10 Januari 2009

KEMBARA EROPAH: Boxing Day dan Shopping di LONDON

Sehari selepas Krismas, iaitu pada 26 Disember setiap tahun di UK memang terkenal dengan Boxing Day Sales. Sehari sebelum Krismas, kedai akan ditutup lebih awal dari biasa untuk membolehkan pekerja menyiapkan kedai bagi menghadapi Boxing Day Sale. Di luar kedai sudah tertampal tawaran-tawaran hebat yang akan ditawarkan oleh kedai semasa Boxing Day nanti. Jadi pelanggan-pelanggan akan sibuk meninjau di depan kedai bagi mendapatkan maklumat terkini tawaran-tawaran tersebut. Ada juga kedai yang memberikan info ini di internet.


Paling menarik, ada kedai yang akan dibuka seawal jam 5.00 pagi! Dan paling gila, orang sanggup menunggu di depan pintu kedai lebih awal dari itu semata-mata untuk menjadi pelanggan pertama yang masuk kedai! The rest of the day.... orang memang penuh sepanjang hari terutama di Oxfort Street yang memang terkenal sesak walaupun bukan pada Boxing Day....


Gambar-gambar di atas telah menjelaskan betapa gawatnya hari itu. Pemandangan di sepanjang Oxford Street, Central London menunjukkan ribuan manusia bersesak-sesak untuk masuk ke kedai-kedai di sepanjang jalan tersebut. Kedai yang menjadi pilihan saya di kawasan tersebut(sebab tidak dapat masuk semua disebabkan manusia terlalu ramai) ialah Gap, Selfridges, Nike Town, Clark, Perfume Shop, House of Fraser, Adidas, Mothercare dan Primark.
Gambar di atas diambil di Selfridges iaitu pemandangan orang beratur panjang tentunya di Galeri Louis Vuitton. Saya tak boleh nak agak berapa kilometer panjangnya orang beratur semata-mata nak masuk ke galeri LV (khabarnya di Singapura hari-hari orang beratur panjang nak masuk ke galeri LV).

Yang pastinya mereka memang sabar dan tentunya poket mereka juga penuh sebab takkanlah beratur berjam-jam semata-mata untuk masuk dan lihat saja...kurang-kurang mesti rembat juga satu beg tangannya. Harga satu beg tangan designer ni harganya selepas diskaun adalah dalam Pound 300 ke atas (selepas diberi diskaun 80 ke 90%). Rata-rata yang dilihat yang sanggup beratur panjang adalah orang Asia.


Satu hari yang penat! Penat shopping. Penat tengok orang shopping... Yang pasti, Boxing Day adalah hari permulaan kepada Sale di sini. Selagi barang tak habis stock kat belakang stor, selagi itulah kedai akan terus membuat jualan besar-besaran ini...di seluruh UK! Jangan tidak percaya, rak-rak yang penuh pada awalnya boleh jadi kosong dalam sekelip mata. Sebab itu perlunya datang seawal yang boleh ke kedai yang menjadi idaman....


Jumpa tak orang Malaysia? Spare untuk student sebab tak adillah nak dibuat perbandingan sebab jumlah mereka kat UK ada beribu-ribu lemon...yang migrate pun ramai juga... tapi sebenarnya saya nak kata, orang Malaysia memang banyak duit sebab ada yang datang ke London pada Boxing Day semata-mata untuk membeli-belah! Hebatkan orang Malaysia? Itu saya belum dapat bayangkan bila Air Asia sudah melebarkan sayapnya ke London Mac nanti.

Kenal bangunan di atas? Bagi yang pernah ke London, bangunan ini menjadi idaman wanita (atau mungkin juga lelaki) untuk dikunjungi - Harrods, itulah namanya...
Sales di Harrods dibuka mulai 27 Disember dan saya berkesempatan mengunjunginya pada 31 Disember. Memandangkan harga barangannya yang sudah didiskaun pun mencecah ratusan dan ribuan pound, saya cuma melihat-lihat saja barangan di situ.
Namun, yang menarik perhatian saya ialah patung Diana dan Dodi yang diabadikan di dalam Harrods oleh pemilik Harrods iaitu Al-Fayed, ayah kepada Dodi. Patung ini jelas menunjukkan bahawa mereka percaya bahawa kemalangan tersebut dirancang. Wallahualam...


Bagi saya, bershopping di London merupakan pengalaman shopping 'biggest and craziest' pernah saya lalui sepanjang hidup saya. Mungkin tiada lagi pengalaman bershopping seperti itu di mana-mana selepas ini. Kalau ada yang ingin dan selalu ke London, cubalah pada waktu Boxing Day, anda pasti tidak menyesal (dan mungkin akan menyesal beberapa hari selepas itu sebaik saja melihat poket anda kering dalam sekelip mata...).

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...