Memaparkan catatan dengan label United Kingdom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label United Kingdom. Papar semua catatan

30 Disember 2013

REPOST: KEMBARA EROPAH: Road Trip: London-Manchester-Newcastle

Tak pernah bercita-cita untuk berkembara di jalanan di UK tetapi itulah yang terjadi. Bagi yang sudah selalu membaca tulisan saya, mesti akan perasan dengan tagline itu...Nampak sangat saya ni manusia sentiasa cuba hidup sederhana, yang hanya menanam cita-cita yang dirasakan dapat digapai dalam hidup tetapi seperti selalu, rezeki itu datang tanpa disangka dalam hidup dan saya akan cuba mengharunginya seperti biasa....

Trip ke Newcastle dirancang memandangkan tempoh 9 hari di UK terlalu panjang untuk kami hanya duduk di kota London. Selain itu ia memberi peluang kepada saya bertemu dengan heroin novel saya yang baru Ainnur Azleen. Seperti yang saya beritahu awal dulu sebelum ini, saya ke sana antara lain mahu menjejak kisah cinta Ainnur Azleen dengan Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Redza. Disebabkan Newcastle itu perjalanannya dari kota London mengambil masa lebih kurang 6 jam tanpa henti, ditambah dengan kepenatan memandu dalam keadaan waktu siang yang singkat maka kami singgah berehat sebentar di Manchester.


Inilah kereta yang disewa pada kadar Pound 90 untuk 4 hari. Kereta pertama dipandu selepas 3 bulan abang tidak memegang stereng....

Hakimy dah penat sangat dengan perjalanan yang jauh. Mujur dia tak meragam terpaksa duduk di atas kerusi dengan memakai taipinggang keselamatan. Kalau kat Malaysia, jangan harap dia boleh duduk diam-diam kat belakang. Gerenti melepek atas riba mak dia kat depan....

Ingatkan kat Malaysia aje boleh jammed. Kat sini pun sama jugala...almaklum oang sibuk balik kampung sempena Krismas. Tapi yang syoknya kat sini kami cuma bayar tol Pound4.5 je. Itupun balik tak kena tol. Lagi syok sempena Krismas depa bagi diskaun 20pence rebat tol. Kalaulah balik raya ke kampung dapat rebat dari Plus.

Abang dan Hardy sempat bergambar di Stadium Old Trafford yang menjadi kebanggaan pasukan Manchester United. Rupanya sadium ni kat dalam kawasan perumahan....Sayang kami sampai lewat dah gelap jadi gambar pun taklah berapa terang. Udaranya cukup sejuk...cukup untuk membantutkan rancangan untuk mengambil gambar banyak-banyak dan pusing-pusing stadium....

Di sinilah kami makan malam itu, Restoren Al Bilal, restoren Pakistan yang menawarkan hidangan Thai dan India dalam suasana gaya Eropah....hehhee payah nak diterangkan dengan perkataan....hanya yang merasai suasananya malam itu dapat menghuraikannya

Kami disambut oleh rakan-rakan di Manchester dengan sambutan yang cukup hangat....cukup untuk menutup rasa sejuk yang menikam hingga ke tulang hitam... Manchester yang dikenali dengan jolokan perkampungan Melayu sebab di sinilah kebanyakan rakyat Malaysia tinggal terutamanya pelajar Malaysia.

Pertama kali dibawa ke tempat makan, saya menggeeng kepala... Di sana sini terampang iklan makanan Islam...majoriti ekonomi dikuasai oleh orang Islam jadi mudahlah masyarakat sini mendapatkan bekalan makanan halal. Maka tidak hairanlah Manchester terkenal menjadi pilihan pertama pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian.

Disebabkan kami tidak dapat lama di sini kerana tuntutan perjalanan dan agenda shopping di Designer Outlet maka saya punya pertanyaan-pertanyaan di kepala tentang di mana agaknya Cristiano Ronaldo pergi bersiar-siar selepas penat main bola atau di mana Victoria dan Beckham membeli groceries di hujung minggu langsung tak terjawab......

posting pada 12/1/2009 reposting sempena berkongsi pengalaman drama Cinta Pandang ke-2.

01 Februari 2010

Panduan Menghantar Cenderamata ke negara EU

Saya pasti tentu ramai yang punya teman-teman di seberang laut. Kadang-kadang terasa nak hantar hadiah pada teman-teman yang sudahpun lama tidak kita jumpa. Ada ketika, bagi mereka yang tinggal di luar negara pula, terasa hendak mengirim cenderamata istimewa yang melambangkan negara yang kita tinggal itu kepada teman-teman, mengatakan kita sangat menghargai mereka. Tambah-tambah jika orang itu yang dekat dengan hati seperti teman istimewa, keluarga mahupun sekadar teman tapi mesra, mengeratkan lagi silaturrahim yang sedia ada.

Walau bagaimanapun, kegembiraan si penerima dengan hadiah kiriman kita kadang-kadang tercalar dengan bayaran cukai yang dikenakan kerana menerima hadiah dari kita. Di negara EU (European Union), kadar cukai VAT (berbeza mengikut negara, di Jerman 19% dari harga nilai taksiran barangan ) biasanya dikenakan kepada mana-mana bungkusan yang masuk ke negara tersebut.

Jangan terkejut jika hadiah itu cuma berupa beberapa helai Tshirt, keychain ataupun fridge magnet (sekadar menamakan barangan cenderamata popular) yang bukannya untuk dijual tetap dikenakan cukai. Di Jerman, setiap barangan masuk ke Jerman yang bernilai Euro22 ke atas akan dikenakan cukai. Jadi bagaimana untuk kita mengelak dari dikenakan cukai tersebut dan membuatkan si penerima tersenyum riang menerima bungkusan dari kita?

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah Custom Declaration. Borang ini boleh didapati di mana-mana pejabat pos di negara yang kita tinggal. Isikan borang tersebut dan tampal di atas bungkusan yang kita hendak pos itu. Di atas borang itu sila tandakan yang barang tersebut adalah untuk hadiah (gift) (biasanya hadiah tidak akan dikenakan cukai) dan letakkan nilai anggaran barangan tersebut di dalam Euro/ Pound etc (mengikut nilai matawang negara yang bakal kita kirim itu). Nyatakan juga apakah barangan itu (Tshirt etc). Jangan lupa tandatangan borang deklaration itu yang mengatakan barang yang kita pos itu tidak mengandungi barangan merbahaya. Jika borang Custom Declaration itu tidak ada di pejabat pos, anda boleh juga menulis maklumat-maklumat yang saya nyatakan tadi di atas kertas dan jangan lupa tandatangan. Lihat juga senarai barang yang tidak boleh dibawa masuk ke negara tersebut bagi mengelakkan barangan yang kita hantar langsung tidak boleh diterima. Pasti membazir wang mengirimkannya. Laman web Fedex ini http://fedex.com/berguna untuk anda tahu lebih lanjut tentang tax etc jika mahu mengirim barang ke luar negara.

Harapnya info ini berguna kepada anda! Kadang-kadang kita mahukan orang istimewa menerima kejutan dari kita. Jangan biarkan mereka terkejut dengan bayaran cukai yang tidak disangka-sangka bersama-sama hadiah kita. Rasanya, panduan ini bukan saja untuk negara EU tetapi juga untuk ke negara-negara lain seluruh dunia.

cenderamata jam dinding Edward ni sekadar contoh yer...hehe

01 Julai 2009

KEMBARA EROPAH: London to Berlin by Road

Seperti yang diberitahu kepada teman-teman sebelum perjalanan ke London, kali ini kami memilih untuk berkereta untuk merasa suasana berbeza. Kami bertolak ke London menaiki kapal terbang dan pulangnya berkereta. Dari London kami melalui Dover, sebuah pelabuhan jika boleh diimaginasikan bolehlah seperti Pelabuhan Pulau Pinang tetapi lebih besar dengan pemandangan batu kapur di sekitarnya. Kami tidak menaiki terusan kerana disebabkan sudah suntuk, harga tiketnya mahal. Jadi kami memilih menaiki feri saja. Jika tidak, tentu pengalaman kami menjadi lebih menarik kerana pengalaman memandu di terusan di dalam lautentulah satu pengalaman yang begitu menarik.

Jam 2.00 petang kami sudah tiba walaupun tiket feri jam 3.15 petang. Kami melepasi imegresen dan kastam. Pemeriksaan keselamatan yang nampaknya tidaklah terlalu ketat sebagaimana melalui kastam di Bukit Kayu Hitam. Hanya pemandu yang diperiksa, boot kereta dibuka ,cuma yang ditambah ialah alat pengesan bom dilalukan di bawah tayar kereta.

Selesai urusan dengan kastam, kami beratur menunggu feri. Sementara feri tiba, sempatlah kami berehat-rehat di kawasan rehat yang disediakan. Dari Dover kami dijangka tiba di Callais (Peranchis) dalam lebih kurang 2 jam lebih. Tetapi kami tidak merasa perjalanan itu sangat kerana kami mengisi masa dengan makan dan berjalan-jalan di atas feri. Selain bergambar, aktiviti menjamu mata di kedai bebas cukai di atas feri ini boleh melupakan seketika yang kita berada di dalam feri.




Pengumuman dibuat sebaik tiba di Callais. Dari Callais kami menuju ke Gent (Belgium) selepas 4 jam perjalanan. Mula-mula memandu kereta UK di jalan raya Europe memang mengelirukan. Saya yang disebelah terpaksa berjaga-jaga juga bimbang abang tersalah makan jalan. Almaklum, pemandu kereta UK memandu di sebelah kanan sedangkan pemandu di negara Europe yang lain, memandu di sebelah kiri. Bagi mengelakkan kemalangan, beberapa syarat seperti menampal lampu hadapan kereta dengan pelekat khas dan meletakkan pelekat tanda UK pada belakang kereta adalah wajib bagi memberitahu kepada pengguna lain tentang kejanggalan pemanduan kami.

Semasa di lebuhraya tidaklah terasa sangat, tetapi semasa kami tersesat dan masuk ke badan Gent, mulalah kami terasa sedikit panik. Kami terpaksa memandu di belakang tram dengan jalan yang bersimpang-siur, begitu mengelirukan. Mujurlah GPS membantu kami keluar segera dari sana. Kami meneruskan perjalanan ke Eindhoven (Belanda) untuk bermalam. Ketika itu jam sudah menunjukkan angka 10 malam tetapi hari masih terang-benderang.

Tetapi sebaik sampai di Eindhoven, kami membatalkan hasrat untuk bermalam di sana disebabkan harga hotel yang mahal (euro 100) untuk beberapa jam berehat dirasakan tidak berbaloi. Waktu akan cerah jam 4.00 pagi dan kami berhasrat meneruskan perjalanan dan singgah di mana-mana hentian yang menawarkan penginapan.

Namun setelah berjalan beberapa jauh dan singgah di 4 hentian lain yang menawarkan penginapan, kami masih tidak singgah kerana faktor hotel yang mahal. Rupanya harga penginapan di RnR di Europe ini tidaklah semurah di England dan di Malaysia. Euro 100 adalah harga paling minimum. Kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan dan berhenti berehat di RnR jika mengantuk dan lapar.

Sudahnya kami hanya tiba di Berlin jam 4.00 petang keesokan harinya. Perjalanan berkereta sejauh 1000km, merentasi 5 negara, memang pengalaman paling memenatkan. Tetapi seperti biasa, ia memberi kami satu lagi pengalaman berharga yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

27 Jun 2009

KEMBARA EROPAH: London Car Boot Sale

Kami bertolak dari London jam 10.00 pagi. Cuaca cerah dan kami bercadang untuk ke Car Boot di Flamingo Park, dalam perjalanan kami ke Dover (pelabuhan untuk menyeberang ke Peranchis). Kami diberitahu bahawa jika cuaca cerah, ramai penjual dan car boot lebih meriah. Bermakna lebih banyak barang untuk kami jengah dan menjamu mata. Kami tiba sekitar 10.30 pagi. Terima kasih kepada GPS yang membawa kami terus destinasi tanpa sesat pada pagi itu.
Cadangnya kami ke sini untuk membeli child car seat untuk Hakimy tetapi jika tidak jumpa dengan yang berkenan di hati, kami akan pakai saja car seat yang diberi Yati dan Syam. Untuk Hardy, kami hendak membelikannya scooter. Awal-awal lagi di kepala sudah diberitahu supaya fokus mencari car seat walaupun kami digoda dengan macam-macam barangan lain. Disebabkan kami kesuntukan masa kerana harus tiba di Dover sekitar jam 2.00 petang kerana telah membeli tiket feri, jadi kami berpecah. Bukan berpecah lorong tetapi berpecah fokus. Jadi abang akan tengok deretan barangan di sebelah kanan dan saya di sebelah kiri.

Car boot di sini memang menarik. Berbeza dengan di Jerman yang mana barangan yang dijual walaupun terpakai tetap mahal tetapi di sini harganya memang gila. Mungkin kerana kebanyakan penjual hanya mahu melepaskan barangan mereka lalu harga yang memang murah sangat-sangat. Walaupun di kepala hanya mahu membeli car seat, tetapi sudahnya car seat belum dapat, di tangan sudah hampir penuh dengan barang. Kami membeli scooter (3pound), buku-buku dan mainan (sekitar 10-30pence satu), beg tangan (1pound), DVD PS2 (2 pound), baju (3 helai 1pound) dan alas kusyen (4 biji 1pound).


Seronok juga kerana setelah sekian lama, dapat juga saya menggunakan kemahiran tawar-menawar barang. Almaklum sejak duduk di Jerman, saya sudah jadi terbiasa (monotenos) hanya beli dan bayar. Faktor bahasa membuatkan saya tida dapat berkomunikasi dengan berkesan di Jerman. Hendak banyak songeh memang langsung tak ada peluang.... Di sini menawar dan penjual akan mempertimbangkan harga yang kita tawarkan. Kalau harganya dirasakan tidak munasabah, memang mereka tidak akan mengurangannya. Jadi bayar sajalah harga yang telah ditetapkan. Tetapi pokoknya aktiviti tawar-menawar memang berlangsung di sini.

Penat habis satu pusingan, car seat yang dicari belum dimiliki. Memang mula-mula tadi sudah jumpa dengan yang berkenan di hati. Harganya cuma 8pound tetapi disebabkan hendak melihat-lihat dulu, maka kami biarkan saja. Kami bersetuju jika ada rezeki, tak akan ke mana. Jadi bila melihat jam sudah hampir 12.15, kami sudah agak panik kerana car seat yang kami cari masih belum dimiliki. Hardy sudah penat bergerak dengan scooter 'baru'nya sedangkan Hakimy masih rileks kerana tidak langsung mengeluarkan peluh penat kerana duduk di dalam pram. Sudahnya, kami duduk di kerusi dan membiarkan abang dengan misi mencari car seat Hakimy.

Akhirnya car seat yang dicari dijumpai juga. Asalnya harganya 4pound tetapi abang menawarnya dan dapat 3pound tetapi kerana hendak menghabiskan duit syiling yang tinggal 2.98pound maka penjual menerima saja. Wah! Ini sudah sangat murah! Kami sangat berpuas hati dengan keadaan car seat yang masih boleh digunakan dengan harga yang sangat tidak dipercayai! Apa jadi pada car seat pertama yang kami berminat tadi? Kata abang, semasa dia datang hendak membeli car seat itu, seorang lagi pembeli sedang membelek-belek car seat tersebut. Abang setakat menjeling bila lelaki itu bersetuju membeli dan membayar harganya kepada penjual. Moralnya; memang jika sudah tertulis ia bukan rezeki kita, walau sehampir manapun kita dengannya, ia tetap tidak akan menjadi milik kita....

Kami meneruskan perjalanan dengan hati yang sangat lapang! Misi untuk mendapatkan barang-barang yang diidam telah terlaksana. Ianya satu pengalaman baru dan manis buat kami. Jika ada peluang lagi, sudah pasti kami tidak menolak untuk ke sini lagi.....

23 Jun 2009

KEMBARA EROPAH: London Lagi...

Kami ke London lagi untuk menyelesaikan sedikit urusan peribadi. Kunjungan kali ini atas nama kesibukan dan kesempitan waktu, memang kami tidak sempat berkunjung ke tempat-tempat menarik yang sudah disenaraikan sebelum berangkat ke London. Saya tidak sempat ke Kessington Palace (untuk melihat scene lokasi kulit novel Dhiya Zafira, Ku Damba Bahagia), menjamu selera di Malaysian Hall dan membeli-belah. Inilah sebahaigan gambar di London yang sempat saya rakam sebelum pulang ke Berlin. Mujurlah kami sudah berkunjung ke kebanyakan tempat tarikan pelancong semasa kunjungan pertama dulu, jadi tidaklah rasa terkilan sangat.


Pada beberapa hari sebelum kami bertolak, kami dikejutkan dengan berita London Tube Strike. Alamak! Ini kerana pengalaman kami sebelumnya semasa Krismas semasa Tube tidak dibuka, kami memang patah kaki untuk bergerak. Semasa tiba di London pada tengah malam Jumaat itu, dari cermin tingkap bas, saya lihat lorong-lorong pejalan kaki menuju stesen Tube telah dirantai menunjukkan strike masih belum berakhir. Semasa berhenti di stesen Bakers Street, barulah hati saya lega bila membaca notis yang strike akan berakhir pagi itu dan kemudahan Tube dijangka berjalan seperti biasa. Ya, siapa yang tidak gawat bila kedatangan kita di saat yang tidak sepatutnya. Sesungguhnya kita hanya merancang, Tuhan juga yang menentukan. Tiket ke London telah dibeli sebulan awal, manalah hendak disangka London akan heboh dengan strike pula pada hari saya berada di sana. Alhamdulillah Allah telah permudahkan urusan saya nampaknya.



Kali ini kunjungan singkat ini, kami santai dan tidak terburu-buru mengejar waktu seperti selalunya kami berkunjung ke mana-mana destinasi. Mungkin kerana sebelum berangkat, sudah ditanam di kepala, kunjungan kali ini atas urusan lain, bukannya untuk jalan-jalan makan angin. Namun sempat juga saya makan roti naan dan tikka ayam di kedai Pakistan. Lepaslah juga kempunan hendak makan roti naan ayam tandoori. Mungkinkah ini kunjungan kami yang terakhir ke London? Saya tidak berani berjanji.... kerana saya memang sudah jatuh hati kepada London.... dan kami hanya akan pulang ke Malaysia, Mac tahun depan!

24 Mac 2009

Jika hendak ke Eropah

Lawatlah link-link berikut untuk tengok hotel-hotel yang berpadanan dengan bajet anda.

http://www.hotelformule1.com/formule1/index.html

http://www.etaphotel.com/gb/home/index.shtml

http://www.ibishotel.com/gb/home/index.shtml



tapi kalau nak ke Berlin, masuk saja ke hotel ini http://lailakamilia.blogspot.com/

heehe...gerenti harganya berpatutan....

kalau nak terbang pula, mungkin link2 ini akan membantu anda membuat bajet...
http://www.ryanair.com/site/EN/
http://www.easyjet.com/en/book/index.asp
http://www.tuifly.com/de/index.html
http://www.klm.com/travel/klm_splash/splashpage.html
http://www.emirates.com/

nota-kalau nak jimat, boleh saja naik Air Asia dari KLIA, turun di London. Kemudian dari London boleh pilih ke mana2 destinasi di Eropah ini dengan kapal terbang tambah murah yang lain seperti ryan air, easy jet etc. Setiap negara ada kapal terbang tambang murahnya sendiri. Selamat Melancong!

19 Januari 2009

KEMBARA EROPAH: Kembali ke London

Ke mana nak berjalan? Di kepala sudah terakam beberapa spot yang perlu kami kunjungi sebelum balik. Antaranya Buckingham Palace. Hari ni tiada changging of guard. Terpampang di depan pintu masuk istana. Jadi bila kami sampai dalam 12 tengahari (kerana kami ke Tower of London dulu pagi itu) tak adala rasa terkilan sangat....(waktu pertukaran lebih kurang jam 11). Tapi orang memang ramai....Dan kami terpaksa menapak agak jauh juga... Tak macam Istana Negara yang kedudukannya betul-betul kat depan jalan raya...

Habis berjalan tetiba je perut rasa lapar. Walau sudah dialas dengan makanan ringan nampaknya perut saya memang sudah tidak boleh berkompromi langsung hari ini. Sepatutnya kami ambil gambar di Kessington Palace dan sekitarnya tetapi disebabkan perut yang dah tak boleh nak makan saman, maka kami pun singgah ke Malaysian Hall. Itu gambar muka orang lapar dan di bawahnya gambar Hardy yang sudah kenyang...


Kami meneruskan perjalanan ke Hard Rock Cafe sebelum pulang bersiap-siap untuk menonton bunga api sempena Tahun Baru!

Gambar-gambar sekitar Tower of London yang kami sempat rakam pada waktu pagi...

14 Januari 2009

Road Trip: London-Manchester-Newcastle (Part II)

Kami sampai di Newcastle dah malam; hampir jam 8.30 malam. Sampai di sana terus dihidangkan dengan nasi ayam! Nyum nyum nyum.....

Hari esoknya, konon-konon nak keluar awal, tapi tetiba tayar kereta kawan pancitla pulak. Jadi kami keluar jam 2 ptg di mana hari sudah hampir gelap.

anak-anak dalam van, bersedia untuk ambil angin senja....

saya dan azlina di depan Cassie Building, Newcastle Univ.

kami sekeluarga...Hakimy tak habis-habis duduk dalam pram kerana sejuk....



di hadapan Millenium Bridge
yang ni abang curi-curi keluar ke St. Jame's Park... Stadium Newcastle United
lagi pemandangan di bandar...

Kami bertolak balik keesokan harinya, konon-konon sebelum matahari naik untuk cepat sampai ke London tapi akhirnya....jam 2.00 petang baru berangkat. Kami sampai jam 8.00 malam dan disambut dengan suhu -2. London tahun ini bagi penduduknya memang sejuk benar....

13 Januari 2009

KEMBARA EROPAH: Cheshire Oaks: Factory Outlet Terbesar di UK

Saya rasa ini kunjungan saya yang pertama ke F.O di UK ni. Dikatakan ada beberapa tempat F.O yang menarik tetapi Cheshire Oaks adalah yang terbesar di UK!

Memanglah besar dan ramai pengunjungnya. Kami tiba agak awal juga dalam jam sebelas pagi dan sudah susah hendak mencari petak kosong untuk meletakkan kereta. Jadi bila dapat je satu, kami pun tanpa berlengah lagi.....


Apa yang ingin anda cari kebayakannya ada di sini. Dari barangan kecantikan diri, kasut, pakaian hinggalah ke beg tangan ataupun peralatan golf juga set pinggan-mangkuk berbaris menunggu untuk dibawa pergi. Harganya juga boleh tahan. Sebagai contoh, sepasang kasut kanak-kanak jenama UMBRO boleh didapati pada harga Pound8 sahaja! Jeans LEVIS boleh dibeli pada harga serendah Pound10, begitu juga jeans GAP dari serendah Pound3 sahaja!

Penat kaki kami berjalan, kami berhenti makan bekalan yang dibungkus oleh Wawa, Liyana dan Aimi pagi itu, nasi goreng kampung dan nasi goreng cili padi. Perut kenyang, kami berjalan lagi. Tak sedar jam sudah 5.00 petang, kami harus berangkat ke Newcastle. Hehehe...itupun kami tak habis pusing satu F.O tu lagi.....Kalau nak habis...agaknya pukul berapa agaknya kami akan sampai ke Newcastle.
ps-maaflah orang Newcastle yang sudah menunggu dengan nasi ayam istimewa sejak tengahari lagi rupanya! bila dah shopping memang tak ingat dunia!

10 Januari 2009

KEMBARA EROPAH: Boxing Day dan Shopping di LONDON

Sehari selepas Krismas, iaitu pada 26 Disember setiap tahun di UK memang terkenal dengan Boxing Day Sales. Sehari sebelum Krismas, kedai akan ditutup lebih awal dari biasa untuk membolehkan pekerja menyiapkan kedai bagi menghadapi Boxing Day Sale. Di luar kedai sudah tertampal tawaran-tawaran hebat yang akan ditawarkan oleh kedai semasa Boxing Day nanti. Jadi pelanggan-pelanggan akan sibuk meninjau di depan kedai bagi mendapatkan maklumat terkini tawaran-tawaran tersebut. Ada juga kedai yang memberikan info ini di internet.


Paling menarik, ada kedai yang akan dibuka seawal jam 5.00 pagi! Dan paling gila, orang sanggup menunggu di depan pintu kedai lebih awal dari itu semata-mata untuk menjadi pelanggan pertama yang masuk kedai! The rest of the day.... orang memang penuh sepanjang hari terutama di Oxfort Street yang memang terkenal sesak walaupun bukan pada Boxing Day....


Gambar-gambar di atas telah menjelaskan betapa gawatnya hari itu. Pemandangan di sepanjang Oxford Street, Central London menunjukkan ribuan manusia bersesak-sesak untuk masuk ke kedai-kedai di sepanjang jalan tersebut. Kedai yang menjadi pilihan saya di kawasan tersebut(sebab tidak dapat masuk semua disebabkan manusia terlalu ramai) ialah Gap, Selfridges, Nike Town, Clark, Perfume Shop, House of Fraser, Adidas, Mothercare dan Primark.
Gambar di atas diambil di Selfridges iaitu pemandangan orang beratur panjang tentunya di Galeri Louis Vuitton. Saya tak boleh nak agak berapa kilometer panjangnya orang beratur semata-mata nak masuk ke galeri LV (khabarnya di Singapura hari-hari orang beratur panjang nak masuk ke galeri LV).

Yang pastinya mereka memang sabar dan tentunya poket mereka juga penuh sebab takkanlah beratur berjam-jam semata-mata untuk masuk dan lihat saja...kurang-kurang mesti rembat juga satu beg tangannya. Harga satu beg tangan designer ni harganya selepas diskaun adalah dalam Pound 300 ke atas (selepas diberi diskaun 80 ke 90%). Rata-rata yang dilihat yang sanggup beratur panjang adalah orang Asia.


Satu hari yang penat! Penat shopping. Penat tengok orang shopping... Yang pasti, Boxing Day adalah hari permulaan kepada Sale di sini. Selagi barang tak habis stock kat belakang stor, selagi itulah kedai akan terus membuat jualan besar-besaran ini...di seluruh UK! Jangan tidak percaya, rak-rak yang penuh pada awalnya boleh jadi kosong dalam sekelip mata. Sebab itu perlunya datang seawal yang boleh ke kedai yang menjadi idaman....


Jumpa tak orang Malaysia? Spare untuk student sebab tak adillah nak dibuat perbandingan sebab jumlah mereka kat UK ada beribu-ribu lemon...yang migrate pun ramai juga... tapi sebenarnya saya nak kata, orang Malaysia memang banyak duit sebab ada yang datang ke London pada Boxing Day semata-mata untuk membeli-belah! Hebatkan orang Malaysia? Itu saya belum dapat bayangkan bila Air Asia sudah melebarkan sayapnya ke London Mac nanti.

Kenal bangunan di atas? Bagi yang pernah ke London, bangunan ini menjadi idaman wanita (atau mungkin juga lelaki) untuk dikunjungi - Harrods, itulah namanya...
Sales di Harrods dibuka mulai 27 Disember dan saya berkesempatan mengunjunginya pada 31 Disember. Memandangkan harga barangannya yang sudah didiskaun pun mencecah ratusan dan ribuan pound, saya cuma melihat-lihat saja barangan di situ.
Namun, yang menarik perhatian saya ialah patung Diana dan Dodi yang diabadikan di dalam Harrods oleh pemilik Harrods iaitu Al-Fayed, ayah kepada Dodi. Patung ini jelas menunjukkan bahawa mereka percaya bahawa kemalangan tersebut dirancang. Wallahualam...


Bagi saya, bershopping di London merupakan pengalaman shopping 'biggest and craziest' pernah saya lalui sepanjang hidup saya. Mungkin tiada lagi pengalaman bershopping seperti itu di mana-mana selepas ini. Kalau ada yang ingin dan selalu ke London, cubalah pada waktu Boxing Day, anda pasti tidak menyesal (dan mungkin akan menyesal beberapa hari selepas itu sebaik saja melihat poket anda kering dalam sekelip mata...).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...