Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Singapura. Papar semua catatan

16 Oktober 2013

Jalan-Jalan Singapura (One day trip) versi DIY

Amaran : Pastikan anda benar-benar fit dan tak bawa budak-budak kalau nak ikut itenary redah dan belasah Singapura ini! Sila lihat peta MRT Singapura untuk memahami iteneri ini.

4.30 pagi- bertolak dari rumah ke LCCT
5.00 pagi- parking di LCCT dari jam 5-1.00 pagi RM42 lebih jimat daripada naik teksi RM60X2.
5.15 pagi- sahkan dokumen di kaunter Air Asia (tak perlu masukkan beg sebab travel light, dah web check in siap-siap kat rumah)
6.10 pagi- kapal terbang berlepas (solat subuh atas flight)
7.15 pagi-tiba di Changi International Airport@ Terminal 2 (tengok arah jalan untuk naik tren ke terminal utama)
7.30 pagi- tiba di terminal utama, sarapan pagi. Kalau tak tahu nak makan apa, boleh makan fast food macam Burger King (jangan risau kebanyakan fast food ada tanda halal, tak yakin tengok kat tepi dinding).
8.00 pagi- cari papan tanda MRT. beli one day tiket tourist kat kaunter. Tiket ni valid dari jam 6 pagi-12 tengah malam saja bukannya 24 jam, harganya SGD20 saja (deposit SGD10, jadi dengan SGD10 boleh naik semua kenderaan awam di Singapura dalam masa sehari memangla berbaloi). Pastikan anda sentuh kad tiket anda setiap kali naik dan turun.


Perjalanan dari Changi Aiport ke city, anda perlu menukar tren di Tanah Merah (line hijau). Dari Tanah  Merah, perjalanan diteruskan sampai ke Raffles Place. Di sini anda boleh turun dan exit di exit H. Kita akan mula dengan Merlion. Selepas exit, sebelah kanan akan nampak sungai. dari situ boleh river cruise  tapi tambangnya lain, tak boleh guna one day tiket tadi.





Dari Merlion, kami menyusur ke kanan dan lihat banyak jambatan dan bangunan tinggi. Jalan hingga jumpa simpang dan menyeberang jalan untuk ke tapak yang menempatkan Merlion. Dari sini  panoramanya cantik, Singapura yang maju!







Selepas penat bergambar kat situ, boleh memilih sama ada nak kembali naik MRT turun di stesen City Hall untuk lihat Raflles Hotel atau teruskan perjalanan anda melalui jambatan menuju The Esplanet (struktur macam kulit durian). Kami memilih berjalan kaki dan berehat seketika di The Esplanet.

Bila perut dah lapar untuk diisi makan tengahari, bolehla naik MRT turun di Bugis. Sebaik keluar dari stesen Bugis, jalan ke kanan, terus sampai jumpa traffict light. Di situ ada shopping mall. Masuk shopping mall tu dan keluar dari situ terus nampak kubah masjid. Kat situla Arab Street. Ada banyak restoren makanan halal. Pilih aje sambil jamu mata shopping. Barangan yang ada kat sini macam di Jalan Masjid India. Jadi saya tak ada beli apapun, sementelah bila di convert dengan RM yang sudah agak tinggi (dulu RM2.20 sekarnag RM dah semakin teruk RM2.70, lebih baik shopping di KL hehe).






Sebaik azan berkumandang (waktu lebih kurang sama aje di Malaysia), ambil peluang solat di antara masjid tertua di sini. Lepas tu boleh sambung jalan-jalan di kampung Melayu Gelam yang terkenal tu. Saya kembali ke stesen Bugis dan terus ke depan. Di sinilah letaknya Bugis Street, tempat orang membeli-belah juga. Harganya boleh tahan. Tshirt boleh dapat pada harga SGD10 untuk 3 helai. Orang sesak gila dan disebabkan lorongnya yang kecil, memang tak berapa sesuai untuk tolak troley baby.

Dari situ, kami naik bas. Nak tengok Singapura dari bas pula. Kami naik bas ke Marina Bay Sand. Kat sinila shopping mall terbesar di Asia! Boleh shopping kalau banyak bawa SGDnya sebab macam-macam jenama terkemuka di dunia ada di sini!





Seberang jalan je daripada Marina Bay Sand adalah Marina Bay Skypark. hah! tu yang kat belakang saya tu yang macam  kapal tu. Ada observation deck. Kalau nak naik SGD20 je! Saya amik gambar je... kat taman kat bawah ni, Marina Gardens by the Bay. Memang cantik terutama pada waktu malam! Malangnya disebabkan kepenatan, kaki dah tak larat nak berjalan lagi ke sana! jadi impian nak datang tengok garden tu waktu malam simpan kemas-kemas dalam poket la! Ada rezeki nanti boleh datang lagi dengan anak-anak pulak!



 Ini jambatan helix kat area Marina Bay juga.
Jam 8.00 malam ada pertunjukan istimewa kat luar shopping mall. Ada pertunjukan laser, rasanya lebih menarik kalau dilihat dari seberang di Merlion.

Kalau ada peluang, rasa makanan yang tak ada di Malaysia! Pasti beri pengalaman menarik. Kalau masih larat, boleh jalan-jalan di Orchard road (boleh baca entri saya sebelum ini tentang Orchard Road). Tapi disebabkan saya sudah 3 kali ke Singapura, dah pernah ke sana, jadi memang tak kuasa la nak ke sana lagi. Dah pancit! Hehe. Kalau nak ke sana naik MRT laluan merah (Jurong East).

Tepat jam 8.15 malam, semasa pertunjukan laser masih berlangsung, saya pulang menaiki MRT. Jangan lupa kembalikan tiket one day di stesen MRT di airport Changi sebelum pulang (dari Marina Bay terus ambil line hijau dan tukar tren ke Paya Lebar sebelum meneruskan perjalanan ke Changi). Selepas sahkan dokumen di kaunter Air Asia, selesai urusan imegresen, barulah saya makan. Pada malam itu flight delay 1 jam menyebabkan saya sampai ke rumah jam 2.00 pagi. 

Hehe. Pengalaman yang memenatkan tapi puas hati dapat pergi ke tempat-tempat yang saya belum pernah sampai di Singapura. Amacam? Boleh cuba iteneri ringkas dan padat ni. Lepas ni kita cuba one day trip Bangkok pula ye! Selamat melancong!

01 Jun 2011

Ke Universal Studios Singapura!

Melengkapkan taman tema di Asia selepas Warner Park Madrid di Sepanyol, Disneyland Paris di Peranchis dan Movie Park Bottrop di Jerman, kembara taman tema kami diteruskan ke negara jiran kita Singapura. Taman tema yang masih baru dibuka ini, sememangnya menawarkan percutian yang menggembirakan terutamanya di kalangan anak-anak. 

Seperti biasa, kalau ke Singapura, kami lebih senang menaiki kereta sendiri. Walaupun kenderaan awam di Singapura ini antara yang terefisien di Asia, kami memilih untuk naik kereta kerana lebih mudah. Bertolak seawal 8.30 pagi dari JB, kami tidak berdepan dengan kesesakan di pagi Ahad 1 Mei 2011 itu. 

Perjalanan yang lancar menyebabkan kami tiba awal iaitu kira-kira jam 9.15 pagi. Jam 10.00 pagi baru taman dibuka jadi tempoh yang ada itu kami mengambil gambar dan membaca peta taman untuk merancang percutian hari itu. Kebiasaanya taman tema pasti akan mempunyai beberapa pertunjukan yang harus mengikut jadual. Jadi, jika tidak mahu ketinggalan, kita kena waspada dengan masa.

Masuk saja ke taman, kami bergambar dengan beberapa karektor. Kimy takut dengan Zombie tetapi Hana terus menangis. Hahaha.... Kami mengambil peluang orang yang masih tidak ramai ke rumah Shrek dan mencuba  permainan di situ. Apa yang kami perhatikan, bilangan pengunjung semakin menginjak tengahari semakin ramai. Jika di Europe, kebiasaannya pengunjung memang sudah ramai daripada permulaan. Kami memilih permainan yang tidak memerlukan masa yang lama untuk beratur. Sementelah kami bercadang untuk pulang lewat dan tidak membeli fast pass, permainan yang memerlukan masa yang lama untuk beratur, kami simpan untuk sebelah lewat petang atau malam. Jadi kami ada banyak masa untuk mencuba permainan lain. Itu merupakan satu strategi di taman tema ya!

 bersama Po, si Panda
 inilah Zombie yang Kimy takut, Hana pun dah nangis...
 Puss in Boots
 Battlestar Galactica yang menggerunkan
 Hana sempat bergambar di Hollywood
 Winnie Woodpacker
 Battlestar Galactica dari jauh
 Istana Far Far Away from Far Away...haha
 Kimy dan telinga Shrek
Hardy di kedai cenderamata

Kami mencuba semua permainan kecuali Battlestar Galactica. Gila ke apa? Saya tidaklah seberani itu. Jadi kalau sesiapa yang berani itu tahniahlah yer. Saya paling suka Jurassic Park-The Lost World. Pengalaman paling menggerunkan tentulah ketika menaiki Ancient Egypt. Memang sebab kena paksa dan ada trick sikit menyebabkan saya terkena. Tak apa.... abang sengih aje sebab dapat mengenakan saya. Tapi sebenarnya dia tak tahu, yang saya memang mahu mencuba. Sebab itu bila dia ajak naik Galactic Battle, jangan harap saya nak naik walaupun penat dia memujuk. Hahaaha....Hakimy suka naik roller coaster di Far Far Away sedangkan Hardy suka dengan aksi pembuatan filem di Lights, Camera, Action di New York. Hana walaupun kecil, dia nampaknya seronok tengok macam-macam warna di sana. Sempatlah naik keretapi kecil. Yelah, masukpun tak bayar. Jadi memang banyak yang tak boleh nak naik. Tunggu besar sikit ye sayang!

Pertunjukan yang paling menarik saya rasa adalah pertunjukan di Waterworld dan Lights, Camera, Action di New York. Kami tidak dapat masuk ke Madagascar kerana masih belum dibuka ketika itu. 

Melihat anak-anak gembira, kami yang menyambut ulangtahun perkahwinan ke 11 tersenyum senang. Melihatkan wajah-wajah bahagia anak-anak, kami turut berbahagia. Semoga ada percutian keluarga yang lain di masa depan. Kepada yang masih belum berpeluang ke sana, bolehlah merancang percutian kerana setelah dibuka secara rasminya minggu lepas, semua tarikan telah dibuka kepada umum! Bila balik jangan lupa beli cenderamata sebagai kenangan ya! Selamat bergumbira!

20 Jun 2007

Jalan-Jalan Orchard Road (Singapore)



Kali kedua saya menjejakkan kaki ke Singapura pada 15 Jun 2007 lalu. Kali pertama dulu pada bulan Februari tahun yang sama. Kali ini, saja-saja nak berjalan-jalan melihat suasana ibukota Singapura yang gah di mata orang tu. Saya pun bertolak jam 4.45 petang bersama keluarga (hubby dan anak2) dengan kereta kami. Sebenarnya hubby ada meeting kat JB. Alang2 kelas belum bermula, ikut ajerlah dia ke JB. Dapat gak rehatkan badan sambil jalan2.

Satu tips untuk yang ingin pergi dengan kereta. Singapore akan charge $s20.00 kepada kenderaan luar yang nak masuk ke singapore setiap isnin hingga jumaat dari jam 2.00 pagi hingga 5 petang. Kalau lepas pukul 5 ptg hingga jam 2.00 pagi dan sabtu dan ahad, takde charge. Tol cuma waktu nak keluar dari singapore (dalam $s1.20 ikut woodlands/tambak atau $s3.80 ikut Tuas/second link). Setiap kereta foreigner wajib register dengan beli autopass (macam touchngo) dengan harga $s10.
Apa yang menariknya Singapore? Bersih, terancang dan landskapnya cantik. Kali pertama dulu saya pergi ke Sentosa Island. Tak sesat ke memandu ke sana? Sesat... mana tak sesat. Hubby bawa kereta dan saya baca peta. Orang perempuan mana boleh baca peta. Memang sesatlah. Sudahnya hubby berhenti dan baca peta sendiri.
Kali kedua ni pun sesat juga tapi alah bisa tegal biasa. Pengalaman itu banyak membantu. Akhirnya kami selamat juga ke Orchard Road yang digembar-gemburkan itu jam 7.30 malam (Kak Salmah kalau terbaca jangan gelak ye).
Shopping complex dia tak ada bezanya dengan Malaysia. Macam kat Bukit Bintang dan KLCC juga cumanya ia bandaraya terancang. Sepanjang jalan Orchard tu berderetan shopping complex. Macam kita letakkan Sogo, KLCC, Bukit Bintang di deretan yang sama, berpusat.
Satu yang saya nampak, orchard road memang live. Hubby kata macam suasana kat Tokyo sikit2. Orang ramai menunggu lampu isyarat untuk melintas. Yang pasti kat sini ramai pelancong asing.
Apa yang saya beli? Heehheeh. Malu nak cerita tapi saya yakin pengalaman yang saya kutip semasa di sana lebih berharga dari barang yang saya beli itu.
Kami sampai ke JB dalam pukul 12.00 malam. Memang signage ke Johor/Malaysia memang tidak ada. Jadi kalau nak pulang ke Johor cari signage ke SLE (kalau tak silap). Elok nak sampai ke Woodlands tu baru ada tulisan nak ke Johor. Dah masuk payah pula hendak keluar ye?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...