Memaparkan catatan dengan label Kuala Lumpur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuala Lumpur. Papar semua catatan

04 April 2011

Jalan-jalan Cari Makan-Restoren AlRawsha, Kg. Pandan

Restoren AlRawsha dibuka 24 jam, 7 hari seminggu! Juga menawarkan perkhidmatan pandu lalu bagi pelanggan yang ingin cepat. Restoren ini terletak di Kg. Pandan menawarkan pilihan makanan Arab terutamanya Lubnan. Bagi penggemar makanan yang mahukan kelainan, bolehlah mencuba ke restoren ini. tapi sediakan poketnya juga ya kerana makanan di sini bukanlah boleh dikategorikan sebagai murah!

dekorasi dalaman yang menarik


restoren luas dan nyaman



rekabentuk restoren yang unik, Al Rawsha dinamakan sempena batu yang terdapat di Lubnan

nasi Arab (beras panjang bersama ayam yang dimarinate bersama)

Kalau ada yang hendak menempah, ini nombor telefonnya: 03-9200 6600. Selamat makan-makan!

03 Mei 2008

Chow Kit, Kuala Lumpur




Cadangan ke sana disarankan rakan sehari sebelumnya. Katanya di sana tudung murah-murah. Saya angkat kening pelik. Nak ke Chow Kit? Mengapa tidak? Apa salahnya berjalan ke negara sendiri. Sementelah, kalau sendiri saya tak akan sampai ke sana. Saya pernah ke sana masa berumur 7 tahun semasa Yaohan/ Hankyu Jaya tengah glamer. Saya dibawa ke sana oleh nenek kerana sebab yang tidak dapat saya ceritakan. Dan percayalah sehingga kini pengalaman itu memang akan saya kenang sehingga mati! Pengalaman saya mengenal lorong Haji Taib yang penuh menyesatkan dan gelap! Hehehe! Jangan fikir bukan-bukan...
Tengahari Jumaat kami susup melalui pasar Chow Kit bersebelahan Plaza Safuan. Mak ai...macam-macam bau...tapi oklah sebab kalau kat Indonesia pun bau longkangnya lebih kurang juga. Sedar-sedar kami sudah sampai ke destinasi yang dituju. Kami ke kedai kakak yang biasa dikunjungi rakan. Boleh tahan harganya. Beli kain campur baju siap hanya RM55 bermakna upah buat baju hanya RM20. Tudung boleh didapati pada harga RM20 sedangkan harga kat luar RM30.
Kami juga sempat membeli buah-buahan di sini. Harganya sama saja dengan di pasar malam. Tapi kebanyakan penjual buah adalah warga Indonesia. Kami balik bila tangan dah tak larat menjinjing barang. Petang itu satu petang yang memberi pengalaman baru kepada seorang Laila! Kepada mereka yang nak cari pengalaman baru bolehlah pergi ke sana tapi bagi saya, membeli-belah di Jalan TAR pastinya lebih selesa, nak lagi selesa... SOGO laa!

29 April 2008

Jalan-jalan Menara KL (Kuala Lumpur Tower)




Sekadar mengisi masa lapang di hujung minggu Sabtu lalu kami anak-beranak ke Menara KL. Seperti biasa, ramai pelancong asing yang ada di sini. Yang pasti Menara KL lebih menarik dikunjungi dibandingkan Menara Alor Setar yang seperti hidup segan mati tak mahu. Suasana masih meriah. Menara KL memberikan tarikan baru kepada pengunjung dengan aktiviti flying fox. Rasanya Menara KL perlukan lebih tarikan baru untuk membawa lebih ramai pengunjung yang bukan saja hendak melihat pemandangan KL dari sayup awan.

03 Februari 2008

Hari Wilayah dan Eye On Malaysia

Kalau ada yang tidak tahu, Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun. Dan kalau ada yang masih tak tahu, Wilayah Persekutuan terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan! Dan sempena Hari Wilayah tahun ini, saya sekeluarga teringin nak merasai pengalaman menaiki Eye On Malaysia di Taman Tasik Titiwangsa. Apa lagi seronoklah kedua anak teruna saya pagi Sabtu lalu.
Sejak mula dilancarkan 6 Januari 2007 lalu, saya memang tak berkesempatan untuk mencubanya, maklumlah, sibuk dengan kursus dan tempatnya agak jauh dari rumah. Saya ingatkan benda alah ni dibuka sampai hujung tahun 2007 saja, tapi bila abang beritahu yang ia akan berada hingga hujung Ogos ni, hati saya meluap-luap untuk mencubanya. Bila sampai di Tasik Titiwangsa, tak ramai orang di sana. Agaknya sebab baru pukul 10.30 pagi. Kami terus ke kaunter tiket dan melihatkan kepada harga tiket, terkejut jugak. RM15 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Melayanglah RM38.00 untuk kami sekeluarga. Namun, difikirkan kembali, sekali jer nak cuba, apa salahnya...

Memandangkan orang tak ramai, maka kami dapat naik satu buaian sekeluarga tanpa perlu berkongsi dengan orang lain. Sebenarnya, naik buaian pusing (ferris wheel) di funfair pun sama jer rasanya. Tapi mungkin sebab Eye On Malaysia nie besar, so nampak gah ler sikit. Bila bergerak jer, Hardy takut2 jugak dan Hariz langsung tak buat bising.


Inilah antara pemandangan yang boleh dinikmati bila berada di atas awan (hehehe...). Rasanya menarik juga usaha kerajaan mengekalkan Eye On Malaysia nie sebab pastilah ia menjadi terikan kepada pelancong dalam dan luar negara. Tak dapat naik London Eye, dapat naik Eye On Malaysia pun jadilah. Tak lama lagi Singapura pun akan ada Singapore Eye juga, dengar khabarnya paling besar di Asia.
Rasanya cukup sekali kami merasai pengalaman menaiki Eye On Malaysia. Kalau tak cuba tak rasa pula pengalamannya. Yang pastinya, riak muka kedua2 anak menggambarkan segalanya. Kepuasan jelas terbayang di wajah mereka dan pasti kami akan cuba benda2 lain pula selepas ini.
Malaysia, Truly Asia, Di sini ada segalanya...

06 Januari 2008

The Gardens @ Mid Valley Kini Dibuka!

Ini tarikan terbaru di Kuala Lumpur. Pusat membeli belah yang bersebelahan dengan Mid Valley ini baru dibuka kira-kira dua bulan lepas, dan saya baru mengunjunginya minggu lepas. Mari kita lihat apa yang ada di the Gardens; pusat membeli belah yang menghimpunkan butik jenama ternama dan residen (tempat kediaman).

Logo yang menarik. Hijau tanda damai.
Salah satu ruang santai untuk pengunjung. Boleh berehat setelah penat membeli-belah. Boleh pesan makanan dari kafe terbuka, bolehlah minum-minum melepas lelah. Kalau ada kemudahan urutan refleksiologi kaki pasti lagi best!
Pah Bedah ni dah peghak lah pulak hingga gambar papan direktori pun nak ambil. Jika anda sesat, pergilah ke direktori ini. Istimewanya dari shopping mall lain, di sini direktorinya secara touch screen. Semua maklumat di hujung jari!
Antara butik jenama terkenal yang berderet di sini. Sediakan duitnya saja kalau mampu. Kalau tak...hehehe kita window shopping ajelah. Sekadar cuci mata!

Di sini dekorasinya moden dengan penggunaan tampered glass yang berukir. Kayu-kayu menjadikan shopping mall ini nampak mewah. Untuk ke Mid Valley, ada jejantas yang menghubungkan kedua-dua shopping mall ini. Nampak beza benar antara kedua shopping mall ini. Semasa di sini, pengunjung tidak berapa ramai tetapi Mid Valley tetap dengan lautan manusia. Mungkin pengunjung tidak tahu tentang kewujudan the Gardens ataupun kerana kebanyakan orang yang pendapatannya tidak meriah macam kita tidak mampu membeli-belah di sana!
Oh ya! Saya terlupa hendak memberitahu tentang Premier Washroom di sini. Berapa harga yang anda sanggup bayar untuk membuang tuuuuuut? Rasanya 50 sen sudah mahal tetapi di sini harganya RM5 sekali masuk. Kalaulah masa tu saya hendak tuuuuut boleh juga singgah, tapi tak nak pulak. Kalau tak, boleh saya ambil gambar kan... Satu lagi, ia juga ada Premier Parking... di tingkat bawah... Saya juga tak boleh nak bayangkan bagaimana harga dan rupanya... Rasanya mungkin harga tisu jenama Premier yang mampu kita beli di sekalian Premier yang ada di sini...

26 Disember 2007

Pavillion Kuala Lumpur

Kak Eka mesti nak tarik telinga saya kerana dia sudah berpesan supaya lepas balik dari Alor Setar, jangan ke mana-mana, siapkan kerja tetapi saya menyahut cabaran Rose untuk bercuti di tanahair sendiri. Si Lynn dan Lily Yong mesti guling-guling ketawa sebab almaklumlah mereka bekerja di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Destinasi cuti-cuti Malaysia saya di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ini bukan kali pertama saya ke sana tetapi pertama kali menjejak kaki ke Pavillion yang baru dibuka (rasanya belumpun sampai 6 bulan).


Bergambar kat depan Bukit Bintang. Mana satu pokok krismas mana satu Laila. Hijau dah sama, rendang pun dah sama....


Kami ke sini... nak tengok The Warlords. Tarikannya tentulah Takeshi Kaneshiro.

Bercita-cita hendak ke spa? Kini ikan pun boleh buka rumah urut. Harganya kalau tak silap RM46 untuk 30 minit. Teringat kalau snorkeling, masa bagi ikan makan, tangan kena gigit dah menjerit-jerit, ini ia gigit kaki kita...tentu geli...nak cuba silalah ke Pavillion.

Saya sempat meninjau-ninjau souvenir yang dijual di sekitar Bukit Bintang. TShirt yang boleh tahan kualitinya, siap glow in the dark lagi harganya cuma RM15. Itu belum tawar lagi. Keychain dan fridge magnet, saya segan nak tanya. Belek tak ada harga. Sebabnya masa saya tanya harga Tshirt tu, mamat penjual tu siap telek saya dan abang dari atas ke bawah. Ini Indon ke apa... sebabnya mana ada orang KL nak beli Tshirt yang tulis KL. Kecuali kalau orang itu datangnya dari ulu banat yang datang ke KL sepuluh tahun sekali.
Harga jus buah di gerai elit d siar kaki RM8. Sama harganya dengan yang diminum di food court Carrefour di Bali. Teringat pula masa di Phuket dulu, sibuk cari barang kulit. Harganya mahal juga. Kalau beli yang berjenama di Sogo Sale lagi murah!
Rasanya, negara sendiri dah lengkap serba-serbi. Barangnya murah. Makanannya halal dan bersih dan berlambak... Bagi saya, hujan emas tetap di negara sendiri. Agaknya saya belum cukup melihat negara orang.... Ke mana pula destinasi selepas ini?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...