah filem Terbaik untuk Anugerah Golden Globe dan dicalonkan 7 kategori untuk Anugerah Academy.

2 ulasan:

RinnTis berkata...

wah, mcm menarik.. saya suka dgn lakonan kiera knitely.. cantiknya dia.. saya paling suka dia dalam Pride and Prejudice :) jiwang la tengok citer tu.

LK berkata...

tapi dalam citer ni watak dia tak berapa mendalam. mungkin tak berapa mencabar kot!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...