Kenali Laila



Laila Kamilia akan berusaha menyajikan pembaca novelnya dengan menulis kisah berdasarkan pengalaman yang sebenar dengan orang yang sebenar. Identiti penulisannya yang penuh misteri dan rahsia membuatkan pembaca meneka-neka pengakhirannya.
Biografi
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia, UPM dengan mengkhusus kepada Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak, Minor dalam Kaunseling Keluarga. Juga memegang Diploma Perguruan di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dengan mengkhusus kepada Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.


Laila Kamilia merupakan pemilik nama pena kepada Haslina bt. Kamaluddin. Dilahirkan di Teluk Intan, Perak pada 4 Mac. Bintang Pisces ini merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik. Menyukai hobi yang santai seperti membaca, mendengar lagu, menulis dan mengembara.


Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Teluk Intan sehingga ke Tahun 6 sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Seri Perak, Teluk Intan, Perak sehingga ke Tingkatan 5. Melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Kota Bharu, Kelantan bagi mengikuti kursus Matrikulasi Universiti Putra Malaysia (UPM) selama setahun setengah sebelum meneruskannya ke kampus UPM, Serdang. Selama dua tahun setengah berikutnya bergraduat dengan segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia, UPM dengan mengkhusus kepada Pembangunan Keluarga dan Kanak-kanak. Pada 2007, telah mengikuti kursus Diploma Perguruan di Institut Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur dengan mengkhusus kepada Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Memulakan kerjaya sebagai Pegawai Sumber Manusia di sebuah kilang kapas sebaik bergraduat. Ibarat sireh pulang ke gagang, kembali ke UPM menabur bakti sebagai Pegawai Tadbir selama 5 tahun dengan jawatan terakhir sebagai Pengurus, Pusat Penyelidikan Perumahan, Fakulti Kejuruteraan UPM. Ingin menjadi manusia berbakti kepada anak-anak istimewa, merupakan sebab utama memilih kerjaya di bidang perguruan kemudiannya. Bangga menjadi seorang guru apatah lagi guru kepada anak-anak syurga merupakan kata-kata motivasi yang sentiasa melekat di hati, menjadikan azimat menempuh kehidupan mendatang. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...