Memaparkan catatan dengan label Powerpuff Girls Mama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Powerpuff Girls Mama. Papar semua catatan
27 Ogos 2014
POWERPUFFGIRLS MAMA- Memenangi Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 Kategori Buku Kanak-Kanak Pilihan
SINOPSIS BUKU 1 HARI 1 CERITA : POWERPUFFGIRLS MAMA
Buku ini ditulis ole Laila Kamilia dan rakan-rakan Lynn DayanaCikYam Elias Maryam Elyas Nazihatul Hanan dan Zakiah Abd Ghafar. Buku ini kompilasi 15 cerpen istmewa untuk anak-anak berusia 7-12 tahun. Buku ini telah memenangi Anugerah Grup Buku Karangkraf 2014, kategori Bulu Pilihan Kana-kanak.
TULISAN LAILA KAMILIA
Hardy Dan Bola
Kalau budak lelaki tak main bola, bukan anak jantan la! Dari Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga hatta ke Liga Malaysia, Hardy memang gila bola. Tak cukup menonton, dia turut sama mengejar bola. Dia hero kelas dalam pertandingan futsal tahun sebelumnya. Tahun ini mungkinkah ada perubahan ketara? Hardy risau melihat tubuhnya yang sudah berganda. Kata doktor, kadar metabolismenya ada sedikit huru-hara. Adakah dia akan kembali menyarung jersi kelasnya? Jom kita lihat bagaimana Hardy menangani obsesinya pada bola!
Pustaka Mini Aina
Aina bersekolah di SRJK (C) Cina. Gadis usia 11 tahun ini hobinya membaca. Rumahnya penuh dengan buku kerana minatnya. Jadi Aina fikir eloklah dia menjadikan sebuah bilik menjadi sebuah mini pustaka. Hmm... Aina memang seronok membuat transformasi hingga semua kawan-kawan terbabit sama. Suatu hari Aina terpilih mewakili sekolah ke Pertandingan Pidato DiRaja. Mampukah murid sekolah aliran Cina ini menunjukkan bakatnya? Jangan lupa, dia ada Pustaka Mini Aina yang besar jasanya.
Terima Kasih ALLAH
Kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Suatu hari Iskandar didenda kerana ditangkap seorang guru sedang mengejek seorang murid pendidikan khas yang dikatakan gila. Dia didenda selama seminggu untuk menjalani pembelajaran di kelas pendidikan khas, meninggalkan kelasnya di aliran perdana. Bolehkah murid nakal seperti Iskandar menangani rakan-rakan baru di kalangan murid-murid istimewa? Setiap kejadian TUHAN pastilah ada sebabnya. Cuma Iskandar perlu buka mata untuk melihatnya.
TULISAN LYNN DAYANA
Mogok Tak Menjadi
Bila prestasi pelajaran Herman dan Aisya merosot, semua keistimewaan ditarik balik. Tiada PS2, tiada telefon dan mereka pun mogok! Namun, ibu bapa mereka yang lebih dahulu makan garam pastinya lebih berkuasa minda dan ideanya menangani mereka. Mogok pun hilang, rasa insaf pula yang datang.
Jiwa yang Merdeka
4 sekawan belajar makna merdeka setelah terperangkap dalam hujan di depan rumah Pak Ali yang sedang memasang bendera di bulan Oktober. Rupa-rupanya, besar makna merdeka yang tidak pernah mereka fikir dan selalu abaikan. Pulang ke rumah, semua pun berkobar semangat mahu berjiwa merdeka sepanjang tahun dan bukan hanya pada 31 Ogos sahaja.
Upah Vs Pahala
Fareez mahu membeli PS2 maka dia menjadi rajin namun rajinnya mesti berbalaskan upah. Semua tugasan di rumah pun pasti ada ganjaran. Hinggalah Fareez mendengar cerita tentang kerajinan Hanum membantu emaknya. Kata Hanum, dia tidak mengambil upah namun dia mengharapkan pahala. Fareez jadi malu dan belajar mahu meraih pahala juga.
TULISAN MARYAM ELYAS
Husna Dan Angry Bird
Disebabkan bermain permainan video Angry Bird, pelajaran Husna merosot. Dia mulai sedar kesalahannya apabila kerap tertidur di dalam kelas kerana letih bermain Angry Bird hingga jauh malam.
Jamil Dapat Kawan Baik
Jamil sering dibuli oleh Taha, Udin dan Abu. Namun mereka akhirnya menjadi kawan baik apabila Jamil menyelamatkan Taha daripada lemas di sungai.
Jom Facebook
Mimi mengajar atuk dan neneknya bermain facebook untuk memudahkan mereka berhubung. Mimi gembira apabila dia yang tinggal di bandar boleh melihat gambar atuk dan nenek di facebook setiap hari.
TULISAN NURLIZA MOHD NASIR
Mama, kenapa pakai tudung?
Suka benar Bella kerana dapat balik kampung. Iyalah. Selain dapat berjumpa dengan nenek dan datuk, Bella juga dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Bella pelik melihat emak dan mak cik-mak ciknya yang memakai tudung di dalam rumah. Setelah diperjelaskan sebabnya, barulah Bella faham.
Apa yang penting, kerjasama!
Kelas 5 Cemerlang diumumkan sebagai kelas darjah lima terkotor lagi. Arida tidak berpuas hati. Kelas mereka bukannya kotor pun cuma tidak cukup ceria sahaja. Sasha mencadangkan agar seluruh warga 5 Cemerlang mengadakan gotong-royong dan semuanya bersetuju.
Akibat tak dengar cakap
Aidi anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Aidi sekarang duduk dengan neneknya yang sudah tua. Walaupun ditatang bagai minyak yang penuh, Aidi tetap tidak suka duduk dengan Nenek Siti. Bagi Aidi, rumahnya di bandar jauh lebih selesa. Satu hari, Aidi pergi mandi sungai berseorangan. Walaupun telah ditegah oleh Abang Leman, Aidi tetap berdegil. Namun dengan tidak diduga, Aidi telah terpijak labi-labi.
02 Julai 2014
Anugerah Grup Buku Karangkraf (AGBK) 2014 : Alhamdulillah. Terima Kasih ALLAH
Sudah hampir sebulan blog saya berabuk sejak saya tinggalkan. Alhamdulillah, hari ini baru diberi kesempatan untuk membuat entri pertama setelah berehat panjang. Entri pertama yang ingin saya tulis tentulah tentang Anugerah Grup Buku Karangkraf yang telah berlangsung gilang-gemilang pada 14 Jun 2014 yang lalu. Kebanyakan karyawan telah bercerita banyak tentang anugerah yang mengiktiraf penulis di bawah bumbung Karangkraf ini. Yang pasti, saya mungkin yang terakhir menulis berita yang sudah lama ini tetapi saya yakin, sekalipun ia telah lama berakhir, telah meninggalkan kenangan terindah kepada semua karyawan Karangkraf.
Alhamdulillah. Untuk majlis anugerah kali pertama ini, pada awalnya saya telahpun dicalonkan untuk 3 kategori iaitu Buku Adaptasi melalui novel Cinta Pandang ke-2, Buku Pilihan dan Cover Pilihan Kanak-kanak untuk buku Powerpuf Girls Mama.
Pencalonan Awal
Cover Pilihan
Adaptasi
Buku Pilihan Kanak-kanak
Saya bersyukur sekalipun penulis kerdil, buku saya turut tercalon. Melihatkan senarai pencalonan awal, saya sudah rasa saya tidak akan pergi jauh melihatkan kepada senarai pencabarnya. Namun apabila pencalonan akhir disenaraikan, saya terkejut melihat 2 daripada 3 pencalonan awal telahpun ke senarai akhir (Top 5).
Inilah calon-calon buku hebat yang turut bertanding dengan buku-buku saya. Hebatkan calon-calonnya? Terasa saya sangat kerdil!
Saya bergambar dengan saudara Fathi, antara tulang belakang anugerah tersebut.
Saya telah diberitahu tema pakaian pada hari anugerah adalah pink-biru. Saya sebenarnya telahpun meminta seorang pembaca novel berbakat, (Sentuhan Rieyn) untuk merekabentuk pakaian yang akan dipakai pada hari bersejarah itu. Hehe. Sekalipun tiada gambaran nak menang, tapi saya mahu meraikan hari bermakna kepada para penulis itu. Saya telahpun menerima 'design' yang sangat cantik, kena dengan tema Dalam Taman. Namun disebabkan sedikit masalah, projek tersebut tidak dapat dijalankan. Saya juga sudahpun mengambil tudung daripada Aisyahscarf untuk dipakai pada hari tersebut.
Namun apa yang dirancang tidak kesampaian. Sebenarnya saya telahpun merancang untuk bercuti ke satu destinasi sejak setahun lalu. Jika ikut perancangan asal, saya akan kembali pada awal pagi 14 Jun. Namun saya sekadar boleh merancang, segalanya tidak ikut rencana apabila pada saat akhir, saya terpaksa menukar dan merombak segalanya menyebabkan saya terpaksa mengorbankan untuk tidak hadir ke majlis Anugerah Grup Buku Karangkraf.
Saya hanya mendoakan majlis berjalan lancar dan mengucapkan tahniah kepada Grup Buku Karangkraf kerana berjaya menganjurkan anugerah ini yang pada akhirnya diumumkan menjadi acara tahunan Karangkaraf.
Alhamdulillah. Sebaik kaki menjejak KLIA pada malam 14 Jun itu, saya diberitahu buku Powerpuf Girls Mama telahpun menang anugerah Buku Pilihan kategori Kanak-kanak. Sekalipun Cinta pandang ke-2 tewas di tangan Setia Hujung Nyawa, saya tetap bangga dengan pencapaiannya. Terima kasih kepada team novel Cinta Pandang ke-2 (editornya, Mazuen Yahya juga perekabentuk kulit Rohana Ibrahim dan team drama Cinta pandang ke-2 (penulis skrip, Kak Maizurah Mohd Ederis, Zuli Ismail, Eenaz Mokhtar, penerbit, ZKC Production, saudara Zaini Kosnin, pengarah Nazir Juhan, juga para pelakon Dazrin (yang selalu bagi sokongan sepanjang promosi), Amyra Rosli, Izara Aisyah, Ery Zuhairee, Abby Nour, Jazli Hassan dan lain-lain lagi... juga komposer dan penyanyi OST Cinta Pandang ke-2, Affan Aizat, Epi Cortgoth, Mohamad Syahir, Yusri Yusuf dan Anis Syazwani juga TV9 huhu panjangnya senarai). Tak dilupakan para pembaca novel dan penonton drama Cinta Pandang ke-2. Terima kasih kerana bagi sokongan yang superb kepada penulis kerdil bernama Laila Kamilia!
Atas kemenangan Powerpuff Girls Mama, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan penulis yang turut sama terlibat dalam pembikinan buku ini; Lynn Dayana, Maryam Elyas, Zakiah Abd Ghafar dan Nazihatul Hannan juga editor comel Siti Aisyah.
Ketika pertama kali terlibat dalam penulisan buku kanak-kanak, saya memang tidak pernah berangan-angan untuk mendapat anugerah. Hanya fikirkan ketika itu, sebagai seorang guru, saya harus ada buku kanak-kanak untuk dibaca oleh kanak-kanak. Sepanjang menulisnya, saya menulis berdasarkan kisah-kisah yang dilalui supaya kanak-kanak seronok membaca. Saya harapkan kisah-kisah yang dinukilkan akan menggembirakan kanak-kanak dan mendapat tauladan daripada kisah-kisah tersebut. Semoga memberi inspirasi dan semangat kepada anak-anak yang membaca untuk berjaya pada masa depan. Ketika kanak-kanak, banyak buku-buku yang saya baca, yang masih segar dalam ingatan saya sehingga kini dan saya berdoa, semoga ada buku-buku tulisan saya yang segar dalam kenangan anak-anak ini, in syaa Allah.
inilah buku Powerpuff Girls Mama
Award yang diterima, Buku Pilihan Kategori Kanak-kanak
Terima Kasih ALLAH. Inilah plak yang saya baru sempat ambil dari Aisyah, hari Jumaat lepas.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang banyak menyokong kerjaya penulisan saya terutamanya ibubapa juga anak-anak; Hardy, Hakimy dan Hana yang selalu memberi semangat kepada mamanya untuk menulis buku kanak-kanak dalam melayari kisah-kisah kehidupan mereka.
Kepada suami, Aedy Fadly yang banyak berkorban dan terkorban dengan kerjaya kedua isterinya ini, terima kasih kerana memahami dan menyokong. Tanpanya, saya mungkin tidak dapat menulis walau sepatah kata.
Kepada Guru Besar saya, Encik Mohamad Jamil yang menyokong, terima kasih banyak. Saya pernah kata, jika saya dapat anugerah, saya akan sebut namanya kerana sokongannya. Hehe.
Kepada Alaf21, Grup Buku Karangkraf, tanpa anda tiada apa yang akan bermula bagi Laila Kamilia; tiada apa-apa.
Kepada pembaca, tanpa anda, siapalah Laila Kamilia. Terima kasih atas sokongan anda!
Kepada semua pemenang, sekalung tahniah! Kemenangan anda menjadi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan karya seperti anda pada masa depan.
Kepada semua karyawan, selamat berjuang dan semoga bertemu dalam Anugerah Grup Buku Karangkraf 2015, in syaa ALLAH.
29 Mei 2014
Laila Kamilia Dengan Dunia Buku Kanak-kanak
Berkongsi dunia kanak-kanak yang indah dan membahagiakan, penuh eksperimen dan mengujakan. Laila Kamilia bertuah kerana sentiasa dikelilingi dengan kanak-kanak membolehkannya menggarap cerita kanak-kanak di dalam buku-buku khas untuk kanak-kanak.
Selain daripada menulis novel, Laila Kamilia telah menulis dua buah novelet kanak-kanak bersama 4 penulis lain iaitu Lynn Dayana, Maryam Elyas, Zakiah Abd Ghafar dan Nurliza Mohd Nasir bertajuk Kawan Baru FB dan Powerpuff Girls Mama, terbitan Buku Prima Sdn. Bhd. Setiap buku mengandungi 15 cerpen yang sarat nilai moral yang sangat sesuai untuk bacaan anak-anak.
Antara pencapaian Laila Kamilia dalam bidang penulisan adalah pencalonan ke Anugerah Buku Perpustakaan Negara Malaysia-RTM 2013, kategori Buku Fiksyen Kanak-kanak melalui buku Kawan Baru FB. Sila klik link teaser promo Kawan Baru FB.
kulit buku Kawan Baru FB, tajuk tersebut diambil daripada salah satu tajuk cerpen Laila Kamilia
kulit buku Powerpuff Girls Mama
Hardy dan Bola merupakan kisah yang digarap berdasarkan kisah anak sulung Laila Kamilia bernama Hardy yang sangat gilakan bola tetapi badannya sedikit gempal. Lihat bagaimana Hardy berjaya dalam misi bolanya di dalam cerita ini.
Pustaka Mini Aina adalah idea untuk menanam minat membaca di kalangan anak-anak dengan menerangkan cara-cara mempunyai mini library di rumah. Karektor Aina diambil daripada anak seorang teman, Zatushishamimi yang begitu minat membaca bernama Aina Azlan yang bersekolah di Langkawi. Sekarang Aina telahpun tamat sekolah rendah dan sedang menuntut di MRSM Langkawi. Tahniah Aina! Hobi membaca pastilah membawa jaya!
Terima Kasih ALLAH merupakan cerita yang saya angkat daripada kisah seorang murid istimewa Laila Kamilia di sekolah, tentang bagaimana dia diejek kerana dia istimewa. Kawan sekolah di aliran perdana tidak memahaminya dan bagaimana guru pendidikan khas Cikgu Azimah menangani masalah ini di sekolah? Hehe... tribute kepada rakan sebelah meja Puan Noorazimah.
Kawan Baru FB adalah kisah tentang dunia FB dan kanak-kanak hari ini. Bagaimana Mila menangani hal-hal di mana glamer dan banyak LIKE di FB menjadi dambaan ramai kanak-kanak yang gilakan FB hari ini, sekalipun umurnya belum cukup 18 tahun lagi!
Hakimy Hilang PSP adalah kisah yang sangat benar anak kedua Laila Kamilia, Hakimy yang telah menghilangkan PSPnya di The Mines Shopping Fair beberapa tahun lepas. Pertama kali saya memasukkan diri sendiri dan keluarga sebagai karektor utama di dalam penulisan LK.
Neptune Perlukan Raja merupakan percubaan Laila Kamilia memasukkan unsur fantasi di dalam tulisannya. Dengan mengambil karektor teman baik Hardy bernama Amsyar yang kebetulan tinggal di belakang rumah LK, kisah ini membawa anak-anak mengembara ke planet Neptune. Apakah rahsia yang menyebabkan mereka terpaksa menculik Amsyar untuk dibawa ke Neptune? Jawapannya ada di dalam cerpen ini.
Awal tahun ini, alhamdulillah buku Powerpuff Girls Mama pula tersenarai ke Top 5 untuk Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013 bagi kategori Buku Kanak-kanak yang bakal berlangsung pada 14 Jun 2014 nanti. Terima kasih kepada yang telah mengundi buku ini ye. Sama-sama kita nantikan debarannya.
Apakah projek buku kanak-kanak terbaru Laila Kamilia? Terkini, Laila Kamilia sedang menyiapkan novel kanak-kanaknya bertajuk sementara, Kimy Sana Sini yang sedang dalam proses suntingan akhir.
Untuk
mengikuti perkembangan terkini tentang Laila Kamilia, boleh layari
www.lailakamilia.com atau Facebook/Instagram/Twitter
: Laila Kamilia.
07 Mei 2014
TAHNIAH KEPADA 30 PEMENANG HADIAH MISTERI KEMPEN LIKE FAN PAGE LAILA KAMILIA
TAHNIAH kepada 30 yang telah terpilih untuk memenangi satu hadiah misteri daripada Laila Kamilia sempena Kempen LIKE fanpage Laila Kamilia yang berlangsung sehingga 30 April 2014 yang lalu. Terima kasih atas sokongannya. Mohon PM alamat kepada saya bersama nombor telefon selewat-selewatnya hujung minggu ini, 11 Mei 2014 untuk urusan penghantaran hadiah pada minggu depan.
SENARAI PENERIMA 30 HADIAH MISTERI
Na Nuar, Aieda Fauzie, Rabiahtul Asma, Nurhazlin Muhd Pilus, Myza Ej's, Nurkhalisah Adzmi, Hajar Azman, Nurul Ain Sallehin, Nabella Huda, Farah Fadhilah,
Mimie Shamimi, BieBie Mentan, Maisarah Qaisarah, Rahyu Ismail, Nafizah Hanim, Qaseh Dilan, Janijah Jun, Qasehlily Muchas, BiBie Fatiemah, Nurul Husna Ali,
Nazifah Hanim, Illa Damia, Nooraini Sulaiman, Yana Azmi, Lyza Zainol, Hanis Misaki, Zaliha Hassan, Azilah Abd Majid, Haziza Hassan, Mizs Nuriz
Kepada yang tidak terpilih, teruskan sokongan anda kepada Laila Kamilia kerana ada banyak lagi peraduan dan hadiah pada masa depan. Sesungguhnya tiada yang berharga dalam dunia penulisan Laila Kamilia selain daripada semua yang telah menyokong Laila Kamilia sejak 2006. Semoga ALLAH membalasnya dengan kebaikan yang lebih lagi. Kalau saya mampu hadiahkan semua orang, akan saya lakukan. Oleh itu hanya terima kasih yang tidak terhingga dapat saya berikan bersama doa semoga anda semua berada di dalam peliharaan dan kasih sayang ALLAH selalu. Stay connected dengan dunia penulisan Laila Kamilia. Sayang kamu semua. Muah!
Kepada para penaja hadiah, terima kasih daun keladi atas sokongan kepada kerjaya penulisan Laila Kamilia. Semoga kita akan berkolaborasi lagi pada masa depan!
17 Disember 2012
Powerpuff Girls Mama : Kini di Pasaran!
SINOPSIS BUKU 1 HARI 1 CERITA : POWERPUFFGIRLS MAMA
TULISAN LAILA KAMILIA
Hardy Dan Bola
Kalau budak lelaki tak main bola, bukan anak jantan la! Dari Liga Perdana Inggeris, La Liga, Bundesliga hatta ke Liga Malaysia, Hardy memang gila bola. Tak cukup menonton, dia turut sama mengejar bola. Dia hero kelas dalam pertandingan futsal tahun sebelumnya. Tahun ini mungkinkah ada perubahan ketara? Hardy risau melihat tubuhnya yang sudah berganda. Kata doktor, kadar metabolismenya ada sedikit huru-hara. Adakah dia akan kembali menyarung jersi kelasnya? Jom kita lihat bagaimana Hardy menangani obsesinya pada bola!
Pustaka Mini Aina
Aina bersekolah di SRJK (C) Cina. Gadis usia 11 tahun ini hobinya membaca. Rumahnya penuh dengan buku kerana minatnya. Jadi Aina fikir eloklah dia menjadikan sebuah bilik menjadi sebuah mini pustaka. Hmm... Aina memang seronok membuat transformasi hingga semua kawan-kawan terbabit sama. Suatu hari Aina terpilih mewakili sekolah ke Pertandingan Pidato DiRaja. Mampukah murid sekolah aliran Cina ini menunjukkan bakatnya? Jangan lupa, dia ada Pustaka Mini Aina yang besar jasanya.
Terima Kasih ALLAH
Kata pepatah, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Suatu hari Iskandar didenda kerana ditangkap seorang guru sedang mengejek seorang murid pendidikan khas yang dikatakan gila. Dia didenda selama seminggu untuk menjalani pembelajaran di kelas pendidikan khas, meninggalkan kelasnya di aliran perdana. Bolehkah murid nakal seperti Iskandar menangani rakan-rakan baru di kalangan murid-murid istimewa? Setiap kejadian TUHAN pastilah ada sebabnya. Cuma Iskandar perlu buka mata untuk melihatnya.
TULISAN LYNN DAYANA
Mogok Tak Menjadi
Bila prestasi pelajaran Herman dan Aisya merosot, semua keistimewaan ditarik balik. Tiada PS2, tiada telefon dan mereka pun mogok! Namun, ibu bapa mereka yang lebih dahulu makan garam pastinya lebih berkuasa minda dan ideanya menangani mereka. Mogok pun hilang, rasa insaf pula yang datang.
Jiwa yang Merdeka
4 sekawan belajar makna merdeka setelah terperangkap dalam hujan di depan rumah Pak Ali yang sedang memasang bendera di bulan Oktober. Rupa-rupanya, besar makna merdeka yang tidak pernah mereka fikir dan selalu abaikan. Pulang ke rumah, semua pun berkobar semangat mahu berjiwa merdeka sepanjang tahun dan bukan hanya pada 31 Ogos sahaja.
Upah Vs Pahala
Fareez mahu membeli PS2 maka dia menjadi rajin namun rajinnya mesti berbalaskan upah. Semua tugasan di rumah pun pasti ada ganjaran. Hinggalah Fareez mendengar cerita tentang kerajinan Hanum membantu emaknya. Kata Hanum, dia tidak mengambil upah namun dia mengharapkan pahala. Fareez jadi malu dan belajar mahu meraih pahala juga.
TULISAN MARYAM ELYAS
Husna Dan Angry Bird
Disebabkan bermain permainan video Angry Bird, pelajaran Husna merosot. Dia mulai sedar kesalahannya apabila kerap tertidur di dalam kelas kerana letih bermain Angry Bird hingga jauh malam.
Jamil Dapat Kawan Baik
Jamil sering dibuli oleh Taha, Udin dan Abu. Namun mereka akhirnya menjadi kawan baik apabila Jamil menyelamatkan Taha daripada lemas di sungai.
Jom Facebook
Mimi mengajar atuk dan neneknya bermain facebook untuk memudahkan mereka berhubung. Mimi gembira apabila dia yang tinggal di bandar boleh melihat gambar atuk dan nenek di facebook setiap hari.
TULISAN NURLIZA MOHD NASIR
Mama, kenapa pakai tudung?
Suka benar Bella kerana dapat balik kampung. Iyalah. Selain dapat berjumpa dengan nenek dan datuk, Bella juga dapat bermain dengan sepupu-sepupunya. Bella pelik melihat emak dan mak cik-mak ciknya yang memakai tudung di dalam rumah. Setelah diperjelaskan sebabnya, barulah Bella faham.
Apa yang penting, kerjasama!
Kelas 5 Cemerlang diumumkan sebagai kelas darjah lima terkotor lagi. Arida tidak berpuas hati. Kelas mereka bukannya kotor pun cuma tidak cukup ceria sahaja. Sasha mencadangkan agar seluruh warga 5 Cemerlang mengadakan gotong-royong dan semuanya bersetuju.
Akibat tak dengar cakap
Aidi anak yatim piatu. Ibu dan ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Aidi sekarang duduk dengan neneknya yang sudah tua. Walaupun ditatang bagai minyak yang penuh, Aidi tetap tidak suka duduk dengan Nenek Siti. Bagi Aidi, rumahnya di bandar jauh lebih selesa. Satu hari, Aidi pergi mandi sungai berseorangan. Walaupun telah ditegah oleh Abang Leman, Aidi tetap berdegil. Namun dengan tidak diduga, Aidi telah terpijak labi-labi.
22 November 2012
Buku Baru Powerpuff Girls Mama sudah ada di pasaran!
Jeng! Jeng! Disember 2012, buku kanak-kanak yang terbaru daripada Laila Kamilia sudah menjenguk diri. Macam buku Kawan Baru FB yang sebelumnya, buku ini ditulis bersama 4 orang penulis yang lain. Kali ini buku ini lebih berwarna dan lebih comelkan?
Kesempatan ini saya ingin merakam penghargaan kepada semua Team Grup Buku yang namanya disenaraikan di bawah ini kerana tanpa usaha mereka, buku ini tidak sekali-kali menjadi realiti. Terima kasih banyak-banyak!
Hmm... kepunyaan siapakah buku ini?
Inilah tajuk-tajuk 15 cerpen yang ditulis pleh 5 orang penulis, melengkapkan kisah 1 hari 1 cerita menjadi 30 cerita. Jadi, kalau anak-anak dah beli buku Kawan Baru FB, lengkapkanlah dengan Powerpuff Girl Mama pula ya! InsyaAllah banyak manfaat daripadanya!
Langgan:
Catatan (Atom)