Memaparkan catatan dengan label Belgium. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belgium. Papar semua catatan

11 Januari 2014

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium III - Gent


Kami singgah di Gent (terima kasih Natrah) selama 2 hari. Walaupun kami banyak menghabiskan masa kami di Brugge, namun permandangan indah kota Gent tidak kami lupakan. Kami sempat juga bersiar-siar sambil merakamkan pemandangan indah sekitar Gent yang terkenal dengan bangunan-bangunan lamanya yang unik dan klasik.



Sebaik pulang dari Brugge, Kak Na telah mempelawa kami semua makan malam di rumahnya. Jadi sebaik habis makan, Natrah telah membawa kami pusing-pusing di sekitar bandar Gent. Suasana malam di Gent menarik dengan sokongan lampu-lampu menerangi bangunan-bangunan lama bersejarah di keliling bangunan-bangunan tersebut.



Gent ada tarikannya sendiri. Selepas penat bersiar bersama Natrah pada malam itu, kami pulang dengan rasa puas hati kerana tidak sia-sia kami ke sini. Esok kami harus bangun pagi kerana bas ke Paris akan berlepas jam 9.00 pagi.

ENTRI ini pertama kali dipos pada 14/5/2009

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium II - Brugge

Kami ke Brugge atas cadangan Kak K yang beria-ia menggembar-gemburkan yang Brugge ini cantik diibarat Little Venice. Jadi kami pergi sementelah sudah sampai ke Belgium. Kedudukan Brugge yang tidak jauh dari rumah Natrah yang kami tumpang berteduh memudahkan kami untuk ke sini. Tambangnya tidaklah mahal sangat dalam Euro11 pergi-balik.

Pagi itu hujan agak lebat dan kami menggigil kesejukan. Tetapi kerana sudah sampai, kami gagahkan kaki juga. Bersama peta yang diberikan Natrah, kami menselurusuri Brugge yang kedudukannya agak tersorok agak jauh dari jalan utama. Brugge sebuah perkampungan yang sangat cantik dengan bangunan lama, terusan dan keindahan warna-warna alam. Saya benar-benar terpesona dengan keindahannya dan tidak menyesal ke mari.



Bila kami tiba hujan masih renyai-renyai tetapi bila sudah sepuluh minit di sana, matahari menunjukkan wajah melengkapkan suasana indah dan mood untuk bergambar di sini sana. Penat bergambar, kami singgah makan waffle yang lembut dan lazat. Kalau hendak membeli-belah, deretan kedai-kedai yang berjenama turut ada di kiri-kanan jalan. Kedai cenderamata dengan harga berpatutan juga berlambak-lambak. Pendek kata Brugge menawarkan pakej yang lengkap. Kata sesetangah orang, tak perlu ke Venice untuk menikmati pemandangan indah menaiki bot. Di sini ada segala-galanya. Ia mendapat jolokon Venice of the North.

Ada banyak lagi gambar-gambar cantik di sini tetapi saya tidaklah boleh memuat naik semuanya. Sesungguhnya Brugge memang cantik dan mendamaikan. Jika anda ke Belgium singgahlah ke sini dan anda pasti kagum dengannya.

ENTRI ini pertama kali ditulis pada 10/5/2009

REPOST : KEMBARA EROPAH: Belgium I - Brussels

Destinasi kami setelah meninggalkan Rotterdam adalah Brussels. Perjalanan selama lebih kurang 2 jam dengan keretapi. Kami singgah ke beberapa tempat tarikan pelancong seperti Gendamen Markt dan Minaken Piss di tengah kota Brussels. Jenuhla kami mencari Minaken Piss yang merupakan lagenda Brussels. Bila sampai kami memang terkejut kerana Minaken Piss yang digembar-gemburkan itu tidak seperti yang ada dalam imaginasi kami. Dalam pemikiran, tentulah patung menjadi tarikan pelancong itu besar, tetapi rupanya Hakimy lebih besar dari patung itu. Hampir-hampir kami tidak tersesat semasa mencarinya.






Inilah Minaken Piss!




Belgium terkenal dengan lace, waffle dan coklat. Lace di sini memang sangat cantik dan halus buatannya tetapi harganya sangat mahal sehingga boleh mencecah beratus-ratus Euro. Tetapi amat rugi ke Belgium jika tidak merasa kesedapan wafle dan coklatnya. Boleh dikatakan sepanjang berada di Belgium, kami makan wafle hari-hari.


Sebelum ke Gent, kami singgah ke Atomium dan Mini Europe untuk bergambar. Sempat juga kami merasa menaiki tram yang melalui perkampungan lama di Brussels. Brussels sekalipun kurang promosi, berbaloi untuk dilawati.

ENTRI ini pertama kali ditulis pada 10/5/2014 dan dipos semula sempena menyiapkan novel Cinta Top Secret.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...