Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan sekurang-kurangnya seorang anak sebagai penyambung kasih-sayang. Walaupun pada awalnya kadang-kadang mereka merancang untuk melewatkan kehadiran orang ketiga itu dengan pelbagai alasan; untuk honeymoon lebih, belum bersedia, takut bentuk badan lari, tak cukup makan lagi atau belum ada rezeki, di akhirnya setiap pasangan pasti mahukan seorang anak dalam perkahwinan mereka.
Namun kita sekadar boleh merancang, TUHAN lebih mentukan. Setelah bertahun-tahun berkahwin kita belum dikurniakan anak. Tidak! Kita sakit hati apabila dikatakan mandul malah pasti berang bila orang bergurau mengatakan kita tak pandai nak buat anak. Bertambah menyakitkan bila setiap kali balik ke kampung orang akan bertanya bila lagi nak beranak...merancang ke... Hakikatnya kesibukan orang hendak menjaga tepi kain kita buat kita tertekan sedangkan hakikatnya kita suami-isteri pasangan paling bahagia dalam planet ini...
Lalu kita menangis. Kita tertekan lalu berusaha. Kita makan ubat herba, makan pil yang entah apa-apa yang disaran orang, pergi bersenam (bagi yang gemuk berlebihan), pergi berurut. Namun pada satu tahap bila semua usaha kita tidak berhasil kita mula menyalahkan diri sendiri atau pasangan kita.Awaklah yang mandul! Mudah benar kita membuat tuduhan! Lalu rumahtangga yang aman bahagia bertukar derita. Bila si isteri mengajak suami ke klinik untuk diperiksa, suami mengelak. Takut keputusannya memang ternyata dia mandul! Lalu akhirnya isteri berendam air mata. Suami dah pekak telinga.... Syurga yang hendak dibina bertukar jadi neraka. Bila hadir orang ketiga yang tidak dikehendaki, hati jadi goyah.... Kata isteri, suami aku dah tak nak dengar rintihan hati, mujur ada dia yang suka menjadi pendengar setia. Kata suami, aku akan buktikan dengan mengahwini perempuan lain, aku lelaki sejati, anak-anakku berderet-deret nanti dan aku akan buktikan aku bukan mandul! Menyakitkan hati isteri, sengaja dipilihnya calon isteri yang memang sudah ada anak lain sebelumnya....
Impak zuriat dalam hidup kita besar. Kerana itu ALLAH memberi keistimewaan kepada anak soleh yang dapat memberikan syafaat kepada ibubapa mereka yang sudah meninggal di dalam kubur dengan doa mereka. Anak penyambung kasih-sayang antara dua teruna-dara yang berjanji untuk sehidup semati.
Mengkiut kajian, kemandulan disebabkan oleh 30% puncanya oleh isteri, 30% oleh suami, 30% oleh kedua-duanya dan 10% sebabnya tidak diketahui. Sekiranya anda sudah buntu tidak tahu hendak mendapatkan bantuan sesiapa, pergilah ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Jalan Raja Laut, KL (bersebelahan Hotel Quality, depan bangunan MARA). Di sini memang menjadi tugas mereka membantu pasangan yang menghadapai masalah kesuburan.
Berikut kronologi mendapatkan rawatan tersebut dan anggaran perbelanjaan yang harus dikeluarkan setiap kali anda ke sana.
1. Sila telefon LPPKN di talian 03-26937555 dan minta disambungkan ke klinik kesuburan semingggu sebelum tarikh anda dijangka period. Jururawat akan memberitahu anda supaya menelefon kembali untuk membuat temujanji pada hari pertama period. Juga apa yang anda dan pasangan perlu lakukan beberapa hari sebelum period. Suami wajib hadir bersama pada temujanji pertama kali. Sila telefon pada waktu petang untuk sebarang pertanyaan dan temujanji kerana pada waktu pagi mereka sibuk melayan pesakit.
2. Buat temujanji anda pada hari pertama period.
3. Datang bersama suami pada hari temujanji. Isteri akan diambil darah dan suami diminta membuat ujian sperm count. Kos dalam RM RM85 ke RM100.
4. Isteri perlu datang untuk ujian darah ke dua bila period ke 16 (jika tidak silap)-RM30. Jika ujian sperm count suami ok, (kira-kira 20 juta kiraan dan aktif), biasanya suami tidak bermasalah. Tumpuan rawatan akan diberikan kepada isteri.
5. Isteri perlu membuat HSG di klinik terpilih untuk melihat keadaan tiub fallopian. Sejenis ubat seperti iodin akan dimasukkan ke dalam rahim. Alatnya macam skru berpayung dan agak panjang.RM180-RM250.
6. Keputusan XRay dibawa kepada doktor di LPPKN dan doktor akan memberitahu masalah anda dan suami seterusnya memberikan cadangan rawatan. Jika wanita tidak subur, suntikan dan pil akan diberikan. RM234.
7. Isteri datang untuk ultrasound (melihat bilangan telur yang berjaya dihasilkan dan kematangannya). Jika pesakit memilih untuk melakukan persenyawaan sendiri ataupun bilangan telur kurang dari 3 biji, doktor akan memberikan tarikh dan masa tertentu untuk pasangan melakukannya. Tetapi jika bilangan telur 3 biji dan lebih dan pasangan memilih untuk melakukan IUI (iaitu sperma suami diambil dan dipilih lalu dimasukkan ke dalam rahim isteri) maka doktor akan memberikan tarikh untuk melakukan IUI di LPPKN. RM126.
8. Rawatan IUI.RM300.
9. Jika tidak berjaya langkah 7 diulangi. Bagi yang tidak cukup subur, doktor akan meningkatkan dos.RM631.80.
10. Ultrasound.RM126.
11. Jika berjaya kemungkinan untuk mendapat anak kembar untuk IUI adalah tinggi. Lepas ni kalau masih gagal, mungkin perlu buat bayi tabung uji....kosnya hehehe RM15,000.00
Bukan senang nak buat anak kan! Jadi kalau anda dan pasangan punya anak yang ramai, jangan sesekali memandang rendah pada orang yang sedang kuat berusaha untuk mendapatkan seorang anak. Jangan berlagak sangat dan besar diri dengan kurniaan TUHAN pada anda. Kerana pada bila-bila masa TUHAN boleh mengambil mereka dari anda. Kepada diri saya dan semua, hargailah anak anda kerana bukan senang untuk mengeluarkan seorang bayi dari perut ibu. Selamat mencuba dan selamat maju jaya!
ps: bagi kakitangan awam, boleh membuat tuntutan bayaran balik rawatan tersebut dengan syarat rawatan hanya untuk anak pertama. Kalau di swasta, kosnya lagi berganda-ganda. Terima kasihlah kepada Kerajaan Malaysia!
7 ulasan:
kalo inginkan boipren yg boleh bg zuriat mcm mana? hahahahahahaaaaaaa.............
TERIMA KASIH kepada semua IBU.
TERIMA KASIH kepada semua WANITA.
kalau nak anak laki masa isteri subuh... kalau nak anak perempuan masa isteri lepas subuh... isyaAllah
naza
http://enaza.blogspot.com
sori... subur
naza
fuza : hahaha...kena test tu tapi boipren payah sikit nak test...hehehee
abang long: sama-sama....
naza: terima kasih untuk tips
Catat Ulasan