26 Disember 2007

Pavillion Kuala Lumpur

Kak Eka mesti nak tarik telinga saya kerana dia sudah berpesan supaya lepas balik dari Alor Setar, jangan ke mana-mana, siapkan kerja tetapi saya menyahut cabaran Rose untuk bercuti di tanahair sendiri. Si Lynn dan Lily Yong mesti guling-guling ketawa sebab almaklumlah mereka bekerja di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Destinasi cuti-cuti Malaysia saya di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini bukan kali pertama saya ke sana tetapi pertama kali menjejak kaki ke Pavillion yang baru dibuka (rasanya belumpun sampai 6 bulan).


Bergambar kat depan Bukit Bintang. Mana satu pokok krismas mana satu Laila. Hijau dah sama, rendang pun dah sama....


Kami ke sini... nak tengok The Warlords. Tarikannya tentulah Takeshi Kaneshiro.

Bercita-cita hendak ke spa? Kini ikan pun boleh buka rumah urut. Harganya kalau tak silap RM46 untuk 30 minit. Teringat kalau snorkeling, masa bagi ikan makan, tangan kena gigit dah menjerit-jerit, ini ia gigit kaki kita...tentu geli...nak cuba silalah ke Pavillion.

Saya sempat meninjau-ninjau souvenir yang dijual di sekitar Bukit Bintang. TShirt yang boleh tahan kualitinya, siap glow in the dark lagi harganya cuma RM15. Itu belum tawar lagi. Keychain dan fridge magnet, saya segan nak tanya. Belek tak ada harga. Sebabnya masa saya tanya harga Tshirt tu, mamat penjual tu siap telek saya dan abang dari atas ke bawah. Ini Indon ke apa... sebabnya mana ada orang KL nak beli Tshirt yang tulis KL. Kecuali kalau orang itu datangnya dari ulu banat yang datang ke KL sepuluh tahun sekali.
Harga jus buah di gerai elit d siar kaki RM8. Sama harganya dengan yang diminum di food court Carrefour di Bali. Teringat pula masa di Phuket dulu, sibuk cari barang kulit. Harganya mahal juga. Kalau beli yang berjenama di Sogo Sale lagi murah!
Rasanya, negara sendiri dah lengkap serba-serbi. Barangnya murah. Makanannya halal dan bersih dan berlambak... Bagi saya, hujan emas tetap di negara sendiri. Agaknya saya belum cukup melihat negara orang.... Ke mana pula destinasi selepas ini?

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...