24 Julai 2011

Turun Berat Badan, Diet.... Nak kurus....

Kalau anda perhatikan gambar saya di muka belakang novel CPK2 di ruangan Tinta Penulis memang gambar ini. Gambar ini diambil semasa musim luruh 2008 di Berlin, Jerman semasa saya baru sampai. Kalau lihat masa tu memang saya tembom. Masa tu berat saya 60.5kg. Sebelum ke Berlin, saya memang mengajar Pendidikan Jasmani. Walaupun saya selalu ke padang, berat saya memang macam tu jelah.....

Bila dah setahun di Berlin, saya memang kurus. Bukan setakat kurus biasa, tapi kurus gila! Bayangkan berat saya turun sehingga 45kg! Saya memang nampak cengkung, sampaikan Yeo, teman saya di Berlin minta saya buat pemeriksaan, kalau-kalau saya sakit. Saya ketawa kerana saya dapat merasakan memang saya tak sakit. Kalau tak percaya, boleh lihat gambar saya di bawah ni dengan Johnny Depp dan Hana. Nampak cengkung kan!
Cuba lihat gambar yang ini pulak! Hahahaha! Ini gambar terbaru saya yang diambil semasa saya ke Floria, Putrajaya baru-baru ini. Nampak! Ada yang dah senyum-senyum. Ya! Saya sudah semakin mengembang! Berat badan saya ketika itu lebih kurang 59.5kg. Kalau anda nak tahu, saya sudah mencuba macam-macam untuk kembali sekurang-kurangnya 50kg sebagaimana saya mula-mula pulang dahulu. Tetapi masih tidak berjaya. Dan saya kembali menjadi guru Pendidikan Jasmani ya!


Saya ingin berkongsi pengalaman saya nak menguruskan badan. Masa mula-mula saya pulang dulu, adik saya pernah kata, yang saya akan kembali tembom bila kembali ke Malaysia. Saya kata saya akan cuba mengekalkan berat badan saya tetapi nampak dan jelas, setelah setahun setengah kembali ke Malaysia, saya sudah hampir menyamai berat badan asal saya! Oh! Tidak! Sesuatu harus saya lakukan!

Saya telahpun pergi ke LWM...singkatan untuk satu syarikat yang menguruskan hal ehwal kurus-mengurus ni yang glamour kat Malaysia ni, yang selalu iklannya kat TV tu. Masa saya ke sana, saya telahpun diberikan satu sesi percuma. Nak tahu apa yang mereka buat? 
1- Timbang berat badan
2- Sauna
3-Terapi elektrik
4-Khidmat nasihat jadual pemakanan
Kena pergi ke sesi pelangsingan tu satu hal. Nak membayar kos pelangsingan tu satu hal. Untuk 30 sesi yang sama, saya harus membayar RM13K kalau saya tak silap (kerana saya ingat2 lupa, kejadian dah lama dah). Wow! Bukan sedikit harga yang harus dibayar untuk kurus. Dan yang paling saya tak suka, dietnya yang nyampah. Kalau camgitu saya diet je kat rumah kan senang! 

Saya pernah minum satu produk yang iklannya boleh kata hari-hari keluar kat surat khabar. Ada kesanke dengan pelaburannya? Mmm...sekali lagi produk itu turut menuntut kita berdiet tertentu. Ia hanya membuatkan kita kenyang seketika. Terpulang kepada kita untuk jaga diet kita jika mahu proses pelangsingan kita ini menjadi.

Kesimpulan yang saya boleh buat dari program dan produk yang saya ambil kalau nak kurus, kita sebenarnya yang menentukan sama ada kita boleh kurus atau tidak. Tak perlu menghabiskan duit banyak kepada program-program pelangsingan atau makan produk tertentu sebab kita juga boleh lakukannya di rumah dengan disiplin yang tinggi. Jika tiada disiplin, selepas habis program pelangsingan itu, kita boleh kembali gemuk seperti sebelumnya. Jadi inilah yang dapat saya senaraikan langkah-langkah untuk kurus:
1-Jaga pemakanan anda. Makanan yang berlemak dan berminyak hanya akan menambahkan berat badan (sehingga artikel ini ditulis, saya memang telah berjaya mengurangkan makan nasi lemak sejak sekian lama).
2-Jangan makan nasi. Kawan saya pernah berdiet tidak makan nasi dan kurus cepat. Katanya 3 minggu  tak makan nasi, dia kurang 2kg. Kalau tak boleh tak makan nasi, almaklum perut Malaysia, boleh kurangkan jumlahnya.
3-Minum banyak air putih dan kurangkan air bergula.
4-Buah-buhan terutama epal hijau bagus untuk orang berdiet.
5-Makanan berserat seperti roti gandum dan bijirin bagus untuk penghadaman.
6-Berjalan kaki ke mana saja paling bagus untuk kurus.
7-Ajaklah kawan anda berdiet dengan anda. Kalau berdiet seorang, memang tak jalan.
8-Makan buah sebagai snek untuk gantikan goreng pisang etc.
9-Orang yang belum kahwin, kadar metabolismenya lebih tinggi, jadi kalau nak berdiet, mereka lebih cepat kurus. Orang yang beranak satu akan cepat kurus berbanding dengan orang beranak dua. Oleh itu, kalau nak berdiet, lebih baik diet masa muda-muda...haha
10-Bersenam bagus untuk kesihatan

Saya pandai je nak bercerita macam saya sudah berjaya kurus. tapi sebenarnya saya menulis artikel ini untuk memberi peringatan kepada diri sendiri dan mencabar diri untuk kembali sekurang-kurangnya 55kg hujung tahun ini! Harapnya saya berjaya! Selamat maju jaya juga kepada anda di luar sana!

18 ulasan:

Unknown berkata...

betul la kak. kite yg menentukan bukan program pelangsingan atau produk. jom kite same same kurus

LK berkata...

hahahha...jom yana. sambil2 tanya bilala org tu nak belanja kita makan ek

Tanpa Nama berkata...

ha3..saye stuju ngan kak has..ape2 produk pun yg penting kite sendri.. mas pun seblom ni mcm2 guna produk.. cara yg paling berkesan adalah work out di gim.. ce tgk program biggest looser tu.. bukan senang nk kurus kak has..perlu kan pengorbanan wang ringgit, masa dan sokongan keluarga..hehhe....frm mas bsp

LK berkata...

yana n mas, mari kita teruskan program diet kita...hahha

Tanpa Nama berkata...

Mintak maap tumpang lalu..kalau rajin boleh baca link ni untuk inspirasi..

http://tinyurl.com/langsingbadan

SAYA MAHU KURUS CABARAN 90hari BIOS LIFE SLIM berkata...

nice blog..jom kongsi rahsia senang kurus @ http://azaideris.blogspot.com/
have a nice day..:)

Lenda Daud berkata...

Salam Laila,

saya just nak share mcm mana nak kurus dengan cara mudah dan selamat serta mendapat kesan serta merta...

hanya dengan kaedah penyusunan lemak yang betul...saya telah hilang 20kg dalam masa 5 bulan tanpa diet, tanpa exercise.

http://lovelifelenda.blogspot.com

Unknown berkata...

Berat saya dah turun dari 69 ke 64kg dalam masa sebulan.Bole cuba Alpha Lipid SDII.Free delivery untuk Kota Damansara,bandar Utama Subang Bistari,Sungai Buloh...Saya akan teruskan untuk dapat berat ideal 55kg...Slow but steady...Dalam masa 3 bulan boleh kurus InsyaAllah....Efa 019 789 3902

Unknown berkata...

Berat saya dah turun dari 69 ke 64kg dalam masa sebulan.Bole cuba Alpha Lipid SDII.Free delivery untuk Kota Damansara,bandar Utama Subang Bistari,Sungai Buloh...Saya akan teruskan untuk dapat berat ideal 55kg...Slow but steady...Dalam masa 3 bulan boleh kurus InsyaAllah....Efa 019 789 3902

Unknown berkata...

Berat saya dah turun dari 69 ke 64kg dalam masa sebulan.Bole cuba Alpha Lipid SDII.Free delivery untuk Kota Damansara,bandar Utama Subang Bistari,Sungai Buloh...Saya akan teruskan untuk dapat berat ideal 55kg...Slow but steady...Dalam masa 3 bulan boleh kurus InsyaAllah....Efa 019 789 3902

ummi berkata...

bukan senang nak kurus,perlu disiplin tinggi...lynda setakat ni dh berjaya turunkan berat badan,masih ada 8 kg lg untuk kembali ke berat asal...hehehe...
all the best....oh ya,lawat blog lynda juga ya dear...

Tanpa Nama berkata...

Remarkable issues here. I'm very glad to look your article. Thanks so much and I am looking forward to contact you. Will you kindly drop me a mail?

my web page ... only the best review

Tanpa Nama berkata...

Unquestionably believe that which you stated. Your favorite justification appeared to be on the net
the easiest thing to be aware of. I say to you, I definitely get irked while people think about worries that they just
don't know about. You managed to hit the nail upon the top as well as defined out the whole thing without having side-effects , people can take a signal. Will likely be back to get more. Thanks

Here is my web blog - top 10 products

Tanpa Nama berkata...

I loved as much as you will receive carried out right here.
The sketch is attractive, your authored subject matter
stylish. nonetheless, you command get bought an impatience over that you wish be delivering the
following. unwell unquestionably come further formerly again as exactly the same
nearly a lot often inside case you shield this hike.

My web site best reviews

Che Yah berkata...

salam,
betul tu..
nak kurus memnag kena ada semangat tinggi.. banyakkan baca tips dan info pasal diet..
kevinzahri.com tu bagus.. saya suka baca info pasal kuruskan lengan ada.. kuruskan peha.. seronok baca

saya pun dah turun 4kg dalam masa 2 weeks..

Pak Long berkata...

Nice story! Let me share 1 video menarik berkaitan dengan topik diet ni. Ini slot dari program bual bicara ABCTV di USA. Just go and watch at http://tinyurl.com/kwuwuqu

Tanpa Nama berkata...

Btol tu ini lg mngejutkn sy.sy org yg xblh bila xmkn nsi.sbb sy gastrik.percubaan tu kna truskn jugak.sy xmkn nsi slama 15 hri .dr 68kg.skng 60 kg..sugguh xprcya.tiap hari cuma mkn mee.bihun.kuih.atau apa sja makanan tingan .kecuali nasi.dan skng sy dh blh truskn tanpa mkn nasi

Bali Tour berkata...

terima kasih atas informasinya :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...